Review Filem A Street Cat Named Bob
Posted by BG Design
Filem:
A Street Cat Named Bob
Pengarah:
Roger Spottiswoode
Genre:
Biografi, Komedi & Drama
Pelakon:
Luke Treadaway, Bob the Cat, Ruta Gedmintas,
Joanne Froggatt, Anthony Head, Darren Evans & Etc.

Penilaian:
10 / 10
Sinopsis:
Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama James Bowen yang merupakan seorang pemuzik jalanan dan sedang cuba berusaha pulih daripada ketagihan dadah yang sedang dialaminya disebabkan masalah keluarga. Dia mendaftar diri dengan sebuah organisasi yang membantu penagih dadah seperti James.
Pada suatu hari, James mendapati seekor kucing berwarna oren telah tersesat masuk ke dalam rumahnya. Atas rasa kasihan, James memberi kucing itu makan dan cuba mencari siapa sebenarnya pemilik kucing tersebut. Namun, tiada siapa yang mengaku itu kucing mereka dan tiada sesiapa juga yang mencari-cari jika mereka ada kehilangan kucing. James terpaksa melepaskan kucing tersebut ke jalanan semula kerana dia juga tidak mempunyai wang untuk membeli makanan kucing.
Pada suatu hari, sewaktu James pulang ke rumah tiba-tiba dia mendapati kucing tersebut kembali semula tetapi dalam keadaan penuh luka dipercayai akibat pergaduhan dengan kucing jalanan yang lain. James mula berasa serba salah dan mengambil keputusan untuk merawat dan memelihara kucing tersebut. Jadi, James menamakan kucing berwarna oren ini dengan nama Bob. Kesunyian hidup yang dialami oleh James mulai terubat dengan kehadiran Bob dan James akan memastikan Bob sentiasa bersamanya dimana-mana sahaja selepas itu tidak kira sewaktu bekerja atau pun pada waktu yang lain.
Kemunculan Bob di dalam hidup James telah menyebabkan kehidupan James bertukar dan berubah 360 darjah. Pelbagai cabaran, dugaan serta suka duka terpaksa ditempuhi James agar Bob sentiasa bersama dengannya. Saksikan filem hebat ini untuk mengetahui kisah seterusnya.

Ulasan Hans:
Salah satu filem kegemaran aku ialah filem yang diangkat daripada kisah benar dan filem yang menjadi ulasan aku kali ini sebenarnya sudah pun ditayangkan sekitar tahun 2016 yang lalu. Memandangkan filem ini bagus untuk ditonton jadi aku mengambil keputusan untuk memberikan ulasan berdasarkan pandangan aku sendiri usai menonton filem ini.
Aku tertarik dengan kehidupan James dimana kelihatan pada satu ketika dia mula hilang harapan akibat dilanda rasa kesunyian yang melampau. Harapan terakhirnya untuk mendapat sokongan dan kepercayaan daripada ayah kandungnya sendiri pun musnah apabila kelihatan ayahnya sendiri lebih mementingkan kehidupan barunya bersama keluarga barunya. Namun, atas kekuatan hidup James yang mahu mendapatkan kembali kepercayaan ayahnya maka dia cuba mengubah hidup dan akhirnya mendaftar diri di sebuah rumah kebajikan. Jelas disini, rasa kesunyian itu sangat bahaya jika dibiarkan tanpa ada sebarang tindakan untuk mendapatkan rawatan dengan segera dan mampu menyebabkan kehidupan seseorang itu musnah disebabkan tindakan-tindakan penghidapnya yang diluar jangkaan minda.
Salah satu perkara yang menarik di dalam filem ini dan boleh kita jadikan amalan hidup ialah apabila kita berbuat baik dengan makhluk ciptaan Allah yang lain seperti kucing. Berdasarkan pengalaman aku sendiri, apabila melihat rakan-rakan yang suka memberi makan kepada kucing-kucing jalanan, ada yang ambil kucing jalanan ini dan jadikan sebagai haiwan peliharaan di rumah sehingga rupa kucing tu dah jadi macam kucing mahal dan pelbagai kebaikan lagi sentiasa dibalas dengan kebaikan. Dalam erti kata lain, Allah melimpahkan rezeki buat mereka. Dan ini jugalah yang berlaku di dalam kehidupan James dimana walaupun dia sedar keadaan kewangannya yang teruk dan kehidupan dia sendiri pun kais pagi makan pagi tetapi kemurnian hatinya ingin membantu dan berkongsi dengan si Bob menyebabkan kehidupannya berubah ke arah yang sangat positif. Jadi, buang lah sikap-sikap buruk anda yang suka aniaya haiwan-haiwan jalanan nih. Jangan lah tendang! Jangan baling batu! Jangan lah simbah air panas! Jangan racun makanan mereka! Tak malu ker jadi pembuli dan pembunuh haiwan yang lemah ini?
Satu lagi yang menarik tentang kucing ini ialah ia sememangnya salah satu haiwan yang bagus untuk mengubati hati manusia yang kesunyian, kesepian, kebosanan dan yang kurang bersosial di luar rumah. Satu babak menarik di dalam filem ini dimana James berkeadaan seperti orang gila apabila kehilangan Bob dalam beberapa hari dan James sendiri mengakui dia sudah hampir berjaya melupakan keinginan dirinya terhadap najis dadah dan lubang-lubang sunyi di dalam hatinya mulai tertutup dengan kehadiran Bob di dalam hidupnya. Jadi, pertemuan kembali James dengan Bob sebenarnya satu perkara yang cukup menghibakan hati bagi sesiapa yang memahami betapa sakitnya kehidupan saat kesepian hidup kembali melanda diri.
Satu babak yang juga agak mengharukan apabila bapa James sendiri mengakui kemusnahan hidup James sebenarnya disebabkan oleh sikapnya sendiri yang malu untuk menerima James dan memberi kepercayaan kepada James disebabkan tidak mahu menerima pandangan negatif daripada keluarga barunya. Bertambah-tambah sedih bila James dibenci oleh Betty, seorang wanita yang mula disayangi oleh James. Betty sejak awal lagi memberitahu James yang dia sememangnya tidak mempercayai penagih-penagih dadah kerana bagi dia semua penagih ini tidak akan dapat berubah menjadi manusia baik dan normal. Ada satu babak sebenarnya memberi sokongan kepada pandangan Betty ini apabila rakan James yang juga seorang penagih sanggup berbohong meminta wang untuk meminta makanan tetapi sebenarnya digunakan untuk membeli dadah dan akhirnya ditemui mati oleh James sendiri akibat dos yang berlebihan. Dan ini sememangnya berlaku di dalam negara kita sendiri dimana sudah banyak kes yang kita lihat sememangnya sangat sukar bagi penagih dadah untuk cuba menahan rasa keinginan yang membuak-buak terhadap dadah yang mereka ambil.
Namun, satu rasa bangga muncul dalam hati saat kau menonton babak yang menunjukkan James datang bersama Bob menemui ayahnya dalam keadaan beliau sudah bersih sepenuhnya daripada najis dadah. Sebenarnya, inilah masalah yang seringkali berlaku di dalam masyarakat kita tetapi susah hendak letakkan kesalahan 100 peratus kepada masyarakat di atas prejudis mereka kepada bekas-bekas penagih ini. Jadi, aku merasakan bekas-bekas penagih yang mungkin berhadapan dengan dilema pandangan serong masyarakat ini seharusnya diminta menonton filem ini supaya mereka ini kuat, tidak mati dek kutukan dan hinaan masyarakat sekeliling. Paling penting kalian sendiri perlu berani menjadi seperti James, buktikan yang kalian semua sememangnya betul-betul berubah dan menjadi penyumbang kepada kebaikan negara.
Kehidupan James Di Saat Awal Yang Masih Tiada Arah Tuju
Comel Betul Babak Nih!

Hahaha! Babak Ini Memang Comel! Tepuk Amai-Amai!
Satu lagi yang menarik tentang kucing ini ialah ia sememangnya salah satu haiwan yang bagus untuk mengubati hati manusia yang kesunyian, kesepian, kebosanan dan yang kurang bersosial di luar rumah. Satu babak menarik di dalam filem ini dimana James berkeadaan seperti orang gila apabila kehilangan Bob dalam beberapa hari dan James sendiri mengakui dia sudah hampir berjaya melupakan keinginan dirinya terhadap najis dadah dan lubang-lubang sunyi di dalam hatinya mulai tertutup dengan kehadiran Bob di dalam hidupnya. Jadi, pertemuan kembali James dengan Bob sebenarnya satu perkara yang cukup menghibakan hati bagi sesiapa yang memahami betapa sakitnya kehidupan saat kesepian hidup kembali melanda diri.
Tak Pernah Tak Comel Bila Mana-Mana Kucing Tengok Luar Cermin
Satu babak yang juga agak mengharukan apabila bapa James sendiri mengakui kemusnahan hidup James sebenarnya disebabkan oleh sikapnya sendiri yang malu untuk menerima James dan memberi kepercayaan kepada James disebabkan tidak mahu menerima pandangan negatif daripada keluarga barunya. Bertambah-tambah sedih bila James dibenci oleh Betty, seorang wanita yang mula disayangi oleh James. Betty sejak awal lagi memberitahu James yang dia sememangnya tidak mempercayai penagih-penagih dadah kerana bagi dia semua penagih ini tidak akan dapat berubah menjadi manusia baik dan normal. Ada satu babak sebenarnya memberi sokongan kepada pandangan Betty ini apabila rakan James yang juga seorang penagih sanggup berbohong meminta wang untuk meminta makanan tetapi sebenarnya digunakan untuk membeli dadah dan akhirnya ditemui mati oleh James sendiri akibat dos yang berlebihan. Dan ini sememangnya berlaku di dalam negara kita sendiri dimana sudah banyak kes yang kita lihat sememangnya sangat sukar bagi penagih dadah untuk cuba menahan rasa keinginan yang membuak-buak terhadap dadah yang mereka ambil.
Antara Babak Yang Aku Suka Di Dalam Filem Ini
Namun, satu rasa bangga muncul dalam hati saat kau menonton babak yang menunjukkan James datang bersama Bob menemui ayahnya dalam keadaan beliau sudah bersih sepenuhnya daripada najis dadah. Sebenarnya, inilah masalah yang seringkali berlaku di dalam masyarakat kita tetapi susah hendak letakkan kesalahan 100 peratus kepada masyarakat di atas prejudis mereka kepada bekas-bekas penagih ini. Jadi, aku merasakan bekas-bekas penagih yang mungkin berhadapan dengan dilema pandangan serong masyarakat ini seharusnya diminta menonton filem ini supaya mereka ini kuat, tidak mati dek kutukan dan hinaan masyarakat sekeliling. Paling penting kalian sendiri perlu berani menjadi seperti James, buktikan yang kalian semua sememangnya betul-betul berubah dan menjadi penyumbang kepada kebaikan negara.
Untung Bob Jadi Haiwan Kesayangan James
Tarikan yang paling kuat sekali di dalam filem ini dan boleh dikatakan sangat menarik semestinya ialah watak si kucing Bob ini kerana ia dilakonkan sendiri oleh kucing yang sebenar iaitu kucing yang sama yang membantu pemilik kisah ini iaitu James untuk kembali menjadi manusia yang berguna. Kecomelan dan kebosanan wajah Bob ini sememangnya akan buat hati kau tercuit dan adakala tersenyum sendiri melihat keletah si oren ini. Hahaha!Comel Tahap Nak Mati Tengok James Bawa Bob Masa Bekerja. Haha!
Sebuah filem yang wajib tonton ditambah dengan sinematografi filem ini yang sangat cantik. Bukannya sebuah filem yang terlampau berat. Ada gaya bahasa tersendiri yang ingin disampaikan. Lakonan Luke Treadaway sebagai James sememangnya sangat hidup dan yang pasti kecomelan Bob pasti akan membuatkan filem ini menjadi salah satu filem yang akan anda gemari selama-lamanya. Kata-kata yang sesuai yang boleh diungkapkan daripada filem ini - Untuk memiliki kehidupan yang gembira, anda wajib ada matlamat dan anda wajib untuk mencapai matlamat tersebut! Selamat menonton dan kongsikan pandangan anda tentang filem ini di ruangan komen.
Based on true story nih kan..pernah baca buku die
ReplyDeleteyups
Deletekisah benar :)
Dulu pernah tengok trailer dia then tak perasan pulak dah keluar movie. Macam takde kan?? nantilah cari
ReplyDeletehehehe
Deletetry cari
seronok filem nih
banyak pengajaran leh dapat
best sangat tengok James & Bob sampai emosi sebab based on a true story kan. :D
ReplyDeletehehehe
Deleteyes
sebab tahu filem betul pula
bertambah masuk lah emosi tu
hehehe