Tuesday, 31 January 2012

Review Filem Loser Lover

Posted by BG Design



Filem:
Loser Lover


Pengarah:
Rergchai Paungpetch


Genre:
Komedi Romantik


Pelakon:
Arak Amornsupasiri, Khom Chuan Chuen,
Koeti Aramboy, Ramita Mahapreukpong, Tukkie & Etc.


Penilaian:
6 / 10


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Sudkhet yang merasakan tiada yang lebih penting di dalam kehidupan melainkan kebahagiaan diri sendiri sahaja. Sudhket yang bercita-cita untuk menjadi seorang pemuzik telah mengajak rakannya Under untuk menghadiri satu ujibakat mencari pemuzik walaupun mereka sering kali gagal sebelum ini. Sewaktu uji bakat tersebut, Sudkhet telah bertemu Mayom yang merupakan seorang yang cukup riang dan sangat bersemangat dan mulai jatuh hati padanya. Mayom yang pada mulanya berana aneh dengan tingkah laku Sudkhet akhirnya mula jatuh cinta dengan Sudkhet. Namun, masalah mula timbul apabila cinta lama Mayom iaitu Kong datang kembali menagih cinta Mayom dan ini memberi cabaran kepada Sudkhet untuk mendapatkan cinta Mayom.


Trailer:




Ulasan Hans:

Filem yang meraih gelaran box office kebanyakkannya bukan lah filem terbaik tetapi masih ada yang terbaik. Merujuk kepada filem Loser Lover ini pula yang meraih pencapaian hebat di Thailand sebagai filem paling laku disana menyebabkan aku tertarik untuk menonton dan melihat dimanakah keistimewaan filem yang bergenre romantik komedi ini. Apa aku boleh katakan filem ini memang menghiburkan tetapi masih tidak mampu menandingi kehebatan filem bergenre sama juga kelahiran dari negara yang sama iaitu filem Suck Seed.


Pertemuan Pertama Sudhket Dan Mayom Yang Kelakar


Namun kekuatan watak pelakon pembantu iaitu Koeti Aramboy(watak Under) dan Tukkie(watak Gibzy) sememangnya merupakan salah satu faktor yang menjadikan filem ini betul - betul menepati genre komedi seperti yang dicanang - canangkan dimana setiap kali kemunculan mereka pada mana - mana babak pasti akan membuatkan anda ketawa tidak kering gusi menonton keletah mereka. Apa yang uniknya filem ini apabila ia menonjolkan watak Sudhket yang tampak begitu gembira dengan apa sahaja yang dilakukan tetapi sebenarnya watak ini takut untuk menghadapi kegagalan dan ia dipertontonkan pada babak - babak klimaks di dalam filem ini. Memang mengujakan apabila berpeluang menonton satu watak yang kelihatan janggal tetapi sebenarnya menarik apabila filem ini berjaya mengupas sedikit tentang perwatakan itu walaupun tidak keseluruhan.


Pelakon Tukkie Yang Memegang Peranan Gibzy Cukup Menghiburkan


Filem ini juga bijak di dalam menyampaikan sindiran - sindirannya tentang beberapa perkara seperti MLM(Multi Level Marketing), rancangan Akademi Fantasia yang diadakan di Thailand serta budaya berbahasa Inggeris yang begitu dikagumi disana walaupun bunyi dan gaya sebutannya sangat teruk. Menariknya juga disini ialah negara Siam itu juga sebenarnya mempunyai gejala rempit cuma tidak lah dipaparkan terlalu teruk seperti di dalam filem atau drama - drama di Malaysia ini. Dan perkara paling aku rasakan jujur apabila di dalam satu babak sewaktu Gibzy yang wajahnya memang lah tidak cantik seperti gadis - gadis idaman lelaki yang terpaksa menerima pengakuan jujur daripada seorang artis selepas tamat permintaan ketiganya selepas memenangi cabutan bertuah bersama artis kegemaran.


Salah Satu Babak Pelik Yang Unik Tetapi Kelakar


Apa - apapun, filem ini menarik untuk ditonton kerana terdapat banyak perkara yang boleh dilihat terutamanya tentang kehidupan di sekeliling kita sendiri dan walaupun filem ini bukan lah yang terbaik tetapi pasti anda akan puas hati menonton filem yang berdurasi 1 jam 45 minit ini. Selamat menonton dan nikmatilah saat romantis dan unsur humor yang melatari filem ini dengan gembira.


P/S : Filem Romantik Komedi Thailand Memang Menarik! (^_^)


1 comments:

Saturday, 28 January 2012

Review Drama Aku Mahu Terbang

Posted by BG Design



Drama:
Aku Mahu Terbang


Pengarah:
Mohamed Feroz Kader


Genre:
Drama


Pelakon:
Shafie Naswip, Adik Afiq, Beto Kushairi,
Fadhilah Mansor, Amar Asyraf, Puteri Sarah & Etc.


Tarikh Tayangan:
Sabtu (28 Januari 2012)


Siaran:
Slot Cerekarama TV3


Sinopsis:

Drama ini mengisahkan seorang kanak - kanak lelaki bernama Rezki yang begitu bercita - cita ingin menjadi seorang juruterbang. Dia yang dibesarkan di dalam keluarga penoreh getah yang serba kekurangan dan hanya bergantung harap kepada ibu serta abangnya iaitu Mak Hanun dan Syukur selalu diejek oleh tiga orang budak nakal gara - gara kasut sekolahnya yang koyak. Busran yang merupakan kawan baik kepada Rezki yang terpaksa bergantung harap kepada kerusi roda disebabkan penyakit Meningitis sentiasa memberi semangat dan menyokong cita - cita Rezki. Suatu hari sebuah syarikat penerbangan swasta mempromosikan kelas juruterbang di sekolah Rezki belajar dan pada hari yang sama penyakit Busran semakin kritikal dan akhirnya Busran meninggal dunia. Rezki berjanji kepada Busran akan tetap meneruskan cita - citanya untuk menjadi seorang juruterbang. Atas keputusan peperiksaan UPSR yang cemerlang akhirnya Rezki ditawarkan belajar di sebuah sekolah berasrama yang menawarkan kelas juruterbang. Sewaktu di tingkatan 5, Rezki amat merindui ibu dan abangnya dan menyuruh mereka datang melawatnya untuk melepas rindu. Malangnya sebelum peperiksaan bermula, dia menerima berita mengejutkan mengenai ibu dan abangnya yang meninggal dunia akibat kemalangan. Rezki mula hilang tumpuan dan ini secara tidak langsung menganggu cita - citanya untuk menjadi seorang juruterbang. Namun atas bantuan abang angkatnya(Beto) maka dia akhirnya berjaya menjadi seorang pelajar terbaik dan juga berjaya mencapai cita - citanya untuk menjadi seorang juruterbang yang berjaya.


Ulasan Hans:

Aku jarang untuk membuat ulasan tentang sesebuah drama melainkan drama tersebut berjaya menyentuh hati aku dari beberapa segi. Sememangnya ini cuma sebuah lagi kisah tentang remaja yan bercita - cita tinggi untuk berjaya dan akhirnya atas segala daya usahanya maka cita - cita tersebut berjaya dicapai selepas segala macam suka duka ditempuh. Beberapa plot ceritanya sudah boleh diagak namun aku tetap sukakan drama Aku Mahu Terbang ini. Lakonan berkesan yang diberikan oleh adik Afiq serta Shafie Naswip sendiri secara tidak langsung menyebabkan drama ini sememangnya menyentuh hati sesiapa yang menontonnya dan meningkatkan semangat di dalam diri khususnya di kalangan remaja.


Barisan Pelakon Aku Mahu Terbang - Sumber Gambar Disini


Mungkin agak klise apabila melihat beberapa watak dimatikan dalam beberapa adegan yang mungkin sudah boleh diagak namun jalan ceritanya walaupun kelihatannya tidak lah terlalu berat namun semangat dan kekuatan kisahnya amat tinggi dan sangat menarik untuk ditonton oleh semua golongan tidak kira yang kecil mahu pun yang telah berkeluarga. Apa yang aku boleh katakan jiwa kisa ini serta susunan dialog yang terdapat di dalam drama ini amat menarik dan cukup memberi motivasi kepada yang telah menonton. Tahniah kepada semua pelakon dan krew produksi yang telah menghasilkan drama Aku Mahu Terbang ini. Aku amat gembira menonton drama ini sebentar tadi. Tahniah pada kamu, kamu dan kamu semua!




P/S : Bersemangat Bila Mendengar Lagu Yang Dipilih Untuk Melatari Drama Aku Mahu Terbang! (^_^)Y


3 comments:

Friday, 27 January 2012

Percaya Pada Ulasan Filem! Benar? Palsu?

Posted by BG Design






Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan pengunjung blog ini. Kali ini tuan empunya blog ini iaitu Hans memberi kepercayaan kepada saya untuk berkongsi pandangan saya tentang satu isu yang menarik untuk dikongsi bersama pembaca blog beliau ini. Oh, lupa nak bagitahu saya cuma orang biasa - biasa dan malas untuk dikenali cuma mungkin boleh saya namakan diri saya sebagai Cik Mah sahaja. Cik Mah perasan tentang sesuatu perkara apabila terlihat komen - komen daripada pembaca blog ini tentang beberapa soalan yang lebih kurang sama dan rasa - rasanya Cik Mah berminat untuk kongsikan dibawah ini mengenai ulasan - ulasan filem yang telah si Hans tonton sebelum ini.


1) "Terima kasih buat review! Saya telah menontonnya! Memang betul ulasan awak tentang filem ini!"

2) "Aku dah tengok! Tapi, tak best pun! Asal kau kata best?"

3) "Review - review yang awak buat memang saya nanti - nantikan! Dan sememangnya selera kita tentang filem sama!"

4) "Aku tak kisah lah apa pandangan kau! Aku tetap nak tengok juga filem nih!"

5) "Aku suka review kau! Memang jujur habis!"


Jadi, antara kelima - lima komen di atas Cik Mah amat tertarik untuk mengulas tentang komen ke-5 tersebut dan ingin saya kaitkan dengan ulasan beberapa filem tempatan yang telah ditulis sama ada di akhbar atau pun di blog - blog lain. Sebagai contoh filem yang di ulas itu adalah sebuah filem seram dan ulasan mereka yang mungkin telah menonton lebih awal dan mungkin juga secara percuma berbanding penonton yang terpaksa membayar tiket(seperti Cik Mah sendiri) ini adalah filem tersebut begitu menarik, segar, sangat seram, tidak rugi ditonton dan sangat kreatif.

Bagi sesiapa yang telah membaca ulasan sebegitu semestinya mahu tidak mahu akan terpengaruh paling tidak sedikit untuk mempercayai ulasan sebegitu dan apabila pergi menontonnya lain pula yang dirasai. Segala - gala yang dibaca di dalam ulasan tersebut jauh panggang dari api. Memang berlawanan daripada apa yang dijanjikan sebelum ini. Jadi, secara tidak langsung kredibiliti mereka yang menulis pastinya tercalar kerana ia seolah - olah menunjukkan bahawa apa yang mereka kongsikan kepada pembaca itu adalah dusta semata - mata.

Memang lain orang lain pandangan! Memang lain orang lain cita rasanya! Cik Mah faham tentang itu cuma memang ada beberapa perkara yang rasa - rasanya sekali kita pandang atau sekali kita lihat kita sudah tahu kisah itu betul - betul menarik, betul - betul seram, betul - betul kelakar, betul - betul ilmiah atau sebagainya namun lain yang dirasa dan lain pun yang mereka taip. Cik Mah tak mahu lah nak tuduh apa - apa kan! Mungkin mereka terhutang budi kerana dapat menonton tanpa sebarang bayaran dan semestinya tanggungjawab mereka memberi publisiti pada filem itu tetapi penonton sekarang ini walaupun bukan semuanya bijak tetapi ramai yang sudah celik filem dan sudah ramai yang tahu menilai. Mungkin sekali dua jika pandangan kedua - duanya tidak sama maka boleh lah dikatakan lain orang lain pandangannya tetapi jika segala - galanya hanya cuma memuji dan mengangkat filem yang sebenarnya tidak lah terbaik mana menjadi tersangat baik maka kepercayaan pembaca kepada penulisan tersebut semestinya akan terhakis sedikit demi sedikit dan tidak mustahil suatu hari nanti jika tiada apa - apa yang dilakukan untuk menghalang sikap sebegini maka tiada sesiapa lagi yang akan percaya kepada ulasan filem hatta ulasan tersebut benar dan positif sekali pun.

Cik Mah cuma berkongsi pandangan Cik Mah tentang hal ini! Mungkin tidak ramai pun yang akan pandang penulisan Cik Mah ini sebab Cik Mah pun bukan lah sesiapa di dalam industri ini. Ilmu pun tak banyak mana! Cuma Cik Mah puas dapat berkongsi apa yang Cik Mah rasa sebab Cik Mah tak mahu kredibiliti orang yang membuat ulasan filem secara jujur ini tercalar gara - gara orang lain. Apa - apapun, semoga filem - filem Malaysia lebih berdaya saing dan setanding filem - filem hebat dari luar negara. Terima kasih juga Cik Mah nak ucapkan kepada Hans kerana memberi peluang kepada Cik Mah menumpang memberi pandangan di blog beliau ini. Jika ada kesempatan dan jika Hans mengizinkan Cik Mah untuk menulis lagi disini maka kita berjumpa lagi! Sekian, assalammualaikum!


3 comments:

Thursday, 26 January 2012

Oscar Nominations 2012 (The 84th Academy Awards)

Posted by BG Design



Best Picture
  • The Artist (Thomas Langmann, Producer)
  • The Descendants (Jim Burke, Alexander Payne and Jim Taylor, Producers)
  • Extremely Loud & Incredibly Close (Scott Rudin, Producer)
  • The Help (Brunson Green, Chris Columbus and Michael Barnathan, Producers)
  • Hugo (Graham King and Martin Scorsese, Producers)
  • Midnight in Paris (Letty Aronson and Stephen Tenenbaum, Producers)
  • Moneyball (Michael De Luca, Rachael Horovitz and Brad Pitt, Producers)
  • The Tree of Life (Nominees to be determined)
  • War Horse (Steven Spielberg and Kathleen Kennedy, Producers)


Actor in a Leading Role
  • Demián Bichir (A Better Life)
  • George Clooney (The Descendants)
  • Jean Dujardin (The Artist)
  • Gary Oldman (Tinker Tailor Soldier Spy)
  • Brad Pitt (Moneyball)


Actor in a Supporting Role
  • Kenneth Branagh (My Week with Marilyn)
  • Jonah Hill (Moneyball)
  • Nick Nolte (Warrior)
  • Christopher Plummer (Beginners)
  • Max von Sydow (Extremely Loud & Incredibly Close)


Actress in a Leading Role
  • Glenn Close (Albert Nobbs)
  • Viola Davis (The Help)
  • Rooney Mara (The Girl with the Dragon Tattoo)
  • Meryl Streep (The Iron Lady)
  • Michelle Williams (My Week with Marilyn)


Actress in a Supporting Role
  • Bérénice Bejo (The Artist)
  • Jessica Chastain (The Help)
  • Melissa McCarthy (Bridesmaids)
  • Janet McTeer (Albert Nobbs)
  • Octavia Spencer (The Help)


Animated Feature Film
  • A Cat in Paris (Alain Gagnol and Jean-Loup Felicioli)
  • Chico & Rita (Fernando Trueba and Javier Mariscal)
  • Kung Fu Panda 2 (Jennifer Yuh Nelson)
  • Puss in Boots (Chris Miller)
  • Rango (Gore Verbinski)


Art Direction
  • The Artist (Production Design: Laurence Bennett / Set Decoration: Robert Gould)
  • Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2 (Production Design: Stuart Craig / Set Decoration: Stephenie McMillan)
  • Hugo (Production Design: Dante Ferretti / Set Decoration: Francesca Lo Schiavo)
  • Midnight in Paris (Production Design: Anne Seibel / Set Decoration: Hélène Dubreuil)
  • War Horse (Production Design: Rick Carter / Set Decoration: Lee Sandales)


Cinematography
  • The Artist (Guillaume Schiffman)
  • The Girl with the Dragon Tattoo (Jeff Cronenweth)
  • Hugo (Robert Richardson)
  • The Tree of Life (Emmanuel Lubezki)
  • War Horse (Janusz Kaminski)


Costume Design
  • Anonymous (Lisy Christl)
  • The Artist (Mark Bridges)
  • Hugo (Sandy Powell)
  • Jane Eyre (Michael O'Connor)
  • W.E. (Arianne Phillips)


Directing
  • Michel Hazanavicius (The Artist)
  • Alexander Payne (The Descendants)
  • Martin Scorsese (Hugo)
  • Woody Allen (Midnight in Paris)
  • Terrence Malick (The Tree of Life)


Documentary (Feature)
  • Hell and Back Again (Danfung Dennis and Mike Lerner)
  • If a Tree Falls: A Story of the Earth Liberation Front (Marshall Curry and Sam Cullman)
  • Paradise Lost 3: Purgatory (Charles Ferguson and Audrey Marrs)
  • Pina (Wim Wenders and Gian-Piero Ringel)
  • Undefeated (TJ Martin, Dan Lindsay and Richard Middlemas)


Documentary (Short Subject)
  • The Barber of Birmingham: Foot Soldier of the Civil Rights Movement (Robin Fryday and Gail Dolgin)
  • God Is the Bigger Elvis (Rebecca Cammisa and Julie Anderson)
  • Incident in New Baghdad (James Spione)
  • Saving Face (Daniel Junge and Sharmeen Obaid-Chinoy)
  • The Tsunami and the Cherry Blossom (Lucy Walker and Kira Carstensen)


Film Editing
  • The Artist (Anne-Sophie Bion and Michel Hazanavicius)
  • The Descendants (Kevin Tent)
  • The Girl with the Dragon Tattoo (Kirk Baxter and Angus Wall)
  • Hugo (Thelma Schoonmaker)
  • Moneyball (Christopher Tellefsen)


Foreign Language Film
  • Bullhead (Belgium)
  • Footnote (Israel)
  • In Darkness (Poland)
  • Monsieur Lazhar (Canada)
  • A Separation (Iran)


Makeup
  • Albert Nobbs (Martial Corneville, Lynn Johnston and Matthew W. Mungle)
  • Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2 (Edouard F. Henriques, Gregory Funk and Yolanda Toussieng)
  • The Iron Lady (Mark Coulier and J. Roy Helland)


Music (Original Score)
  • The Adventures of Tintin (John Williams)
  • The Artist (Ludovic Bource)
  • Hugo (Howard Shore)
  • Tinker Tailor Soldier Spy (Alberto Iglesias)
  • War Horse (John Williams)


Music (Original Song)
  • "Man or Muppet" from "The Muppets" Music and Lyric by Bret McKenzie
  • "Real in Rio" from "Rio" Music by Sergio Mendes and Carlinhos Brown Lyric by Siedah Garrett


Short Film (Animated)
  • Dimanche/Sunday (Patrick Doyon)
  • The Fantastic Flying Books of Mr. Morris Lessmore (William Joyce and Brandon Oldenburg)
  • La Luna (Enrico Casarosa)
  • A Morning Stroll (Grant Orchard and Sue Goffe)
  • Wild Life (Amanda Forbis and Wendy Tilby)


Short Film (Live Action)
  • Pentecost (Peter McDonald and Eimear O'Kane)
  • Raju (Max Zähle and Stefan Gieren)
  • The Shore (Terry George and Oorlagh George)
  • Time Freak (Andrew Bowler and Gigi Causey)
  • Tuba Atlantic (Hallvar Witzø)


Sound Editing
  • Drive (Lon Bender and Victor Ray Ennis)
  • The Girl with the Dragon Tattoo (Ren Klyce)
  • Hugo (Philip Stockton and Eugene Gearty)
  • Transformers: Dark of the Moon (Ethan Van der Ryn and Erik Aadahl)
  • War Horse (Richard Hymns and Gary Rydstrom)


Sound Mixing
  • The Girl with the Dragon Tattoo (David Parker, Michael Semanick, Ren Klyce and Bo Persson)
  • Hugo (Tom Fleischman and John Midgley)
  • Moneyball (Deb Adair, Ron Bochar, Dave Giammarco and Ed Novick)
  • Transformers: Dark of the Moon (Greg P. Russell, Gary Summers, Jeffrey J. Haboush and Peter J. Devlin)
  • War Horse (Gary Rydstrom, Andy Nelson, Tom Johnson and Stuart Wilson)


Visual Effects
  • Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2 (Tim Burke, David Vickery, Greg Butler & John Richardson)
  • Hugo (Rob Legato, Joss Williams, Ben Grossman and Alex Henning)
  • Real Steel (Erik Nash, John Rosengrant, Dan Taylor and Swen Gillberg)
  • Rise of the Planet of the Apes (Joe Letteri, Dan Lemmon, R. Christopher White and Daniel Barrett)
  • Transformers: Dark of the Moon (Scott Farrar, Scott Benza, Matthew Butler and John Frazier)


Writing (Adapted Screenplay)
  • Alexander Payne and Nat Faxon & Jim Rash (The Descendants)
  • John Logan (Hugo)
  • George Clooney & Grant Heslov and Beau Willimon (The Ides of March)
  • Steven Zaillian and Aaron Sorkin. Story by Stan Chervin (Moneyball)
  • Bridget O'Connor & Peter Straughan (Tinker Tailor Soldier Spy)


Writing (Original Screenplay)
  • Michel Hazanavicius (The Artist)
  • Annie Mumolo & Kristen Wiig (Bridesmaids)
  • J.C. Chandor (Margin Call)
  • Woody Allen (Midnight in Paris)
  • Asghar Farhadi (A Separation)

P/S : Will 'The Artist' win some major categories? (^_^)Y


3 comments:

Friday, 20 January 2012

Review Filem Papa I Love You

Posted by BG Design



Filem:
Papa I Love You


Pengarah:
Hashim Rejab


Genre:
Komedi & Drama


Pelakon:
Lisa Surihani, Mia Sara Nasuha, Zalif Sidek, Zaidi Omar,
Bob Kuman, Syanie, Zul Handyblack & Etc.


Penilaian:
3.5 / 10


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang Baha iaitu seorang ayah yang berusaha untuk membesarkan anak tunggalnya iaitu Mia dengan sempurna mungkin di dalam kehidupannya yang penuh dengan kesempitan sehingga beliau sanggup melakukan apa sahaja. Baha bertemu dengan seorang wanita bernama Elly yang sering membantu beliau untuk menjaga Mia dikala Baha sibuk mencari kerja. Elly dan Mia melengkapkan hidup Baha meskipun ditimpa kesempitan dek kerana kekurangan wang dan tidak mempunyai kerja tetap. Datuk Kudin seorang ayah dimana pada zaman mudanya mempunyai segala – galanya namun kerana sikapnya yang lebih mementingkan kerjaya telah menyebabkan dia kehilangan anak kesayanganya iaitu Elly. Baha menjadi orang tengah dalam membantu merapatkan semula hubungan Elly dan Datuk Kudin dan ini akhirnya telah menyebabkan hubungan Elly dan Baha sendiri menjadi tegang. Perpisahan Baha dan Elly telah menyebabkan Mia sedih dan secara tak sengaja ditimpa kemalangan. Melihatkan betapa besarnya kasih sayang Baha terhadap Mia telah menyedarkan Elly supaya memberikan peluang kepada ayahnya sendiri iaitu Datuk Kudin.


Ulasan Hans:

Aku tidak pasti kenapa begitu ramai yang berkata filem ini menarik, menyedihkan dan menyebabkan mereka menelefon ayah mereka untuk mengucapkan kata sayang selepas menonton filem ini kerana aku merasakan sebaliknya. Bagi aku secara peribadi jalan cerita filem ini boleh menjadi bertambah menarik jika setiap plot ceritanya lebih diperincikan dan pemilihan watak - watak itu sendiri seharusnya lebih tepat dan kena dengan karakternya.


Lisa Surihani Sebagai Elly


Paling mengecewakan aku apabila melihatkan tentang kelemahan perjalanan kisah kehidupan Elly yang cuba ditonjolkan sebagai seorang anak yang begitu membenci ayahnya iaitu Datuk Kudin gara - gara kecurangan Datuk Kudin sewaktu ibunya sakit dan meninggal. Elly tidak mahu dikaitkan dengan segala - galanya yang ada kena mengena dengan Datuk Kudin dan mengambil keputusan dengan menjual rojak buah serta keropok dihadapan tadika tempat Mia belajar namun mampu pula tinggal di sebuah rumah banglo yang besar. Adakah rumah banglo itu ialah pemberian daripada Datuk Kudin tetapi Elly sudah katakan sejak awal lagi dia tidak mahu Datuk Kudin mengganggu atau membantu hidupnya. Kalau betul Elly menyewa sekali pun rumah tersebut mampu pula si Elly nih membayar sewa rumah tersebut ditambah dengan perabot rumah yang lengkap dan tampak mahal? Memang kenyataan ini kelihatan remeh tetapi apabila kelihatannya kehidupan Elly nih terlalu senang maka ia memang membuatkan aku mula kurang selesa dengan perjalanan ceritanya yang tidak mengujakan aku sejak dari awal lagi.


Kisah Tentang Hubungan Di Antara Bapa Dan Anak


10 minit pertama sahaja aku merasakan babak di antara Baha dan datuk serta nenek Mia sangat membuang masa. Tiada unsur lucu walaupun aku tahu mereka cuba menjadikan adegan itu kelakar. Kesimpulannya, 10 minit pertama yang tidak membawa apa - apa erti dan merugikan filem ini sendiri. Mungkin juga filem ini cuba menjerat emosi penonton dengan menonjolkan bagaimana kesusahan yang dialami Baha sehingga menunjukkan bagaimana Baha dan Mia terpaksa tinggal dan bermalam di taman permainan berhari - hari kerana Baha telah dihalau dari rumah sewanya atas sebab tidak mampu membayar sewa gara - gara tiada pekerjaan pada ketika itu. Tetapi, bagi aku babak tersebut jika bijak dimanfaatkan sebenarnya mampu memberi nilai sentimental yang tinggi namun mahu pun watak Baha atau watak Mia sendiri sememangnya kurang menjiwai watak tersebut terutamanya Mia. Mungkin Mia Sara Nasuha pelakon kanak - kanak yang dikenali oleh ramai orang kerana kepetahan dan kecomelannya tetapi aku terpaksa akui tahap Mia untuk menjiwai dan meluahkan emosi kesedihan masih gagal dan perlu banyak lagi dilakukan untuk menjadikannya seorang pelakon kanak - kanak yang lebih bagus. Contoh terdekat apabila melibatkan watak Mia yang menangis atau merengek - rengek yang jelas kelihatan dibuat - buat dan ini tidak membantu  memberi kekuatan pada filem ini.


Mia Sara Nasuha Dalam Satu Babak Sedih Filem Ini


Apa yang lebih mengecewakan lagi ialah apabila karakter Elly yang pada awalnya ditunjukkan begitu kering hati dan sukar untuk memaafkan tetapi dengan terlampau mudahnya dapat menerima cinta Baha dan dengan terlalu mudahnya dapat memaafkan kesalahan Datuk Kudin tanpa perlu kedua - dua watak ini bersusah payah untuk mendapatkan cinta dan kemaafannya. Inilah kelemahan yang jelas kelihatan yang dapat aku lihat melalui pemerhatian aku terhadap filem ini. Tidak termasuk lagi dengan pelakon - pelakon pembantunya yang tiba - tiba muncul yang kononnya untuk menimbulkan unsur humor di dalam beberapa adegan filem ini tetapi tidak menjadi. Paling melucukan ialah baju Mia yang sentiasa kemas dan tidak berkedut walaupun susah berhari - hari tidur di padang permainan bersama Baha.


Salah Satu Adegan Filem Papa I Love U


Memang ada beberapa kritikan disini yang kelihatan remeh tetapi bagi aku ia penting kerana filem ini sendiri cuba untuk bermain dengan emosi melalui adegan - adegan tersebut tetapi adegan - adegan itu lah sebenarnya yang membogelkan kesalahan nyata filem ini tanpa berselindung. Filem ini ada kisahnya! Ada objektifnya! Aku nampak semua itu namun jalan ceritanya memang lemah dan tidak mengujakan aku! Filem ini akan menjadi menarik jika filem ini lebih memfokuskan pada kekuatan setiap babak yang melibatkan 4 watak utama filem ini tanpa perlu adegan - adegan komedi yang langsung tidak melucukan itu. Sekian!


P/S : Sayangilah Keluarga Anda! (^_^)Y


2 comments:

Thursday, 19 January 2012

Review Filem Underworld Awakening

Posted by BG Design



Filem:
Underworld Awakening


Pengarah:
Mans Marlind & Bjorn Stein


Genre:
Aksi, Fantasi & Seram


Pelakon:
Kate Beckinsale, India Eisley, Michael Ealy, Theo James,
Sandrine Holt, Kris Holden-Ried, Robert Lawrenson & Etc.


Penilaian:
8 / 10


Sinopsis:

Siri keempat Underworld ini mengisahkan tentang pertempuran epik antara puntianak dengan puak serigala jadian, Lycans. Selene yang merupakan pahlawan puntianak yang hebat kembali berjuang untuk menyelamatkan diri serta generasinya. Begitupun dunia manusia semakin maju dan terbuka jadi manusia telah mengetahui tentang kewujudan serigala jadian dan puntianak lalu bertindak menghapuskan kedua - dua generasi ini daripada terus hidup dimuka bumi. Pihak manusia telah mengistiharkan bahawa puak serigala jadian telah berjaya dilenyapkan dan kini mereka menjalankan operasi memburu puak puntianak pula. Selene akhirnya terperangkap dan dipenjarakan oleh manusia dengan cara dibekukan di dalam sebuah bekas sebagai bahan kajian dan apabila dia tersedar dari tidurnya rupanya - rupanya sudah 15 tahun tempoh masa berlalu dan dia mendapat tahu bahawa dia memiliki anak yang berusia 14 tahun bernama Nissa. Begitupun, Nissa amat digeruni oleh banyak pihak kerana dia memiliki darah campuran puntianak dan juga serigala jadian. Apa yang memeranjatkan Selene apabila dia mendapat puak serigala jadian atau Lycans sebenarnya masih wujud dan di dalam kuantiti yang ramai serta semakin kuat berbanding dahulu. Jadi, siapakah sebenarnya dalang di kalangan puak manusia yang melindungi puak Lycans? Adakah Selene berjaya menyelamatkan anaknya Nissa daripada ditangkap oleh pihak manusia atau Lycans? Saksikan filem hebat ini di pawagam berdekatan anda untuk mengetahui jawapannya.


Ulasan Hans:

Filem ini merupakan antara yang terbaik pernah aku tonton di antara sekuel filem Underworld sebelum ini yang bermula dengan Underworld(2003) dan kemudian Underworld: Evolution(2006) sebelum diteruskan dengan sekuel ketiganya iaitu Underworld: Rise of the Lycans(2009). Melihatkan pada sambutan hebat yang diterima daripada peminat filem ini maka akhirnya muncul lah siri keempatnya iaitu Underworld: Awakening dan bagi aku pengarah filem ini iaitu Mans Marlind dan Bjorn Stein telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik kerana walaupun filem kali ini telah memasuki satu dimensi baru melibatkan manusia namun jalan ceritanya masih kekal sama dan bertambah unik.


 Kate Beckinsale Cukup Hebat Membawakan Karakter Selene


Filem ini memang menarik kerana jika sebelum ini ia lebih memfokuskan pada 2 puak yang berseteru iaitu puntianak dan serigala jadian serta kebanyakannya adegannya cuma berlegar di waktu malam namun kali ini filem ini telah menjadikan manusia sendiri sebagai salah sebuah pihak yang terlibat di dalam sengketa antara kedua - dua puak ini dan bertanggungjawab untuk menghapuskan serta melenyapkan kedua - dua spesies ini daripada wujud dimuka bumi. Ini amat menarik kerana ia memaparkan antara cinta, pengorbanan, kasih sayang dan kekeliruan di dalam menyelamatkan pihak musuh yang sebenarnya bukan musuh mereka atau orang tersayang. Sebagai contoh ialah Selene yang terpaksa membunuh manusia yang sebelum ini telah menjalankan proses penghapusan puntianak sedangkan dalang sebenarnya adalah puak Lycans sendiri yang amat membenci puak puntianak berdasarkan kisah terdahulu.


Detektif Sebastian Lakonan Michael Ealy


Juga kesedihan yang meliputi manusia bernama Detektif Sebastian yang terpaksa membiarkan mendiang isterinya mati dibunuh dan dibakar oleh manusia gara - gara isterinya disahkan bukan manusia normal kerana mempunyai genetik pontianak serta bagaimana David yang terpaksa menentang ayahnya yang berkeras tidak mahu membantu Selene dan anaknya Nissa kerana tahu bahawa Nissa merupakan anak hibrid yang mampu membawa bencana besar jika jatuh di tangan pihak Lycans. Hal ini menarik kerana sifat kemanusiaan itu sebenarnya berjaya diterapkan dalam jiwa puak puntianak ini menjadikan mereka lebih manusia daripada manusia di dalam filem ini. Kemungkinan besar akan ada lagi sekuel terbaru filem ini jika dilihat pada pengakhiran filem ini dimana bapa Nissa yang merupakan orang yang paling disayangi oleh Selene masih hidup dan mereka bertiga serta puak puntianak yang lain masih diburu oleh puak Lycans serta manusia.


India Eisley Sebagai Nissa


Aku sukakan filem ini kerana gembira melihatkan bagaimana bijaknya cerita ini mengaitkan tempoh Salene dibekukan sebagai bahan kajian selama 15 tahun dengan misterinya watak Nissa tersebut yang sememangnya menjadikan satu tanda tanya dan diberikan jawapan yang menarik dan tidak kelihatan janggal bagi aku. Dari segi lakonan, Kate Beckinsale sememangnya sesuai dan layak memegang watak Selene kerana lakonannya yang memerlukan penghayatan serta emosi yang bagus dalam menghadapi pelbagai situasi sukar serta sentiasa hebat di dalam babak aksinya memang menghiburkan aku. Pelakon - pelakon lain seperti India Eisley, Theo James dan lain - lain tidak kurang hebatnya kerana setiap daripada mereka sememangnya berjaya memberikan yang terbaik untuk menjadikan filem ini memang berbaloi untuk ditonton.


Terbaik Kan?


Kesan khas atau CGI filem ini memang terbaik dan aku sangat berpuas hati menonton filem ini di dalam format 3D. Adakalanya aku terlupa bahawa itu cuma filem kerana tanpa aku sedar aku mengelak diri aku daripada terkena simbahan kaca atau apa - apa sahaja yang melompat keluar daripada skrin yang sememangnya mengejutkan aku. Agak lucu situasinya apabila terkenangkan kembali pengalaman tadi. Bertambah menarik melihat kesan khas perubahan puak Lycans daripada manusia bertukar menjadi serigala yang tampak menakjubkan dan sangat mengujakan kerana kelihatan cukup nyata sekali. Aksi kejar mengejar, berlawan, berperang, menembak serta membunuh juga bagi aku sangat menarik, sempurna dan agak menggerikan. Pergerakan kamera yang kemas! Sinematografi yang cukup menarik! Skor muzik yang bagus dan mendebarkan! Memang sesuai filem ini diklasifikasikan untuk tontonan 18 tahun ke atas kerana ia memang tidak sesuai untuk tontonan kanak - kanak kerana adegan melibatkan darah yang agak keterlaluan. Jadi, selamat menonton filem hebat ini di pawagam berdekatan anda dan aku pasti anda semua tidak akan menyesal kerana filem ini memang menarik dan cukup menghiburkan!




P/S : Sebenarnya Mahu Menonton Journey 2: The Mysterious Island Tetapi Tak Ada Pula Ditayangkan! Nasib Filem Underworld Awakening Nih Terbaik! (^_^)Y


6 comments:

Wednesday, 18 January 2012

Filem Hanyut

Posted by BG Design



Filem:
Hanyut


Pengarah:
U-Wei Haji Shaari


Genre:
Sejarah


Pelakon:
Adi Putra, Diana Danielle, Bront Palarae, Alex Komang,
Khalid Salleh, Sofea Jane, Sabri Yunus, Hasnul Rahmat,
Patrick Teoh, Fez Yuzzrie,Ramli Hassan, Normah Damanhuri & Etc.


Tarikh Tayangan:
2012 (Tarikh Belum Dapat Dipastikan)


Sinopsis:

Filem ini berdasarkan novel pertama Joseph Conrad yang bercerita tentang Almayer iaitu seorang peniaga Belanda yang berjuang untuk meneruskan kehidupan di Borneo pada pertukaran abad ke-19. Impian Almayer ialah untuk menemui gunung emas yang dianggap sebagai mitos tetapi ditentang oleh isterinya yang licik, kerajaan penjajah, intrik politik dari pusat daerah dan pedagang Arab, dan cinta putrinya terhadap seorang pahlawan Melayu yang inginkan kebebasan.


Trailer:
(Belum Ditemui)


Sebab - Sebab Hans Mahu Menonton:

1) Pengarah filem Hanyut ialah U-Wei Haji Shaari jadi rugilah kalau tak menonton hasil karya terbaru beliau.


2) Pelakon - pelakon filem nih memang terbaik! Semua pelakon - pelakon yang bagi aku ada kualiti dan hasil kerja yang bagus.

3) Filem ini bergenre sejarah dan Malaysia sangat kekurangan filem - filem sebegini. Jadi, amat bagus filem - filem sebegini dihasilkan oleh anak tempatan sendiri.

4) Sinopsis filem ini bagi aku sangat menarik.

5) Tidak silap aku kos filem ini tersenarai antara filem termahal yang pernah dihasilkan di Malaysia.


P/S : Mesti Rakan - Rakan Aku Teruja Nak Tengok Filem Hanyut Nih Kan? (^_^)Y


7 comments:

Tuesday, 17 January 2012

Filem Mantera

Posted by BG Design



Filem:
Mantera


Pengarah:
Mohd Aliyar Al-Kutthy


Genre:
Fiksyen Sains & Aksi


Pelakon:
Tomok, Shiqin Kamal, Kamaliya, Wael Al-Masri,
Yank Kassim, Said Dashuk-Nighmatulin, Faezah Elai & Etc.


Tarikh Tayangan:
17 Mei 2012


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Azman yang terjumpa sebuah sarung tangan berteknologi nano yang boleh mengubah motosikalnya menjadi sebuah perisai badan yang canggih. Teknologi ini telah dicipta oleh seorang saintis yang bekerja untuk Barat Tech. Corporation iaitu Dr.Natasya Irina Pushkin. Bagaimanapun apabila dia sedar  rekaannya akan disalahgunakan oleh beberapa orang lelaki untuk memusnahkan dunia maka dia bertekad untuk menggagalkan rancangan tersebut. Sementara itu Sam Weston yang merupakan pemilik Weston Technologies meradang apabila Makmal Penyelidikan beliau diceroboh. Prototaip sistem senjata terbaru 'Mantera'(MAN-Armour Robotik Transformable Exo) pula telah disabotaj dan dimusnahkanSaintis utama beliau yang mengetuai pasukan penyelidikan iaitu Dr. Natasya pula telah hilang tanpa dapat dikesan. Pembeli untuk teknologi baru ini pula mula mendesak Sam untuk menyerahkan prototaip tersebut atau perjanjian itu akan dibatalkan serta merta. Manakala bangkai komponen serta serpihan bahagian - bahagian Mantera yang dimusnahkan tanpa sengaja telah dihantar ke bahagian lain di dunia dan ia diperoleh oleh seorang lelaki muda bernama Azman yang tinggal di Malaysia. Siapakah sebenarnya Azman dan apa yang membuatkan dia terpilih untuk melaksanakan misi ini? Saksikan filem Mantera untuk mengetahui jawapannya.


Trailer:




P/S : Tomok Jadi Hero Beb! (^_^)Y


3 comments:

Filem Jangan Pandang-Pandang

Posted by BG Design



Filem:
Jangan Pandang-Pandang


Pengarah:
Ahmad Idham


Genre:
Pengembaraan & Komedi


Pelakon:
Zizan Raja Lawak, Nas-T, Sara Ali, Miera Leyana,
Azhar Sulaiman, Jaafar Onn, Erin Malek & Etc.


Tarikh Tayangan:
29 Mac 2012


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang empat orang pelajar kolej jurusan Sains Sosial dan Manusia iaitu Ajis, Ben, Yaya dan Diana yang ditugaskan untuk membuat satu tugasan mengumpul maklumat dan data tentang artifak-artifak di Gua Bewah. Yaya baru mendapat tahu Ajis bermain kayu tiga dibelakangnya dan bertekad mahu memutuskan hubungan dengan Ajis namun demi menyiapkan tugasan mereka maka Yaya bersetuju untuk berdamai buat seketika. Tugasan berkumpulan memaksa mereka mencari ahli kumpulan kelima iaitu seorang pelajar jurusan sama tetapi dari luar kampus bernama Marsha, seorang gadis gothik yang penuh misteri. Marsha memberitahu mereka semua yang dia boleh membawa mereka untuk membuat kajian dan penemuan-penemuan artifak di kawasan gua yang tidak pernah dimasuki manusia moden. Apabila tiba di jeti Tasik kenyir, mereka bermalam di dalam sebuah rumah bot kepunyaan seorang lelaki misteri bernama Abang Bob. Bermulalah pengalaman pelik dan ganjil serta menakutkan sepanjang mereka mencari artifak di gua tersebut. Kesilapan mereka ialah memasuki kawasan gua yang dilarang kerana ia merupakan kawasan keras. Sekembali ke bot dari gua, mereka dirasuk hantu gua dan diselamatkan oleh Abang Bob. Keesokan harinya, Abang Bob menghilangkan diri manakala bot pula tiada minyak menyebabkan mereka mengambil keputusan mencari kawasan kampung untuk mendapatkan minyak. Namun tindakan mereka itu memakan diri apabila mereka sesat jalan dan tidak menemui mana-mana kawasan kampung mahu pun jalan kembali ke bot. Mereka terpaksa bermalam di dalam hutan dan diganggu oleh makhluk halus. Akhirnya mereka menemui sebuah rakit usang lalu mengambil keputusan mencuba nasib menaiki rakit tersebut daripada terus - terusan menjadi mangsa gangguan mistik di dalam hutan. Mereka diselamatkan oleh bot peronda yang dipanggil oleh Abang Bob. Abang Bob sebenarnya menghilangkan diri untuk mendapatkan minyak tetapi telah disalah ertikan oleh mereka berlima. Pengalaman di dalam hutan dan sepanjang pengembaraan mengembalikan kembali ikatan cinta antara Ajis dan Yaya dan membenihkan rasa cinta antara Ben dan Marsha.


Trailer:




P/S : Ada Zizan Mesti Bising Panggung Dengan Ketawa Penonton Kan? (^_^)Y



0 comments:

Filem Jidin Sengal

Posted by BG Design



Filem:
Jidin Sengal


Pengarah:
Esmi Zahara


Genre:
Komedi


Pelakon:
Along Raja Lawak, Angah Raja Lawak, Azrul Raja Lawak,
Jue Aziz, Zac Diamond, Faezah Elai & Etc.


Tarikh Tayangan:
22 Mac 2012


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang Jidin dan Bob Dobot yang merupakan dua orang sahabat yang bercita-cita mahu menjadi pelakon terkenal pada suatu hari nanti. Jidin yang sengal tetapi sangat meminati bidang lakonan telah secara tersengaja membakar reban bersama ayam-ayam kesayangan ibunya gara-gara memberontak hendak pergi ke Kuala Lumpur mencuba nasib. Di sana Jidin telah bertemu dengan Bob Dobot iaitu seorang pelakon ekstra tetapi berjiwa pelakon utama. Bob memiliki keyakinan yang tinggi, badan yang gempal dan muka yang langsung tidak serupa dengan Aaron Aziz. Dia bercita-cita untuk memegang watak hero atau paling tidak sebagai pelakon pembantu berdialog pada suatu hari nanti. Jidin dan Bob Dobot mula berkawan baik dan Bob menjadi mentor kepada Jidin yang cetek ilmu lakonannya. Kehidupan dunia glamor sebagai artis ekstra penuh dengan cabaran dan kadang kala cacian merupakan cabaran terbaru kepada Jidin. Jidin dan Bob sering diberi tawaran watak lalu-lalang atau berlegar-legar di belakang pelakon utama saja. Kadang - kadang tidak sempat mereka mahu selitkan dialog dan pengarah sudah menjerit "cut!". Dengan bantuan rakan mereka Jay-Z, Jidin dan Bob Dobot mendapat peluang berlakon dalam sebuah filem. Mereka bertemu Iskandar, seorang lagi pelakon ekstra tetapi lebih kacak, lebih bergaya dan terlebih poyo. Jidin dan Bob sentiasa dibuli oleh Iskandar yang memandang rendah kepada mereka. Berjayakah Jidin dan Bob tampil sebagai pelakom utama? Mampukah mereka bertahan dalam industri hiburan yang mencabar ini demi mengejar impian mereka bergelar pelakon terkenal? Saksikan filem ini di pawagam pada 22 Mac 2012 ini untuk mengetahui kesudahannya.


Trailer:




Sebab - Sebab Hans Mahu Menonton:

1) Aku pun tak pasti nak menonton filem nih ker tak! Hahaha!

2) Mungkin kalau aku stress dan nak hiburkan diri maka mungkin aku akan pergi tengok! Mungkin!


P/S : Bagaimana Dengan Anda? Tertarik Dengan Trailer Filem Jidin Sengal? (^_^)Y


0 comments:

Monday, 16 January 2012

Filem 7 Petala Cinta

Posted by BG Design



Filem:
7 Petala Cinta


Pengarah:
Azhari Mohd Zain


Genre:
Cinta


Pelakon:
Aeril Zafrel, Diana Amir, Fizo Omar,
Shima Anuar, Zalif Sidek, Epy Raja Lawak & Etc.


Tarikh Tayangan:
15 Mac 2012


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang cinta iaitu mengenai cinta sesama manusia, cinta diantara seorang lelaki dan perempuan, cinta diantara seorang Islam dengan agamanya, cinta diantara seorang ayah dan anaknya serta cinta diantara guru dan pelajarnya. Attar iaitu seorang yang berada dalam keadaan jahil sehingga dia bertemu dengan Aby Ikhwan yang merupakan seorang guru di Madrasah Qalbun Salim. Aby Ikhwan telah mengajar Attar mengenai Islam. Dalam diam Attar sebenarnya menyimpan perasaaan terhadap Saidatul Nafisa namun dia redha apabila Saidatul Nafisa bertunang dengan Hamka.




Saidatul Nafisa dan Hamka disatukan didalam satu ikatan pertunangan dan akan dikahwinkan sebaik sahaja Hamka pulang daripada menuntut ilmu di Tanah Arab. Ditakdirkan telah berlaku satu malapetaka dimana Hamka dikatakan telah meninggal dunia. Saidatul Nafisa meneruskan hidupnya dengan tabah namun Aby Ikhwan iaitu ayah kepada Saidatul Nafisa mahu anaknya itu cepat – cepat mendirikan rumah tangga supaya sinar kebahagian kembali ke dalam diri Saidatul Nafisa. Hilma Aqila iaitu adik kepada Hamka pula menuntut di tempat yang sama dengan Saidatul Nafisa.




Hubungan diantara Hilma Aqila dan Saidatul Nafisa seperti adik beradik. Semenjak kematian Hamka, keluarga Saidatul Nafisa menjaga Hilma Aqila seperti anak sendiri. Nida pula yang merupakan seorang wanita yang dipaksa menjadi pelacur oleh ahli keluarganya sendiri telah bertemu dengan Attar dan terdetik rasa suka di hati Nida. Attar cuba untuk membawa Nida kembali ke jalan yang benar namun Nida mempunyai niat lain terhadap Attar. Ditakdirkan, jodoh Saidatul Nafisa adalah dengan Attar namun pelbagai halangan datang menghalang hubungan mereka. Dapatkah Saidatul Nafisa dan Attar bersatu? Apakah niat sebenar Nida? Saksikan filem ini di pawagam berdekatan anda pada 15 Mac 2012 ini.


Trailer:




Sebab - Sebab Hans Mahu Menonton:

1) Aku memang meminati lakonan Aeril Zafrel dan selepas Cinta Kura-Kura maka ini adalah filem beliau yang seterusnya. Semoga lakonannya untuk filem kali ini semakin bagus dan menarik!

2) Nak melihat mampukah filem - filem ini lebih hebat atau paling tidak setanding dengan filem - filem bergenre sebegini yang lazimnya datang daripada filem - filem dari negara Indonesia seperti Ayat - Ayat Cinta dan Wanita Berkalung Sorban.

3) Tertarik dengan sinopsis tetapi harap - harap filem ini memang betul - betul menarik dan ada mesej berguna.


P/S : Harap Ada Yang Menarik Dan Istimewa Di Dalam Filem 7 Petala Cinta Ini! (^_^)Y


6 comments:

Sunday, 15 January 2012

Filem Cinta Kura-Kura

Posted by BG Design



Filem:
Cinta Kura-Kura


Pengarah:
Nizam Zakaria


Genre:
Komedi & Romantik


Pelakon:
Aeril Zafrel, Tiz Zaqyah, Zizan Raja Lawak, Shy8, Fara Fauzana,
Bob AF2, Fizz Fairuz, Munir, Harun Salim Bachik & Etc.


Tarikh Tayangan:
1 Mac 2012


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Nani yang berpewatakan ceria dan baru berusia 21 tahun bersama binatang peliharaannya iaitu seekor kura - kura yang diberi nama Nico. Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luar biasa iaitu boleh bercakap dengan manusia tetapi jika dia mahu melakukannya. Nani berpindah ke rumah abangnya iaitu Amin dan jiran mereka iaitu Adam telah jatuh hati kepada Nani sejak kali pertama dia memandang wajah Nani. Tetapi, Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha mensabotaj segala langkah Adam untuk mendekati Nani.

Pada masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly yang merupakan seorang pengurus kedai haiwan dan dia Nico merasakan Fadzly lebih sesuai untuk menjadi kekasih Nani. Walaubagaimanapun, Fadzly sebenarnya mempunyai motif yang jahat dimana tujuannya mendekati Nani hanyalah sekadar untuk menculik Nico dan menjualnya ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik. Jadi, apakah yang bakal terjadi kepada Nico dan adakah Adam berjaya menawan hati Nani? Saksikan filem yang menampilkan teknik CGI yang hebat ini pada 1 Mac 2012 di pawagam berhampiran anda.


 Trailer:




Sebab - Sebab Hans Mahu Menonton:

1) Aku memang meminati lakonan Aeril Zafrel.

2) Nak tengok kehebatan CGI yang digunakan terhadap tiga ekor kura - kura jika tidak silap.

3) Nak menonton hasil imaginasi Nizam Zakaria pula kali ini.



P/S : Semoga Berjaya Untuk Filem Cinta Kura - Kura! (^_^)Y


0 comments: