Tuesday 17 January 2012

Filem Jidin Sengal

Posted by BG Design



Filem:
Jidin Sengal


Pengarah:
Esmi Zahara


Genre:
Komedi


Pelakon:
Along Raja Lawak, Angah Raja Lawak, Azrul Raja Lawak,
Jue Aziz, Zac Diamond, Faezah Elai & Etc.


Tarikh Tayangan:
22 Mac 2012


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang Jidin dan Bob Dobot yang merupakan dua orang sahabat yang bercita-cita mahu menjadi pelakon terkenal pada suatu hari nanti. Jidin yang sengal tetapi sangat meminati bidang lakonan telah secara tersengaja membakar reban bersama ayam-ayam kesayangan ibunya gara-gara memberontak hendak pergi ke Kuala Lumpur mencuba nasib. Di sana Jidin telah bertemu dengan Bob Dobot iaitu seorang pelakon ekstra tetapi berjiwa pelakon utama. Bob memiliki keyakinan yang tinggi, badan yang gempal dan muka yang langsung tidak serupa dengan Aaron Aziz. Dia bercita-cita untuk memegang watak hero atau paling tidak sebagai pelakon pembantu berdialog pada suatu hari nanti. Jidin dan Bob Dobot mula berkawan baik dan Bob menjadi mentor kepada Jidin yang cetek ilmu lakonannya. Kehidupan dunia glamor sebagai artis ekstra penuh dengan cabaran dan kadang kala cacian merupakan cabaran terbaru kepada Jidin. Jidin dan Bob sering diberi tawaran watak lalu-lalang atau berlegar-legar di belakang pelakon utama saja. Kadang - kadang tidak sempat mereka mahu selitkan dialog dan pengarah sudah menjerit "cut!". Dengan bantuan rakan mereka Jay-Z, Jidin dan Bob Dobot mendapat peluang berlakon dalam sebuah filem. Mereka bertemu Iskandar, seorang lagi pelakon ekstra tetapi lebih kacak, lebih bergaya dan terlebih poyo. Jidin dan Bob sentiasa dibuli oleh Iskandar yang memandang rendah kepada mereka. Berjayakah Jidin dan Bob tampil sebagai pelakom utama? Mampukah mereka bertahan dalam industri hiburan yang mencabar ini demi mengejar impian mereka bergelar pelakon terkenal? Saksikan filem ini di pawagam pada 22 Mac 2012 ini untuk mengetahui kesudahannya.


Trailer:




Sebab - Sebab Hans Mahu Menonton:

1) Aku pun tak pasti nak menonton filem nih ker tak! Hahaha!

2) Mungkin kalau aku stress dan nak hiburkan diri maka mungkin aku akan pergi tengok! Mungkin!


P/S : Bagaimana Dengan Anda? Tertarik Dengan Trailer Filem Jidin Sengal? (^_^)Y


0 comments: