Friday, 28 October 2011

Filem Aku Bukan Tomboy

Posted by BG Design



Filem:
Aku Bukan Tomboy


Pengarah:
Syamsul Yusof


Genre:
Komedi & Drama


Pelakon:
Syamsul Yusof, Scha Al Yahya, Shaheizy Sam, Salina Saibi, Sheera & Etc.


Tarikh Tayangan:
17 November 2011


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Farisa atau Eisha yang berpewatama tomboy yang dibesarkan oleh bapanya selepas kehilangan ibunya sejak kecil. Bermula dari zaman persekolahan yang penuh dengan dugaan kerana sering diganggu oleh beberapa orang pelajar 'pengkid' antaranya Bell dan Sam. Tekanan disekolah yang dialami Farisa mendorongnya untuk mengubah dirinya sebagai seorang yang berpesonaliti agresif dan kasar. Walaupun berpenampilan persis seorang lelaki namun Farisa masih mempunyai naluri sebagai seorang gadis sejati. Perwatakan sebegini berterusan sehingga ke alam pekerjaannya sebagai seorang penghantar pizza.




Masalah mula timbul apabila Farisa dikejutkan dengan kemunculan dua jejaka iaitu Harry dan Burn yang berhasrat menjalinkan hubungan istimewa dengannya. Harry merupakan seorang juru jual yang terlebih dahulu menjalinkan hubungan mesra dengan Farisa dan kemudian merasa tergugat apabila Burn muncul sebagai pesaing yang mencetuskan perebutan antara mereka berdua untuk mendapatkan Farisa. Dalam masa yang sama Farisa juga berdepan dengan konflik perbezaan darjat dan kedudukan Burn sebagai Eksekutif Junior di syarikat bapanya yang menyukarkan hubungan mereka.




Di samping itu, Farisa secara kebetulan bertemu semula dengan Bell dan Sam yang merupakan pengkid yang turut berebut untuk menjadikannya sebagai pasangan mereka. Konflik cinta tiga segi yang berbeza ini telah mewarnai catatan kehidupan Farisa iaitu si gadis tomboy. Persoalannya ialah apakah pengorbanan yang dituntut dalam dilema percintaan Farisa?


Trailer:




3 Sebab Aku Mahu Menonton Filem Ini:


Comel!!


1) Aku suka dengan karakter Scha Al Yahya dan apabila mengetahui beliau membawakan watak sebegini sememangnya aku sedikit yakin watak Farisa/Eisya tersebut akan berjaya dihidupkan dengan baik.

2) Aku nak tahu adakah filem ini cuma bersifat komersial atau ada sesuatu yang mahu disampaikan.

3) Aku berkenan melihat rambut Syamsul Yusof yang sama seperti penerbit filem '40 Juta' di dalam filem ini! Hahahahaha!! (Padahal Alasan Utama Cuma Nombor 1 Jer)


Cayalah Rambut!! Hahaha!!


P/S : Masih Kecewa Tak Dapat Menonton Filem RA. One!! (^_^)Y



2 comments:

  1. cam bez je citer ni.. tak sabar nak tengok laa.. i like!

    ReplyDelete
  2. Macam sempoi je cerita ni. Poster pun cun! Harap² tak hampakan aku macam cerita melayu yang lain..




    Kalau tak silap aku scene dalam ofis tu diaorang shoot kat bekas ofis aku dulu, dekat Setiawangsa. Tiba² rindu kengan kat sana.. adoi..

    ReplyDelete