Friday, 3 June 2011

Drama Bersiri Makbul : Sebuah Cerita Tentang Doa

Posted by BG Design



Drama Bersiri:
Makbul


Jumlah Episod:
15 Episod


Siaran:
RTM 2

Waktu:
Setiap Khamis - 9.00 Malam


Pengarah:
Asri Alias


Penulis Skrip:
Zabidi Mohamed


Pelakon:
Yushazizi Yusof, Dato' Jalaluddin Hasan, Kartina Aziz, Fathil Dani,
Khatijah Tan, Dr. Samat Salleh, Hj. Zakaria Yusoff, Badrul Munir Md. Isa,
Bustamam Haron, Mubarak Majid, Wan Maimunah, Isa Mean,
Kazaruddin Saisi, Zulkifli Ismail, Sheila Mambo, Abu Bakar Juah & Etc.


Sinopsis:

Drama bersiri ini mengisahkan kehidupan seorang kontraktor, Anuar yang kurang mempercayai akan keberkatan dan pentingnya doa dalam kehidupan seorang muslim. Anuar berpendapat setiap kejayaan yang dimilikinya adalah hasil daripada usaha gigih dan kebijaksanaannya. Krisis ekonomi dunia telah menjejaskan syarikat miliknya. Pada masa yang sama juga syarikatnya mendapat tender kerajaan untuk membina sebuah kolej. Syarikatnya berhadapan dengan masalah untuk mendapat pembiayaan bank menyebabkan dia membuka pintu hati untuk menaja 12 orang kampung untuk menunaikan Umrah dengan tujuan untuk mendoakan agar dia mendapat kelulusan pinjaman bank nanti. Bol, seorang pemuda kampung yang lurus bendul sering kali diperlekehkan oleh sesetengah orang kampung dan dia yang terlalu ingin untuk menziarahi makam Rasullullah telah diberi peluang menggantikan tempat Imam Rosdi untuk menunaikan Umrah walau pun ianya tidak begitu dipersetujui oleh Anuar yang merasakan doa Bol tidak akan dimakbulkan kerana Bol seorang yang lurus bendul serta tidak pandai membaca dan menulis.




Ulasan Hans:

Drama bersiri yang diberi judul Makbul ini menjalani pengambaran di negari Kedah Darul Aman dan lokasi utama drama ini ialah di Yan, Kedah. Drama yang menggunakan loghat utara iaitu bahasa Kedah sebagai 'bahasa rasmi' drama ini berjaya menarik perhatian aku dan keluarga untuk menonton kerana terasa dekatnya dengan diri kami yang memang asalnya pun dari utara dan menetap juga di Kedah. Apa - apapun, kekuatan drama bersiri ini sebenarnya bukan terletak pada loghat utara yang menghiburkan aku sekeluarga sahaja tetapi juga kelainan yang terdapat pada jalan cerita serta mesej yang betul - betul bermakna di dalam drama ini.


 Karakter Makbul Yang Dilakonkan Dengan Cemerlang Oleh Yushazizi Yusof


Mempertaruhkan pelakon - pelakon veteran yang mungkin tidak dikenali oleh kebanyakan remaja tetapi alhamdulillah aku mengenali kesemuanya kerana aku suka menonton drama - drama Melayu. Walaupun kebanyakkannya adalah pelakon veteran namun kekuatan cerita ini langsung tidak terjejas malah bertambah kuat dan menarik untuk ditonton. Aku suka akan drama bersiri ini kerana ia secara tidak langsung telah membuatkan drama ini begitu istimewa dengan isinya yang cukup segar dan penuh dengan ilmu berbanding dengan drama bersiri lain pada masa kini yang aku rasa lebih fokus kepada tema cinta, perebutan harta, dendam dan sebagainya yang secara tidak langsung seakan - akan kembar kepada sinetron - sinetron Indonesia yang aku kurang minati.


 Puan Jamiah Yang Baik Hati Dan Pemurah Tetapi
Bertentangan Dengan Sikap Suaminya Iaitu Anuar


Aku memuji karakter setiap pelakonnya tidak kira yang dewasa mahu pun pelakon kanak - kanak di dalam drama bersiri ini kerana bagi aku setiap watak sangat hidup dan berjaya dilakonkan dengan sebaik - baiknya. Masing - masing punya karakter yang pelbagai menjadikan drama ini penuh warna - warni dengan gelagat dan kerenah daripada si anak kecil hingga kepada yang sudah berumur serta daripada yang miskin sehingga yang kaya. Setiap karakter mempunyai kekuatan masing - masing menjadikan drama ini sangat menarik untuk ditonton sehingga ke akhirnya.


Lagu Tema - Ku Bermohon Pada Mu


Aku juga tersentuh mendengar alunan lagu tema drama ini yang berjudul Ku Bermohon Pada Mu nyanyian Boy B4 yang bagi aku sangat merdu dan penuh makna. Alhamdulillah kerana terhasilnya drama yang sangat bermanfaat ini dan secara tidak langsung dapat mendidik dan menambah ilmu kepada penonton - penontonnya. Sepatutnya sudah lama drama - drama sebegini perlu diberi perhatian baik stesen televisyen mahu pun penerbit dan pengarah drama dan sepatutnya diberi peluang yang lebih luas untuk ditayangkan di kaca - kaca televisyen kerana ia bukannya hiburan kosong semata - mata tetapi penuh dengan pengajaran dan nilai - nilai murni.


Aku Tertarik Dengan Karakter Khatijah Tan Dalam Drama Ini


Bagi aku drama ini sangat berani dan menarik dengan menunjukkan realiti masyarakat kini yang berdoa apabila dilanda musibah tetapi apabila doa dikabul dan apa yang dihajati diperoleh maka terus menganggap itu semua hasil dari usaha diri sendiri sahaja dan membiarkan sifat riak dan angkuh menguasai diri. Aku memang bersyukur berpeluang untuk menonton drama ini dan aku berharap agar pengarah - pengarah drama yang lain agar mencontohi dan menghasilkan drama yang berkualiti seperti drama bersiri Makbul ini. Selamat menonton kepada sesiapa yang belum menonton lagi yer.


 Lakonan Dua Orang Kanak - Kanak Comel Ini Mencuit Hati Aku




P/S : Saksikan Drama Bersiri Makbul Ini Pada Setiap Hari Khamis Pukul 9.00 Malam Hanya Di RTM 2! 


7 comments:

  1. aduh ruma sewa aku xbleh tgk tv2 r.. tv3 je leh..

    ReplyDelete
  2. syah : hahaha..tgok dkt website RTM kalau ada

    azwa : selamat menonton :-)

    ReplyDelete
  3. er.. ta tgk la pulak tv2..

    ReplyDelete
  4. jarang pulak tengok tv malam2 nih. huhu..

    ReplyDelete
  5. aku pun dah jadi penonton setia makbul 2 3 hari nie.. bila lappy dah x de dengan aku..

    ReplyDelete
  6. sam : best kan?

    Orang Perlis Menulis : ar ar...tu la pasal..kisah dia pun best..aku suka drama2 cam ni...lawak2 tapi penuh mesej berguna

    ReplyDelete