Review Filem 3,2,1 Cinta
Posted by BG Design
Filem:
3,2,1 Cinta
Pengarah:
Azhari Mohd Zain
Genre:
Komedi & Cinta
Pelakon:
Diana Amir, Farid Kamil, Pierre Andre, Faith Zakie, Mustapha Kamal,
Adey Syafrien, Sheila Mambo, Ruzaidi Abdul Rahman, Zila Bakarin & Etc.
Penilaian:
2.5 / 5
Sinopsis:
Filem ini mengisahkan tentang Sam iaitu seorang gadis yang berkelakuan kasar dan berpakaian seperti lelaki yang menyambung pelajarannya di sebuah kolej selepas dibuang daripada tempat belajar lamanya sebelum ini gara - gara masalah disiplin dan sikapnya yang kasar. Di koleh baru ini, Sam bertemu kembali dengan Fariz iaitu kawan baiknya sewaktu mereka bersekolah dahulu. Fariz yang risau melihat sikap Sam yang tidak ada ciri - ciri kewanitaan lantas menunjukkan Sam sebuah artikel tentang Perigi Cari Timba dan ini menakutkan Sam apabila fakta di dalam artikel itu menyebut nisbah perempuan lebih banyak daripada lelaki iaitu 37:1 dan ini merisaukan Sam yang takut dia akan hidup bersendirian selama - lamanya kerana tiada lelaki yang meminatinya.
Disebabkan hal itu, Sam yang meminati Nazril sejak dari hari pertama lagi cuba memikat jejaka idaman setiap gadis di kolej tersebut dengan pelbagai cara yang kadang - kadang tidak masuk akal dan memalukan diri Sam dan Nazril sendiri. Sam juga cuba berpakaian seperti wanita biasa dan mengubah karakter menjadi lebih mesra. Namun, Nazril yang tinggal bersama anak - anak yatim di rumahnya selepas kemalangan jalan raya yang mengorbankan seluruh ahli keluarganya masih tidak menyukai Sam sehinggalah pada suatu hari beliau tertawan dengan sikap Sam yang bijak melayan anak - anak yatim di rumahnya. Namun, masalah mula timbul apabila Sam mengetahui Fariz juga mencintainya dan kini beliau dalam dilema untuk memilih Nazril atau Fariz sebagai teman lelakinya
Ulasan Hans:
Apa yang aku suka tentang filem ini ialah lakonan pelakon - pelakon utamanya iaitu Diana Amir, Farid Kamil dan Pierre Andre yang membawakan karakter mereka dengan begitu menarik dan bersahaja. Secara tidak langsung mereka telah berjaya membantu filem ini yang berdurasi sekitar 1 jam 17 minit untuk membuatkan aku setia menonton sehingga ke akhir cerita. Aku suka dialog - dialog yang keluar dari watak Fariz lakonan Pierre Andre yang bersahaja namun penuh dengan humor yang menarik. Aku suka melihat watak Nazril yang kelihatan sangat selamba dan budiman. Aku juga tertawan melihat karakter Sam lakonan Diana Amir yang bagi aku agak berjaya walaupun kadang - kadang ada adegan yang seperti melebih - lebih namun bagi aku Diana Amir telah berjaya membawa wataknya dengan baik.
Salah Satu Adegan Di Dalam Filem Ini
Filem ini terlalu ringan dan sarat dengan komedi jadi penonton tidak perlu bersusah payah berfikir apakah kesudahannya atau kenapa adegan itu menjadi seperti ini atau ini kerana semuanya sudah dihidang kepada penonton mengikut urutan yang dirancang. Namun kerana filem ini dibuat dengan begitu ringan membuatkan aku kadang - kadang bosan kerana aku boleh mengagak setiap plot dengan begitu mudah. Jalan ceritanya juga kadang - kadang kelihatan huru - hara pada pandangan aku kerana watak Diana Amir yang ditunjukkan pada permulaannya begitu keras hati tetapi sebenarnya lebih 'jambu' daripada watak gadis yang bersopan - santun kerana begitu mudahnya watak ini menitiskan air mata. Aku rasa lebih menarik jika watak Sam ini dijadikan seperti mana watak Anjali lakonan Kajol di dalam filem Kuch Kuch Hota Hai yang bagi aku betul - betul WOW! Bukannya tidak boleh untuk watak tomboy sebegini menangis tetapi apabila ia berlebihan secara tidak langsung aku rasa watak ini sama sahaja seperti gadis - gadis lain.
Salah Satu Adegan Sedih Di Dalam Filem Ini
Aku juga berasa hairan dengan kisah kehidupan Nazril yang membesarkan anak - anak yatim dirumahnya gara - gara mahu menebus rasa bersalahnya terhadap kematian keluarganya. Sedikit pelik dengan jumlah anak yatim yang ramai ditambah dengan kesibukannya belajar dan entah dari mana beliau memperoleh wang yang banyak untuk menjaga anak - anak yatim tersebut dari segi pelajaran, pakaian, makanan dan sebagainya. Tidak pula diberitahu dan mungkin tak ada sesiapa mahu tahu tetapi aku pula berpandangan lain kerana sifat ingin tahu aku terlalu tinggi. Semata - mata untuk menunjukkan Nazril ialah pemuda yang budiman dengan adegan yang bagi aku sangat tidak konkrit ini masih belum cukup untuk aku menerimanya secara bulat - bulat sahaja.
Watak Fariz Lakonan Pierre Andre Memang Menghiburkan
Mesej di dalam filem ini juga bagi aku tidak ada apa - apa yang perlu dibanggakan. Aku sebenarnya sedikit kecewa kerana kekaburan mesej yang cuba disampaikan yang bagi aku lebih bersifat negatif daripada positif. Adegan seperti ingin bercumbu dan sebagainya yang bagi aku tidak ada apa pun yang perlu dibanggakan atau dicontohi! Senang cakap kerana filem terlalu ringan jadi segala - galanya kelihatan diambil begitu mudah dan ada sesetengah adegan yang memang tidak masuk akal pun seperti peristiwa - peristiwa yang terjadi di kolej. Apa - apapun, aku bersetuju jika filem ini ditonton sekadar untuk hiburan dan tidak lebih daripada itu.
P/S : Bilalah Aku Berpeluang Menonton Filem Transformers - Dark Of The Moon 3D! (^_^)Y
satu perkara yang membuatkan Mr.R terharu dengan filem ini ialah, kesanggupan Fariz menunggu sam selama 4 tahun. ada maksud tersirat tu.
ReplyDeleteko x tgk transformers lg ker? adoyai.
ReplyDeleteaku punya la tggu review cte tu dari kau..pergi tgk sekarang!! huhu
Ho-ho.....
ReplyDeleteBaru tengok 321 Cinta ke??
Wa tak tengok cz target macam tak berapa nak best..
Check out my review on Sekali Lagi..
N kalau lu tengok, wa nak tau gak opinion lu!
http://musicbrilliant.blogspot.com/2011/07/review-sekali-lagi.html
aku tek berminat langsung nk tgk ctira ni, bkn x support crita tempatan, just dari trailer dan sinopsis dia, menampkakkn crita ni guna resepi filem 90an yg mana menggunakn setting percintaan pelajar kolej..
ReplyDeletehttp://eleventx.blogspot.com/2011/07/jom-puasa-bulan-syaban.html