Monday, 28 January 2013

Review Filem Juvana

Posted by BG Design



Filem:
Juvana


Pengarah:
Faisal Ishak


Genre:
Aksi


Pelakon:
Johan Asari, Zahiril Adzim, Syazwan Zulkifli, Sharnaaz, Shafie Naswip,
Adlin Aman Ramlie, Idzham Ismail, Adam Shah, Khairul Mohamed,
Megat Farzeril Faiz, Shera Aiyob, Sara Ali, Rahhim Omar & Etc.


Penilaian:
6 / 10


Sinopsis:

Filem Juvana merupakan kesinambungan daripada drama televisyen popular, Juvana yang telah disiarkan di TV3 dan memenangi Anugerah Drama Rantaian TV Terbaik Anugerah Skrin 2011. Filem Juvana memaparkan kisah Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng, Panjang dan Daim setelah Wira Bakti ditutup. Daim yang telah dibebaskan cuba memulakan kehidupan baru dan menyambung persekolahannya. Namun, sejarah hitam hidup tidak memberi laluan mudah untuk Daim membina hidup baru. Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng dan Panjang telah dipindahkan ke sebuah sekolah juvana lain iaitu Sekolah Indera Sakti untuk meneruskan tempoh hukuman mereka. Di sekolah baru itu Botak mula akrab dengan Apek serta yang lain. Namun, mereka menjadi sasaran Lan Todak, ketua samseng sekolah itu hingga mencabar semangat setia kawan di antara mereka.


Ulasan Hans:

Aku tak tahu kenapa tetapi aku kurang berpuas hati dengan kualiti suara dan visual beberapa babak yang terdapat di dalam filem ini. Kadang-kadang aku masih merasakan seperti aku sedang menonton drama bersiri Juvana di televisyen dan bukannya sedang menonton filem Juvana di pawagam disebabkan faktor tersebut. Aku tidak mendapat kepuasan yang sama seperti mana yang aku peroleh sewaktu menonton drama bersiri Juvana di televisyen. Banyak perkara yang bagi aku berlaku secara tiba-tiba, tidak jelas dan tanpa kekuatan yang kukuh. Mungkin sebab ini adalah filem Juvana dan bukannya drama bersiri Juvana jadi banyak perkara yang terpaksa diringkas atau dipercepatkan sehingga kadang-kadang aku sendiri tidak merasa nikmat yang aku cari sewaktu menonton filem ini.





Permulaan filem ini menunjukkan pelajar-pelajar sekolah Wira Bakti berpeluk dan bersalaman sebelum ditukarkan ke sekolah lain sebenarnya agak menarik tetapi mungkin kerana terlampau panjang dan tidak ditonjol dengan jelas emosi mereka menyebabkan babak itu terasa sedikit lama. Kemudian, sewaktu kenderaan mereka menghadapi masalah dengan secara tiba-tiba sahaja berhenti yang rupa-rupanya disebabkan tayarnya pancit tetapi babak itu tidak kuat dan aku rasa seperti ada yang tidak kena. Entah!





Aku cukup suka dengan babak yang melibatkan Daim dengan ketua kilang bata tempat Daim bekerja dan tumpang berteduh yang jika tidak silap aku dilakonkan oleh Kenji Sawahi. Aku suka dengan dialog-dialog yang melibatkan mereka berdua kerana secara asasnya itulah teori atau pemikiran kebanyakkan daripada masyarakat kita yang suka melihat kepada luaran dan dengan senang hati menjatuhkan hukum tanpa mahu mendengar penjelasan atau alasan daripada manusia yang dituduh atau tertuduh itu. Menarik! Namun, kemunculan pelajar-pelajar nakal di sekolah baru tempat Daim belajar yang ditunjukkan sebagai seorang yang kacak tetapi sebenarnya bebal yang aku lupa apa namanya memang potong stim betul. Sebabnya? Sebab aku dah boleh mengagak apa yang akan berlaku dan mungkin disebabkan kejahatannya tidak sehebat watak Botak sewaktu di sekolah Wira Bakti dahulu menyebabkan aku merasakan emosi watak Daim langsung tidak terusik sebenarnya.





Pertukaran karakter antara dua watak di dalam filem ini menerusi watak Botak dan Apek sebenarnya sangat berjaya bagi aku. Yang jahat berubah menjadi baik dan yang baik berubah menjadi jahat disebabkan satu masalah yang sama sebenarnya memang cukup menggembirakan aku. Babak Botak menangis kerana tidak tahu membaca Al-Quran dan apabila dia menyatakan adakah Tuhan akan menerima orang sepertinya sememangnya agak memberi kesan kepada aku yang menonton. Karakter Apek yang berubah ke arah  negatif juga agak menarik disebabkan rasa bersalah yang dirasainya terhadap pemergian ibunya itu bukan sahaja diletakkan kepada orang lain tetapi juga dirinya sendiri. Syazwan yang membawakan watak Apek telah berjaya menjadikan watak tersebut lebih kuat berbanding semasa di dalam drama Juvana. Satu peningkatan yang menarik.





Lan Todak yang dibawakan oleh Shaarnaz pula bagi aku terlampau melebih-lebih dan agak keterlaluan. Adakalanya aku merasai kejahatannya! Adakala aku merasaikan sifat psiko yang ada dalam jiwanya! Adakalanya aku rasa mamat ini seperti baru lepas menghisap dadah! Dan apa yang paling aku terasa adalah watak Lan Todak ini sudah bertukar menjadi seperti kartun yang ganas. Shaarnaz sudah berjaya menjelmakan jiwa Lan Todak tetapi akibat terlampau cuba menjiwai barangkali menyebabkan hilangnya sifat antagonis Lan Todak yang aku harapkan. Ada beberapa perkara yang aku kurang faham atau mungkin aku terlebih faham. Salah satunya aku kurang mengerti kenapa dan apa puncanya Lan Todak membunuh Jamal sedangkan Jamal boleh dikatakan orang yang paling rapat dengannya. Kenapa pengetua Sekolah Indera Sakti begitu membenci budak-budak Wira Bakti? Bagaimana secara tiba-tiba budak-budak Sekolah Indera Sakti boleh merusuh dan memperoleh berbagai-bagai senjata? Mungkin aku telah 'lost' di tengah jalan sewaktu menonton atau sebaliknya. Aku pun tidak pasti.





Tetapi, babak yang melibatkan Nabila Huda sebagai jururawat yang memandang Jamal yang telah pun mati di atas katil tanpa ada sebarang rasa kesedihan di raut wajah sebenarnya agak menarik bagi aku. Apa yang aku andaikan ialah jururawat tersebut kemungkinan berfikir,"Memang layak pun kau mati disini sebab kau tu budak jahat! Kau budak bermasalah! Hidup pun tak berguna sebab menyusahkan sahaja! Baik kau mati! Kerja aku pun jadi senang!" Dan satu watak ini sebenarnya adalah cerminan kepada ramai orang di luar sana yang aku sebutkan dari awal tadi iaitu lebih suka menghukum, tiada siapa memaafkan, tiada sifat untuk memberi peluang dan prejudis kepada insan-insan yang mungkin terlanjur atau terjebak ke arah perkara negatif sebegini. Itu andaian aku sendiri tetapi aku sukakan babak itu sebenarnya walaupun mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan aku.





Apa-apapun, satu percubaan yang baik daripada semua pihak yang terlibat di dalam pembikinan filem ini. Bagi aku memang sukar untuk drama bersiri diangkat dan disambung pula kisahnya kepada filem kerana banyak watak yang perlu dikembang dan dikuatkan sedangkan masa yang ada sangat terhad tetapi secara keseluruhan idea dan jalan ceritanya masih baik walaupun sebenarnya masih banyak kelemahan yang perlu di atasi terutamanya dari segi bunyi, warna, lagu serta sinematografinya. Mungkin Juvana lebih menarik jika dijadikan drama bersiri sahaja kerana kepuasan menontonnya adalah lebih tinggi berbanding menonton filem. Apa-apapun, terima kasih kerana filem ini secara tidak langsung berjaya mengubati rindu aku terhadap watak-watak di dalam drama bersiri Juvana. Sekian!



P/S : Aku Berharap Akan Ada Drama Bersiri Juvana Musim Ke-2 Dan Yang Pasti Aku Mahukan Alfie Palermo Dikekalkan Sebagai Penulisnya Kerana Idea Yang Beliau Cetuskan Memang Menarik! Tahniah Alfie! (^_^)Y 



7 comments:

  1. apek jadi jahat ehh ?? alaa. tak sempat lagi g tengok juvana. kalau drama dia gila best sebab downnload semua episod. hehe

    ReplyDelete
  2. lan todak? nama nak glamer jek. haha

    ReplyDelete
  3. As-salam wbt Bro

    Setuju sangat dengan ulasan ko. Khususnya watak Lan Todak tu - aku rasa watak tu bagus, cuma pembawakannya yang agak nak tiru Two Face Batman ke - agak macam sayang tidak betul-betul dibina dengan baik. Sepatutnya, dieorang flash back moment adik Lan Todak dengan Lan Todak ke, so that baru la nampak macam rational si Lan Todak nak marah dekat Apek, Botak and geng Wira Bakti. Ni tak, pastu ada plak scene Lan Todak kata, aku tak kisah pasal adik aku. Kalo tak kisah, asal ko nak balas dendam? Lol!

    Yeah - setuju, kesian Jamal - tapi motif Lan Todak tekup muka dia? Lol! Tak faham. Sebaik-baik takwilan yang mampu aku takwilkan ialah, may be dengan kematian Jamal, so Lan Todak boleh ada sebab untuk buat rusuhan dengan tuduh Botak/Apek yang bunuh Jamal - tapi tetibe ramai-ramai nak buat rusuhan, macam kelakar. Haha.

    Apapun, aku suka watak Lan Todak - cuma perlu develop sisi yang rencam lagi, pelbagaikan lagi wataknya - dan tolonglah - jangan over hehe

    Babak Adlin Aman Ramli yang nasihat Botak tu, ok jugak kalau ada flash back masa Adlin jahat - baru cam terasa sikit - sebab tetibe rasa Botak cepat pulak nak berubah dan Apek laju super berubah haha :D

    Apapun - betullah dalam masa yang singkat, apa yang boleh diperbuat sangat :) Cubaan yang menarik dan sangat setuju rating 6/10 tu :)

    Terima Kasih! :)

    ReplyDelete
  4. kawe pon same rase shot film ni mcm shot drama juvana je, kameraman same kot ha2

    dan babak last bront palarae sapa botak tu, mcm nak endind drama je tergantung cm tu.

    tapi film ni msih ok la

    ReplyDelete
  5. wahhhh 1 analisis yg baik. CiM follow citer ni dr drama lg dn mmg tunggu2 kehadirannya di pawagam, ternyata tak mengecewakan.

    watak nabila huda mmg seperti yg kamu andaikan. itulah manusia, rasa kasihan mungkin dh tk ada pd bdk2 nakal spt itu. lan todak bunuh kawan baiknya utk memerangkap bdk2 wira bakti dn utk dihadikan sbb utk dia merusuh. lagipun dlm fikirannya, dia sygkn kawan dia cuma tak mahu kwn dia tersiksa terlalu lama, jd dia bunuh sj.

    CiM peminat filem melayu yg lebih logik dn sesuai utk diterima akal normal nusantara. cerita omputeh yg tak logik tu, beli dvd jerrrr.....huhuhuhu....

    ReplyDelete
  6. Mcm bangang ..nk filem terbaik 100 peratus bikin sendiri la.. buat ulasan tin kosong..hrp ko baca la mangkuk

    ReplyDelete