Friday 27 April 2012

Review Filem Berani Punya Budak

Posted by BG Design



Filem:
Berani Punya Budak


Pengarah:
Afdlin Shauki


Genre:
Aksi & Komedi


Pelakon:
Afdlin Shauki, Pairote Boongerd, Johan Raja Lawak, Adlin Aman Ramlie,
Awie, Sharifah Sofea, Nabil Raja Lawak, Riezman Khuzaimi,
Supakson Chaimongkon, Sahaschai Chumrum & Etc.


Penilaian:
5.5 / 10


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Shuhami Abdullah atau Tong yang baru sahaja tiba di lapangan terbang namun dia telah ditangkap oleh pihak Interpol serta disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster di Thailand. Jadi, Shuhaimi telah menceritakan mengenai kehidupan adik iparnya bernama Pairot yang kembali semula menjalani kehidupan normal selepas keluar daripada penjara. Dia menguruskan restoran bersama Tong. Namun pada suatu hari Pairot telah mendapat satu panggilan untuk melaksanakan tugas terakhir iaitu mencuri data peribadi pelanggan daripada sebuah syarikat kad kredit. Pairot telah dipaksa untuk melakukan kerja tersebut setelah pemanggil berkenaan menculik Tong dan mengugut untuk membunuh dia sekiranya kerja itu tidak dapat diselesaikan. Pairot terpaksa melakukan kerja itu dan berjaya melepaskan Tong. Namun perkara tersebut menjadi kucar kacir apabila Pairot telah dikenal pasti sebagai penjenayah dan diburu oleh pihak polis serta Metropolitan Mafia. Mereka berdua berjaya melepaskan diri dan bercadang untuk berjumpa dengan timbalan presiden syarikat kad kredit tersebut untuk memaklumkan bahawa Pairot tidak bertindak atas kehendak sendiri. Walau bagaimanapun, semakin lama mereka semakin terperangkap dengan situasi tersebut dan ia melibatkan konspirasi yang telah dirancang lebih awal. Adakah mereka berjaya menyelesaikan masalah tersebut?


Ulasan Hans:

Antara kegembiraan dan kekecewaan! Itulah yang dapat aku simpulkan usai tamat sahaja menonton filem terbaru arahan Afdlin Shauki ini. Aku amat mengharapkan naskhah Berani Punya Budak ini adalah melebihi atau sama tahap dengan filem - filemnya sebelum ini(seperti Buli Balik, Papadom, Los dan Faun, My Spy dan Baik Punya Cilok) namun nampaknya keinginan aku tidak dapat direalisasikan selepas menonton filem ini sebentar tadi.


 Filem Brave Yang Ditayangkan Di Thailand


Filem ini sebetulnya sudah ditayangkan di Thailand(dengan judul Brave) pada tahun 2007 sebelum ditayangkan di Malaysia. Namun apa yang pasti kedua - dua filem ini adalah tidak sama langsung dari segi jalan ceritanya kerana filem Berani Punya Budak ini menggunakan gaya dubbing atau dalam erti kata lain ialah proses alih suara dan disini Afdlin yang boleh dikatakan membolot hampir 90% adegan yang melibatkan proses dubbing ini dan dengan gembiranya mengubah genre cerita filem ini daripada aksi kepada komedi.


 Afdlin Shauki dan Pairote Boongerd Sebagai Teraju Utama


Memang ini adalah satu pembaharuan yang dibawakan oleh Afdlin dan pada plot awalnya kelihatan seperti pembaharuan ini berjaya menghiburkan aku namun apabila proses dubbing ini meliputi hampir keseluruhan filem dengan dialog - dialog yang lucu, merepek, merapu dan sebagainya maka adakalanya menjadikan aku teramat bosan menantikan kesudahan kisah ini.


 Wajahnya Cantik Tapi Sayang Suaranya Sudah Di Afdlin Shauki Kan! Haha!


Tolak ketepi tentang nilai logik atau pun kehebatan jalan ceritanya kerana memang Afdlin sudah memberitahu bahawa dia memang mahu menjadikan filem Berani Punya Budak sebegini(aku baru tahu selepas menonton). Ini disebabkan jika anda melihat kepada susunan jalan ceritanya beserta dialog - dialognya maka sememangnya banyak persoalan yang akan memeningkan anda kerana kedua - duanya langsung tiada hubung kait atau saling bantu - membantu. Buktinya anda tidak akan tahu bagaimana watak Pairot@B(lakonan Pairote Boongerd) selamat daripada babak letupan bom tersebut. Ada juga beberapa babak lain yang langsung tidak berkesinambungan tetapi cukup sekadar itu sahaja agar anda pergi menonton sendiri.


Antara Babak - Babak Penting Di Dalam Filem Ini


Apa yang aku sangat sukakan di dalam filem Berani Punya Budak ini ialah apabila babak - babak yang melibatkan aksi dan pertarungan yang sememangnya cukup menarik, kelihatan realistik dan setaraf dengan filem - filem aksi luar negara. Cuma sayangnya kebanyakan pelakon lagak ngeri tersebut adalah daripada Thailand dan lebih merugikan lagi apabila lagu latar(juga lagu yang agak merepek) menghiasi aksi pertarungan dan disebabkan aksi pertarungan yang panjang dan dalam masa yang sama telinga terpaksa mendengar lagu tersebut maka ia menjadikan aku agak penat menanti kesudahannya.


Babak - Babak Aksi Di Dalam Filem Ini Memang Menarik


Walaupun kebanyakan dialog alih suara yang dibolot oleh Afdlin tersebut agak merepek namun terdapat juga beberapa perkara yang menarik perhatian aku kerana Afdlin masih juga tidak lupa memberi kata sinis melalui caranya tersendiri seperti menjadikan suara wanita Thailand seperti suara lelaki(sudah namanya menggunakan suara Afdlin) dan dalam masa yang sama memberitahu penonton bahawa Thailand sememangnya merupakan sebuah negara yang terkenal dengan masyarakat transgender mereka yang mampu bergerak bebas dan sememangnya seakan - akan wanita sejati atau lebih cantik dari wanita sejati.




Kemudian perkara yang menarik ialah apabila Pairot@B(lakonan Pairote Boongerd) yang mampu menewaskan berpuluh - puluh samseng, gangster serta sekumpulan pihak polis tanpa bantuan sesiapa. Memang aku terdengar kata - kata sinis daripada beberapa orang penonton berkenaan hal ini namun apa bezanya dengan filem - filem aksi dari Hong Kong mahu pun India atau pun filem - filem superhero daripada Hollywood yang lebih kurang sama sahaja. Mungkin juga ini adalah salah satu sindiran sinis Afdlin namun ia dijadikan dalam bentuk komedi jadi kebanyakan penonton tidak dapat melihat hal itu secara mendalam.




Apa yang aku boleh katakan secara jelas disini ialah filem Berani Punya Budak mempunyai segala - galanya yang anda inginkan atau pun tidak inginkan iaitu komedi, parodi, gila - gila, bosan, paling merepek dan juga aksi yang cukup menarik. Jadi, jika anda mahukan filem ringan yang ada kesemuanya ini maka filem Berani Punya Budak ialah pilihan yang paling tepat untuk anda jadikan sebagai filem tontonan anda minggu ini. Jadi, selamat menonton!


P/S : Menonton Filem Berani Punya Budak Seperti Menonton Rancangan Spontan! (^_^)Y


8 comments:

Friday 20 April 2012

Filem Chow Kit

Posted by BG Design



Filem:
Chow Kit


Pengarah:
Dhojee


Genre:
Aksi


Pelakon:
Dira Abu Zahar, Beto Kusyairy, Namron, Yasmin Hani, Lana Nordin, & Etc.


Tarikh Tayangan:
3 Mei 2012


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan sekumpulan kanak-kanak jalanan yang terbiar dan harus mengharungi kehidupan yang penuh dugaan di Chow Kit. Tetapi, apabila Tika dirogol maka mereka perlu bersatu untuk mencari keadilan dan jalan penyelesaian atau lebih banyak lagi nyawa yang akan terkorban. Sementara itu, seorang bekas ahli kongsi Chow Kit yang baru dibebaskan dari penjara berazam untuk memulakan kehidupan yang baru. Namun dia terjebak semula ke dalam kehidupan silamnya dan bersetuju untuk menjalankan satu lagi tugasan terakhir. Tetapi, apabila tugasan tersebut menjadi huru-hara maka dia mesti berusaha untuk memperbetulkan keadaan atau kebebasan yang baru dikecapinya akan hilang begitu sahaja.


Trailer:



P/S : Harap Lebih Banyak Filem Sebegini Akan Dihasilkan Selepas Ini! (^_^)Y


45 comments:

Wednesday 18 April 2012

Review Filem Black Gold

Posted by BG Design



Filem:
Black Gold


Pengarah:
Jean-Jacques Annaud


Genre:
Drama & Keluarga


Pelakon:
Tahar Rahim, Freida Pinto, Mark Strong, Antonio Banderas,
Riz Ahmed, Liya Kebede, Corey Johnson, Jamal Awar & Etc.


Penilaian:
8 / 10


Tahun:
2011


Sinopsis:

Pada awal abad ke-20, dua orang pemimpin di benua Arab(Arab Saudi) iaitu Emir Nesib(ketua Hobeika) serta Sultan Amar(Sultan Salmaah) bertelagah dan akhirnya kemenangan memihat kepada  Emir Nesib lalu dia telah meletakkan beberapa syarat kepada lawannya yang telah kalah iaitu Sultan Amar. Kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak menuntut sebuah kawasan tanah yang dipanggil The Yellow Belt. Sebagai balasannya maka Sultan Amar telah menyerahkan kepada Emir Nesib dua orang anak lelakinya yang juga merupakan waris kerajaan Salmaah iaitu Putera Saleeh Amar dan Putera Auda sebagai jaminan bahawa pihaknya dan pihak Emir Nesib tidak akan menceroboh tempat tersebut. Dua belas tahun kemudian, Putera Saleeh dan Putera Auda telah membesar menjadi lelaki dewasa namun sifat kedua - dua mereka amat berlawanan namun kedua - dua mereka menyayangi antara satu sama lain. Putera Saleeh yang merupakan seorang pahlawan tidak sabar untuk pulang ke Salmaah iaitu tempat pemerintahan bapanya dan seboleh - bolehnya cuba mencari jalan untuk melarikan diri manakala Putera Auda pula hanya peduli tentang buku - buku demi mengejar segala jenis ilmu. Pada suatu hari, Emir Nesib dikunjungi oleh seorang rakyat Amerika dari Texas. Dia memberitahu Emir Nesib bahawa tanahnya dipenuhi dengan minyak dan menjanjikan kekayaan di luar imaginasi beliau. Emir Nesib terus membayangkan tentang sumber alam yang tidak terbatas tersebut dan mula merancang untuk membina jalan raya, sekolah dan hospital yang mana semua perbelanjaannya akan dibayar menggunakan hasil daripada emas hitam(minyak) tersebut. Namun masalah besar mula timbul kerana sumber minyak yang ditemui itu terletak di kawasan The Yellow Belt dimana sebelum ini Emir Nesib telah menandatangani perjanjian bersama Sultan Amar bahawa kawasan tersebut tidak boleh disentuh oleh kedua - dua pihak atas apa sebab sekali pun. Maka berlakulah konflik apabila kawasan itu dimajukan tanpa pengetahuan Sultan Amar dan masalah bertambah buruk apabila pewaris sulung Sultan Amar iaitu Putera Saleeh dibunuh selepas cuba melarikan diri. Untuk menjernihkan keadaan Emir Nesib menikahkan puterinya iaitu Leyla dengan Putera Auda dan menghantar Putera Auda berjumpa bapanya iaitu Sultan Amar selepas 15 tahun perjanjian tersebut. Adakah Putera Auda berjaya menghalang kedua - dua kerajaan ini daripada berperang? Adakah Putera Auda akan bersifat dominan kepada Sultan Amar atas nama keluarga atau sebaliknya? Adakah Putera Auda akan belot kepada Emir Nesib? Saksikan filem yang cukup menarik ini untuk mengetahui jawapannya. 


Trailer:





Ulasan Hans:

Filem yang diadaptasi daripada novel The Great Thirst yang ditulis oleh Hans Ruesch ini agak menarik untuk ditonton jika dilihat pada beberapa nilai atau falsafah yang cuba ditonjolkan di dalam karya Jean-Jacques Annaud ini. Tidak mahu mengomen tentang budaya hidup atau cara kaum Arab yang dipertontonkan di dalam filem ini kerana aku pun tidak pasti tentang hal tersebut namun aku amat tertarik kepada pemikiran dua buah puak(pemimpin Hobeika dan Salmaah) yang sangat berlawanan namun kedua - duanya ada kelebihan dan kekurangannya. Pemimpin Hobeika iaitu Emir Nesib lebih mengejar kemodenan dan tidak mahu ketinggalan jauh dari negara - negara Barat daripada segi teknologi dan apabila sumber minyak ditemui maka Emir Nesib cuba memodenkan kawasan pemerintahannya dengan menambah baik sistem pendidikan(sekolah dan perpustakaan), perubatan(hospital), jalan raya dan juga sistem ketenteraan. Namun untuk memastikan pemimpin - pemimpin lain taat padanya maka Emir Nesib telah menyogok mereka dengan memberi jam emas untuk mengambil hati masing - masing. Emir Nesib juga mempunyai niat lain iaitu menjadi pemimpin yang lebih kaya daripada Ratu Elizabeth di England lalu akhirnya dia sendiri telah memungkiri janji yang dibuatnya bersama Sultan Amar.


Tahar Rahim Sebagai Putera Auda


Sifat Emir Nesib ini jauh sekali bertentangan dengan Sultan Amar dimana Sultan Amar lebih bersifat konservatif dan anti pada apa yang cuba dibawa oleh negara Barat(sebagai contoh ialah teknologi Perubatan). Seorang yang berpegang pada janji namun dia amat kecewa kerana Emir Nesib lebih memikirkan tentang dirinya sahaja berbanding rakyat Arab kedua - dua kerajaan ini. Kekecewaannya juga semakin bertambah kerana dia sanggup memberi dua orang anak lelakinya kepada Emir Nesib sebagai jalan untuk menghentikan persengketaan namun akhirnya Emir Nesib mengingkari janji tersebut. Namun, Putera Auda yang memang dikenali sebagai seorang ulat buku pula berpendirian sebaliknya. Baginya kedua - duanya amat penting dimana bukan semua yang dibawa oleh Barat itu tidak baik dan begitulah sebaliknya. Jadi, menariknya disini ialah apabila Putera Auda ini bukan sahaja sebenarnya tidak mempunyai kesefahaman dengan Emir Nasib(juga boleh dikatakan sebagai bapa angkatnya) namun juga berlawanan dengan sifat ayahnya sendiri iaitu Sultan Amar.


Antonio Banderas sebagai Emir Nasib


Putera Auda boleh dikatakan lebih berjiwa rakyat dan sangat bijak kerana dia akhirnya telah membatalkan sistem perhambaan, membuatkan kawasan The Yellow Belt itu boleh dibangunkan bersama, tidak melancarkan peperangan kerana ia boleh mengorbankan banyak jiwa, memodenkan sistem perubatan dan pendidikan di kawasan Salmaah seperti mana Hobeika dan yang paling menarik ialah kebaikan yang ditonjolkan oleh Putera Auda ini ialah dia tidak membunuh Emir Nesib walaupun ramai yang mahukan Emir Nesib dibunuh dan Emir Nesib juga penyebab Sultan Amar serta Putera Saleeh mati dibunuh. Sebaliknya dia menggunakan kepandaian Emir Nesib itu untuk menguruskan sumber minyak untuk kelebihan negara dan rakyat Arab disitu. Satu perkara yang cukup menarik memandangkan Putera Auda yang pada mulanya langsung tidak memiliki bakat berperang, lebih suka membaca buku namun akhirnya berjaya mengetuai puak hamba untuk menentang kezaliman pihak pemerintah dan memberi satu revolusi baru kepada dunia Arab di dalam filem ini.


Salah Satu Adegan Filem Black Gold


Satu perkara yang sangat positif di dalam filem ini ialah walaupun seseorang itu tidak kuat dari segi fizikal namun jika ilmu penuh di dada pasti akan berjaya menewaskan seseorang yang kuat dari segi fizikal mahu pun pengaruh dan yang paling utama mampu menyelamatkan ramai manusia yang tidak bersalah atau yang terperangkap di dalam persekitaran mereka. Sebuah filem yang agak menarik dari segi sinematografi serta jiwanya kerana ia lebih bersifat kekeluargaan, kepercayaan, prinsip dan tidak keterlaluan dikatakan filem ini amat berbaloi untuk ditonton dari sudut itu. Selamat menonton!


Barisan Pelakon dan Pengarah Filem Black Gold


P/S : Aku Tengok Muka Antonio Banderas Nih Dah Macam Betul - Betul Orang Arab Pula Dalam Filem Nih! (^_^)Y


0 comments:

Filem Uncle Usin

Posted by BG Design



Filem:
Uncle Usin


Pengarah:
Husri Husain


Genre:
Komedi & Aksi


Pelakon:
Zizan, Johan, Nabil & Etc.


Tarikh Tayangan:
19 April 2012


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki dengan kod nama Spy 13 diiktiraf sebagai seorang detektif peribadi yang serba boleh dan handal menyelesaikan pelbagai kes mencabar. Dia dianugerahkan pelbagai kelebihan untuk membantu misi penyamarannya. Apabila Spy 13 ditugaskan untuk menyelesaikan misteri yang disimpan oleh bapanya sendiri maka dia perlahan - lahan membongkar kegiatan jahat itu yang memaksanya mengembara ke seluruh negara. Dia akhirnya bertemu dengan abangnya yang merupakan seorang guru. Misteri yang cuba didedahkan adalah mengenai identiti seseorang yang dikenali sebagai Uncle Usin. Berjayakah misteri ini diselesaikan? Saksikan di pawagam berhampiran anda untuk mengetahui jawapannya.


Trailer:



Melihat pada penampilan fizikal Johan Raja Lawak di dalam filem ini membuktikan bahawa filem ini sudah lama siap dan terpaksa menunggu lama untuk ditayangkan. Jadi, adakah filem ini hanyalah sekadar satu lagi naskhah yang hanya cuba untuk membuatkan penonton ketawa sahaja tanpa ada apa - apa keistimewaan atau ada sesuatu yang lain pada karya terbaru ini? Sama - sama nantikan!


P/S : Kalau Ada Sesiapa Yang Sudah Menonton Sila - Silalah Berkongsi Pandangan Anda Di Ruang Komen Ini! (^_^)Y


4 comments:

Monday 16 April 2012

Review Filem Jidin Sengal

Posted by BG Design



Filem:
Jidin Sengal


Pengarah:
Esmi Zahara


Genre:
Komedi


Pelakon:
Along Raja Lawak, Angah Raja Lawak, Azrul Raja Lawak,
Jue Aziz, Zac Diamond, Faezah Elai & Etc.


Penilaian:
3 / 10


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang Jidin dan Bob Dobot yang merupakan dua orang sahabat yang bercita-cita mahu menjadi pelakon terkenal pada suatu hari nanti. Jidin yang sengal tetapi sangat meminati bidang lakonan telah secara tersengaja membakar reban bersama ayam-ayam kesayangan ibunya gara-gara memberontak hendak pergi ke Kuala Lumpur mencuba nasib. Di sana Jidin telah bertemu dengan Bob Dobot iaitu seorang pelakon ekstra tetapi berjiwa pelakon utama. Bob memiliki keyakinan yang tinggi, badan yang gempal dan muka yang langsung tidak serupa dengan Aaron Aziz. Dia bercita-cita untuk memegang watak hero atau paling tidak sebagai pelakon pembantu berdialog pada suatu hari nanti. Jidin dan Bob Dobot mula berkawan baik dan Bob menjadi mentor kepada Jidin yang cetek ilmu lakonannya. Kehidupan dunia glamor sebagai artis ekstra penuh dengan cabaran dan kadang kala cacian merupakan cabaran terbaru kepada Jidin. Jidin dan Bob sering diberi tawaran watak lalu-lalang atau berlegar-legar di belakang pelakon utama saja. Kadang - kadang tidak sempat mereka mahu selitkan dialog dan pengarah sudah menjerit "cut!". Dengan bantuan rakan mereka Jay-Z, Jidin dan Bob Dobot mendapat peluang berlakon dalam sebuah filem. Mereka bertemu Iskandar, seorang lagi pelakon ekstra tetapi lebih kacak, lebih bergaya dan terlebih poyo. Jidin dan Bob sentiasa dibuli oleh Iskandar yang memandang rendah kepada mereka. Berjayakah Jidin dan Bob tampil sebagai pelakom utama? Mampukah mereka bertahan dalam industri hiburan yang mencabar ini demi mengejar impian mereka bergelar pelakon terkenal? Saksikan filem ini di pawagam pada 22 Mac 2012 ini untuk mengetahui kesudahannya.


Ulasan Hans:

Kutipan tiket untuk filem Jidin Sengal tidak melebihi RM1 juta(rujuk DISINI) dan bagi aku filem ini memang tidak ada daya penarik langsung dari segi jalan ceritanya. Dilihat pada sinopsis mungkin kelihatan ada daya tarikan namun apabila diterjemah kepada bentuk visual semuanya hilang entah kemana. Kisahnya mudah iaitu tentang bagaimana Jidin yang begitu bercita - cita untuk menjadi seorang pelakon dan nasibnya berubah(walaupun menunggu bertahun-tahun) apabila berkenalan secara tidak sengaja dengan Bob Dobot yang merupakan pelakon ekstra.


Along Dan Angah Pemain Utama Filem Ini


Satu perkara yang sangat menjengkelkan di dalam filem ini ialah watak Iskandar lakonan Zack X-Factor yang bagi aku teramat melebih - lebih(terlebih menjiwai watak barangkali) dan kelihatan sangat poyo pada pandangan mata aku. Mungkin watak tersebut memang dicipta sebegitu namun kadang - kadang ia sedikit mengelirukan aku. Pada mulanya kelihatan seperti pelakon utama dan kemudian ditunjukkan pula sebagai pelakon pembantu dan rupa - rupanya dia ialah seorang yang mungkin ketua agensi pelakon yang membekalkan pelakon - pelakon tambahan untuk sesebuah produksi. Senang cakap watak ini sangat membuatkan aku geleng kepala kerana tidak tahan melihat adegan - adegan yang melibatkan watak ini(kita sekarang di tahun 2012 tetapi kenapa filem nih macam tahun.......).


No Comment!!(Komen Dah Ada Dekat Atas!)


Selain mengisahkan tentang dunia pelakon - pelakon ekstra juga tidak dilupakan tentang harapan Jidin untuk bertemu dengan Piah yang boleh dikatakan sebagai kekasih di zaman kanak - kanaknya(lebih tepat Cinta Monyet) dan pada mulanya si Jidin menyangka bahawa Amy(lakonan Jue Aziz) adalah Piah melalui beberapa perilaku atau gerak tubuh yang seakan - akan sama dengan Piah namun Piah yang sebenarnya ialah pelakon wanita ekstra yang selalu menggoda - goda Iskandar untuk mendapatkan tawaran berlakon. Aku tidak kisah sangat pada pembayang sebegitu walaupun sememangnya hal itu sangat lemah dari segi logiknya(lebih tepat faktor kebetulan yang sering digunakan dalam mana - mana filem sebegini) namun apa yang amat mengecewakan aku ialah adegan selepas Jidin mengetahui siapa Piah sebenar dimana dia telah pengsan dan apabila sedar dia sedang berada di paha si Piah dan kemudian keluar Bob Dobot dengan seorang lagi wanita sambil membetulkan pakaian serta mengelap mulut dan muka. Apa kejadah sebenarnya yang ingin disampaikan dalam babak ini? Sungguh memalukan!


Kelakar Ker Adegan Nih?


Selain itu aku juga tidak faham apa sebenarnya yang filem ini cuba fokuskan. Memang kisahnya berkenaan pelakon ekstra tetapi ia terbabas kepada watak Ella Sunti(lakonan Faezah Elai) yang telah berkahwin dengan suami orang namun masih bermain mata dengan orang lain, tentang perebutan mencari pelakon ekstra(antara Iskandar dan seorang lelaki yang berpewatakan seperti seorang bapuk) serta terlalu cuba membuat penonton ketawa(masalahnya banyak adegan yang konon kelakar tetapi tak kelakar langsung) sehinggakan aku beranggapan hampir separuh daripada pelakon(dicampur pelakon pembantu dan ekstra) di dalam filem ini telah memberikan lakonan yang terlebih daripada apa yang sepatutnya mereka berikan(lebih tepat lagi terlalu over).


Salah Satu Adegan Yang Terdapat Di Dalam Filem Ini


Senang cakap aku sangat tidak berkenan dengan adegan - adegan yang aku katakan sebelum ini atau bersifat terlampau kebaratan(contoh seperti adegan nak bercium tetapi tak jadi) yang bagi aku langsung tiada motif atau pun membantu kekuatan filem ini. Memang ada juga beberapa adegan yang sedikit lucu terutama melibatkan watak Jidin dan Bob Dobot namun tiada apa - apa impak yang filem ini mampu berikan untuk penonton selepas tamatnya perjalanan filem ini. Senang cakap filem ini cukup mengecewakan dengan jalan cerita yang entah apa - apa serta lakonan hampir setengah pelakonnya yang terlebih menghayati watak. Sekian!


P/S : Sesiapa Yang Telah Menonton Filem Ini Silalah Beri Pandangan Di Ruangan Komen Yer! (^_^)Y 

 

3 comments:

Tuesday 10 April 2012

Review Filem The Incite Mill

Posted by BG Design



Filem:
The Incite Mill


Pengarah:
Hideo Nakata


Genre:
Seram, Misteri & Thriller


Pelakon:
Tatsuya Fujiwara, Kin'ya Kitaoji, Nagisa Katahira, Shinji Takeda,
Masanori Ishii, Tsuyoshi Abe, Aya Hirayama, Haruka Ayase & Etc.


Tahun Tayangan:
2010


Klasifikasi:
Untuk 18 Tahun Ke Atas


Penilaian:
6 / 10


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang 10 orang manusia yang berlainan latar belakang dan juga umur yang menyertai sebuah pertandingan yang menawarkan hadiah yang sangat lumayan. Pada mulanya mereka menyangka ia hanyalah sekadar sebuah pekerjaan yang menawarkan gaji yang lumayan namun rupa - rupanya kesemua mereka telah dijadikan sebagai peserta pertandingan realiti selama 7 hari dan menjadi tontonan seluruh dunia tanpa disedari mereka. Hanya seorang sahaja yang akan memenangi ganjaran wang yang dijanjikan dan salah seorang daripada mereka ialah pembunuh. Jadi, mereka semua perlu berhati - hati dan masing - masing mengesyaki antara satu sama lain. Setiap orang dibekalkan satu senjata yang berlainan jenis dan fungsi. Kematian mula berlaku dan emosi semua peserta mulai tegang. Masing - masing menuduh antara satu sama lain. Siapakah yang mampu bertahan sehingga hari ketujuh dan memenangi pertandingan ini? Siapakah sebenarnya pembunuh di kalangan mereka? Apa akan terjadi pada nasib peserta - peserta yang lain? Saksikan filem ini untuk mengetahui jawapannya.


Trailer:





Ulasan Hans:

Pengarah filem ini iaitu Hideo Nakata sememangnya terkenal dengan karya - karya seramnya sebelum ini seperti filem The Ring, Dark Water, Death Note dan sebagainya lagi. Jadi, menonton filem The Incite Mill ini pastinya membuatkan aku menaruh harapan yang agak tinggi pada karya terbarunya ini. Menonton filem ini mengingatkan aku kepada filem Battle Royale yang turut dilakonkan oleh pelakon utama filem ini iaitu Tatsuya Fujiwara(juga pelakon filem Death Note).


Tatsuya Fujiwara


Dari segi psikologi, kedua - dua filem ini(The Incite Mill dan Battle Royale) memang ada persamaan iaitu nilai kepercayaan dan tindakan balas yang mampu dilakukan oleh seseorang individu apabila berhadapan dengan situasi atau persekitaran yang tidak selamat dan sering kali tertanya - tanya atau berprasangka buruk terhadap individu yang lain. Kelainan antara kedua - duanya mungkin pada individu disebalik permainan ini. Dilihat pada Battle Royale maka penonton telah awal - awal lagi diberitahu siapakah punca atau pencipta kepada permainan gila seperti ini namun pada filem The Incite Mill ini pula dalangnya akan diketahui pada saat - saat akhir.


Segala - Galanya Bermula Disini


Setiap karakter diberi sebuah bilik namun pintunya tidak dapat dikunci dan ini adalah salah satu idea yang agak menarik kerana penonton pasti berasa teruja dan ternanti - nanti adakah pembunuh akan cuba menyelinap masuk ke dalam bilik peserta - peserta lain. Disamping itu juga filem ini menampilkan kecanggihan dari segi hiasan dalaman serta robot - robot yang digunakan sebagai perantara kepada pelakon - pelakon di dalam filem ini.


Kepercayaan Masing - Masing Mula Terhakis Pada Babak Ini


Sayangnya durasi filem ini tidak sepanjang filem Battle Royale dan terasa seperti segala - galanya berjalan dengan agak pantas namun ia berjaya dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh Hideo Nakata dalam menyusun plot dan memberi tumpuan kepada klimaks cerita ini. Pencahayaan dan kesan bunyi yang agak bagus berjaya membantu setiap karakter yang lebih kepada bermonolog atau pun ketika berada di dalam suasana yang sunyi. Impaknya sememangnya sentiasa berjaya membangkitkan debaran dan kerisauan dalam diri penonton sewaktu menyaksikan pelbagai kejadian menarik atau ngeri yang berjaya ditonjolkan dengan cukup baik sekali dalam beberapa babak wajib tonton filem ini.


Siapakah Pembunuh Sebenar Dan Pemenang Pertandingan Ini?


Sekadar sebuah filem yang cuba menonjolkan makna kepercayaan, pegangan hidup dan perpaduan dalam kehidupan sejagat yang semakin hilang dalam norma masyarakat kini dan pada pandangan peribadi aku pula ialah filem ini masih belum setanding dengan filem Battle Royale yang lebih memberi kesan dari sudut psikologi dan kemanusiaan. Apa - apapun, selamat menonton dan nikmati kisah yang penuh kejutan hanya dalam filem The Incite Mill ini.


P/S : Lama Tak Jejak Kaki Dekat Panggung Wayang! Hehehe! (^_^)


2 comments:

Monday 9 April 2012

Filem Untuk Tiga Hari

Posted by BG Design



Filem:
Untuk Tiga Hari


Pengarah:
Afdlin Shauki


Genre:
Drama & Romantik


Pelakon:
Afdlin Shauki, Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Ayu Raudhah & Etc.


Tarikh Tayangan:
12 April 2012


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan sepasang suami isteri yang mengambil keputusan untuk bercerai setelah tiga hari berkahwin semata - mata menjaga hati keluarga masing - masing. Namun, takdir menentukan segala - galanya apabila mereka serasi untuk hidup bersama.


Hans Berkata:


Filem Untuk Tiga Hari yang diadaptasi daripada novel terkenal penulis popular tanah air iaitu Ahadiat Akashah ini akan mula ditayangkan pada minggu ini di pawagam - pawagam tempatan. Kelihatannya promosi serta publisiti untuk filem ini sama ada di televisyen mahu pun akhbar sangat kurang namun filem ini pastinya mempunyai keistimewaan tersendiri kerana selalunya filem - filem yang diadaptasi daripada novel mempunyai kelebihan atau keistimewaan yang tertentu sama ada dari segi jalan cerita mahu pun sokongan daripada pembaca asal novel tersebut. Jadi, sama - sama nantikan filem ini pada Khamis ini untuk mengetahui kisahnya. Selamat menonton!


P/S : Filem Untuk Tiga Hari Nih Tak Buat Poster Dan Trailer Kah?


1 comments:

Friday 6 April 2012

Cik Mah : Apabila Hantu Dievolusikan

Posted by BG Design







Assalammualaikum pada semua pembaca! Maaf lah Cik Mah sibuk sikit 2-3 menjak nih. Bukan sibuk dengan keluarga ke anak ker sebab Cik Mah masih anak dara gitu! Kali nih Cik Mah nak kongsi sikit lah pasal kisah hantu - hantu nih dengan pembaca blog Rollo De Pelicula. Sekarang nih bila malam jumaat jer mesti ada kisah seram yang ditayang dekat stesen tv! Cik Mah nih sebab sejak azali suka tengok drama seram jadi Cik Mah pun layan kan jer lah drama bersiri Amukan Pocong pukul 10 malam tadi. Amboi! Cik Mah tak tau nak rasa seram ker nak gelak ker tapi rasa - rasa macam dua-dua pun ada!

Cik Mah nih dah lah bujang!!! Duduk pula sorang - sorang! Sepi gitu! Tiba - tiba tengok pula cerita pocong nih membunuh anak dara sunti yang cantik - cantik belaka. Mestilah Cik Mah takutkan sebab Cik Mah pun anak dara sunti lagi ditambah pula dengan kecantikan dan keayuan Cik Mah nih pasti lah menjadi sasaran utama kan?? Mahunya pocong tu serang Cik Mah mana lah mampu Cik Mah nak melawan. Tapi yang tak menahan tu Cik Mah tengok pocong dalam cerita nih dah berevolusi pula dah . Kalau dulu orang - orang tua kata pocong nih setakat boleh melompat jer! Siap ada lagi orang jadikan bahan lawak kalau kata terjumpa pocong nih jangan takut tetapi jatuhkan dia dan lepas tu barulah lari sebab nanti pocong tu dah tak boleh kejar sebab pocong kan melompat jer! Tapi dalam drama nih Cik Mah tengok hantu pocong tu berguling - guling ala - ala babak menari dalam filem Bollywood gitu. Cuma nasib tak ada hantu - hantu lain jer ikut join sama menari dengan pocong tu. Kalau tidak tak kuasa lah Cik Mah nak nengok hah!!




Tak apa lah kan! Dah boleh berguling - guling dekat tanah tu Cik Mah tak kisah lah sangat. Alih - alih pocong tu boleh berguling pula dekat atas bumbung rumah - rumah kampung tu. Adoiii!! Makin meremang bulu roma Cik Mah nih bila melihat adegan macam tu. Lepas habis drama tu Cik Mah pun terfikir bahawa sungguh kreatif pengarah dengan penulis skrip drama bersiri Amukan Pocong nih. Mana tak kreatifnya kalau dah hantu pocong yang kita dengar hanya sekadar melompat jer dulu tapi sekarang dah boleh guling - guling pula dah. Lepas tu bukan sekadar guling dekat tanah tapi boleh pula dia berguling dekat atas bumbung rumah. Ngeri tau Cik Mah bila teringat adegan - adegan macam tu.

Lepas nih tak tahu lah apa lagi pocong tu boleh buat! Mungkin lepas nih dah boleh terbang gamaknya! Maklumlah sudah dievolusikan! Choii!! Cik Mah berhenti dekat sini dulu lah! Rasa tak sedap hati pula cerita seram malam Jumaat nih! Jumpa lagi! Assalammualaikum!

0 comments:

Sunday 1 April 2012

Filem Berani Punya Budak

Posted by BG Design



Filem:
Berani Punya Budak


Pengarah:
Afdlin Shauki


Genre:
Aksi & Komedi


Pelakon:
Afdlin Shauki, Awie, Sharifah Sofea, Nabil Raja Lawak,
Johan Raja Lawak, Adlin Aman Ramlie, Riezman Khuzaimi,
Pairote Boongerd, Supakson Chaimongkon, Sahaschai Chumrum & Etc.


Tarikh Tayangan:
24 April 2012


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Shuhami Abdullah atau Tong yang baru sahaja tiba di lapangan terbang namun dia telah ditangkap oleh pihak Interpol serta disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster di Thailand. Jadi, Shuhaimi telah menceritakan mengenai kehidupan abang iparnya bernama Pairot yang kembali semula menjalani kehidupan normal selepas keluar daripada penjara. Dia menguruskan restoran bersama Tong. Namun pada suatu hari Pairot telah mendapat satu panggilan untuk melaksanakan tugas terakhir iaitu mencuri data peribadi pelanggan daripada sebuah syarikat kad kredit. Pairot telah dipaksa untuk melakukan kerja tersebut setelah pemanggil berkenaan menculik Tong dan mengugut untuk membunuh dia sekiranya kerja itu tidak dapat diselesaikan. Pairot terpaksa melakukan kerja itu dan berjaya melepaskan Tong. Namun perkara tersebut menjadi kucar kacir apabila Pairot telah dikenal pasti sebagai penjenayah dan diburu oleh pihak polis serta Metropolitan Mafia. Mereka berdua berjaya melepaskan diri dan bercadang untuk berjumpa dengan timbalan presiden syarikat kad kredit tersebut untuk memaklumkan bahawa Pairot tidak bertindak atas kehendak sendiri. Walau bagaimanapun, semakin lama mereka semakin terperangkap dengan situasi tersebut dan ia melibatkan konspirasi yang telah dirancang lebih awal. Adakah mereka berjaya menyelesaikan masalah tersebut?


Trailer:




P/S : Akan Tonton Jika Berpeluang Kerana Rindu Dengan Karya Afdlin Bergenre Sebegini! (^_^)Y


1 comments: