3 Rancangan Menarik Yang Wajib Anda Tonton
Posted by BG Design
Rancangan:
Makan Angin Musim 2
Makan Angin Musim 2
Pengacara:
Adzriefaiz Adzlan
Adzriefaiz Adzlan
Genre:
Dokumentari Hiburan (Pelancongan)
Dokumentari Hiburan (Pelancongan)
Episod:
13 Episod
13 Episod
Siaran:
TV9
TV9
Waktu:
Setiap Jumaat - 8.30 Malam
Setiap Jumaat - 8.30 Malam
Sinopsis:
Pada musim kali ini Faiz akan menjelajah ke kampung-kampung pedalaman yang terpilih di seluruh negara dan beliau akan menyediakan sendiri makanan eksotik di sana. Menariknya disini ialah Faiz juga perlu menyediakan sendiri bahan-bahan makanan yang akan dimasak oleh beliau seperti memasuki hutan untuk mencari bahan-bahan yang diperlukan, mengejar ayam kampung selama 2 jam dan pelbagai lagi. Apa yang membuatkan anda pasti teruja ialah nama, rupa bentuk dan cara masakan makanan itu yang kebanyakkannya kita tidak pernah dengar atau mungkin kita tahu tetapi tidak pernah melihat rupa atau bagaimana cara memasaknya. Jadi, selamat menonton rancangan menarik dan menghiburkan ini.
Rancangan:
Best In The World
Best In The World
Pengacara:
Razif Hashim
Razif Hashim
Genre:
Dokumentari Hiburan (Makanan)
Dokumentari Hiburan (Makanan)
Episod:
13 Episod
13 Episod
Siaran:
8TV
8TV
Waktu:
Setiap Khamis - 9.30 Malam
Setiap Khamis - 9.30 Malam
Sinopsis:
Malaysia merupakan sebuah negara yang cukup unik yang terdiri dari berbilang bangsa, adat dan agama dan tidak hairan mempunyai pelbagai jenis masakan yang lazat. Dari masakan Melayu sehingga ke masakan India, setiap hidangan mempunyai keunikan yang tersendiri dari segi bahan dan rempah-ratus yang digunakan. Jadi, pengacara Razif Hashim akan mengembara ke tempat - tempat makan menarik untuk merasai keenakan makanan-makanan yang wujud di Malaysia disamping berinteraksi dengan pelanggan di kedai terbabit untuk berkongsi pendapat tentang makanan yang patut dicuba oleh penonton di rumah jika mereka singgah di tempat makan tersebut. Apa yang menariknya disini ialah kedai - kedai makan yang menjadi tempat persinggahannya bukanlah restoran - restoran mewah tetapi kedai - kedai yang berada di jalanan, warung burger, lori aiskrim dan pelbagai lagi yang cukup mengasyikkan. Setiap episod akan membawa tema tersendiri dan antaranya ialah Rice Spice, Oodles of noodles, Chili fever, Food from the roots dan banyak lagi yang semestinya menarik. Memang terliur dibuatnya bila melihat bagaimana Razif menikmati setiap juadah atau menu setiap tempat yang ditujunya dengan cukup berselera dan kelihatan begitu menarik. Jadi, selamat menonton rancangan menarik ini untuk menjadi panduan kepada anda jika mahu mencuba menu di luar.
Rancangan:
Without Boundaries - Islands and Beaches
Without Boundaries - Islands and Beaches
Pengacara:
Henry Golding
Henry Golding
Genre:
Dokumentari Hiburan (Pengembaraan)
Dokumentari Hiburan (Pengembaraan)
Episod:
10 Episod
10 Episod
Siaran:
8TV
8TV
Waktu:
Setiap Rabu - 9.30 Malam
Setiap Rabu - 9.30 Malam
Sinopsis:
Pengacara Henry Golding akan membawa penonton menerokai keindahan serta panorama menarik pantai-pantai dan pulau-pulau di sekitar Malaysia. Henry yang sememangnya gemar mengembara dan merupakan seorang yang peramah dan berani mencuba benda-benda baru membuatkan program ini kelihatan sangat santai dan begitu menarik. Selain destinasi-destinasi menarik seperti Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Tenggol, Pulai Lang Tengah, Pulau Tioman, Pulau Rawa, Cherating dan Pulau Langkawi, program ini juga turut membawa Henry pulang ke tempat tinggalnya ketika zaman kanak-kanak iaitu di Dungun, Terengganu. Jadi, kepada sesiapa yang meminati pantai dan laut serta merancang mahu bercuti maka rancangan ini amat sesuai untuk tontonan. Selamat menonton rancangan yang begitu menarik dan cukup menghiburkan dengan keletah Henry Golding yang sangat selamba.
P/S : Aku Sangat Berminat Dengan Rancangan Best In The World Sebab Aku Kaki Makan! Bilalah Agaknya Aku Berpeluang Jadi Pengacara Dalam Rancangan Sebegitu! (^_^)Y
malas tgk tv.. huhu
ReplyDeleteSaiazuan : malas tak payah tengok..ini untuk yang rajin tengok tv jer :-)
ReplyDeleteSama. Hana pun kaki makan. If diberi perluang menjadi pengacara tv, mau pilih segmen makan2 n jalan. hahaha
ReplyDeletebui teruja nk tengok without boundaries..bui suka travel..lg pun pengacaranya encem..hahaha
ReplyDeleteAku teruja tengok The Best In The World dengan Without Boundaries.
ReplyDeleteSeriously best!
Host diorg pun muka muka memang dah kenal ko cam attraction tu banyak ar.
Oh.. Baru tahu.
ReplyDeleteLps ni akan check it out! hehe~
kalau rajin..aku tengok...kiki
ReplyDeleteUntung Pengacara2 makan free sedap2
ReplyDeletex mau tgk, nanti lapar.. hehe
ReplyDeletebest in the world . best tu . sdp2 . yummy3 . ehee
ReplyDeletepenah tengok yg makan angin tu je la..xpa nanti2 try nak tgk yg 2nd n 3rd..hoho..^o^
ReplyDeletealamak.. dah jadi duta 8tv tv9 dah.. ok.. nnt saya tgok.. suka juga rancangan2 cam ni
ReplyDeletelCW vs lin dan pon wajib tengok kan ..
ReplyDeletejarang tengok tv bulan puasa. ayah tak bagi :/
ReplyDeletewah pasti takkan melepaskan untu tonton without boundaries, and best in the world! :-)
ReplyDeleteaku ske tgok makan angin musim 2 tu..ngehhhh
ReplyDeletehana : hehhe...tahu xper
ReplyDeletebui : henry golding memang hensem :-)
judiene : aku sangat suka best in the world sebab aku bayangkan aku boleh buat lepas baik dari pengacara tu...hahahah
shah url : hahaha..tu yg best tu
sis nana : slmt menonton
ikhram : duta ke camnih? hahahaha
poruman : tarawihhh..ekekekek
faizlaster : kan? best betul tgok dia masak sendiri
la cerita pertama tu makan angin je???..tak nak ah..hahah...
ReplyDeleteHEE..kadang-kadang tengok orang makan pon da bley kenyang :D
ReplyDeleteAku nak jadi pengacara jalan-jalan cari makan!
ReplyDeleteda tak sempat nak tengok tv. huuu ada sesape tau mana nak dapat cream puff sedap? haha!
ReplyDeletebest in the world blom pernh tgk lgi. nnt nak tgk lah :)
ReplyDeletemalas gak tengok tv :B
ReplyDeletebest in the world memang best =)
ReplyDeleteteruja jgk tgj tambah2 pengacara ensem hahha..tp mmg best..
ReplyDeletetgk best in the world tu lagi la rasa meleleh air liur..huhu. tgk pengacara mkn pn dh nmpk sedap!
aku tengok yang pengacara hensem aje :P
ReplyDeleteAmboiii... Skrg nie cerita drama, filem je.. aku nak komen pn dh xreti broo.. yelah.. dok kt asrama mcm mn nak tgk tv tuh semua..
ReplyDeleterancangan first tu besh! =D
ReplyDeletesy suka yang makan angin tue..seronok tgk depa berjalan huhuhhh
ReplyDeletebestnyer program semua tu.. tp slalu takda masa nak tgk tv.. huhu
ReplyDelete