Wednesday, 29 August 2018

Review Filem Munafik 2

Posted by BG Design


Filem:
Munafik 2

Penilaian:
6 / 10

Pengarah:
Syamsul Yusof 

Genre:
Seram

Pelakon:
Syamsul Yusof, Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Fizz Fairuz,
Mawi, Datuk Rahim Razali, Ku Farida & Etc 

Tarikh Tayangan:
29 Ogos 2018

Terbitan:
Skop Production

Sinopsis:

Filem ini mengisahkan seorang ibu tunggal bernama Sakinah yang hidup miskin di sebuah kampung terpencil bersama anak perempuan serta ayahnya yang sudah uzur. Kehidupan mereka dihantui dan diganggu oleh sebuah roh jahat yang dipercayai datang daripada Abu Jar, seorang lelaki yang mempergunakan ajaran agama secara salah bertujuan untuk menyesatkan kesemua penduduk kampung tersebut untuk kepentingan peribadinya. Di kampung seberang, kehebatan Ustaz Adam ditagih untuk menentang Abu Jar apabila permainan sihirnya menghantar roh jahat untuk merasuk Sakinah menyebabkan segala-galanya menjadi kacau bilau. Jadi, Ustaz Adam perlu memulakan misi menyelamat Sakinah namun dalam masa yang juga Ustaz Adam turut diganggu oleh sesuatu yang menggerikan. Berjayakah Ustaz Adam membantu Sakinan dan penduduk kampung lain daripada cengkaman ajaran sesat Abu Jar dan pengikut-pengikutnya? Saksikan filem ini di pawagam berhampiran untuk mengetahui jawapannya.

Ulasan:

Aku tidak menonton filem Munafik sebelum ini. Jadi, kepada sesiapa yang senasib seperti aku, kalian tidak perlu khuatir kerana filem ini masih boleh difahami dengan jelas dan masih boleh berdiri sendiri sebagai sebuah filem tanpa terlalu terikat pada filem yang pertama sebelum ini. Apa yang boleh aku simpulkan secara dasarnya, filem Munafik 2 ini bukan lah sebuah filem seram yang secara keseluruhan memperjuangkan makhluk-makhluk halus yang menakutkan tetapi lebih kepada mesej keagamaan yang terlalu padat di dalam filem ini sehinggakan adakalanya aku merasakan penceritaannya sedikit terganggu. Watak Syamsul sebagai Ustaz Adam yang aku dilihat di dalam filem ini seperti terlalu mencuba untuk memberitahu tentang apa sebenarnya agama Islam dan apa sebenarnya ajaran sesat. Dari satu faktor agak bagus kerana dapat mendidik penonton tempatan terutama umat Islam untuk menambah ilmu pengetahuan mereka tentang info-info yang mungkin baru bagi sesetengah orang. Tetapi, dari satu sudut pandang yang lain, aku melihat apabila terlalu padat dan banyak sangat babak yang menyampaikan tentang agama seolah-olah telah menyebabkan perjalanan kisah kali ini kadang-kadang sedikit leret dan tersasar sehingga mengganggu penceritaan utama. Adakalanya babak-babak tersebut seolah-olah tidak ada kena mengena dan tidak membantu perjalanan penceritaan pun.


Buat pertama kalinya, aku ingin mengucapkan tahniah kepada Syamsul Yusof kerana berjaya membawakan watak Ustaz Adam dengan cukup baik dan penuh rasa. Aku sudah tidak nampak Syamsul yang dahulu dari segi lakonan. kerana aku melihat segala-galanya dilakonkan dalam keadaan yang semula jadi tanpa dibuat-buat. Emosi yang dizahirkan oleh watak Ustaz Adam ini juga bergerak cantik dan tidak kelihatan seperti dipaksa-paksa yang boleh dilihat dalam filem-filem lakonannya sebelum ini. Tahniah Syamsul Yusof untuk lakonan yang mantap dan menyakinkan di dalam filem Munafik 2 ini.



Lakonan Maya Karin pula tidak perlu dipertikaikan lagi. Amat menarik melihat watak Sakinah yang dilakonkannya ini tiba-tiba menjadi hebat sewaktu adegan memukul dan membunuh pengikut Abu Jar. Mungkin Sakinah ini pada zaman mudanya memang penduduk wanita kampung yang hebat barangkali di dalam seni mempertahankan diri. Hahaha! Bila dilihat dari sudut penceritaan watak sememangnya nampak kelemahan kerana watak-watak ini berkembang dengan cara yang agak mengelirukan. Adakala nampak keberanian yang sangat tinggi tetapi tiba-tiba boleh berubah kepada ketakutan yang teramat seperti tikus. Serius agak mengelirukan sebenarnya. Apa-apapun, aku cukup babak Maya Karin dirasuk yang menumbuk-numbuk lantai rumah kayu serta memanjat pokok sambil berbahasa Arab yang sememangnya berjaya menaikkan bulu roma saat menontonnya. Memang terbaik! Oh, aku teringat babak Sakinah yang sentiasa membawa anaknya bersembunyi di dalam gua yang sama dengan harapan mereka tidak akan dijumpai oleh Abu Jar dan pengikut-pengikutnya sedangkan sudah banyak kali mereka ditangkap di kawasan tersebut. Aneh bukan? Hahaha!


Aku cukup suka dengan watak dan perwatakan Abu Jar yang dibawakan dengan cukup hebat dan bergaya sekali oleh Nasir Bilal Khan. Nada suara, mimik muka serta pergerakan tubuhnya berjaya mengundang kebencian dan dalam masa yang sama menimbulkan rasa gerun apabila Abu Jar mula berhujah dan menimbulan persoalan berkaitan pemahaman dan kepercayaan agama yang jelas terpesong akidahnya. Dari satu sudut, aku cukup suka dengan pendekatan Syamsul kali ini yang berani merungkaikan permasalahan ajaran sesat ini dengan cara yang mudah difahami. Setiap ayat dan tafsiran surah Al-Quran yang dibaca di dalam filem ini berjaya disampaikan dengan teliti. Namun, harus diingat ada ayat-ayat yang dihujahkan oleh watak Abu Jar di dalam filem ini sememangnya sering dihujah oleh golongan yang sesat. Sekali dengar dan jika difikir secara logik akal mungkin pemikiran kita akan dipengaruhi. Jadi, jika membawa anak-anak kecil menonton jangan lupa untuk memberi pemahaman semula kepada mereka. 


Menyentuh kembali berkenaan watak Abu Jar, aku mengakui ini merupakan watak kesukaan aku di dalam filem ini namun melihat kembali kepada sudut penceritaan, aku mula menyedari memang terdapat kelompongan yang agak besar pada watak dan penceritaan filem ini. Pertama, aku tidak tahu apa punca sebenar yang menyebabkan Abu Jar ini boleh terjebak di dalam ajaran sesat ini. Apabila didapati anak Sakinah merupakan anak Abu Jar, aku mengandaikan dua perkara iaitu pertama, Abu Jar dan Sakinah pernah berkahwin. Kedua, Abu Jar merosakkan Sakinah. Jika, pergi kepada andaian pertama, agak menarik sebenarnya jika mereka pernah berkahwin kerana bapa Sakinah merupakan imam besar di kampung tersebut. Jadi, ini merupakan satu pertembungan yang menarik jika ia dikupas lebih mendalam untuk membantu penonton untuk mengetahui apa puncanya yang menyebabkan Abu Jar terpesong jauh. Apa yang membuatkan aku berkata begini kerana satu adegan melibatkan Datuk Rahim Razali dan Mawi yang berbual tentang keadaan kampung mereka sewaktu berada di jeti kampung dimana bapa Sakinah merupakan imam kampung yang bukan calang-calang orangnya kerana dikenali di kampung-kampung lain. Jadi, persoalan disini ialah bagaimana orang-orang kampung boleh terpengaruh dan terjebak dengan ajaran sesat Abu Jar? Bagaimana Abu Jar boleh mempunyai ramai pengikut setia yang sanggup mendengar sahaja arahannya tanpa membantah? Bagaimana mereka boleh mempunyai sebuah bangunan yang besar, siap dengan lambang bendera serta ritual pemujaan yang sedikit kelakar itu? Adakah kampung mereka ini terlalu tersisih jauh daripada masyarakat sehinggakan tiada sebarang kemudahan seperti pasukan keselamatan dan perubatan disana? Persoalan ini semua timbul kerana kepincangan kisah watak yang kurang dititikberatkan disini.  


Satu lagi watak misteri yang aku tak faham sebenarnya fungsi kemunculannya ialah hantu perempuan dari negara seberang. Aku katakan dari negara seberang kerana dia bercakap bahasa Indonesia. Memandangkan aku tidak menonton filem Munafik sebelum ini, adakah hantu perempuan negara seberang ini berkait rapat dengan filem terdahulu? Sebab serius aku tak faham langsung daripada mana datangnya hantu ini dan kenapa dalam banyak-banyak manusia, dia memilih untuk mengganggu Ustaz Adam? Bab ini memang aku tersesat jauh sebab aku tak tahu asal usul hantu ini. Cuma apa aku boleh cakap, kemunculan hantu perempuan misteri ini memang menarik dan menyeramkan cuma sayangnya sampai sudah aku masih tak dapat tangkap misteri kewujudan dia di dalam filem ini. Apa yang aku nampak cuma dia ini hantu yang cuba untuk menyesatkan dan mengelirukan Ustaz Adam di dalam mempercayai kepercayaan agamanya.


Melihat dari sudut pandang berkenaan sinematografi dan sudut kamera, aku boleh simpulkan filem Munafik 2 ini memberikan yang terbaik pada pandangan aku. Latar filem berjaya dipersembahan dengan penceritaan suasana yang misteri, suram serta penuh dengan unsur mistik yang membantu menaikkan rasa resah penonton yang menonton. Babak-babak yang melibatkan Ustaz Adam dengan hantu wanita yang bercakap Indonesia juga agak menarik perhatian dan kelihatan baru untuk filem-filem seram di Malaysia.


Menyentuh berkenaan dengan kesan bunyi yang terdapat di dalam filem ini, aku mengakui filem ini amat memenatkan aku sepanjang tontonan yang mengjangkau dua jam ini. Keletihan yang aku rasakan bukan kerana disebabkan aku terkejut sangat dengan penampakkan hantu-hantu tetapi kerana latar muzik yang hampir memenuhi sepanjang penceritaan filem ini menyebabkan aku letih. Bagi aku, sepatutnya perlu ada babak-babak yang mampu 'merehatkan' penonton untuk lebih menikmati elemen-elemen seram yang dipertaruhkan di dalam filem ini.


Aku sukakan suasana gelap yang menghiasi hampir 95 peratus adegan-adegan filem ini kerana berjaya meningkatkan rasa seram kepada penonton yang berada di panggung. Adegan seperti mimpi, bot yang berada di air serta pertemuan antara Ustaz Adam dan hantu wanita negara seberang berjaya direalisasikan dengan cukup menarik. Tambah-tambahan dibantu pula dengan solekan yang pada aku sangat menyakinkan dan nampak betul-betul realistik. Cuma aku masih tidak dapat menerima keadaan gelap di rumah keluarga Adam walaupun berjaya meningkatkan elemen seram.  


Jadi, aku senaraikan kekuatan filem ini yang menjadi sebab kenapa anda wajib menonton filem Munafik 2 :

1) Filem yang berani mengangkat soal kepercayaan dan kekeliruan agama di kalangan masyarakat Islam sendiri.

2) Adegan-adegan seram yang menarik dan sedikit lain jika dibandingkan dengan filem-filem seram tempatan terutama berkenaan kesan khas solekan, penataan cahaya dan sinematografi yang bagus.

3) Lakonan para pelakonnya yang bagus terutama dalam menyampaikan emosi dan pergerakan tubuh yang menjadi.

4) Persoalan berkaitan makna sebenar sifat munafik yang bagi aku sangat menarik dan memberi tamparan yang sangat hebat kepada penonton.



Aku juga ingin senaraikan beberapa kelemahan filem ini pada pandangan aku agar dapat diperbaiki pada masa akan datang:

1) Plot cerita harus lebih teliti agar dapat membantu penonton memahami perjalanan cerita yang cuba disampaikan dengan lebih baik.

2) Latar muzik yang sentiasa menghiasi babak-babak filem ini adakalanya memenatkan telinga penonton. Tidak dinafikan sebarang jumpscare atau kejutan sememangnya diperlukan oleh kebanyakan filem bergenre seram tetapi biarlah berpada-pada dan kena dengan situasinya.

3) Perjalanan genre filem ini sebenarnya agak mengelirukan dan tidak berjaya membuatkan aku berfikir untuk menonton buat kali kedua. 


Kesimpulannya, filem Munafik 2 ini membuatkan aku sedikit berbelah bahagi di dalam menilai naskhah filem ini sendiri. Jika dilihat dari sudut seram, aku merasakan keseramannya lebih terarah kepada kesan bunyi, solekan dan suntingan. Aku lebih nampak filem ini memberi fokus kepada permasalahan fahaman agama yang wujud di kalangan masyarakat pada zaman kini. Namun, dalam masa yang sama masih ada kelompongan terutama daripada segi naratif cerita yang boleh diperbaiki pada filem-filem akan datang. Apa-apapun, filem Munafik 2 masih mampu memberi debaran dan ketakutan kepada peminat-peminat filem seram yang mungkin tidak dapat duduk diam sepanjang filem ini berlangsung. Selamat menonton filem Munafik 2 dan semoga filem ini juga dapat membuat kejutan seperti filem Hantu Kak Limah. Sekian!

P/S : Seram Pula Aku Lepas Tengok Gambar Di Atas Yang Babak Hantu Perempuan Negara Seberang Tepi Tingkap Dengan Ustaz Adam Tu. Sudah Lah Ulasan Ini Siap Ditulis Pada Pukul 3.00 Pagi. Hahaha!

72 comments:

  1. Hantu seberang tu mcm nak goyahkan iman si Adam tu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer tahu tetapi sebab ini filem..jadi tak menarik kalau nak biarkan penonton asyik buat penilaian sendiri..

      kalau tengok kepada filem Along With The Gods misalnya, sekecil-kecil watak pun kita masih faham siapa watak itu.

      Jadi, bagi saya inilah antara kelemahan filem ini

      Delete
  2. jalan cerita yang ke 2 ni memang merepek teruk

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...

      saya tak ada lah nak kata merepek cuma perjalanan terlalu pantas sampai rasa macam ada choppy pun ada

      filem Munafik pertama saya tak tengok jadi tak dapat nak komen atau bandingkan..hehe

      Delete
    2. Setuju....merepek

      Delete
  3. aku dah tengok Munafik 1, tak rasa mcm nak tengok Munafik 2.. thanks, review yg padat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh kenapa? Munafik 1 tak menarik ker yang sampai tak nak tengok Munafik 2?
      welcome :)

      Delete
    2. munafik 1 lebih seram & dekat dgn elemen horror sementara munafik 2 sedikit lari sbb dia tak fokus pada horror 100%. dia mcm filem thriller sikit, filem seram skit.

      syamsul dah confirm dari IG dia cakap Munafik 3 akan keluar. sbb ending tu mcm ada penjelasan. & segala persoalan dari munafik 2 mungkin akan dijawab dalam munafik 3

      tapi harap munafik 3 back to the roots dari segi konsep horror dia.

      Delete
    3. yups...ikut daripada kawan2 saya memang macam yang awak komen tu lah :)

      Delete
  4. ada spoiler sikit ni haha btw ulasan yang menarik dari pelbagai sudut. boleh dah berfikir2 nak tengok ni. ermm

    | blog aimanabdullah |

    ReplyDelete
    Replies
    1. spoiler? tak ada lah spoiler sangat pun
      saya tak cerita lah benda-benda yang spoiler
      jadi tak payah risau kalau nak tengok sebab memang tak ada bongkarkan apa-apapun
      patut banyak lagi nak tulis tapi nanti jadi spoiler pula
      maka tahan jer lah jari dan hati dari menaip lagi
      hahaha

      Delete
  5. Hantu yg berbahasa indon tu...ialah Syaitan...dia mmg nk menyesatkn Ustaz Adam...sbb Ustaz Adam ni seorang yg terkenal dan kuat agama...namun disebabkn musibah2 yg terjadi...menyebabkn dia sedikit hilang arah...ini menyebabkn Ustaz Adam berperang dgn diri dia sendiri...antara ilmu agama yg dia miliki agar dia sentiasa redha dgn qada dan qadat...atau emosi dia agar mempertikaikn qada dan qadar Allah...dan di tengah-tengah kecelaruan ini...muncullah syaitan mengambil kesempatan untuk menyesatkn aqidah Ustaz Adam...cuba bayangkn kalau seorang yg hebat seperti Ustaz Adam pn dpt disesatkn...sudah tentu memberi impak yg besar pd masyarakat...

    Ini sekadar pemahaman saya la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya komen saudara Habib juga merupakan pandangan saya...cuma bagi saya tidak bagus untuk membiarkan penonton membuat penilaian sendiri tentang setiap watak yang wujud di dalam filem ini...sebab salah satunya hantu itu berbahasa Indonesia pula...jadi memang mengelirukan disitu kerana watak-watak yang lain semua berbahasa Melayu...banyak-banyak syaitan akhirnya yang bersuara Indonesia juga yang datang kacau Ustaz Adam...hahaha

      Delete
  6. aku tak sangka yang fizz fairuz tikam belakang saat akhir. hahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku dapat agak masa pertengahan waktu Datuk Rahim Razali suruh dia call polis masa Mawi datang rumah tapi dia macam nak tak nak jer tu.

      masa tu aku dah rasa something wrong dengan mamat nih sebab tak nampak macam dia risau pun dekat si Syamsul tu sedangkan kalau ikut kawan baik juga lah...

      akhirnya terjawab juga persoalan aku masa tu..haha

      Delete
  7. Sedikit sebanyak, Syamsul berjaya selitkan unsur dakwah dalam filemnya. Semoga filem ini membuka hati kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada pro dan kontra juga Zumal bab dakwah dia cuba selitkan tu
      tapi sayang penceritaan dia agak lemah sebenarnya
      terlalu kelihatan nak cepat
      hehehe

      Delete
  8. Nnt nak g tgk la.. tp tgk sensorang sbb en suami kita takuitttttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaa....kok si suami nya takut? waduh2
      gawat nih
      haha

      Delete
  9. wahh trima kasih symsul yusuf krana anda brusaha untuk mnyampaikan mesej dakwah di dlm filem anda...thanks ust adam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yups...mesej dakwah dia dan persoalan tentang munafik tu bagus :)

      Delete
  10. Jgn nk acah2 bagus buat review. Serius lps baca review ko mmg sampah abis. Semua persoalan ko sampah dan sia2 ko tgk filem Munafiq 2 ni. Aku sekali tgk pon dh fhm ke semua watak dan jalan cerita.mungkin 5 - 6 kali ko tgk balik mungkin ko akan fhm sbb ko jenis yg lembab tp tau nk buat comment n review mcm sampah. Sekian saja dr sy penguatkuasa sampah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaaa...penguatkuasa sampah rupanya...patut komen pun macam sampah.kalau review ni sampah memang sesuai lah untuk penguatkuasa sampah. Hehehe.

      Delete
    2. Hahaha ada pula penguatkuasa sampah.Muhau nodi 😂

      Delete
    3. Well, everyone has the right the speak up and write. Mr. Penguatkuasa Sampah, you should write one, let's see how great is your review 😂

      Delete
    4. Laaa...penguatkuasa sampah ni. Chill out lah gaman. Ko ni dia cuma voice out dia punya opinion. Yg utak ko bergagar baca review dia kanapa pula 😅

      Delete
    5. Laaa...penguatkuasa sampah ni. Chill out lah gaman. Ko ni dia cuma voice out dia punya opinion. Yg utak ko bergagar baca review dia kanapa pula 😅

      Delete
  11. Terima kasih saudara hans atas review..

    Sekadar pendapat saya :
    filem munafik2 ni agak berat dan agak padat dengan nasihat2 agama. Selain itu jalan penceritaan yg menunjukkan konflik di dalam dirinya spt cerita omputih beautiful mind yang menyajikan watak2 untuk penonton berfikir. Dari sudut islam dan saudara seislam saya sedikit sebanyak melihat kematangan beliau dalam menggarap cerita ini. Apakah itu munafik yg bermaksud golongan yang berpura-pura menjadi Islam atau bergelar Muslim tetapi sebenarnya tindakan, perkataan dan perbuatan mereka adalah bertujuan meruntuhkan Islam. jadi karya yang digarap kali ini bukanlah seperti cerita hantu yang selalu menjadi tontonan rakyat malaysia tetapi ia bertepatan dengan tajuknya sendiri iaitu munafik.
    Tidak adil jika sy tidak katakan bahawa beliau tidak membuat kajian dalam setiap ayat dan kalimah yang digunakan dalam penceritaan ini. Contoh yang sy ingin tunjukkn kalimah yg digunakan seperti doa yang dibacakan oleh nabi ketika dilanda musibah (sunan abu daud 4426) iaitu ketika syamsul digantung "ALLAHUMMA RAHMATAKA ARJUU FALAA TAKILNII ILAA NAFSII THARFATA 'AININ WA ASHLIH LII SYA`NII KULLAHU LAA ILAAHA ILLA ANTA (Ya Allah ya Tuhanku, aku mengharap rahmat-Mu, karena itu janganlah Engkau serahkan urusanku kepada diriku sendiri (janganlah Engkau berpaling dariku) sekejap mata, perbaikilah semua urusanku, tidak ada Tuhan selain Engkau)." Ini menunjukkan setiap ayat2 yang diggunakan beliau juga mebuatkan sesetengan penonton ingin mengkaji adakah ayat Alquran dan hadith yg digunakan sahih. Dan banyak teguran2 sarkastik yang terdapat dalam cerita ini yang berlaku pada zaman sekarang
    ANTARANYA
    1USTAZ ANTARA USTAZ BERKELAHI
    2USTAZ MENCARI POPULARITI
    3MASYARAKAT YANG PENAKUT UNTUK MENEGUR
    4MASYARAKAT YANG TAKSUB DENGAN PERKARA2 PELIK
    5 MASYARAKAT YANG INGIN MENDAPTKAN JALAN PINTAS KE SYURGA

    pada pendapat saya, garapan kali ini menunjukkan kematangan beliau dlm berkarya yang sudah mwnfokuskan kepada agama dan berbeza dengan cerita2 hantu yang lain menunjukkan di penghujung cerita ada ustaz dtg dan semua settle dan normal mcm biasa. Berbeza dengan watak akhir syamsul ketika matinya dia masih menceritakan konflik antara dia dan tuhan dan itulah atara perkara sehari harian yang kita tempuh dlm kehidupan.

    Walauapapun tahniah kepada yang terlibat dan tahnia kepada hans yg membuat review. Pendapat adalah pandangan masing2 tiada yg salah dan betul..

    P/s : dikaunter tiket
    Mbo : berapa orang munafik
    Saya: 6 orang munafik bang
    Mbo : okay 6 orang munafik
    Kah2 sendiri jadi munafik

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas komen saudara / saudari
      Ia memang betul filem Munafik 2 ini adalah seperti mana yang saudara / saudari tulis apabila dipandang dari sudut agama kerana memang banyak ayat yang memberi penekanan atau sindiran kepada alim ulama yang terdapat di dalam filem ini.

      Saya pun tidak ada masalah daripada segi itu kerana saya tidak berfikir seperti segelintir orang yang terlalu mengharapkan filem ini seram disebabkan kemunculan hantu-hantu semata-mata

      cuma sayangnya disini apabila perjalanan cerita Munafik 2 terlampau cepat sehingga menyebabkan cerita menjadi agak caca marba. Banyak babak yang diolah muncul secara tiba-tiba dan ditamatkan juga dengan tiba-tiba. Rugi disitu kerana penekanan kepada kekuatan dan pengembangan jalan cerita kurang dititik beratkan di dalam filem kali ini.

      Berkaitan dengan penghujung jalan cerita, suka untuk saya minta saudara / saudari, jika mempunyai twitter untuk melihat twitter https://twitter.com/zaimyusoff67 dan apa yang dilontarkan oleh beliau tentang Munafik 2 adalah senada dengan pandangan saya

      Terima kasih juga sudi tinggalkan komen di blog saya. Saya juga meraikan segala pandangan yang baik seperti ini dan juga sopan tutur katanya seperti komen saudara / saudari :)

      Delete
    2. Setuju sangat dengan Tanpa Nama. Saya sedih sangat masa adengan Tu.. dekat betul dgn hati. Bila Kita susah, bila Kita dilanda musibah, hanya Tuhan tempat Kita bergantung. Ayat yg Di baca Adam Tu buat saya menangis pikir pasal hubungan saya dengan Tuhan..😭

      Delete
    3. alhamdulillah
      tanda filem Munafik 2 bagi kamu sesuatu selain hiburan :)

      Delete
  12. Thx diatas ulasan bro ... x jadi aku nak tgk . Save skit duit aku .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...kenapa tak jadi tengok?
      kena tengok nanti menyesal kalau tak tengok

      Delete
    2. Bebeh Owez Be Bebeh28 September 2018 at 06:03

      Ala tak rugi pun ko tengok. Tengok ja dan nilai sendiri. En. Hans buat review bukan nak provoke orang supaya tak tengok filem ni pun. Korang ni kan. Short-minded betul lah.

      Delete
  13. munafik pun saya tak pernah tengok..hihi
    tapi yg ni macam lagi menarik kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai kata yang Munafik 1 lagi best
      tak pasti

      Delete
  14. Wah banyak filem yang Hans tonton sampai PH tak boleh keep up hah..hah.. So far Big Brother and Crazy Rich Asians PH dah tengok. Cerita Munafik 2 ni macam menarik. Kalau ada peluang PH akan pergi tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang bujang PH
      tu ada banyak masa terluang tu
      tak ada masa pun sempat kejar lagi pergi tengok
      hehehe

      Delete
  15. Realitinya memang kita diambnag akhir zaman..dimana fitnah berluasa masing2 menyelamatkan diri sendiri..apa persediaan kita kiranya dajjal keluar dizaman kita😭😭😭😭

    ReplyDelete
  16. Aku setuju dengan ulasan kau. Aku baru lepas tengok cerita ni masa aku komen ni. Along the way aku balik, I keep thinking siapa perempuan Indonesia tu? And aku siap Google tgok review orang, kot la aku yang lembab kan. Aku sokong setiap benda yg diketarakan kena ada punca. And dalam munafik 1 tak wujud pun hantu perempuan tu. Aku jadi confuse teruk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...ikutkan memang hantu perempuan tu sebenarnya syaitan yang cuba nak rosakkan akidah Ustaz Adam. Tetapi, bila filem nih semua serahkan kepada penonton untuk buat andaian sendiri, itu yg buat filem ini lemah dari aspek penceritaan. Kalau tengok Along With The Gods,mesti lebih ramai faham sebenarnya apa yang dikatakan aspek penceritaan dan perkembangan watak yang bagus :)

      Delete
  17. Menarik juga Munafik 2 ni. Saya baru sempat tengok semalam.

    Betul Hans, Munafik 2 ni rasanya tak seram sgt macam Munafik 1 dulu cuma dia sarat dengan mesej keagamaan. Kena explain banyak kat budak2 kalau diorang tanya..hihi

    ReplyDelete
  18. Kot awk pengarah maybe filem ini perfect kot kakahakah😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raikan pendapat dan pandangan.
      Tak ada filem yang sempurna.
      Kritik untuk penambahbaikan sebab nak tengok filem Malaysia sehebat atau lebih hebat daripada filem Korea yang berjaya tembusi seluruh dunia seperti filem Bollywood.
      Kena jadi pengarah baru boleh komen? Saya pernah jadi pengarah jadi okay lah saya komen :)

      Delete
    2. Korang Ni Sensitif La28 September 2018 at 06:07

      La..ko ni Unknown apsal Sakai sangat. Dia buat review bukan mati pun ko. Relax lah ko. Betullah tu tak ada filem yang perfect. Dia tak cakap pun filem ni teruk. Cuba ko review sikit nak juga baca 😌

      Delete
  19. Terima kasih atas ulasan saudara. Susah nak cari ulasan jujur berdasarkan pendapat sendiri. Banyak sangat ulasan yang terpengaruh dengan tahap popular pengarah, penerbit atau pelakon filem tu. Kadang-kala kutipan tinggi tak membuktikan filem tu berjaya menambat hati semua penonton. Dalam kes saya, En Suami yang beria nak tonton. Dan disebabkan itu, satu keluarga dia bawa sekali.

    p/s: Maaf, malas nak login google.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana Puan sudi baca review filem Munafik 2 ini
      saya hargai :)

      Delete
  20. AsSalam Hans.. syabas kerana komennya yang jujur. Setelah saya menonton Munafik 2, saya amat bersetuju dengan pandangan anda.. nampaknya anda telah menyampaikan apa yang ada di fikiran saya. Saya percaya anda mempunyai pendapat yang lebih jauh dari ini tetapi rasa nya memang anda membataskan pendapat anda itu.. hahaa saya faham.. thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe
      yups
      saya membataskan pendapat sebab takut nanti ada spoiler
      lagipun artikel ulasan ini keluar pada hari pertama tayangan
      terima kasih kerana sudi membaca ulasan saya yang panjang ini
      sangat hargai :)

      Delete
  21. Saya asal indonesia, mungkin karena film ni di pawagam kan di Indonesia juga, sebab tuh hantu wanita tuh bercakap Indonesia agar orang indonesia mengerti apa yang di ceritakan di film tuh , hehe btw kite orang tunggu film ni tayang di Indonesia semoga makin berjaya sodara seiman , salam serumpun!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam serumpun
      terima kasih sudi baca ulasan dan tinggalkan komentar anda disini
      apa-apapun sentiasa sokong filem-filem Malaysia yer :)
      terima kasih

      Delete
  22. Terima kasih atas maklumat yang baik dan berguna yang telah dikongsi dengan semua orang. Ia sangat menarik dan saya sangat berterima kasih atas hal ini.
    เว็บท่องเที่ยว

    ReplyDelete
  23. Saya peminat cerita genre hantu seram.

    Saya mohon maaf terlebih dahulu sekiranya saya memberi komen yg tidak memuaskan. Cerita munafik 2 bagi saya kurang menyengat. Ini pandangan peribadi saya selepas melihat sendiri cerita tu. Seolah2 cerita yg panjang dipadatkan. Rasa banyak babak dipotong tuk jadikan filem ni bawah 2 jam. Dengan durasi bwh 2 jam, syamsul nampak gagal tuk menyusun babak cerita ni dengan baik. Sebab tu rasa seolah-olah perjalanan cerita kelihatan seperti terkejar-kejar masa.

    Nak menyatukan kisah masalah perkampungan yg dikuasai oleh ajaran sesat dengan kehadiran ustaz adam, bermula pertembungan tu cerita nampak seakan klimaks sahaja sampai la kemuncak cerita. Sesi debat antara ustaz adam dengan abujar masa pertembungan kali pertama. Isu pemakaian islam.Bila takde point, skip hujah dan takutkan abu jar dengan report polis pastu bersurai. Itu belum kesan efek bunyi, sudah boleh teka hantu da nak keluar.

    Hantu yg ada karektor dalam munafik 2 tu hantu indon tu je. Yg mmpertikaikan keimanan ustaz adam. Hantu indon ni dari munafik 1 ke atau hantu belaan abu jar? andaikan sahaja la hantu itu dari dalam diri ustaz adam sendiri. saka ke kn bisikan syaitan.Jadi persoalan pula siapa hantu indon ni?sampai sesat ke dalam cerita ustaz adam hahaha. Babak hantu indon kt sungai tu mmg ada satu perasaan yg boleh bg keterujaan la sbg pminat cerita hantu. Hantu2 lain pula dari sihir abu jar.

    Apa2 pun, surah2 yg dikongsikan sedikit sebanyak boleh bagi ilmu kepada penonton tentang kaedah rawatan islam. Setiap kali surah dibacakan akan keluar sub bawah tu surah apa yg dibaca ayat berapa. Contoh masa azman tetiba tidak dapat melihat, azhar bacakan surah tuk pulihkan penglihatan mata azman. Daun bidara yg dipegang ustaz adam digunakan tuk menghalau hantu. Ni pula kaedah tradisional melayu.

    Dialog "Dalam mmperjuangkan islam, tidak semuanya indah". Lebih kurang la ayat tu. Antara dialog yg mempunyai kekuatan tersendiri. Kang taip banyak2 bg komen bikin spoiler pula haha.

    Tuk akhir kata, setiap orang ada penilaiannya yg tersendiri. Mungkin ada yg melihat filem munafik 2 sbg salah satu jalan brdakwah yg mmberi mesej keagamaan yg padat. Ada juga yg merasakan tidak puas dengan keseraman hantu juga jalan cerita yg agak bercelaru. Jadi lihatlah sendiri filem munafik 2 ni. Tahap kepuasan atas diri masing2 juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas komen saudara/saudari yang padat
      saya sangat hargai dan In Sha Allah membantu pembaca-pembaca lain disini :)

      Delete
  24. Kan.mcm tergantung.so byk persoalan....why n why.so kena ada munafik 3

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap Munafik 3 dapat tebus kelompongan Munafik 2 :)

      Delete
  25. http://www.mstar.com.my/hiburan/wayang/2018/09/05/munafik/

    ReplyDelete
  26. Aku cukup terkesan bila pertama kali menonton Munafik 1, walaupun aku bukan lah kaki nonton filem melayu. itupun di Astro. Masa pertama kali menonton, dah setengah jalan tapi dapat juga la menghayati cerita nya. Membuatkan aku ternanti nanti siaran ulangan untuk tengok dari mula.Jadi tidak hairan lah, cerita Munafik 2 ni adalah satu filem yang ditunggu dengan penuh pengharapn yang tinggi. Pada awalan nya, cerita ini membawa kita kembali sorotan Munafik 1 dan boleh dikatakan permulaan yang mantap. Tetapi, apabila lama sikit menonton, rasa macam cerita ini tak diolah dengan baik, segala nya berkecamuk. Adunan jalan cerita, merayau rayau. Kampung yang telah ditakluk semacam sangat jauh, hingga hendak pergi pun kena pakai sampan pada satu ketika, dan lepas tu semacam cepat je Ustaz, rakan dan ayah nya boleh sampai. Yang peliknya, selepas sudah bertempur dengan ayah Syakinah, dibiarkan dia duduk seorang diri dengan mayat dalam kegelapan rumah. Babak menaiki sampan ini, hanya mengingatkan aku dengan cerita Hantu Kak Limah. Antara babak yang patut diketengahkan mungkin patut ada flashback asal usul Abu Jar. Bercakap tentang Abu Jar, boleh diperkembangkan bagaimana Abu Jar menggunakan ilmu hitam nya selain dari menunjukkan dia meneguk air darah dari tengkorak. Orang suruhan Abu Jar pula, nampak nya macam orang yang sangat lemah, tidak dapat menundukkan Syakinah yang tetiba amuk, hanya mengharapkan orang kanan Abu Jar untuk mengalahkan nya. Polis juga boleh lah dimunculkan di akhir babak utk menunjukkan kita berada di zaman sekarang. Nak dikutkan, boleh jer orang kampung ramai ramai bersatu padu dengan ayah syakinah utk melawan AbuJar dengan perngikutnya yang tidak seberapa. Jadi kekuatan cerita ini sebenarnya terletak pada Munafik 1 yang telah mencetus fenomena dan siaran ulangan yng berkali kali di kaca tv sebelum tayangan Munafik 2 sangat membantu akan kutipan tinggi yang diperolehi dan juga waktu tayangan nya jatuh pada 'long weekend'dan banyak pawagam menayangkan nya termasuklah di Sg dan Indo berbanding HKL yang pada mulanya hanya disiarkan di pawagam tertentu. Rata rata, bagi peminat dan yang pernah menonton Munafik 1 pasti sedikit hampa dengan penceritaan Munafik 2. Ini adalah ulasan dan pandangan sendiri. Dialukan untuk perbincangan. Majulah filem negara kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin Munafik 3 kalau ada nanti akan bercerita tentang Abu Ja semula...hehehe...Munafik 1 memang berada di landasan terbaik...Munafik 2 lah sayang sebab banyak kelompongan sedikit

      Delete
  27. Telahan saya sejak awal cerita bahawa watak Azman adalah spy kpd Abuja dan ending adegan kilat sabung-menyabung mmg betul2 terjadi..

    ReplyDelete
  28. overall.. amik pengajaran apa yang nak disampaikan..
    tapi tak faham sangat mana datang hantu indon tu.. hehe

    ReplyDelete
  29. xtaula rmai ckp seram n best sgt munafik 2 ni. ending crita yg jht mati pun xbrapa tragis dgn apa yg dibuat.
    better munafik 1..munafik 2 ni lebih kearah filem dakwah bergenre seram+thriller je. hype lebih smpai kna rasuk n histeria pe bagai.dlu aku cukup minat filem under skop.. skrg skop pun dh mcm metrowealth pun ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaaha...skop masih okay lagi...
      Metrowealth tu saing2 karya prof Razak jer

      Delete
  30. Sy setuju dgn penulis riview ni sbb sy pun fikir bende yg sama espcially dengan suasana gelap dkt rumah ust adam..grgrgr...

    Sy tak faham kenapa azman bunuh mariya..katanya ada rahsia dengan pak osman (munafiq 1)...

    Ada jawapan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia bunuh maria sebab maria tahu rahsia kejahatan dia tak silap

      Delete