Review Filem Black Panther
Posted by BG Design
Filem:
Black Panther
Pengarah:
Ryan Coogler
Genre:
Aksi, Drama & Sains Fiksyen
Pelakon:
Chadwick Boseman, Michael B. Jordan, Lupita Nyong'o, Danai Gurira,
Martin Freeman, Daniel Kaluuya, Letitia Wright, Winston Duke,
Angela Bassett, Forest Whitaker, Andy Serkis & Etc.
Martin Freeman, Daniel Kaluuya, Letitia Wright, Winston Duke,
Angela Bassett, Forest Whitaker, Andy Serkis & Etc.
Penilaian:
8 / 10
Sinopsis:
Selepas kematian bapanya, T'Challa kembali ke negara Afrika yang bernama Wakanda untuk mengambil tempatnya sebagai raja. Kemudian, muncul pula seorang musuh yang sangat berkuasa iaitu Erik Killmonger untuk mencabar dan ingin merampas gelaran T'Challa sebagai seorang raja baru yang digelar oleh rakyat Wakanda sebagai Black Panther. Konflik ini meletakkan nasib Wakanda serta seluruh dunia berisiko untuk dimusnahkan oleh musuh T'Challa ini. Jadi, berjayakah raja muda Wakanda ini menyatukan sekutu-sekutunya dan menggunakan kuasa penuh Black Panther untuk mengalahkan Erik Killmonger dan menjamin keselamatan rakyatnya serta masyarakat seluruh dunia?
Ulasan Hans:
Sudah 4 tahun blog ini tidak dikemas kini jadi In Sha Allah untuk tahun 2018 ini akan aku cuba pastikan blog ini kembali hidup seperti 4 tahun yang sudah. Berbalik kepada filem Black Panther ini, apa yang membuatkan aku suka tentang filem ini ialah semestinya sangat sukar untuk melihat manusia berkulit hitam diangkat sebagai salah satu superhero terhebat di bumi Hollywood dan boleh dikatakan 95% pelakon-pelakon di dalam filem ini ialah pelakon berkulit hitam. Memang terbaik!
Salah satu perkara yang menarik untuk dilihat di sini ialah bagaimana elemen-elemen tradisi seperti pakaian, tarian dan budaya masyarakat Afrika diterapkan dan disampaikan dengan cukup baik dan penuh warna-warni seperti mana yang dapat aku tonton di dalam filem Black Panther ini. Walaupun ada beberapa jenis tarian berunsur seksual yang agak kelakar bila dipandang tetapi itu adalah salah satu keunikan yang menjadikan filem daripada Marvel Studios kali ini agak lain dari yang lain.
Isu-isu politik yang cuba disampaikan di dalam filem ini secara terbuka juga amat menarik untuk dilihat dan diselami seperti luahan masyarakat Afrika khususnya terhadap masalah penindasan serta diskriminasi terhadap mereka oleh kebanyakan masyarakat dunia terutama yang berkulit putih. Isu kemiskinan yang melanda kebanyakan masyarakat Afrika juga kerap kali ditonjolkan sejak daripada awal filem lagi. Tetapi, menariknya disini jika ada yang sedar, kaum wanita Afrika diangkat dan ditonjolkan dengan cukup hebat sekali dari sudut hierarki dimana kekuatan dari segi pentadbiran, tentera dan saintis.
Jadi, aku boleh katakan filem ini seperti cuba membangkitkan semangat orang-orang berkulit hitam iaitu masyarakat Afrika supaya lebih yakin, bangkit memperjuangkan hak dan sama-sama bersaing di dalam dunia teknologi agar dipandang tinggi oleh seluruh masyarakat dunia. Hal ini boleh ditonton di dalam satu babak snippet yang sememangnya menjadi trademark Marvel Studios di dalam setiap filem mereka. Rugi bagi sesiapa yang menonton di pawagam tetapi terus keluar selepas tamat filem tanpa menunggu dulu babak tersebut.
Filem-filem keluaran Hollywood selalunya akan membawa propaganda tentang keagungan bangsa manusia berkulit putih cuma ironinya di dalam filem ini ia terbalik dan memberi peluang kepada bangsa Afrika untuk memecahkan tembok kebal manusia-manusia berkulit putih ini. Seperti mana di dalam satu babak, watak T'Challa yang memarahi roh bapa dan moyang-moyangnya yang sebenarnya membuat kesilapan yang besar apabila cuba menyembunyikan kehebatan dan kemajuan Wakanda daripada pengetahuan seluruh masyarakat dunia dan akhirnya atas kesilapan ini secara tidak langsung telah melahirkan jiwa-jiwa pengganas di dalam kaum-kaum orang kulit hitam yang tertekan akibat masalah kemiskinan, kebuluran dan diskriminasi yang di alami mereka dari dulu sehingga kini.
Filem ini memang merupakan filem superhero yang menjanjikan aksi-aksi pertarungan yang sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat filem Marvel Studios tetapi bagi aku mesej-mesej yang cuba disampaikan di dalam filem ini memang lebih superhero daripada watak superhero itu sendiri. Satu filem yang cukup menarik dan bagus untuk ditonton. Di dalam berhibur, aku mendapat mesej secara tersurat mahu pun tersirat melalui dialog-dialog yang dituturkan oleh para pelakon di dalam filem ini. Sebuah filem yang menarik untuk ditonton bukan sahaja kerana jalan cerita tetapi juga kecantikan kulit pelakon-pelakon di dalam filem ini. Hitam itu kan menawan. Selamat menonton!
AKU SUKA KARAKTER ERIK KILLMONGER NIH
Watak Unik Nih Pun Ada! Kadang-Kadang Cuak Juga Tengok!
Jadi, aku boleh katakan filem ini seperti cuba membangkitkan semangat orang-orang berkulit hitam iaitu masyarakat Afrika supaya lebih yakin, bangkit memperjuangkan hak dan sama-sama bersaing di dalam dunia teknologi agar dipandang tinggi oleh seluruh masyarakat dunia. Hal ini boleh ditonton di dalam satu babak snippet yang sememangnya menjadi trademark Marvel Studios di dalam setiap filem mereka. Rugi bagi sesiapa yang menonton di pawagam tetapi terus keluar selepas tamat filem tanpa menunggu dulu babak tersebut.
BABAK PERTARUNGAN YANG MENARIK DAN PENUH DRAMA
Rajinnyaaaaa
ReplyDeletehahaha....dah minat jadi rajin lah sikit..hehehe
Deleteowh... aku kureng sket der cerita sains fiksyen ni.. kahkahkah..
ReplyDeletehehehe
Deletenanti ku review filem lain pula
bagi saya babak paling menarik adalah ketika Black Panther bertarung dengan Killmonger yang memakai sut keemasan.
ReplyDeletemenarik tapi kadang2 nampak animasi sikit dekat situ..hehehe
DeleteKalau ada masa minggu depan nak pergi tengok cerita ni.
ReplyDeletehehehe cuba lah tengok
DeleteAntara filem superhero terbaik daripada Marvel. Saya dah tengok movie nih 2 kali.
ReplyDeletewahhh
Deletesampai 2 kali tu
hehehe