Sunday 19 June 2011

Stanza Cinta

Posted by BG Design



Drama Bersiri:
Stanza Cinta


Jumlah Episod:
13 Episod


Siaran:
TV3


Waktu:
Ahad - 9.00 Malam


Pengarah:
Along Kamaludin


Pelakon:
Aaron Aziz, Fizz Fairuz, Nur Fathia & Etc.


Sinopsis:

Oleh kerana drama bersiri Stanza Cinta ini adalah adaptasi daripada novel Stanza Cinta maka anda boleh membaca sinopsis drama ini DISINI.


Trailer:




Komen Hans:

Berdasarkan episod pertama yang aku tonton semalam boleh dikatakan gadis - gadis yang sebelum ini tergila - gilakan Aaron Aziz kerana kebaikan wataknya sebagai Seth Tan dalam drama Nora Elena pasti akan berubah gara - gara beliau yang memegang watak sebagai Irfan sememangnya bertentangan dengan karakter Seth Tan. Apa - apapun, setakat semalam aku melihat lakonan kesemua pelakon memang menarik dan drama bersiri ini boleh pergi jauh dan semestinya ia bakal membawa fenomena yang sama seperti Nora Elena di mana jalan cerita, lagu dan pelakon - pelakonnya memberi kelebihan kepada Stanza Cinta untuk memikat hati penonton Malaysia. Jadi, selamat menonton drama bersiri yang hebat ini hanya di TV3!


P/S : Drama Mahu Pun Filem Yang Diadaptasi Dari Novel Kini Menjadi Fenomena Baru Kepada Penonton Malaysia. Setuju? (^_^)Y


7 comments:

  1. hehehe..baru jer layan semalam

    ReplyDelete
  2. aku layan gak cerita ni semalam..
    tapi hampeh la jalan cerita dia..
    mcm tah pape..
    perubahan plot cerita tak diatur dgn kemas
    ceece mcm pengarah plak aku kan..
    tp jujur dari pandangan aku..

    ReplyDelete
  3. apik : ialah...benda pun baru main semalam..haaha

    amirah : erkkk...benda drama bersiri kut..apa pula plot cerita tak diatur kemas...ko boleh kata plot cerita tak kemas kalau ko tengok full 13 episod tapi ko baru tengok episod pertama..biasalah kalau drama bersiri..pasti akan tinggalkan banyak persoalan :-)

    ReplyDelete
  4. xsempat nak tgk aritu sb blk kg. sobsobbb

    ReplyDelete
  5. bes ke cite nih? Lepas exam nih bolehla nak tengok sume cite..hihi..

    btw, asyada tuh umo bape eh? Rase cam penah dgr nama tuh, tak sure la

    ReplyDelete
  6. betol ke best? aku nk try tgk la mgu ni..

    ReplyDelete
  7. tak tengok pun dan tak akan tengok.

    tv xde dan kurang minat layan tv..

    heeeeeeee

    ReplyDelete