Review Filem KL Gangster
Posted by BG Design
Filem:
KL Gangster
Pengarah:
Syamsul Yusof
Genre:
Aksi
Pelakon:
Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Ridzuan Hashim, Adi Putra, Zizan Raja Lawak,
Sofi Jikan, Adam Corrie Lee, Sheera Iskandar, Ku Fridah & Etc.
Penilaian:
4 / 5
Sinopsis:
Filem ini mengisahkan dua orang adik beradik yang telah lama bergelumang di dalam dunia gangster iaitu Malek dan adiknya Jai. Malek telah dipenjara selama 5 tahun ekoran dikhianati oleh kumpulannya sendiri di mana Shark iaitu anak tiri kepada King yang merupakan seorang ketua kongsi gelap paling berpengaruh di Kuala Lumpur menjadi dalangnya. Sewaktu Malek di penjara beliau berikrar ingin mengubah cara hidupnya dan tidak mahu lagi menjalani kehidupan sebagai ahli kongsi gelap namun selepas bebas beliau sentiasa diganggu oleh kumpulan Shark akibat dendam mereka terhadap Malek manakala Shark yang mahu menguasai kawasan Kuala Lumpur terasa tergugat dengan pembebasan Malek. Namun King membantu Malek dan ini tidak disenangi oleh Shark yang sentiasa menimbulkan kekecohan. Hubungan King dan Shark semakin dingin dan Shark menyalahkan Malek atas segala yang terjadi. Lalu konflik mula timbul apabila Shark menyuruh Jai iaitu adik kandung Malek agar membunuh abangnya sendiri. Manakah yang lebih penting antara keluarga, wang dan kuasa? Apakah yang akan terjadi? Saksikan KL Gangster di pawagam berhampiran anda.
Ulasan Hans:
Bagi aku filem KL Gangster ini berjaya menarik perhatian aku dari segi aksi pertarungannya yang bagi aku cukup menarik dan menghiburkan. Sejak awal hingga ke penamat filem ini tidak pernah lesu dari adegan bertarung yang membuatkan aku cukup teruja menontonnya walaupun aku akui ada sesetengah adegan begitu ganas dan menyakitkan. Namun masih ada juga kelemahannya terutama dari segi jalan cerita dan karakter watak - wataknya yang kadang - kadang digambarkan sedikit mengelirukan.
Seperti yang aku jangkakan, pelakon Sofi Jikan sekali lagi berjaya mengagumkan aku dengan wataknya sebagai Ajib yang dilakonkannya dengan penuh karisma. Aku akui masih ramai penonton yang belum mengenali Sofi Jikan tetapi insyaallah kemunculannya di dalam filem ini pasti akan membuka peluang yang lebih cerah terhadap beliau kerana sememangnya beliau seorang pelakon yang bagus. Lakonan Aaron Aziz dan Adi Putra juga tidak mengecewakan kerana masing - masing berjaya menjiwai watak mereka sehabis baik. Aku terlupa untuk menyebut nama Adam Corrie Lee dan disini aku juga sangat kagum dengan beliau kerana selain wajahnya beliau juga bijak memanfaatkan bahasa dan lenggok tubuhnya yang menjadikan beliau sebagai pelakon yang sentiasa berjaya membawa watak antagonis.
Cuma aku meminta maaf kepada Syamsul Yusof kerana agak sukar bagi aku untuk melihat beliau berada di dalam karakter gangster. Kadang - kadang nampak ganas tetapi lebih kepada dibuat - buat. Namun lakonan beliau sudah ada peningkatan. Insyaallah mungkin selepas ini lakonan beliau akan lebih menarik. Pada pandangan aku mungkin kerana keseluruhan tutur kata yang dilontarkan oleh wataknya di dalam filem ini terlalu ganas menyebabkan wajah gangster itu tidak dapat dijelmakan dengan baik oleh beliau. Aku suka dengan watak Malek(lakonan Aaron Aziz) dan Jai(lakonan Adi Putra) dimana tutur kata mereka tidak kesemuanya kasar tetapi mereka bijak memainkan lenggok badan dan wajah untuk menampakkan keganasaan watak tersebut. Ini hanya pandangan peribadi aku jadi jangan marah yer Bro Syamsul.
Jangan sangka KL Gangster hanya sebuah filem aksi yang terlalu serius kerana kemunculan Zizan Raja Lawak sebagai Fadil atau Abang Long berjaya mengubah wajah filem ini dimana setiap kali kemunculannya pasti akan membuatkan penonton ketawa tanpa henti melihat keletah Zizan. Bagi aku memang sesuai lah Zizan dilabelkan sebagai pelakon komedi kerana kemunculannya begitu banyak membantu untuk menyerikan filem ini. Tahniah Zizan! Ketawa aku hingga keluar air mata gara - gara kelucuan watak kamu sebagai Abang Long Dil.
Aku sudah mengetahui filem - filem sebegini selalunya akan lebih menumpukan kepada aksi berbanding jalan cerita. Lihat sahaja trailer filem ini dan anda pasti tahu bahawa pengarah menjadikan aksi - aksi dan babak pertarungan sebagai subjek utama untuk menarik perhatian penonton untuk menonton. Jadi semestinya ada beberapa persoalan yang tidak terjawab apabila menonton filem ini cuma aku bersyukur kerana pada pandangan aku filem ini jauh lebih baik dari filem Kongsi yang jalan ceritanya sangat berterabur. Bagi aku plot filem ini agak baik cuma kurang diberi penekanan terutamanya tentang apakah yang telah dilakukan oleh Shark(lakonan Syamsul Yusof) kepada Malek(lakonan Aaron Aziz) sehingga Malek dipenjara selama 5 tahun? Aku faham Malek dikhianati tetapi bagaimana caranya dikhianati itu? Persoalan kedua ialah perkara apakah yang telah dilakukan oleh King(lakonan Ridzuan Hashim) iaitu bapa tiri Shark kepada ibunya sehingga Shark berdendam dengan King secara diam? Aku tidak kisah sangat persoalan kedua tetapi aku sangat ingin tahu jawapan untuk persoalan utama yang tidak aku temui sehingga tamat aku menonton filem ini.
Aku juga suka dengan mesej - mesej yang bercirikan kekeluargaan di dalam filem ini seperti kasih sayang ibu terhadap anak - anak walaupun sebenarnya ia hanyalah mesej - mesej yang kita selalu lihat di dalam drama mahu pun filem - filem lain namun paling tidak ia membuatkan filem ini bukan sekadar filem aksi sahaja tetapi masih punya jiwa. Cuma aku kurang suka pada pengakhiran filem ini. Bukan kerana pengakhirannya tidak menarik tetapi aku kurang gemar pengakhiran seperti itu. Kepada sesiapa yang menonton filem ini pasti faham aku lebih suka pada pengakhiran yang tidak diakhiri dengan suara pelakon utamanya yang menceritakan apa yang terjadi selepas itu. Ia seolah - olah menunjukkan pengarah sudah malas mahu ambil kisah atau mengarah kerana durasi filem ini bagi aku tidak lah terlampau lama.
Apa - apapun, filem ini berjaya membuatkan aku agak berpuas hati dengan wang yang aku laburkan untuk menonton filem ini dan kepada yang belum menonton silalah menonton kerana insyaallah anda pasti terhibur dengan aksi pertarungan dan elemen - elemen komedi yang terdapat di dalam filem ini. Selamat menonton!
P/S : Janganlah Bawa Anak - Anak Kecil Atau Bayi Semasa Menonton Filem Ini Kerana Bagi Aku Kurang Elok Mereka Didedahkan Dengan Bahasa Filem Ini Dan Paling Utama Tidak Menganggu Fokus Penonton Lain Terhadap Filem Ini.
Adi Putra Memang Sesuai Melakonkan Watak Antagonis

Tahniah Sofian Jikan! Watak Anda Memang Terbaik!
Cuma aku meminta maaf kepada Syamsul Yusof kerana agak sukar bagi aku untuk melihat beliau berada di dalam karakter gangster. Kadang - kadang nampak ganas tetapi lebih kepada dibuat - buat. Namun lakonan beliau sudah ada peningkatan. Insyaallah mungkin selepas ini lakonan beliau akan lebih menarik. Pada pandangan aku mungkin kerana keseluruhan tutur kata yang dilontarkan oleh wataknya di dalam filem ini terlalu ganas menyebabkan wajah gangster itu tidak dapat dijelmakan dengan baik oleh beliau. Aku suka dengan watak Malek(lakonan Aaron Aziz) dan Jai(lakonan Adi Putra) dimana tutur kata mereka tidak kesemuanya kasar tetapi mereka bijak memainkan lenggok badan dan wajah untuk menampakkan keganasaan watak tersebut. Ini hanya pandangan peribadi aku jadi jangan marah yer Bro Syamsul.
Tatu Bro Dah Ganas Tapi Bro Kurang Gangster Lah
Jangan sangka KL Gangster hanya sebuah filem aksi yang terlalu serius kerana kemunculan Zizan Raja Lawak sebagai Fadil atau Abang Long berjaya mengubah wajah filem ini dimana setiap kali kemunculannya pasti akan membuatkan penonton ketawa tanpa henti melihat keletah Zizan. Bagi aku memang sesuai lah Zizan dilabelkan sebagai pelakon komedi kerana kemunculannya begitu banyak membantu untuk menyerikan filem ini. Tahniah Zizan! Ketawa aku hingga keluar air mata gara - gara kelucuan watak kamu sebagai Abang Long Dil.
Zizan Bakal Membuat Anda Pecah Perut Kerana Ketawa Tidak Henti - Henti
Aku sudah mengetahui filem - filem sebegini selalunya akan lebih menumpukan kepada aksi berbanding jalan cerita. Lihat sahaja trailer filem ini dan anda pasti tahu bahawa pengarah menjadikan aksi - aksi dan babak pertarungan sebagai subjek utama untuk menarik perhatian penonton untuk menonton. Jadi semestinya ada beberapa persoalan yang tidak terjawab apabila menonton filem ini cuma aku bersyukur kerana pada pandangan aku filem ini jauh lebih baik dari filem Kongsi yang jalan ceritanya sangat berterabur. Bagi aku plot filem ini agak baik cuma kurang diberi penekanan terutamanya tentang apakah yang telah dilakukan oleh Shark(lakonan Syamsul Yusof) kepada Malek(lakonan Aaron Aziz) sehingga Malek dipenjara selama 5 tahun? Aku faham Malek dikhianati tetapi bagaimana caranya dikhianati itu? Persoalan kedua ialah perkara apakah yang telah dilakukan oleh King(lakonan Ridzuan Hashim) iaitu bapa tiri Shark kepada ibunya sehingga Shark berdendam dengan King secara diam? Aku tidak kisah sangat persoalan kedua tetapi aku sangat ingin tahu jawapan untuk persoalan utama yang tidak aku temui sehingga tamat aku menonton filem ini.
Salah Satu Adegan Menarik Di Dalam Filem ini
Aku juga suka dengan mesej - mesej yang bercirikan kekeluargaan di dalam filem ini seperti kasih sayang ibu terhadap anak - anak walaupun sebenarnya ia hanyalah mesej - mesej yang kita selalu lihat di dalam drama mahu pun filem - filem lain namun paling tidak ia membuatkan filem ini bukan sekadar filem aksi sahaja tetapi masih punya jiwa. Cuma aku kurang suka pada pengakhiran filem ini. Bukan kerana pengakhirannya tidak menarik tetapi aku kurang gemar pengakhiran seperti itu. Kepada sesiapa yang menonton filem ini pasti faham aku lebih suka pada pengakhiran yang tidak diakhiri dengan suara pelakon utamanya yang menceritakan apa yang terjadi selepas itu. Ia seolah - olah menunjukkan pengarah sudah malas mahu ambil kisah atau mengarah kerana durasi filem ini bagi aku tidak lah terlampau lama.
Salah Satu Aksi Kejar Mengejar Di Dalam Filem ini
Apa - apapun, filem ini berjaya membuatkan aku agak berpuas hati dengan wang yang aku laburkan untuk menonton filem ini dan kepada yang belum menonton silalah menonton kerana insyaallah anda pasti terhibur dengan aksi pertarungan dan elemen - elemen komedi yang terdapat di dalam filem ini. Selamat menonton!
Senarai Pelakon Dan Krew Yang Terlibat Di Dalam Filem KL Gangster
P/S : Janganlah Bawa Anak - Anak Kecil Atau Bayi Semasa Menonton Filem Ini Kerana Bagi Aku Kurang Elok Mereka Didedahkan Dengan Bahasa Filem Ini Dan Paling Utama Tidak Menganggu Fokus Penonton Lain Terhadap Filem Ini.
Zizan sebagai apa ye dlm filem ini?..Ganster ke?..
ReplyDeleterelevan : xpasti..maybe gangster tapi gangster lawak...malam nih saya tengok saya bagitahu :-)
ReplyDeletepergh!!riview ko lebih mantap dari aku!!!sempoi ar bro!!ajar aku cara nak karang ayat..hehe
ReplyDeleteOrang Pelis : dah siap nih hah :-)
ReplyDeleteAmry : aku amalkan apa aku belajar masa SPM..ekekekke
kat cni pom pom ada review pasal citer ni....huhe... berkoba-koba ni nk p tengok..haha
ReplyDeleteazana : pergi lah tengok..rasa2 saya mesti berbaloi punya :-)
ReplyDeleteeh??? asal xpuas ati sgt dgn syamsul???
ReplyDeletekehkehkeh... =b
wuwuwuu.. aoron aziz tu, ade zizan lawak lg nk kna tgk nh...
hmm... kena g tgk nih.... : REVIEW: X MEN FIRST CLASS
ReplyDeleteIshiko : bukan tak puas hati...ini adalah pandangan saya..semua orang ada pendapat masing - masing..kalau saya tak puas hati dengan dia buat apa saya suruh orang lain pergi tengok filem dia..kan? :-)
ReplyDeleteOrang Perlis : selamat menonton :-)
macam teringin nak tengok tapi malas nak g panggung..hehe
ReplyDeleteAda awek cun tak dlm filem ni? hahaha
ReplyDeletesalim : tunggu raya tahun depan la kalau dah malas nak tgok..hohoh..tak pun Astro First..kalau ada...
ReplyDeleteayish : aku bersyukur sebab filem nih tak ada cinta - cinta dan kurang eksploitasi wanita...sangat best
d_tieah : yups..syamsul yusof ada bakat sebagai pengarah dan penulis skrip..berlakon tu boleh lah tahan tapi bagi aku dalam filem nih dia walaupun cuba sehabis baik untuk jaid gangster tapi masih kureng ahh..apa2pun lakonan dia makin okay la..lama2 ok lah kut..insyaallah
ReplyDeletekat sini kau rupanya ek ... hahaha ... uuiih, boleh tahan jugak komen ni ek ... hans dah tonton? kalau dah bgitau ek. manalah tahu, kalau best nak jgak tonton ...
ReplyDeletekeyril : saya dah tengok dah lah keyrill..kalau tak camner nak buat review panjang berjela cam nih...hahaha
ReplyDeleteterbaik la citer ni.... :)
ReplyDeleteokay.mlm ni jugak mau tgk! weehooo...takut gak nk tgk smalam takut tak best.hihihi
ReplyDeletefyna nak g tgk la mcm nih..
ReplyDelete;)
jom singgah n follow belog fyna.
http://inibelogfyna.blogspot.com/
puteraduyong : terbaik kan :-:
ReplyDeleteayu hasman : hahaha...mesti layan punya
fyna : selamat menonton :-)
review yang menarik.. trimas2..
ReplyDeletemacam menarik..harus tengok neh..:)
ReplyDeleteaku rasa, kalu tukar syamsul dgn zul huzaimy atau fiz fairuz..lg mantap citer nih..syamsul tak sesuai jd gangster..tp atleast dia try..good for him la..
ReplyDeletesounds great.
ReplyDeletemacam mahu pegi tengok=)
sebagai seorang samseng palat.. aku suka gak, tapi mmg 1 dimensi (aku x rasa ada masalah dari situ, ahhahaha).. tgk cara dia simpan sakit dia (maklum fasal mak dia yg kita tak tahu apa yg King buat) dan bila dapat dendam kat King macam celaka biadab.. bagi aku cold dia macam tu cruel dan ok ah tu..
ReplyDeleteaku tak tengok lagi. nampak macam ok gak.
ReplyDeleteAku hanya boleh baca review jela.
ReplyDeleteNak tengok sendiri memang tak dapat ar.
Tapi aku suka la kalo Aaron Aziz punya lakonan.
Watak ape pon dia bawak sure ade kesan.
Mungkin aku peminat Aaron kot.
Hahaha, obviously lah kan.
:D
aku pun rase nk pg tgklah gak pas ni..dah lame xtgk wayang ni..huhu
ReplyDeletemacam gempak je citer nie..teringin nak tengok;)
ReplyDeleteaque : tq :-)
ReplyDeletemardee : memang best..sila2..ekekeke
tanpa nama : yups..syamsul yusof tak lah teruk sangat tapi sebab pelakon2 lain sekeliling dia lebih hebat jadi dia tenggelam disitu
zety : memang best :-)
fadz : hahahaha...dia xteruk sangat tapi entah...aku xleh terima la...sebab bahasa dia jer langsi tapi gaya dia jambu..ekekekek
arief : tgok la weih...ekekeke..aku abang Long Dil suruh ko tgok..hehehe
Judiene : erk? asal xdapat tgok? ko orang kelate ke?
norshim : sila2....mat moto kena tgok.ekekekke
akhirnye aku terpaksa gak baca...hehe..mmg syamsul dari dulu aku rase die lebih sesuai jadi director je..
ReplyDeleteKena tengok juge !
ReplyDeletebest ke citer ni? Mesti best. Kene tunggu sampai uar cd ni
ReplyDeleteKAMI follower ke 77. ada macam abang long dil tak? heeee. "ye, saya. bro kau dengar tak ada orang panggil aku?" ini memang lawak. shoffi jikan terbaik. potong 18 baru kau tahu apa itu penyesalan.
ReplyDeletekechix : memang gempak..cool jer film nih..layan beb
ReplyDeletefaiz : boleh lah juga skrg..lakonan dia ada peningkatan
relevan : sila tonton :-)
sadieq : layan pawagam la baru best
Kamihidup : hahaha..Long Dil memang xleh pakai..cakap je besar tapi penakut..hahaha..aku suka Sofi Jikan...ayat power jer dengan gaya dia...coollll
dah tgk citer ni ptg tadi..memang best..ade scene yg membuatkan smua penonton senyap seketika iaitu masa malek jumpa dgn mak dia dgn masa abg long dil kena tikam..
ReplyDeleteharao ade kl gengster 2 lepas ni utk menjawab persoalan kat atas tu :)
Adha : ar ar..ramai juga diam masa abang long dil kena tikam..kira zizan berjaya buat orang ingat dia betul2 mati...tapi entah...aku xsuka sangat sekuel sebab selalu sekuel filem tak menarik..hehehe
ReplyDeleteni buat aku nk tngk nI!! hahaha!!
ReplyDeletefik follow u..
follow fik k..
http://garage-fik.blogspot.com/
bagus gak ada review cam ni.senang skit nak cari DVD nnti.taklah tersalah pilih dek sebab minatkan pelakonnya saja...tq hans!
ReplyDeletebyk filem yg xtgk lagi. waaaaa...
ReplyDeletehurm. ada aaron aziz la! :D
the fik's : tq follow blog saya
ReplyDeletechempaka aziz : yups..ini semua pandangan peribadi saya sahaja..macam tagline blog ni..Dari Mata Turun Ke Jari...hehehe
miss Fyqa : dalam nih dia bukan Seth Tan tau..hehehe
best2! dah agak dah syamsul x sesuai jadi samseng :D
ReplyDeletebaca pun dah best..kalau tengok mesti lagi best...zizan! aaron aziz! :D
ReplyDeletemacam menarik je citer ni.. pelakon2nya juga mmg profesional..
ReplyDeletemcm menarik jer bro? blh tengok tp mmg plan esok nk tgk ngn yg tsyg.. kehkehkeh
ReplyDeleteMacam lucu je kalau ada zizan tuh. Tak sesuai..hahha
ReplyDeleteconfrm menarik ni!...
ReplyDeletebila la nak pergi tgk cerita ni asik sibuk je....
ulasan menarik..x sabar nak tengok nie!! :D
ReplyDeletebaca ulasan filem ni buat tak sabar plak nak g tgk........kena tgk...kena tgk...
ReplyDeleteciter ni khas untuk dewasa2 jer..
ReplyDeleteapik belom layan lagi..tak tahu biler nk layan
cam menarik je.... nak tengok jugak laaaaa....
ReplyDeleteooo...kat sini rupanya hans punya review...hhmm...sure akan tengok..mesti best gila gaban sebab ada AARON AZIZ...yeaahh...
ReplyDeletehihihi,syamsul yusuf tu mmg mcm tu..sama pula pendapat kita.. :)
ReplyDeletesofian jikan best kan kan kan.. :)
belum tengok lagi filem kl gangster walaupun teringin nak tengok.
ReplyDeleteoke
ReplyDeleteur review mmg terbaik
review yg mantap ni... tahniah..
ReplyDeleteso far feedback dr kwn2 , filem ni memang BEST, puas ahti tengok..
review yg mantap ni... tahniah..
ReplyDeleteso far feedback dr kwn2 , filem ni memang BEST, puas ahti tengok..
Overall memang mantap cerita ni. Malik, Jai, Fadil dengan Ajib memang strike out. Karakter masing-masing memang ada style laa. Nampak cool dan gagah.
ReplyDeleteBetul kata ko, bagi aku watak Shark macam ada yang aku tak berkenan. Entahlah. Dia sorang je cakap macam pelik. Haha. Tapi dia direktor yang berbakat.
Overall, boleh layan. Selamat menonton semua. :)
xtengok lagi..wuu
ReplyDeletexde laa hans.. joking ja tuu..^^
ReplyDeleteNice writting! TQ drop mine.
ReplyDeleteKL GANGSTER mmg meletup!
I love UR pesanan , adakah patut bawa bayi? Spoilt je suasana kot time tgh kusyuk tgk movie.. selamat ibu bengong tu kuar dr panggung...
sgt setuju point ko tentang ending cerita ni... sangat play safe... typical cerita kat Malaysia...
ReplyDeleteaku lagi suka kalau watak Sheera Iskandar dikembangkan... biar dia nangis bg tahu Aaron Aziz apa yang dia kena masa gangster tu cari dia... kasi bakar sket... biar dia ada motivasi lebih nak belasah Shark... tp nanti cam hindustan la pulak kan? tak kesah la... janji aksi lebih! hahaha
Syamsul Yusuf... kredit gak la... lakonan dia improve gak aper... hahaha (walaupun agak kontrol macho)... tp ok what...
apa pun, filem yang menarik... kudos! (^,^)y
Review: KL Gangster
audiii da ramai da blogger review citer nih best.. nk gi tgk mmg jauh arr...
ReplyDeleteNAK TENGOK! Grrrr! Hahahaha, ni tade mse punye pasal la ni ><
ReplyDeletekena tengok nih.
ReplyDeleteHi Hans..
ReplyDeleteSorry ar bro.. lambat sikit gua komen.. hahaha... ni pengaruh KL Gangster ar nie.. kahkah..
Dah baca review ni pada hari jumaat kalau tak silap dan pada hari sabtu terus nengok.
sampai hari ini terfikir fikir nk komen aper. mcm xde idea coz terover excited..
Yang pasti, masa layan citer tue, memang mcm2 feelin ada..
babak paling gua leh nak lupa bila shark serang rumah malik dan dia bertindak ganas dengan mak malik. giler ganas ar shark. layan leleh time tue..
secara keseluruhan; TERBAIK!
thanks review hans ni.
review terbaik!
da tgk. mg terbaik! :)
ReplyDeletedah baca hari tu review neh..hari ni aku pi nonton..Keseluran ok la..Cuma watak shark mcm x kena ler ngan En. Syamsul..sorry to say la bro..:p
ReplyDeleteboleh tahan cerita nie..ak suka review ko bro..nice..
ReplyDeleteaku follow ko..^_^
cerita ni mmg menarik bleh thn tp mcm sekejap sgt..
ReplyDeletenice review 4 all filem.. i follow... :D
ReplyDeletemenarik! mempunyai pandangan yg tersendiri.. mmg kaki wayang lah ni..=)
ReplyDeletejap lagi nak pegi tengok..weeeeee...
ReplyDelete