Review Filem Real Steel
Posted by BG Design
Filem:
Real Steel
Pengarah:
Shawn Levy
Genre:
Aksi, Drama & Sains Fiksyen
Aksi, Drama & Sains Fiksyen
Pelakon:
Hugh Jackman, Dakota Goyo, Evangeline Lilly, Anthony Mackie,
Kevin Durand, Hope Davis, Karl Yune, James Rebhorn, Olga fonda & Etc.
Kevin Durand, Hope Davis, Karl Yune, James Rebhorn, Olga fonda & Etc.
Penilaian:
5 / 5
Sinopsis:
Filem ini mengisahkan tentang sukan tinju yang telah beralih arah kepada teknologi tinggi yang melibatkan robot sebagai peninju menggantikan manusia. Charlie Kenton merupakan seorang bekas peninju yang hebat pada zaman beliau walaupun tidak bergelar juara tinju dunia. Namun di dalam arena tinju robot beliau tidak lah sehebat mana kerana sering kali tewas dan menyebabkan beliau berhutan dengan ramai orang. Pada masa yang sama, Charlie tiba - tiba mendapat berita bahawa beliau perlu pergi ke mahkamah untuk menyelesaikan hak penjagaan anak lelakinya Max yang langsung tidak pernah ditemuinya yang kini telah berumur 11 tahun. Charlie terpaksa menjaga seketika Max selepas ditawarkan 100 ribu dollar kerana beliau memerlukan wang untuk membeli robot baru iaitu Noisy Boy untuk kembali berlawan di arena tinju robot. Disebabkan ego dan lembabnya Charlie bertindak maka Noisy Boy rosak teruk dan tidak mampu dibaiki. Sewaktu beliau dan Max mencari bahan buangan robot di sebuah tempat tiba - tiba Max menjumpai robot bernama Atom dari generasi kedua yang menyelamatkan nyawanya secara tak sengaja. Atom sebenarnya merupakan robot yang digunakan sebagai teman pelatih kepada robot peninju sahaja namun Max mahu menjadikan Atom sebagai robot peninju yang hebat. Disini konflik mula timbul melibatkan hubungan anak dan bapa serta ego masing - masing. Berjayakah Max menjadikan Atom sebagai robot peninju? Mampukah Charlie menerima desakan anaknya yang mentah di dalam dunia tinju robot? Adakah hubungan mereka sebagai anak dan bapa akan menjadi jernih? Saksikan filem hebat dan menarik ini di pawagam berhampiran anda untuk mengetahui jawapannya.
Ulasan Hans:
Ini adalah filem kedua yang aku tonton hari ini selepas filem Klik 3GP. Wow! Filem ini sangat MENYERONOKKAN dan memang WOW HABIS!!! Kalau tak mana mungkin aku memberi 5 bintang kepada filem ini. Memang hati aku puas dan rasa berbaloi membeli tiket untuk menonton filem Real Steel ini kerana ia memaparkan sebuah kisah imaginasi tentang masa depan dimana robot yang bertinju menggantikan manusia yang idea ini aku rasa sangat segar dan unik. Di dalam kepala aku sewaktu filem ini mula ditayangkan mungkin kisahnya hanya sekadar memfokuskan pada kecanggihan dan pertarungan robot sahaja namun ia sama sekali meleset kerana elemen kekeluargaan yang aku begitu gemari dipaparkan dengan begitu bersahaja dan cukup menarik. Elemen ini berjaya menarik hati aku untuk menonton filem lakonan hebat daripada Hugh Jackman dan adik Dakota Goyo(okay tak aku panggil dia adik? hahahaha!!!) ini dengan begitu teruja sekali.
Hubungan Antara Bapa Dan Anak Yang Sangat Menarik!
Aku cukup suka bagaimana pertalian antara seorang bapa dan anak lelaki di dalam filem ini dipertontonkan kepada penonton. Mungkin karakter Charlie itu tahu atau tidak mahu mengambil tahu tentang kehidupan anak lelakinya yang berusia 11 tahun itu namun ia agak menarik kerana Charlie dipaparkan sebagai seorang bapa yang sebenarnya tidak menyukai kehadiran anak beliau dan sentiasa tidak ingat tentang umur anaknya dan bagaimana situasi pertemuan pertama kali mereka dimana Max berusia 11 tahun ketika itu. Aku tidak nafikan adik Dakota Goyo yang memegang watak sebagai Max telah menjalankan tanggungjawabnya dengan cukup bagus di dalam menghidupkan watak kanak - kanak tersebut sehingga disukai oleh ramai penonton. Dengan wajah comelnya yang sesekali nakal, bijak bermain mata dan mampu melontarkan emosi dengan agak baik menjadikan watak Max lakonan beliau itu cukup kuat dan punya auranya tersendiri dan secara tidak langsung membantu membina watak Charlie lakonan Hugh Jackman dan menjadikan perjalanan filem ini begitu indah. Babak pertengkaran, bertikam lidah dan mengejek antara bapa dan anak di dalam filem ini sangat melucukan. Si anak yang mahir di dalam teknologi tetapi mentah di dalam membuat keputusan manakala si bapa pula yang kaya dengan pengalaman tetapi begitu cemerkap dan ego sering tidak sependapat namun akhirnya kedua - dua watak ini ditunjukkan bersatu di dalam cara yang amat menarik. Anda kena tonton filem ini!
Dunia Tinju Robot Yang Begitu Mengasyikkan!
Apa yang aku suka tentang filem ini ialah ia tidak memfokuskan pada satu perkara(tanggapan awal aku filem hanya tentang robot yang bertinju) dan ia juga tidak melebih - lebihkan kepada perkara yang lain(dalam adegan anak dan bapa diantara Max dan Charlie). Bagi aku adunan dan pengisiannya memang cukup ramuan dan bahannya. Aku tidak berasa filem ini kekurangan apa - apa dan aku suka bagaimana filem ini menyuruh kita memikirkan jawapan sendiri tentang hubungan ayah dan anak ini yang jawapannya ada di dalam filem tetapi ia lebih kepada hal yang tersurat dan tersirat. Anda kena tonton dan selepas itu mungkin anda faham kenapa aku sangat menyukai tentang perkara ini. Hahahaha!!
Dari segi kesan khas atau CGI, unsur bunyi, pencahayaan dan muzik latar boleh aku katakan ia menarik dan menghiburkan. Cukup sesuai dengan kisah tinju robot yang diadakan secara bawah tanah(underground) atau pun yang diiktiraf. Muzik yang rancak dan begitu membantu menghidupkan suasana perlawanan. Robotnya yang kelihatan betul - betul hidup, mimik muka robot yang menarik dan paling lucu si robot boleh menari - menari mengikut gaya si pengawalnya. Babak robot Atom menari dengan Max sangat menarik dan menghiburkan. Anda pasti akan ketawa menontonnya. Aku jamin!
Dari segi jalan cerita pula seperti yang kita semua sedia maklum filem - filem sebegini selalunya agak klise dimana ia akan menonjolkan si pemenang pada awalnya kelihatan begitu lemah dan pasti akan berakhir dengan kemenangan. Itu memang ramai yang boleh jangka namun aku pasti jalan ceritanya memang menarik daripada permulaan, pertengahan hingga ke akhir. Aku suka babak akhir filem ini dimana bagaimana mereka menilai kemenangan itu. Pelakon - pelakon filem ini juga tidak kira pelakon utama mahu pun pembantu semuanya memberi lakonan yang baik dan watak masing - masing juga jelas dan mempunyai karakter tersendiri yang tidak membuatkan kepala anda pening atau tertanya - tanya siapa mereka di dalam filem tersebut.
Saat - Saat Genting Macam Nih Pun Boleh Buat Penonton Ketawa!
Jadi, aku dengan sukacitanya menyarankan filem ini sebagai filem pilihan untuk ditonton di pawagam jika anda meminati filem sebegini dimana ia bukan saja mempertaruhkan robot - robot yang canggih dari segi kesan khas atau CGI namun juga sisi lain seperti kekeluargaan serta humor yang bagi aku berjaya menjadikan filem ini antara filem kesukaan aku pada tahun ini. Jadi, selamat menonton! :-)
P/S : Aku Rasa Sistem Penilaian Harus Bermula Dari Nombor 10 Dan Berakhir Dengan Nombor 0 Pada Review Akan Datang! Anda Setuju? (^_^)Y
must seeeeeeee!!!!
ReplyDeletemg mcm best. tgk trailer aje dah teruja!
ReplyDeleteizzad : yups...must see and of course takkan menyesal :-)
ReplyDeletemya : bukan macam best tapi memang best :-)
Perghhh...awal ko tengok hans...aku baru jer balik dari tengok filem nie...hahaha...serius cool..love that boy utmost...tangan aku sampai terseliuh sebab terkejut masa dia jatuh cenuram tu...
ReplyDeletesemalam tengok three musketeers..itu pun best gak..huhu
mcm nak kene p tgk ni cite ni :)
ReplyDeletelepas baca ulasan tentang filem ni..pastu dengan rating yang baik..kena tengok ni movie real steel ni..:)
ReplyDeleteaku tengok filem ni masa hari first tayang sebab teruja tengok trailernya...memang terbaik! tapi panggung kosong kot..hehe
ReplyDeletetak leh blah tengok charlie mengalah bila tengok mata anaknya yang mengharap gila...hahaa
macam best je . nak tgk . tapi esk maybe nak p tgk Al-Hijab .
ReplyDeletereview ni buat terasa nak pi tengok..:)
ReplyDeleteaku tgok khamis hari tu..best siot
ReplyDeletesepanjang cerita tu aku rasa membe aku rimas kut sbb asyik duk ckp hugh jackman hemsem gile wooii bhahaha
amirah : hahaha....berapa kali ko sebut H.Jackman hensem? hahaha
ReplyDeletemeletopsss!!! :)
ReplyDeletehaha...ye la, aq memang puji gila Dakota Goyo tu...stail kot lakonan dia... anyway, ada gak wat review kat www.kakiwayang.com , singgah2 la ye...hehe..
ReplyDeleteyang bawah tu saya setuju..ehehe
ReplyDeletebest movie of the year!
Agak jarang tengok wayang kebelakangan ni tapi rasanya memang setakat ni filem ni yang terbaik aku tonton dalam 2011.
ReplyDelete