Sunday, 7 August 2011

Kontroversi Iklan Ramadhan 8TV Dan TV9

Posted by BG Design

Assalammualaikum dan selamat berpuasa kepada pembaca yang sedang berpuasa dan juga salam sejahtera untuk semua pembaca blog ini. Baru - baru ini kita digemparkan dengan iklan - iklan Ramadhan daripada stesen 8TV dan TV9 yang dilanda kontroversi gara - gara mendapat kritikan hebat daripada penonton - penonton televisyen tempatan yang tidak berpuas hati dengan iklan yang ditayangkan di saluran - saluran tersebut kerana dikatakan tidak tepat atau tidak melambangkan istilah Ramadhan dan berunsurkan perkauman.




Iklan Ramadhan untuk siaran stesen 8TV dengar khabarnya sudah diharamkan dan tidak disiarkan lagi di saluran tersebut namun ia tersebar meluas di youtube. Aku yang pada mulanya menonton iklan ini di saluran 8TV beranggapan iklan ini sebenarnya ada pengisian yang bagus tetapi cara penyampaiannya langsung tidak sesuai dan sangat teruk. Apabila keempat - empat iklan ini hanya menjadikan seorang gadis cina sebagai fokus utamanya dalam kesemua situasi yang ditunjukkan maka ia kelihatan seperti menuding jari dengan meletakkan semua kesalahan ini kepada orang bukan Islam sahaja sedangkan orang Islam sendiri pun ada yang bersikap demikian dan ada yang lebih teruk lagi. Sebagai contoh dari segi menutup aurat dimana aku boleh katakan ada gadis - gadis Islam yang pakaian mereka juga jauh lebih dasyat daripada orang bukan Islam dan lelaki - lelaki Islam pula ada yang berseluar pendek menunjukkan lutut. Iklan ini mendapat bantahan keras kerana ia seolah - olah menuding jari pada satu pihak sahaja sedangkan hakikatnya tidak sebegitu. Isi dan mesej ada tetapi cara penyampaiannya tidak sesuai.




Aku tidak pasti tentang status iklan ramadhan TV9 ini sekarang sama ada senasib dengan iklan ramadhan 8TV atau sebaliknya namun iklan ini juga sangat tidak bertepatan dengan maksud Ramadhan itu sendiri. Iklan pertama tentang sahur yang menunjukkan si lelaki tidak sempat menjamah menu yang dimasaknya gara - gara berlawan bunyi kuali sewaktu memasak dengan jiran sebelah manakala iklan kedua pula melibatkan juadah yang dibeli di baazar ramadhan yang akhirnya kelihatan membazir kerana si lelaki berlumba - lumba berlawan jumlah juadah yang dibeli oleh jiran wanitanya. Apa yang mengecewakan aku tentang kedua - dua iklan ini ialah pengakhiran iklan yang menunjukkan si wanita itu yang cuba menasihati lelaki itu tetapi caranya kelihatan salah. Ia menunjukkan seolah - olah wanita itu gembira dengan apa yang menimpa jiran lelakinya itu sedangkan konsep itu sebenarnya bertentangan dengan agama Islam yang mementingkan jiran sekeliling.

Daripada kedua - dua iklan disini dapat aku simpulkan mungkin pihak yang terlibat di dalam pembikinan iklan ini lebih menumpukan atau menitik beratkan dari segi humor tetapi terlupa tentang sensitiviti masyarakat dan agama. Jadi diharapkan untuk iklan hari raya nanti dan pada masa akan datang maka pihak terlibat lebih sensitif dan peka pada pengisian iklan mereka dan secara tidak langsung masalah sebegini dapat dielakkan dari terus berulang.


P/S : Contohilah Karya Allahyarham Yasmin Ahmad Yang Disukai Semua Pihak! (^_^)Y


37 comments:

  1. i did watch both vid kt utube ari tu.
    yeah, rite..iklan ada mesej, tapi tak kena gaya penyampaian nye..

    seem like pmbuat iklan ni hnya kejar kontroversi je semata. kreativiti kureng.

    ReplyDelete
  2. Cik NurulZaty : yups...itu la pasal...harap mereka lebih peka pada masa akan datang

    ReplyDelete
  3. nak aku marah diorang semua ke?

    ReplyDelete
  4. fadil : hahaha..garang betul abang long dil :-)

    ReplyDelete
  5. KITA MASIH DAHAGAKAN IKLAN2 MCM ARWAH YASMIN AHMAD buat...munculnya iklan2 mcm2 ni, tunjukkn yg stesen tv kita mmg sgt prlu khidmat arwah...

    ReplyDelete
  6. Arwah Yasmin Ahmad punya Iklan semua terbaik....sekarang punya...aduh...kalo mcm dulu iklan ray a mcm Krismas, Lagi lah teruk....hehe

    ReplyDelete
  7. asal iklan ramadhan je pasti jadi isu panas..
    dah x kreatif dah dorang ni agaknye. hahaha.

    ReplyDelete
  8. ohhh , betul je iklan mcm tuu , dh lama x tgk TV

    ReplyDelete
  9. Tugas hang lepasni buat iklan elok elok sikit.

    ReplyDelete
  10. Mana nak tengok iklan nie ek? xdpt nk tgk la... :D

    ReplyDelete
  11. hans lebih baik ko je la jadi director iklan pasni. aku yakin kemampuan ko. hehe

    ReplyDelete
  12. dah jarang tengok so tak tahu lak ada iklan-iklan camnie..

    ReplyDelete
  13. orang iklan kena jadi super kreatif sebab nak saing dengan yang lain. iklan sekarang susah dah nak melekat kat kepala lama - lama.

    samada banyak yang terlalu kreatif ataupun takde nilai :P

    2sen saya v(^.^)

    ReplyDelete
  14. setuju.. kenapa iklan perlu merapu?

    ReplyDelete
  15. bagus entry ni.. betul diorang kena sensitip, tak le la main bantai jak.. harap para mengiklan baca entry ni.. :D

    ReplyDelete
  16. sempat tengok iklan kat tv9 je.
    hmm, sebenarnya kalau cara penyampaian pun tak kena, mesej tak sampai kepada penonton :\

    ReplyDelete
  17. yuppp...stuju dengan hans...kualiti lebih penting dari humorr..

    ReplyDelete
  18. lama dah tak tgk tv..nasib ada youtube..
    diorg ni sebelum buat@tayang xda penapis ke pencatu ke?? xke membazir..dah buat...kuar belanja bagai..pastu diharamkan..apeda...

    ReplyDelete
  19. lama dah tak tengok tv.tak tahu ade iklan ape

    ReplyDelete
  20. lama dah tak tengok tv.tak tahu ade iklan ape

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum wbt..
    nice input..ana x berkesempatan melihat iklan yg anta ckpkan..
    Alhamdulillah...ternyata masih ada umat islam yg masih prihatin dgn permslhn dinegara kita..

    Sahabat...(TV8)
    sesiapa yg bersahur..nescaya insyaAllah Allah memberi barakah padanya..
    cuba bayang kalau rumah kita x diberkati Allah? rugi kan...rumah yg berjuta2 tpi x dpt berkat dri Allah..Sbb itu Nabi ajak bersahur dan melambat2kan sahur..

    SAhabat..(TV9)
    islam mengajak kita mengamalkan hidup yg bersederhana..yakni berbuka dgn ala kadar,dan tidak berboros..mengikut statistik terkini,rakyat M'sia membazir 950 tan makanan sehari..adakah ini bukti yg kita hidup bersederhana?
    ikhlaskan diri dalam setiap pekerjaan..kerana setiap amalan dinilai melalui niat =)

    p/s:
    yg baek kita amal-amalkan,yg buruk kita jauh-jauhkan..slmt beramal ^.^
    lensadaie.blogspot.com

    ReplyDelete
  22. setuju...iklan ni sangat tak kena cara penyampaia nye..

    ReplyDelete
  23. sempena ramdhan, eloknya iklan yang lebih membina rohani disampign menghormati bulan mulia ni...ttg aurat tu, org Islam sendiri ramai ja yang pakai tak senonoh...

    ReplyDelete
  24. Lepas ni tak payah buat iklan la..heheheh

    ReplyDelete
  25. xder sapakh bleh wat iklan mcm arwah yasmin ahmad tu??? sgt menarik dan tacing.

    ReplyDelete
  26. thanks hans bg entry ni.
    xda yg shebat iklan2 Allahyarham Yasmin Ahmad..tgo di u tube kali2 pn, x bosan..blh nagis lg, lau yg sedih.. :)

    ReplyDelete
  27. Iklan ramadhan 8TV dengan tv9 fiq tak berkesempatan nak tengok..Ape pun yang jelas takde sape bleh buat iklan yang lebih baik mcm Arwah yasmin ahmad.

    ReplyDelete
  28. tak sempat tngok ar wei. adei. nnti ar aku tngok. wee~

    ReplyDelete
  29. iklan kat 8tv tuh aku x pernah tgk..pasal jarang bukak 8tv..iklan kat tv9 tuh aku pernah tgk sekerat kot sblm nih....mgkin btol apa ko ckp...diorg ada idea tp cr diorg smpaikan idea tuh x berapa nak betul la....still waiting iklan yg macam arwah yasmin hasilkan dulu....akan adakah karya spt itu....tggu n lihat....;)

    btw, aku singgah blog ko n follow ;p

    ReplyDelete
  30. eh, dah follow sblm nih rupanya...br aku teringat...nih blog kedua ko ek...aku pernah komen kat blog ko yg lg satu tuh kan...hans hanis....

    ReplyDelete
  31. bape byk blog kau daa. ptt la suro tgk entri ni. ble cek kt blog lg satu xdek. dushhdushh =.='

    ReplyDelete
  32. susah nk wt iklan ni , kne amek dr semua aspek . kalau tak jd cmni lah

    ReplyDelete
  33. Sejak bulan ramadhan nie masa nak menonton tv sangat la terbatas, sampaikan hal iklan nie pun amy x tau dan x tengok pun huhu...kat sini baru tau thanks ye , dah macam katak bawah tempurung lak den ni..



    *salam kenal, amy singgah dan follow sini.jom ke belog amy http://www.sinarraudah.com/2011/08/biskut-raya-tart-nenas-panas-ifa-raziah.html

    ReplyDelete
  34. iklan dulu2 juga yg best dan byk pgjran, x bosan tgk..

    ReplyDelete
  35. Hmm..mana nak tgk iklan nih? yo9utube ada lagi tak?

    ReplyDelete