Tuesday 17 January 2012

Filem Mantera

Posted by BG Design



Filem:
Mantera


Pengarah:
Mohd Aliyar Al-Kutthy


Genre:
Fiksyen Sains & Aksi


Pelakon:
Tomok, Shiqin Kamal, Kamaliya, Wael Al-Masri,
Yank Kassim, Said Dashuk-Nighmatulin, Faezah Elai & Etc.


Tarikh Tayangan:
17 Mei 2012


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Azman yang terjumpa sebuah sarung tangan berteknologi nano yang boleh mengubah motosikalnya menjadi sebuah perisai badan yang canggih. Teknologi ini telah dicipta oleh seorang saintis yang bekerja untuk Barat Tech. Corporation iaitu Dr.Natasya Irina Pushkin. Bagaimanapun apabila dia sedar  rekaannya akan disalahgunakan oleh beberapa orang lelaki untuk memusnahkan dunia maka dia bertekad untuk menggagalkan rancangan tersebut. Sementara itu Sam Weston yang merupakan pemilik Weston Technologies meradang apabila Makmal Penyelidikan beliau diceroboh. Prototaip sistem senjata terbaru 'Mantera'(MAN-Armour Robotik Transformable Exo) pula telah disabotaj dan dimusnahkanSaintis utama beliau yang mengetuai pasukan penyelidikan iaitu Dr. Natasya pula telah hilang tanpa dapat dikesan. Pembeli untuk teknologi baru ini pula mula mendesak Sam untuk menyerahkan prototaip tersebut atau perjanjian itu akan dibatalkan serta merta. Manakala bangkai komponen serta serpihan bahagian - bahagian Mantera yang dimusnahkan tanpa sengaja telah dihantar ke bahagian lain di dunia dan ia diperoleh oleh seorang lelaki muda bernama Azman yang tinggal di Malaysia. Siapakah sebenarnya Azman dan apa yang membuatkan dia terpilih untuk melaksanakan misi ini? Saksikan filem Mantera untuk mengetahui jawapannya.


Trailer:




P/S : Tomok Jadi Hero Beb! (^_^)Y


3 comments:

  1. hahaha, aku ingat citer Mantra tu

    ReplyDelete
  2. cerita ni bkn dah lama ke nak kuar? tak salah aku tahun 2010 aku tgk first trailer..

    vikingdom bler kuar ea?

    ReplyDelete
  3. Adam : nama filem nih nak dekat2

    qarr : dia siap lama dah..maybe dok buat CGI la kut...tu take time tu...vikingdom tu pengambaran dah settle tak salah aku...nak buat CGI apa tu la amik masa...xsiap lagi untuk benda tu

    ReplyDelete