Tuesday, 21 June 2011

BoBoiBoy

Posted by BG Design



Animasi:
BoBoiBoy


Jumlah Episod:
13 Episod


Genre:
Aksi & Komedi


Siaran:
TV3


Waktu:
Ahad - 7.00 Malam


Pengarah:
Mohd Nizam B Abd Razak


Watak - Watak Animasi:

BoBoiBoy
Yaya
Gopal
Ying
Adu Du
Ochobot
Tok Aba


Sinopsis:

Siri animasi 3D ini mengisahkan tentang BoBoiBoy iaitu seorang kanak - kanak yang berumur 10 tahun yang tinggal dengan Tok Aba iaitu atuknya yang menjual minuman koko di sebuah tempat. Pada suatu hari seekor makhluk asing iaitu Adu Du datang ke bumi untuk mencuri biji koko bagi mengaktifkan tenaga dan seterusnya menjajah planet bumi. Sasarannya ialah kedai Tok Aba yang mempunyai biji koko paling terbaik sekali. Namun BoBoiboy berjaya menghalang niat jahat Adu Du dan secara tidak sengaja terbawa balik Ochobot iaitu sebuah bola kuasa daripada kapal angkasa Adu Du. Tanpa disangka - sangka BoBoiBoy dan rakan - rakan barunya iaitu Yaya, Gopal dan Ying juga turut menerima kuasa luar biasa daripada Ochobot yang bertujuan untuk menentang Adu Du daripada cubaan mencuri biji koko Tok Aba dan secara tidak langsung melindungi bumi daripada ditawan oleh makhluk asing hijau tersebut.


Rujukan:




Ulasan Hans:

Siri animasi BoBoiBoy ini sebenarnya sudah lama ditayangkan kepada penonton di Malaysia namun aku baru berkesempatan menontonnya baru - baru ini gara - gara kesibukan sewaktu di kuliah tempoh hari. Bagi aku animasi 3D yang berkisarkan tentang kisah superhero kanak - kanak ini adalah animasi yang telah berjaya menarik hati aku untuk menonton siri ini selepas siri animasi Upin Dan Ipin yang berlatar belakang kan pemandangan dan suasana kehidupan rakyat Malaysia di kampung.

 Karakter BoBoiBoy Menggunakan Suara Adik Nur Fathiah
 Yang Juga Pelantun Suara Kepada Karakter Upin Dan Ipin


Persamaan antara kedua - dua siri animasi ini ialah dari segi perpaduan di mana setiap watak di dalam kedua - dua siri ini meliputi 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India dan aku memang menggemari mesej - mesej yang diterapkan di dalam animasi ini. Apa yang membuatkan aku gembira dengan penghasilan animasi BoBoiBoy ini ialah kerana kisahnya yang lucu dan tiada unsur - unsur ganas yang melampau seperti sesetengah animasi yang diimport dari luar negara yang pada pandangan aku langsung tidak sesuai untuk tontonan kanak - kanak yang baru mahu mengenali dunia.


 Watak Yaya Kanak - Kanak Comel Bertudung Memang Mencuit Hati


Aku berasa sangat berbangga dengan penghasilan animasi 3D BoBoiBoy yang dibuat di dalam 2 versi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang berjaya menarik perhatian beberapa negara seperti Perancis dan Indonesia untuk menayangkan siri animasi ini di siaran televisyen mereka. BoBoiBoy juga akan ditayangkan di saluran Disney bermula pada bulan Jun ini. Jadi, aku berharap agar reputasi pihak Animonsta Studios akan semakin berkembang secara positif dan semoga mereka akan lebih berjaya dan dikenali serata dunia selepas ini dengan produk - produk yang membanggakan rakyat Malaysia. Tahniah!




P/S : Menanti Filem Boboi Boy Yang Dirancang Akan Diterbitkan Pada Tahun 2012 Ini! (^_^)Y


25 comments:

  1. penah tgk skali msa cuti 2 bulan kt umah ari tu.. tu pn sbb adk ngah tgk so tmpang sekaki la.. hihi

    ReplyDelete
  2. saya lebih prefer upin & ipin drpd boboiboy! :)

    ReplyDelete
  3. salim : hehehe..comel kan?

    cik ten : hahaha..tu la pasal..tumpang2 lepas tu rasa best plak

    shahrul : yups..upin ipin lebih banyak kelebihan dia..tapi boboiboy pun bagus :-)

    ReplyDelete
  4. mereka tinggal di pekan hantu! sampai sekarang aku masih tercari cari penghuni penghuni lain pekan ini.

    ReplyDelete
  5. tanpa nama : hahaha..eh, ada lah..tak silap aku episod 2 ke 3 ada jer orang - orang dekat situ...kekekekekeke

    ReplyDelete
  6. best kot kartun nie.. serius best.. pernah tertengok seklai terus layan beb!!

    ReplyDelete
  7. best gila cerita ni...walaupun asyik ulang je :)

    ReplyDelete
  8. cite n sangat2 comel...tgk preview die hari tu... rindu zaman terlibat dengan animasi, harap dapat 'kembali semula'

    anyway, link bawah 'sambungan' yang cute di Uniqlo

    http://ilhamology.blogspot.com/2011/06/sesuatu-yang-comel-di-uniqlo.html

    ReplyDelete
  9. aku sempat tgk episod satu jer.. waktu tayang macam tak sesuai..

    ReplyDelete
  10. 4low u..4low me bck ya

    http://nurzulaihaziz.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. wahhhhhh~ comel2 watak dia.. ni yg xsabar nk tengok.. heheee~ ^_^

    ReplyDelete
  12. xtually x bekesempatan lagi nk tgok cite ni.
    ahad mesti keje punye..
    erm.. tgulah, utube ade kan? he

    ReplyDelete
  13. kitorang satu family layan citer nih..best giler..kebetulan Hanie nyer anak buah pun nama Yaya.. tapi baru umur setahun..

    harap2 takde buat biskut cam Yaya dalam Boboiboy..

    lagi satu suke layan citer ni sebab kaleful.cantekkkkk!!!

    Bangga dengan anak malaysia sekarang dah maju boel menghasilkan kualiti animasi yang sama hebat cam omputih..

    ReplyDelete
  14. COMEL, MANTAP DAN TERBAIKKK! ;)

    ReplyDelete
  15. hehehe... suka cerita ni... terikut2 sebab adik aku... :D

    ReplyDelete
  16. dulu aku suka gak layan boiboiboy nih, tp sbb asyik ulang je, terus aku fedap.. sampai aku buat satu entry pasal ke'fedap'an aku kat citer ni.. haha!!

    anyway, aku suka Yaya yg comel tp clueless sbb x sedar yg biskut dia rasa mcm kertas pasir..

    ReplyDelete
  17. Boleh X kalau bgai link untuk tengok online???

    ReplyDelete
  18. Boboi boy best..grafik n plot lebih menarik dari upin ipin..tapi upin ipin lebih banyak nilai dari boboi boy..due2 suke

    ReplyDelete
  19. boboiboy keren banget saya suka lebih keren dari pada upin dan ipin lebih bagus karakterya dari upin dan ipin saya suka..........................................

    nama saya:Diandra KHaira farizka siregar

    ReplyDelete