Review Filem RA. One
Posted by BG Design
Filem:
RA. One
Pengarah:
Anubhav Sinha
Genre:
Aksi, Pengembaraan & Sains Fiksyen
Pelakon:
Shah Rukh Khan, Armaan Verma, Kareena Kapoor, Arjun Rampal, Sanjay Dutt & Etc.
Penilaian:
8 / 10
Sinopsis:
Shekhar merupakan seorang bapa yang cuba untuk menjalin perhubungan yang lebih akrab dan bermakna dengan anak lelakinya iaitu Prateek. Dalam usaha memancing minat anaknya agar menghabiskan waktu dengannya maka Shekhar telah pun berjaya mencipta satu permainan virtual hebat yang selalu diidamkan oleh Prateek dimana dia mahukan karakter musuh diangkat sebagai hero dan tidak mampu dikalahkan oleh superhero yang selalu menjadi pujaan manusia. Namun, tanpa disedari Shekhar permainan yang diciptanya itu rupa - rupanya mempunyai pengaruh dan kesan yang hebat terhadap kehidupan realiti mereka selepas itu dimana karakter musuh yang dicipta di dalam permainan tersebut iaitu RA. One mampu mengawal situasi dan mempunyai kuasa pemikiran serta mampu wujud secara realiti di dunia. Disebabkan permainan yang dicipta memerlukan pemainnya menghabiskan perlawanan dan Prateek tidak sempat menamatkan misi permainan tersebut maka RA. One telah muncul secara realiti dan memburu Prateek. Hanya seorang sahaja yang mampu menggagalkan niat RA. One iaitu G.One namun mampukah G.One menewaskan RA. One yang telah dicipta agar tidak akan kalah di dalam permainan tersebut? Adakah Prateek akan selamat atau sebaliknya? Saksikan filem 3D ini di pawagam berhampiran anda untuk mengetahui jawapannya.
Ulasan Hans:
Pertama sekali aku mengucapkan tahniah pada Shah Rukh Khan dan semua krew yang terlibat di dalam menjayakan filem yang bagi aku sangat menarik dan membuat aku teruja untuk menonton dari awal sehingga ke akhir saat filem ini ditayangkan. Menelan belanja yang sangat besar dan dikhabarkan filem Bollywood yang paling mahal kos pembuatannya setakat ini maka tidak menghairankan apabila mata anda akan puas menonton adegan - adegan yang menghidangkan kesan khas dari segi grafik dan visual yang memang WOW! Serius WOW! Jadi, nampaknya filem Endhiran sudah tewas dari segi tersebut kerana bagi aku kesan khas yang terdapat di dalam filem ini cukup teliti, sangat cantik dan memang sangat menakjubkan. Terbaik!!! Kostum para karakter adiwira atau antagonis juga terbaik!!
Sempoiiii!!
Jalan cerita filem ini bagi aku mungkin lain daripada yang lain dan ia membuatkan aku terasa bahawa filem ini tampil dengan idea segar. Aku tidak pasti tentang adakah terdapat filem - filem lain yang seumpama seperti ini namun di mata aku ini adalah satu idea baru yang menarik untuk dijadikan sebuah subjek filem yang cukup memukau. Aku suka bagaimana subjek permainan virtual yang dikembangkan sebegitu rupa dibantu dengan elemen - elemen sains yang boleh diterima pakai logik akal jadi aku tidak merasakan jalan ceritanya bodoh tetapi sangat kreatif. Menarik!!
Lagu Chammak Challo Yang Kelakar Pada Awalnya! Hehehe!!
Elemen kekeluargaan yang kuat di dalam filem Bollywood menjadikan aku sangat menggemari filem mereka dan filem ini juga tidak kalah dari segi itu. Bagaimana seorang bapa cuba sebaik mungkin untuk membuatkan anaknya berasa bangga dengannya sehingga terkorban sememangnya sangat menarik untuk diteladani dan ditonton. Tidak sah namanya filem Bollywood jika tidak ada nyanyian di dalam perjalanan ceritanya dan bagi aku terdapat 2 atau 3 lagu yang agak sedap juga untuk didengar dan mampu membuat kepala anda mengikut rentak irama lagu tersebut. Lagu Chammak Challo yang tak silap aku terdapat koloborasi bersama Akon agak menarik walaupun pada permulaan ia kelihatan terlalu aneh! Hahahaha!!
Sebut sahaja Shah Rukh Khan maka peminat filem Bollywood pasti mengagumi figura ini kerana ia mempunyai aura seperti mana superstar Rajnikanth! Serahkan sahaja apa watak pasti akan dilakonkan dengan tahap paling terbaik dan sekali lagi Raja Khan ini telah menunjukkan lakonan yang sangat mantap bagi setiap karakter yang dibawanya di dalam filem ini(iaitu karakter Shekhar dan G.One). Tidak kira sama ada adegan yang melibatkannya memerlukan beliau bermain emosi atau pun di dalam keadaan serius atau lucu pasti akan berjaya dipersembahkan dengan baik. Lakonan Shah Rukh Khan telah berjaya membuatkan aku berasa cukup puas hati menonton filem ini.
Arjun Rampal Hebat Di Dalam Karakter Antagonis
Lakonan adik Armaan Verma dan Kareena Kapoor juga sangat menyakinkan dan hidup! Aku cukup suka dengan watak antagonis RA.One sewaktu watak tersebut dipegang oleh Arjun Rampal. Aku tak tahu kenapa tetapi apabila watak RA.One itu sampai kepada bahagian beliau aku nampak sosok jahat yang betul - betul menjadi! Walaubagaimanapun, bagi aku aksi - aksi di sepanjang landasan keretapi mengingatkan aku pada filem Endhiran dengan aksi - aksi yang lebih kurang sama. Namun, kemunculan sekejap Rajnikanth dengan watak robot Chitti lakonannya di dalam filem Endhiran itu memang menggamitkan keadaan cuma sayangnya wataknya cuma seketika. Mungkin sekadar gimik atau itu satu pertaruhan untuk menarik penonton.
Apa aku boleh cakap, sebagai salah seorang peminat filem Bollywood dan Tamil maka aku sangat berpuas hati dengan filem RA.One ini. Menariknya ialah kerja mereka sangat teliti dan cukup bagus! Aku sentiasa melihat sekitar wajah atau leher Shah Rukh Khan sewaktu beliau di dalam karakter G.One untuk melihat jika ada peluh atau pun tidak! Kenapa aku mencari titisan peluh? Kerana jika ada titisan peluh maka gagal lah bagi aku kerana G.One ialah sebuah robot tetapi menariknya wajah karakter G.One itu sentiasa kering tanpa ada kesan lembap sekali pun. Sangat teliti dan kemudian ia mengingatkan aku pada watak Cicak Man lakonan Saiful Apek yang berpeluh walaupun Metrofulus yang digambarkan itu sangat sejuk. Hahahaha!!
Jadi, aku sarankan jika anda peminat filem Bollywood maka pergi lah menonton jika anda berniat untuk menonton kerana filem Bollywood RA.One ini ada satu pembaharuan yang bagi aku sangat menarik dan mungkin juga tidak sia - sia Shah Rukh Khan mempromosikan filem ini sepenuh hati kerana ia sebuah filem yang walaupun masih juga terdapat sedikit kelemahan tetapi bagi aku filem ini masih terbaik pada pandangan dan citarasa aku! Tahniah pada semua yang terlibat dalam menjayakan filem RA.One(walaupun aku tahu mereka tidak akan membaca pun blog ini!). Hahahaha!! Selamat menonton!!
P/S : Tertunai Jua Hajat Nak Menonton Filem 3D Nih Selepas 4 Kali(3 Kali Pergi Pekerjanya Kata Bosnya Suruh Simpan Dulu Filem Nih) Ke Panggung Wayang! Puas! Hahahaha!! (^_^)Y
12 comments: