Friday, 1 March 2013

Review Filem Jack The Giant Slayer

Posted by BG Design



Filem:
Jack The Giant Slayer


Pengarah:
Bryan Singer


Genre:
Pengembaraan, Drama & Fantasi


Pelakon:
Nicholas Hoult, Eleanor Tomlinson, Ewan McGregor, Stanley Tucci,
Eddie Marsan, Ewen Bremner, Ian McShane, Christopher Fairbank & Etc.


Penilaian:
6 / 10


Sinopsis:


Filem ini mengisahkan tentang seorang petani muda bernama Jack yang tidak sengaja telah menghubungkan dunia manusia dengan dunia gergasi melalui sebuah kacang ajaib yang terjatuh di atas tanah. Disebabkan hal tersebut, Puteri Isabelle telah terperangkap di dalam tempat gergasi dan Jack serta pengawal istana lain bertanggungjawab untuk menyelamatkannya kembali. Tetapi, Roderick yang bakal berkahwin dengan Puteri Isabelle telah belot dan berjaya mengawal serta menundukkan semua gergasi tersebut sebagai tenteranya untuk menyerang seluruh kerajaan manusia dengan bantuan mahkota lama. Gergasi-gergasi tersebut yang sudah lama berdendam dengan manusia mula turun ke darat dan menyerang kerajaan Puteri Isabelle. Mampukah manusia menewaskan gergasi-gergasi ini? Saksikan filem ini di pawagam berhampiran anda untuk mengetahui jawapannya.


Ulasan Hans:

Lama betul aku tidak mengemaskini blog filem yang satu ini. Sebelum ini aku sudah menonton filem Beautiful Creatures dan filem itu agak menarik bagi aku tetapi mungkin jika ada masa baru aku akan membuat ulasan mengenai filem tersebut. Baiklah! Jack The Giant Slayer adalah sebuah kisah dongeng dan kini ia difilemkan dari versi yang lain sedikit daripada yang biasa kita lihat. Kisah cinta antara dua darjat yang dianggap satu perkara mustahil ialah golongan diraja bercinta dengan rakyat biasa serta sifat tamak manusia yang mahu menguasai dunia dengan cara yang salah merupakan intipati biasa filem-filem yang bercorak sebegini. Sebuah filem yang dapat ditonton dengan gembira  dan santai daripada permulaan hingga akhir dan tiba-tiba aku terfikir bilakah dan akan adakah karya-karya sebegini dihasilkan oleh rakyat Malaysia sendiri menggunakan kisah-kisah rakyat versi tempatan sendiri seperti Badang misalnya. Tidak mustahil tetapi faktor utama pasti adalah kos pembikinan. Kan penerbit-penerbit filem Malaysia?




Aku memang menyukai filem ini dari segi olahan cerita asalnya dan juga kesan khas yang memang menarik dan ada unsur-unsur humor yang membuatkan aku terhibur sepanjang menonton. Cuma jika dicari apa kesalahan terbesar filem ini dan apa yang aku dapat lihat adalah dari segi logiknya. Memanglah jika dilihat keseluruhan filem ini semua sudah tahu mana ada gergasi tinggal jauh di atas awan sana tetapi apa yang aku mahu kongsikan adalah mengenai beberapa perkara yang sedikit mencacatkan filem ini :-




1) Babak gergasi memakai mahkota ajaib milik manusia dengan dua buah jarinya. Amboiiii!!!! Besar pula mahkota tu sampai gergasi tu kena guna dua jari untuk muatkan mahkota tu. Masalahnya mahkota tu dipakai di kepala manusia dan saiz manusia dengan gergasi tu ibarat semut dengan lembu. Nampak tak apa yang cacatnya disini? Hahaha!




2) Sewaktu Jack mengangkat pisau untuk membunuh seekor gergasi di dapur dunia gergasi. Kuat betul Jack untuk mengangkat pisau gergasi dan menikam gergasi tersebut. Adoii!!




3) Paling aku tak dapat terima apabila pengawal-pengawal di istana lawan tarik tali dengan gergasi. Kalau seekor jer gergasi boleh juga lah aku nak terima tetapi ini manusia dengan gergasi sama banyak tapi punya lah susah gergasi tu nak menang lawan tarik tali. Dusta betul! Hahahaha!





Itu antara kecacatan yang aku dapat kesan dari sudut logik sebegitu lah. Tetapi, secara keseluruhannya filem ini memang menarik dan aku rasa terhibur. Pada pendapat aku, menonton filem ini dalam format 3D mungkin lebih memberi nikmat dan kejutan kepada sesiapa yang ingin menonton filem ini. Jadi, selamat menonton! :)


P/S : Ada Sesiapa Sudah Menonton Filem Rock Oo! Rimba Bara Kembali? Jika Ada Sila Kongsikan Pendapat Anda Disini Juga Yer! (^_^)Y


6 comments:

  1. aku pun tgk pk nk tgk citer nnti..ko belum tgk roxk ooo ke..jum tgk same..huuu

    norshimhashim

    ReplyDelete
  2. pendapat peribadi sy sbg seorang yg mengalami n melihat sndiri zaman rock 80 an & awal 90an.. rock ooo adalah filemyg mesti di tonton.. saye nk repeat lagi tgk rock oo.. cukup terkesan & berbekas di hati sayer. ia mengembalikan kenangan zmn remaja sy 17 thun lepas.. pd waktu itu sy cukup taksub n suke gile dgn rock ! :P tp peredaran usia n mase membuatkan ketaksuban tu makin perlahan..mungkin sbb dh bertambah matang :) sy bg 5/5 bintang pd rock OO.. tp kpd mereka yg kurang gemor rock,,mungkin x sama pendapat spt saye :)

    ReplyDelete
  3. bini baru ajak tgk movie ni hujung minggu ni. bab x logik tu, nak wat mcm mana. hampir sumer movie atau drama ada benda yg x logik.

    ReplyDelete
  4. Baru pas menonton Jack the giant slayer. Ok gak ceritanya. Tapi filem Rock Oo memang kelakar habis! Untuk review Rock Oo sudi melawat blog saya :)

    ReplyDelete