Friday, 27 January 2012

Percaya Pada Ulasan Filem! Benar? Palsu?

Posted by BG Design






Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan pengunjung blog ini. Kali ini tuan empunya blog ini iaitu Hans memberi kepercayaan kepada saya untuk berkongsi pandangan saya tentang satu isu yang menarik untuk dikongsi bersama pembaca blog beliau ini. Oh, lupa nak bagitahu saya cuma orang biasa - biasa dan malas untuk dikenali cuma mungkin boleh saya namakan diri saya sebagai Cik Mah sahaja. Cik Mah perasan tentang sesuatu perkara apabila terlihat komen - komen daripada pembaca blog ini tentang beberapa soalan yang lebih kurang sama dan rasa - rasanya Cik Mah berminat untuk kongsikan dibawah ini mengenai ulasan - ulasan filem yang telah si Hans tonton sebelum ini.


1) "Terima kasih buat review! Saya telah menontonnya! Memang betul ulasan awak tentang filem ini!"

2) "Aku dah tengok! Tapi, tak best pun! Asal kau kata best?"

3) "Review - review yang awak buat memang saya nanti - nantikan! Dan sememangnya selera kita tentang filem sama!"

4) "Aku tak kisah lah apa pandangan kau! Aku tetap nak tengok juga filem nih!"

5) "Aku suka review kau! Memang jujur habis!"


Jadi, antara kelima - lima komen di atas Cik Mah amat tertarik untuk mengulas tentang komen ke-5 tersebut dan ingin saya kaitkan dengan ulasan beberapa filem tempatan yang telah ditulis sama ada di akhbar atau pun di blog - blog lain. Sebagai contoh filem yang di ulas itu adalah sebuah filem seram dan ulasan mereka yang mungkin telah menonton lebih awal dan mungkin juga secara percuma berbanding penonton yang terpaksa membayar tiket(seperti Cik Mah sendiri) ini adalah filem tersebut begitu menarik, segar, sangat seram, tidak rugi ditonton dan sangat kreatif.

Bagi sesiapa yang telah membaca ulasan sebegitu semestinya mahu tidak mahu akan terpengaruh paling tidak sedikit untuk mempercayai ulasan sebegitu dan apabila pergi menontonnya lain pula yang dirasai. Segala - gala yang dibaca di dalam ulasan tersebut jauh panggang dari api. Memang berlawanan daripada apa yang dijanjikan sebelum ini. Jadi, secara tidak langsung kredibiliti mereka yang menulis pastinya tercalar kerana ia seolah - olah menunjukkan bahawa apa yang mereka kongsikan kepada pembaca itu adalah dusta semata - mata.

Memang lain orang lain pandangan! Memang lain orang lain cita rasanya! Cik Mah faham tentang itu cuma memang ada beberapa perkara yang rasa - rasanya sekali kita pandang atau sekali kita lihat kita sudah tahu kisah itu betul - betul menarik, betul - betul seram, betul - betul kelakar, betul - betul ilmiah atau sebagainya namun lain yang dirasa dan lain pun yang mereka taip. Cik Mah tak mahu lah nak tuduh apa - apa kan! Mungkin mereka terhutang budi kerana dapat menonton tanpa sebarang bayaran dan semestinya tanggungjawab mereka memberi publisiti pada filem itu tetapi penonton sekarang ini walaupun bukan semuanya bijak tetapi ramai yang sudah celik filem dan sudah ramai yang tahu menilai. Mungkin sekali dua jika pandangan kedua - duanya tidak sama maka boleh lah dikatakan lain orang lain pandangannya tetapi jika segala - galanya hanya cuma memuji dan mengangkat filem yang sebenarnya tidak lah terbaik mana menjadi tersangat baik maka kepercayaan pembaca kepada penulisan tersebut semestinya akan terhakis sedikit demi sedikit dan tidak mustahil suatu hari nanti jika tiada apa - apa yang dilakukan untuk menghalang sikap sebegini maka tiada sesiapa lagi yang akan percaya kepada ulasan filem hatta ulasan tersebut benar dan positif sekali pun.

Cik Mah cuma berkongsi pandangan Cik Mah tentang hal ini! Mungkin tidak ramai pun yang akan pandang penulisan Cik Mah ini sebab Cik Mah pun bukan lah sesiapa di dalam industri ini. Ilmu pun tak banyak mana! Cuma Cik Mah puas dapat berkongsi apa yang Cik Mah rasa sebab Cik Mah tak mahu kredibiliti orang yang membuat ulasan filem secara jujur ini tercalar gara - gara orang lain. Apa - apapun, semoga filem - filem Malaysia lebih berdaya saing dan setanding filem - filem hebat dari luar negara. Terima kasih juga Cik Mah nak ucapkan kepada Hans kerana memberi peluang kepada Cik Mah menumpang memberi pandangan di blog beliau ini. Jika ada kesempatan dan jika Hans mengizinkan Cik Mah untuk menulis lagi disini maka kita berjumpa lagi! Sekian, assalammualaikum!


3 comments:

  1. Terima kasih Cik Mah sudi berkongsi pandangan di blog saya yang tak seberapa nih :-)

    ReplyDelete
  2. follow my visit! :)

    ReplyDelete
  3. oh Cik Mah, rasa macam nak pegang tangan Cik Mah dan urut buat menenang fikiran Cik Mah yang kusut sangat. Cik Mah, cepat-cepatlah kahwin kerana kahwin dapat menenangkan banyak kekusutan seperti menonton filem dan melihat Aaron Aziz tak buka-buka bajunya.

    ReplyDelete