Thursday 2 June 2011

Mampukah Filem Toyol Nakal Bersinar Di Pawagam Tempatan?

Posted by BG Design



Filem:
Toyol Nakal


Pengarah:
Z. Lokman


Genre:
Komedi


Pelakon:
Joey Exist, Aaron Frando Alfred, Julia Ziegler, Abon, Mr. Os, Bobby & Etc.


Trailer:



Ini bukannya review filem kerana aku belum pun menonton filem ini dan mungkin tidak akan menonton filem ini di pawagam kerana poster dan trailer filem ini langsung tidak membuat hati aku terusik hatta sedikit pun untuk pergi menonton. Mungkin rakan - rakan yang mengenali aku sedikit terkejut kerana aku selalunya digelar pencinta filem Melayu kerana boleh dikatakan kebanyakkan filem Melayu di panggung wayang pasti aku akan tonton tidak kira siapa pengarah mahu pun pelakon mahu pun penerbitnya.

Tetapi, entah kenapa aku tidak tertarik untuk menonton filem ini ditambah apabila aku menonton trailer filem ini yang mengingatkan aku kepada filem - filem 80-an atau 90-an barangkali di waktu zaman pelakon - pelakon seperti Os, A.R.Badul, Mustapha Kamal dan lain - lain dikenali ramai. Aku risau filem ini hanya akan menampilkan lawak - lawak kosong yang tidak mampu untuk membuat aku ketawa pada tahun 2011 ini.

Namun, adalah tidak adil untuk aku terus berkata begitu sedangkan aku masih belum lagi menonton filem ini. Mungkin filem ini menarik atau mungkin tanggapan aku betul. Jadi, aku simpulkan di sini bahawa ini semua hanyalah anggapan awal aku sewaktu melihat poster dan menonton trailer 30 saat filem Toyol Nakal ini.

Jadi, aku akan melihat review - review daripada orang - orang filem di blog mereka dan dengar khabarnya Saudara Fadli akan pergi menonton dalam masa terdekat. Mungkin dari situ kita akan lihat apa sebenarnya yang filem Toyol Nakal ini cuba sampaikan kepada penonton. Selamat menonton filem Toyol Nakal di pawagam bermula hari ini iaitu 2hb Jun 2011!


P/S : Berani Betul Penerbit Filem Toyol Nakal Nih Menerbitkan Filem Ini Diwaktu Filem - Filem Melayu Ditayangkan Seminggu Sebuah Filem!


4 comments:

  1. Hai, 1st time here ;)

    Kenapa kalau cerita melayu begini rasa tk tertarik nak pegi menonton. Huhuhuhuh

    ReplyDelete
  2. Cinoi : hai cinoi :-).....hahaha...itu lah...kenapa yer? saya pun kurang pasti...mungkin bukan citarasa saya kut :-)

    ReplyDelete
  3. tak impress langsung aku tgk trailer cerita nih. sedih betul. ntah2 nasib cerita ni mcm 2 alam or maybe worst. idk :|

    ReplyDelete
  4. aku yg agak minat filem melayu pun tak tergerak nak tgk filem ni.. trailer pun rase dh xnk tgk dah..

    ReplyDelete