Tuesday, 11 September 2018

Review Filem Alpha

Posted by BG Design


Filem:
Alpha

Pengarah & Penulis Skrip:
Albert Hughes

Genre:
Pengembaraan, Drama, Keluarga

Pelakon:
Kodi Smit-McPhee, Johannes Haukur Johannesson,
Natassia Malthe, Leonor Varela, Jens Hulten & Etc.

Penilaian:
6/10

Sinopsis:

Filem ini menceritakan tentang kehidupan pada zaman Ais di Eropah pada 20,000 tahun yang lalu dimana seorang lelaki muda bernama Keda terpaksa berjuang sendirian untuk terus hidup dan pulang semula ke kawasan puaknya selepas dia disangkakan mati oleh puaknya selepas terjatuh dari gaung. Sewaktu dalam misi perjalanan pulang, Keda telah bertemu dengan sekawan serigala yang cuba menyerang dan membahamnya hidup-hidup. Tanpa disangka seekor serigala yang dicederakan Keda berjaya dijinakkan dan bersama-sama Keda berjuang untuk hidup di musim sejuk yang penuh dengan cabaran daripada haiwan-haiwan pemangsa serta ribut salji. Berjayakah Keda bertemu semula dengan keluarganya? Adakah serigala tersebut akan sentiasa jinak disisi Keda atau sebaliknya? Saksikan filem menarik ini di pawagam berdekatan anda untuk mengetahui kesudahan pengembaraan Keda bersama serigala tersebut. 

Ulasan Hans:

Aku sebenarnya sudah lama menantikan tayangan filem Alpha ini kerana trailer filem ini sering terpampang dan dimainkan di panggung wayang dengan sangat kerap sekitar setahun yang lepas. Menonton trailer filem ini memang nampak menarik di mata aku dengan sinematografi yang sangat cantik dan memaparkan hubungan antara manusia dan haiwan. Cuma yang peliknya pada tahun ini filem ini seakan-akan tiada sebarang promosi yang hebat. Tahu-tahu sahaja filem ini sudah keluar. Jadi, terpaksalah aku merempit ke TGV Sunway Pyramid untuk menonton filem Alpha ini selepas setahun lebih menanti.


Secara jujurnya aku kurang mengenali kesemua pelakonnya tetapi pelakon utama filem yang memegang watak Keda iaitu Kodi Smit-McPhee sebenarnya agak dikenali juga rupa-rupanya kerana berlakon di dalam beberapa filem yang popular dan meletup di panggung. Jadi, babak permulaannya bagi aku sangat menarik dimana babak manusia purba memburu bison yang besar itu memang betul-betul menaikkan adrenalin aku sebelum kisah imbas kembali bemula. Menariknya filem ini apabila bahasa pertuturan yang digunakan ialah bahasa pelik yang melambangkan bahasa zaman purba pada 20,000 tahun yang lampau. Dan yang agak mengejutkan disini ialah panggilan Keda kepada bapanya berbunyi seakan-akan Ayah. Tiba-tiba rasa kagum pula sebab ada kemungkinan aku ada genetik daripada manusia yang tinggal di kawasan bersalji. Hahaha!


Memandangkan aku cukup sukakan filem yang bercerita tentang hubungan antara manusia dengan haiwan liar jadi filem ini memang antara filem yang memenuhi citarasa aku. Permulaan filem ini sebenarnya memberitahu aku melalui watak ayah Keda yang menyatakan bahawa manusia hanya akan dihormati dan menjadi ikutan manusia lain apabila terbukti manusia itu kuat dari segi fizikal, kejam dari segi naluri dan tidak teragak-agak untuk membuat keputusan asalkan kehidupannya dan pengikut-pengikutnya berjaya diteruskan. Ini dapat dilihat pada babak Keda gagal untuk membunuh babi hutan serta babak rakan Keda mati dibunuh haiwan buas.   


Berlainan pula dengan Keda yang beranggapan kelembutan hati dan kasih sayang bukan faktor kelemahan tetapi sebaliknya merupakan kekuatan dan senjata utama di dalam menyelesaikan permasalahan. Ini dapat dilihat di dalam hubungan Keda dan serigala dimana ditunjukkan kebaikan dan kelembutan Keda melayan serigala menyebabkan serigala yang sebelum ini menganggap Keda sebagai musuhnya melayannya sebagai rakan dan ketua dan secara tidak langsung menghormati dan menyayangi Keda. 


Menyentuh berkaitan sinematografi filem ini pula, aku beranggapan filem ini memaparkan sinematografi yang memang sangat cantik. Kesan khas CGI yang digunakan juga memang betul-betul nampak realisitik. Bagi aku, setiap babak yang menggunakan CGI ini kelihatan betul-betul hidup dan tidak kelihatan seperti animasi atau terkantoi teruk macam sesetengah filem Hollywood yang lain. Antara kekuatan utama filem ini bagi aku ialah dari sudut ini. Tak percaya nanti anda tonton sendiri filem ini. Hehe!


Jadi, aku tidak mahu bercerita banyak kerana bagi aku filem Alpha ini perjalanan ceritanya mudah sahaja. Tidak penuh falsafah seperti Life Of Pi jadi tidak ada banyak yang ingin dibincangkan. Jadi, aku senaraikan kekuatan filem ini yang menjadi sebab kenapa anda perlu menonton filem Alpha :

1) Kisah menarik tentang bagaimana tercetusnya hubungan antara manusia dan serigala sehingga serigala dijadikan sebagai salah satu komuniti dalam kehidupan manusia dan dipercayai terhasilnya pelbagai jenis baka anjing peliharaan manusia pada zaman sekarang disebabkan bermulanya hubungan antara manusia dan serigala ini.

2) Sinematografi dan kesan khas CGI di dalam filem ini memang cantik dan terbaik. Nampak realistik! Nampak sangat cantik! Aku terasa macam nak cari Doraemon dan guna mesin masa bawa aku pergi tengok pemandangan pada zaman 20,000 tahun yang lepas. Haha!

3) Lakonan paling terbaik sekali dalam filem ini ialah lakonan daripada watak serigala tu. Memang hebat serigala nih berlakon tambah-tambah bila tiba babak sedih dengan babak minta makanan tu. Cair tengok! Hahaha!


Aku juga ingin senaraikan beberapa kelemahan filem ini pada pandangan aku yang menyebabkan filem ini sepatutnya lebih menyengat berbanding apa yang aku tonton tadi :

1) Memandangkan hampir 95 peratus filem ini memberi fokus kepada watak Keda dan serigala, jadi mahu atau tidak watak Keda ini harus menjadi sempurna mungkin dan kekuatan filem ini pasti terarah kepada lakonannya. Sayangnya, lontaran emosi pelakon utamanya kurang menyengat dalam beberapa babak terutama dari segi reaksi wajah dan suaranya.

2) Daripada segi solekan pula, ternampak lagi kelemahan pada watak utamanya Keda yang menempuhi pelbagai halangan dan cabaran tetapi wajahnya masih nampak segar. Jika diikutkan dengan apa yang dilaluinya, memang menggelupas habis kulit wajah si Keda ini tetapi mungkin hal ini terlepas pandang atau tidak dititikberatkan oleh produksi filem ini.

3) Filem ini menumpukan kepada cabaran Keda dan serigala untuk kembali pulang ke pangkuan puaknya. Tidak dinafikan pelbagai cabaran dipaparkan di dalam filem ini tetapi kebanyakkan halangannya lebih kepada ribut salji. Jika pelbagai halangan lain diwujudkan dan dijadikan lebih dramatik, aku merasak filem ini pasti lebih menarik dan lebih menghiburkan.

4) Pengulangan babak memburu Bison itu juga bagi aku sangat mengganggu. Rasa-rasanya tidak perlu diulang kerana kelihatan seperti menonton dokumentari pula. Pandangan aku lah! Hahaha! 

Apa-apapun, aku masih terhibur menonton filem Alpha sebentar tadi. Untuk aku, filem ini masih berbaloi dengan harga tiket yang aku bayar. Satu keputusan yang tidak merugikan juga menonton filem ini di panggung wayang. Jadi, kepada yang meminati filem-filem berkonsepkan seperti ini, silalah menonton di panggung wayang berdekatan anda. Selamat menonton!

P/S : Kalau Rajin Nanti Aku Buat Ulasan Filem KIN Pula :)

4 comments: