Review Filem Kaala
Posted by BG Design
Filem:
Kaala
Pengarah:
Pa. Ranjith
Genre:
Aksi, Jenayah, Drama
Pelakon:
Rajinikanth, Huma Qureshi, Nana Patekar,
Pankaj Tripathi, Anjali Patil, Samuthirakani & Etc.

Penilaian:
7/10
Sinopsis:
Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Karikaalan yang juga dikenali sebagai Kaala yang melarikan diri dari Tirunelveli ke Mumbai sewaktu dia masih kecil. Tanpa disedari dia menjadi salah seorang pendatang yang terkuat di kawasan kumuh Dharavi dan berjuang untuk kehidupan orang-orang Tamil yang ditindas di Mumbai oleh ahli politik yang gilakan pangkat dan tamak dengan wang. Berjayakah Kaala menghalang mereka daripada merampas tanah penduduk-penduduk di kawasan Dharavi? Saksikan filem hebat lakonan Superstar Rajni di pawagam berhampiran anda untuk mengetahui jawapannya.
Ulasan Hans:
Pada jangkaan asal, filem ini sepatutnya ditayangkan sekitar waktu yang sama dengan filem Avengers: Infinity War tetapi kemudian ditukar dan ditayangkan serentak di seluruh dunia bermula 7 Jun 2018 yang lepas. Selepas kali terakhir menonton filem lakonan Superstar Rajni pada tahun lepas iaitu filem Kabali yang agak mengecewakan, jadi sememangnya harapan aku sangat tinggi untuk filem Kaala ini dimana aku mengharapkan agar unsur-unsur serta nilai negara India itu lebih kuat di dalam filem ini. Nampaknya, filem Kaala ini tidak mengecewakan untuk aku.
Filem ini dimulakan dengan penceritaan ringkas tentang sejarah perampasan tanah menggunakan animasi yang sangat membantu penonton untuk mudah memahami tunjang utama topik filem ini dalam masa yang singkat. Kemudian, filem ini membawa penonton untuk melihat kepada suara rakyat miskin yang menentang penindasan ahli politik kaya yang cuba menggunakan kuasa dan pengaruhnya untuk mendapatkan tanah dengan alasan pembangunan serta peningkatan taraf hidup penduduk sekitar. Hakikatnya, yang mendapat manfaat cuma segelintir sahaja tetapi sebilangan besar yang sudah sedia ada susah akan jadi semakin susah dan merempat kerana kehilangan kawasan tempat tinggal. Isu politik ini yang sering kita lihat dipaparkan di dalam kisah-kisah filem dari India sebenarnya terjadi di seluruh dunia bahkan ia turut berlaku di Malaysia antara kita sedar atau tidak.
Satu kisah yang menarik ialah mengenai pertemuan semula antara Kaala dan Zareena yang sebenarnya mempunyai kisah lampau yang gelap tetapi diolah menarik serta dimasukkan unsur humor yang membuatkan kisah menjadi semakin menarik.

macam menarik
ReplyDelete