Monday 16 January 2012

Filem 7 Petala Cinta

Posted by BG Design



Filem:
7 Petala Cinta


Pengarah:
Azhari Mohd Zain


Genre:
Cinta


Pelakon:
Aeril Zafrel, Diana Amir, Fizo Omar,
Shima Anuar, Zalif Sidek, Epy Raja Lawak & Etc.


Tarikh Tayangan:
15 Mac 2012


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang cinta iaitu mengenai cinta sesama manusia, cinta diantara seorang lelaki dan perempuan, cinta diantara seorang Islam dengan agamanya, cinta diantara seorang ayah dan anaknya serta cinta diantara guru dan pelajarnya. Attar iaitu seorang yang berada dalam keadaan jahil sehingga dia bertemu dengan Aby Ikhwan yang merupakan seorang guru di Madrasah Qalbun Salim. Aby Ikhwan telah mengajar Attar mengenai Islam. Dalam diam Attar sebenarnya menyimpan perasaaan terhadap Saidatul Nafisa namun dia redha apabila Saidatul Nafisa bertunang dengan Hamka.




Saidatul Nafisa dan Hamka disatukan didalam satu ikatan pertunangan dan akan dikahwinkan sebaik sahaja Hamka pulang daripada menuntut ilmu di Tanah Arab. Ditakdirkan telah berlaku satu malapetaka dimana Hamka dikatakan telah meninggal dunia. Saidatul Nafisa meneruskan hidupnya dengan tabah namun Aby Ikhwan iaitu ayah kepada Saidatul Nafisa mahu anaknya itu cepat – cepat mendirikan rumah tangga supaya sinar kebahagian kembali ke dalam diri Saidatul Nafisa. Hilma Aqila iaitu adik kepada Hamka pula menuntut di tempat yang sama dengan Saidatul Nafisa.




Hubungan diantara Hilma Aqila dan Saidatul Nafisa seperti adik beradik. Semenjak kematian Hamka, keluarga Saidatul Nafisa menjaga Hilma Aqila seperti anak sendiri. Nida pula yang merupakan seorang wanita yang dipaksa menjadi pelacur oleh ahli keluarganya sendiri telah bertemu dengan Attar dan terdetik rasa suka di hati Nida. Attar cuba untuk membawa Nida kembali ke jalan yang benar namun Nida mempunyai niat lain terhadap Attar. Ditakdirkan, jodoh Saidatul Nafisa adalah dengan Attar namun pelbagai halangan datang menghalang hubungan mereka. Dapatkah Saidatul Nafisa dan Attar bersatu? Apakah niat sebenar Nida? Saksikan filem ini di pawagam berdekatan anda pada 15 Mac 2012 ini.


Trailer:




Sebab - Sebab Hans Mahu Menonton:

1) Aku memang meminati lakonan Aeril Zafrel dan selepas Cinta Kura-Kura maka ini adalah filem beliau yang seterusnya. Semoga lakonannya untuk filem kali ini semakin bagus dan menarik!

2) Nak melihat mampukah filem - filem ini lebih hebat atau paling tidak setanding dengan filem - filem bergenre sebegini yang lazimnya datang daripada filem - filem dari negara Indonesia seperti Ayat - Ayat Cinta dan Wanita Berkalung Sorban.

3) Tertarik dengan sinopsis tetapi harap - harap filem ini memang betul - betul menarik dan ada mesej berguna.


P/S : Harap Ada Yang Menarik Dan Istimewa Di Dalam Filem 7 Petala Cinta Ini! (^_^)Y


6 comments:

  1. cam best gak citer ni. awal2 diana amir pakai tudung.sesuai sangat. nasib kt kelantan xde cinema, tunggu dvd je lah.

    ReplyDelete
  2. Filem ni Diana Amir mmg blom pkai tudung kan? Dia pakai tudung sebab watak tu je.
    Sinopsis macam bez, tp bila tgk Azhari Zain tuan directornya, tak yakin sngat r dgn hasilnya..

    ReplyDelete
  3. Tanpa Nama : haha..betul...bila tengok pengarahnya Azhari Zain rasa macam tak yakin kan..harap2 ada pembaharuan daripada beliau :-)

    ReplyDelete
  4. saya dah tonton cerita ni...mmg best...sesuai dgn jiwa dan juga karektor yang saya cari utk e-cerpen terbaru saya...pergilah tgk cepat2...x rugi tiket...penuh tawa, sedih, ilmu, pengajaran dan paling penting nilai cerita ini setaraf dgn ayat2 cinta, ketika cinta bertasbih...mainan emosi yang penuh sarat...

    ReplyDelete
  5. terlalu berwarna warni utk ketengahkn mesej islamik

    ReplyDelete
  6. Best cerita ni. Cuma saya nak tahu.. Siapa yg watak jadi pelacur tu?? Siapa nama nya?

    ReplyDelete