Review Filem 3AM
Posted by BG Design
Filem:
3AM
Penilaian:
-1
Pengarah:
Azlan Shahril
Genre:
Genre:
Seram
Pelakon:
Norman Hakim, Jalaluddin Hassan, Dynas Mokhtar,
A.Galak, Rahim Omar, Allana Amir & Etc.
A.Galak, Rahim Omar, Allana Amir & Etc.
Tarikh Tayangan:
6 Disember 2018
Pengedar:
Bright Sun Medi Sdn Bhd
Sinopsis:
Sinopsis:
Filem ini mengisahkan penyiasat persendirian Azman diminta untuk mengendalikan kes membabitkan sebuah rumah terbengkalai. Ketika dia sedang cuba untuk menyelesaikan kes itu, dia menyedari yang rumah itu mempunyai sejarah menyeramkan.
Ulasan:
Selepas aku menonton filem Mortal Engines di TGV Cinemas The Mines dan selesai solat Jumaat maka aku bergerak ke MMcineplex Damansara untuk menonton filem seram tempatan terbaru berjudul 3AM pada tanggal 7 Disember 2018. Waktu tayangan ialah pukul 4.15 petang dan hanya aku sahaja yang berada di dalam panggung. Serius ini merupakan pengalaman pertama aku menonton filem seram di dalam panggung berseorangan dan suasana seram itu memang seperti menghantui aku di dalam panggung wayang sebelum filem ini bermula.
Aku mengetahui awal tentang kemunculan filem ini tetapi aku memang tidak meletakkan harapan yang tinggi. Namun kemudian aku terbaca ulasan yang maha positif dari kolum hiburan akhbar Sinar Harian yang ditulis oleh seorang pengarang yang amat memuji filem 3AM ini. Secara tidak langsung, aku mengaku aku terpengaruh dengan ulasan tersebut dan membuatkan aku meletakkan harapan yang setaraf seperti mana ulasan tersebut ditulis.
Tetapi, untuk pertama kalinya di blog ini aku memberikan penilaian kepada sebuah filem seperti yang anda boleh lihat di atas. Serius aku berasa sangat marah kerana nilai tiket yang aku bayar untuk filem ini ialah RM15 tetapi hanya ini sahaja hasil yang filem ini boleh beri kepada aku? Mortal Engines pun aku tengok dengan harga tiket RM8 tetapi aku bayar dua kali ganda untuk harga tiket filem 3AM semata-mata nak lihat hasil filem yang ****** macam nih?
Sepanjang 1 jam 21 minit, aku terpaksa hadap sebuah filem yang bukan sahaja jalan ceritanya meleret tetapi penuh kelemahan disana-sini. Baiklah! Aku mulakan daripada permulaan awal filem ini yang dimulakan dengan animasi untuk menggambarkan kejadian pembunuhan di sebuah rumah yang melibatkan kematian seluruh keluarga. Selepas itu filem ini bermula pula dengan watak seorang perempuan yang dilakonkan Dynas sebelum tiba-tiba pergi kepada babak lain. Aku terlupa sama ada babak temuramah penduduk kampung dahulu atau babak pertemuan A.Galak dan Dato Jalaluddin Hassan dahulu tetapi kedua-dua babak ini menceritakan perkara yang sama iaitu tentang kejadian rumah berhantu yang merupakan lokasi pembunuhan keluarga tersebut. Kisah tentang pembunuhan ini kemudian diceritakan di dalam sebuah video rakaman amatur serta melalui penulisan. Aku kira dalam empat kali filem ini menyampaikan kepada penonton bahawa filem ini tentang kisah rumah hantu itu disebabkan pembunuhan berlaku disitu. Badan mayat tak jumpa! Kepala tercabut! Anak beranak mati! Berapa kali kau nak bagitahu aku pasal cerita filem ini? Serius lah filem apa lah aku tengok sebenarnya ini.
Aku juga tersangat suka nak menyentuh tentang kualiti audio dan bunyi filem ini. Ya Allah Ya Tuhanku! Aku jarang mencarut sebenarnya di dalam wayang tetapi memandangkan aku seorang sahaja dalam panggung tersebut jadi memang laju sahaja mulut aku memaki kualiti suara di dalam filem ini. Untuk tahun ini sahaja memang ada banyak filem Melayu kualiti sederhana atau rendah yang mengalami masalah kualiti suara tetapi tidak setanding dengan filem 3AM. Hancur betul kualiti suara filem ini sehingga ada beberapa dialog pelakon yang tenggelam sehingga sukar didengar dan menyakitkan gegendang telinga aku.
Menyentuh pula tentang bab visual, aku tak tahu lah adakah ini dinamakan seni atau memang ada masalah komunikasi antara jurukameranya. Aku sangat rimas dengan babak awal pertemuan A.Galak dan Dato Jalaluddin Hassan dimana aku rasa penggunaan kamera mungkin di dalam dua buah. Sebuah kamera yang merakam adegan Dato Jalal kelihatan kemas dan nampak keseluruhan latar belakang tetapi kamera yang merakam A.Galak pula sebaliknya. Nampak seakan-akan kabur dan tidak 'sharp' gambar serta lebih pelik latar belakangnya dikaburkan. Jadi, bila di dalam babak itu perbualan antara kedua-dua pelakon ini sering bertukar-tukar wajah ditambah dengan visual yang tidak sekata menyebabkan aku penat. Apa benda sebenarnya filem nih nak sampaikan? Seni? Kreativiti? ******?
Selepas itu menyentuh berkenaan gred warna, aku tak tahu lah ada masalah kamera atau apa sebenarnya. Tetapi, setahu aku kalau betul pun ada masalah kamera ia boleh lagi diselamatkan melalui suntingan penggredan untuk warna filem itu agar selaras. Sana sini warnanya tidak sama antara satu adegan ke satu adegan. Paling bencana sekali sewaktu babak Norman Hakim berada di meja yang tiba-tiba visual filem menjadi hitam putih dalam waktu yang agak lama. Apa benda nih?
Kemudian, filem ini aku boleh katakan lebih 80 peratus daripada babak yang aku tonton datangnya daripada visual video rakaman yang konon-kononnya dibuat seperti hasil rakaman sebenar. Tetapi, aku tak rasa pun benda tu rakaman sebenar. Nampak betul palsunya. Memandangkan sebelum ini aku baru menonton filem Heilstatten jadi untuk perbandingan memang bagai langit dan bumi lah perbezaannya. Paling tidak untuk filem Heilstatten aku terasa juga rakamannya itu seolah-olah realistik. Kalau imbas balik tahun-tahun lampau, tonton sahaja filem Paranormal Activity yang mampu buat aku terasa juga seolah-olah rakaman video itu asli. Tetapi, untuk filem 3AM memang serius gagal teruk. Ditambah pula dengan meleretnya babak rakaman video itu membuatkan aku kembali menyumpah seranah seorang diri di dalam panggung.
Menyentuh lagi tentang 'video rakaman sebenar' tersebut, aku berasa sangat geram kerana pertama seperti yang aku katakan sebelum ini, babak-babak ini sudah lah meleret tak tentu hala. Selepas itu pula ditambah pula dengan elemen jump scare yang langsung tidak kena tempat. Sampai satu tahap aku tunggu bunyi jump scare lah untuk pandang skrin semata-mata nak tengok hantu tetapi haram tak muncul. Kalau muncul pun boleh dikira beberapa kali. Serius aku hampir terlelap disebabkan betapa bosannya aku menonton filem ini seorang diri. Tetapi, mengenangkan RM15 yang aku laburkan maka aku paksa diri aku untuk habiskan tayangan filem ini.
Pelakon-pelakon di dalam filem ini bukannya cikai-cikai. Masing-masing ada nama tetapi sayang mereka membuat penampilan di dalam filem sebegini. Oh yer! Aku tertarik untuk menyentuh dua babak yang menggunakan suara latar untuk menceritakan tentang filem ini. Babak pertama ialah pada awal filem dimana dialog suara latar dan visual tidak ada kena mengena tetapi itu aku tidak kisah sangat. Tetapi, babak Norman Hakim bersenam dengan monolog dalaman yang disampaikan itu serius buat aku terkedu. Apa kejadah yang cuba disampaikan ini?
Satu lagi yang buat aku menyumpah sebelum keluar daripada panggung ialah tentang watak penyiasat Norman Hakim dan juga A.Galak. Si A.Galak bagi bahan bukti untuk Norman Hakim lakukan penyiasatan terhadap kejadian pembunuhan di rumah berhantu tersebut. Ada babak ditunjukkan Norman berdiri sambil memandang dinding yang ditampal dengan pelbagai maklumat. Tahu-tahu terus dia pergi jumpa suspek untuk nak siasat perkara ini dengan berpura-pura nak beli barang antik. Kemudian tahu-tahu sahaja bahan bukti dijumpai dekat rumah tersebut. Serius lah beb! Kau penyiasat tetapi kaji hanya melalui VCD dan baca artikel sahaja? Langsung tak ada babak dia jejak kaki ke rumah berhantu tu pun. Kemudian tiba-tiba ditunjukkan si A.Galak ini pun tahu tentang kejadian tersebut. Habis itu asal kau tak buat laporan sahaja dekat balai polis bawa segala bukti-bukti yang kau jumpa? Kenapa perlu nak upah penyiasat yang tak macam penyiasat pun? Selepas itu ditunjukkan yang ada dua penjenayah tetapi apabila seorang penjenayah tertangkap macam mana pula yang seorang lagi boleh terlepas? Kalau betul yang membunuh itu yang ditangkap, seorang lagi itu kan dikira bersubahat dan sepatutnya ditangkap? Apa benda lah filem ini nak sampaikan sebenarnya? Filem ini memang minta dimaki secara berjemaah.
Banyak lagi benda yang patutnya ditulis tetapi aku rasa tidak perlu lah. Faham-faham sendiri sahaja lah! Ulasan kali ini juga tidak semi formal seperti sebelum ini kerana aku sangat marah menonton filem ini. Sekali lagi aku ulang, aku tidak meletakkan harapan yang tinggi seperti filem-filem lain yang kos produksinya tinggi tetapi untuk hasil seperti ini ditambah dengan wang yang aku laburkan sebanyak RM15 dengan harapan dapat menonton dan menyokong filem tempatan yang berkualiti.....kau faham tak sekarang kenapa aku berasa marah? Kata-kata akhir aku untuk filem ini ialah "Semoga Berjaya!". Sekian!
P/S : Aku Tak Sabar Nak Siapkan Ulasan Sebuah Filem Jepun Berjudul One Cut Of The Dead Yang Sangat Kreatif Dan Berjaya Mengubati Hati Aku Yang Tengah Panas Selepas Menonton Filem 3AM. Nantikan!

Saya tengok komen wak terus bukak kt blog awak
ReplyDeletetengok dekat mana tu?
DeleteDh ramai blogger dan YouTuber beri kritikan teruk untuk filem ini. Mcm tak rasa pulak nk tengok.
ReplyDeletehahaha
Deletecubalah tengok
lepas tu datang komen dekat sini balik
Mengapa semalam (Dis 10) mukasurat ini hilang tapi hari ini (Dis 11) muncul balik?
ReplyDeletehehehehe
Deletemagik
Dashyat ni Hans! LOL! Tapi ya lah, rasa tertipu kan? Poster nampak hebat dan posisi kaki tu reminds me of Dukun hah..hah...
ReplyDeletehahahaha
Deleteitu lah
tengok komen dekat youtube pun banyak marah filem nih
yer lah orang bayar tiket mahal kut
hahaha