Review Filem Berani Punya Budak
Posted by BG Design
Filem:
Berani Punya Budak
Pengarah:
Afdlin Shauki
Genre:
Aksi & Komedi
Pelakon:
Afdlin Shauki, Pairote Boongerd, Johan Raja Lawak, Adlin Aman Ramlie,
Awie, Sharifah Sofea, Nabil Raja Lawak, Riezman Khuzaimi,
Supakson Chaimongkon, Sahaschai Chumrum & Etc.
Awie, Sharifah Sofea, Nabil Raja Lawak, Riezman Khuzaimi,
Supakson Chaimongkon, Sahaschai Chumrum & Etc.
Penilaian:
5.5 / 10
Sinopsis:
Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Shuhami Abdullah atau Tong yang baru sahaja tiba di lapangan terbang namun dia telah ditangkap oleh pihak Interpol serta disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster di Thailand. Jadi, Shuhaimi telah menceritakan mengenai kehidupan adik iparnya bernama Pairot yang kembali semula menjalani kehidupan normal selepas keluar daripada penjara. Dia menguruskan restoran bersama Tong. Namun pada suatu hari Pairot telah mendapat satu panggilan untuk melaksanakan tugas terakhir iaitu mencuri data peribadi pelanggan daripada sebuah syarikat kad kredit. Pairot telah dipaksa untuk melakukan kerja tersebut setelah pemanggil berkenaan menculik Tong dan mengugut untuk membunuh dia sekiranya kerja itu tidak dapat diselesaikan. Pairot terpaksa melakukan kerja itu dan berjaya melepaskan Tong. Namun perkara tersebut menjadi kucar kacir apabila Pairot telah dikenal pasti sebagai penjenayah dan diburu oleh pihak polis serta Metropolitan Mafia. Mereka berdua berjaya melepaskan diri dan bercadang untuk berjumpa dengan timbalan presiden syarikat kad kredit tersebut untuk memaklumkan bahawa Pairot tidak bertindak atas kehendak sendiri. Walau bagaimanapun, semakin lama mereka semakin terperangkap dengan situasi tersebut dan ia melibatkan konspirasi yang telah dirancang lebih awal. Adakah mereka berjaya menyelesaikan masalah tersebut?
Ulasan Hans:
Antara kegembiraan dan kekecewaan! Itulah yang dapat aku simpulkan usai tamat sahaja menonton filem terbaru arahan Afdlin Shauki ini. Aku amat mengharapkan naskhah Berani Punya Budak ini adalah melebihi atau sama tahap dengan filem - filemnya sebelum ini(seperti Buli Balik, Papadom, Los dan Faun, My Spy dan Baik Punya Cilok) namun nampaknya keinginan aku tidak dapat direalisasikan selepas menonton filem ini sebentar tadi.
Filem Brave Yang Ditayangkan Di Thailand
Filem ini sebetulnya sudah ditayangkan di Thailand(dengan judul Brave) pada tahun 2007 sebelum ditayangkan di Malaysia. Namun apa yang pasti kedua - dua filem ini adalah tidak sama langsung dari segi jalan ceritanya kerana filem Berani Punya Budak ini menggunakan gaya dubbing atau dalam erti kata lain ialah proses alih suara dan disini Afdlin yang boleh dikatakan membolot hampir 90% adegan yang melibatkan proses dubbing ini dan dengan gembiranya mengubah genre cerita filem ini daripada aksi kepada komedi.
Afdlin Shauki dan Pairote Boongerd Sebagai Teraju Utama
Memang ini adalah satu pembaharuan yang dibawakan oleh Afdlin dan pada plot awalnya kelihatan seperti pembaharuan ini berjaya menghiburkan aku namun apabila proses dubbing ini meliputi hampir keseluruhan filem dengan dialog - dialog yang lucu, merepek, merapu dan sebagainya maka adakalanya menjadikan aku teramat bosan menantikan kesudahan kisah ini.
Wajahnya Cantik Tapi Sayang Suaranya Sudah Di Afdlin Shauki Kan! Haha!
Tolak ketepi tentang nilai logik atau pun kehebatan jalan ceritanya kerana memang Afdlin sudah memberitahu bahawa dia memang mahu menjadikan filem Berani Punya Budak sebegini(aku baru tahu selepas menonton). Ini disebabkan jika anda melihat kepada susunan jalan ceritanya beserta dialog - dialognya maka sememangnya banyak persoalan yang akan memeningkan anda kerana kedua - duanya langsung tiada hubung kait atau saling bantu - membantu. Buktinya anda tidak akan tahu bagaimana watak Pairot@B(lakonan Pairote Boongerd) selamat daripada babak letupan bom tersebut. Ada juga beberapa babak lain yang langsung tidak berkesinambungan tetapi cukup sekadar itu sahaja agar anda pergi menonton sendiri.
Apa yang aku sangat sukakan di dalam filem Berani Punya Budak ini ialah apabila babak - babak yang melibatkan aksi dan pertarungan yang sememangnya cukup menarik, kelihatan realistik dan setaraf dengan filem - filem aksi luar negara. Cuma sayangnya kebanyakan pelakon lagak ngeri tersebut adalah daripada Thailand dan lebih merugikan lagi apabila lagu latar(juga lagu yang agak merepek) menghiasi aksi pertarungan dan disebabkan aksi pertarungan yang panjang dan dalam masa yang sama telinga terpaksa mendengar lagu tersebut maka ia menjadikan aku agak penat menanti kesudahannya.
Walaupun kebanyakan dialog alih suara yang dibolot oleh Afdlin tersebut agak merepek namun terdapat juga beberapa perkara yang menarik perhatian aku kerana Afdlin masih juga tidak lupa memberi kata sinis melalui caranya tersendiri seperti menjadikan suara wanita Thailand seperti suara lelaki(sudah namanya menggunakan suara Afdlin) dan dalam masa yang sama memberitahu penonton bahawa Thailand sememangnya merupakan sebuah negara yang terkenal dengan masyarakat transgender mereka yang mampu bergerak bebas dan sememangnya seakan - akan wanita sejati atau lebih cantik dari wanita sejati.
Kemudian perkara yang menarik ialah apabila Pairot@B(lakonan Pairote Boongerd) yang mampu menewaskan berpuluh - puluh samseng, gangster serta sekumpulan pihak polis tanpa bantuan sesiapa. Memang aku terdengar kata - kata sinis daripada beberapa orang penonton berkenaan hal ini namun apa bezanya dengan filem - filem aksi dari Hong Kong mahu pun India atau pun filem - filem superhero daripada Hollywood yang lebih kurang sama sahaja. Mungkin juga ini adalah salah satu sindiran sinis Afdlin namun ia dijadikan dalam bentuk komedi jadi kebanyakan penonton tidak dapat melihat hal itu secara mendalam.
Apa yang aku boleh katakan secara jelas disini ialah filem Berani Punya Budak mempunyai segala - galanya yang anda inginkan atau pun tidak inginkan iaitu komedi, parodi, gila - gila, bosan, paling merepek dan juga aksi yang cukup menarik. Jadi, jika anda mahukan filem ringan yang ada kesemuanya ini maka filem Berani Punya Budak ialah pilihan yang paling tepat untuk anda jadikan sebagai filem tontonan anda minggu ini. Jadi, selamat menonton!
P/S : Menonton Filem Berani Punya Budak Seperti Menonton Rancangan Spontan! (^_^)Y
kan bagus dia bawa ada pelakon thailand wanita yang pandai berlawan dalam filem the kick dan chocolate tu... mesti gempak... ohhh afdlin shauki...
ReplyDeletedgr cerita... filem 2..lain daripa yang lan
ReplyDeleteeddy : erk...xfaham
ReplyDeleteredlomo : yups..memang lain dari yang lain...kan saya ada bagitahu filem ini membawa pembaharuan :-)
Citer adlin mmg salu cubaan berani... Untung2 meletup malang malang kelaut... Huhuhu
ReplyDeleteLidiaSuraya : saya harap Papadom 2 dapat menebus kekecewaan saya untuk filem nih :-)
ReplyDeletesaya baru lepas tengok filem ni. Honestly merepek gila dan mengarut. Rasa macam nak mintak balik duit kat wayang.
ReplyDeleteApalaga ... pegi la mintak!
Deleteto gan sin cheong
ReplyDeleteapalaga..laga laga la...laga laga la...buekkk..