Wednesday, 5 June 2013

Review Filem KIL

Posted by BG Design



Filem:
KIL

Pengarah:
Nik Amir Mustapha

Genre:
Drama, Romantik & Misteri

Pelakon:
Redza Minhat, Christina Suzanne Stockstill, Harun Salim Bachik,
Juliana Evans, Hasnul Rahmat, Anne James, Dira Abu Zahar, Ella & Etc.

Penilaian:
8/10

Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Akil(KIL) yang mengalami tekanan dan cenderung untuk membunuh diri tetapi dia tidak mampu untuk melakukan perkara tersebut. Pelbagai perkara yang dilakukannya untuk membunuh diri namun semuanya menemui kegagalan sehinggalah dia menemui sebuah agensi aneh yang membantu pelanggannya untuk membunuh diri.  KIL bersetuju dengan segala syarat yang dikenakan syarikat terbabit dimana dia tidak akan tahu siapa pembunuh upahan yang diupah untuk membunuh beliau dan dimana lokasi dia akan mati dibunuh. Bagi KIL ini adalah jalan terbaik untuk dia namun segalanya berubah apabila dia bertemu dengan seorang gadis bernama Zara. Gara - gara pertemuan tersebut maka tujuan asalnya untuk membunuh diri mula berubah namun segala-galanya tidak boleh ditarik balik. KIL terpaksa menanti hari-hari kematiannya dan siapakah pembunuhnya serta bagaimana kematiannya berlaku? Saksikan filem menarik ini di pawagam berhampiran untuk mengetahui jawapannya.

Ulasan:

Filem yang dikatakan menjalani pengambaran hanya selama 11 hari namun hampir 2 tahun aku terpaksa menunggu filem KIL ini ditayangkan di pawagam dan akhirnya penantian ini berakhir dengan suatu perasaan yang agak menggembirakan usai menontonnya pada petang tadi. Alhamdulillah sebuah filem yang menarik dan memang filem sebegini menjadi kegemaran aku. Walaupun mungkin penceritaannya agak perlahan tetapi aku suka dengan plot ceritanya yang dikembangkan dengan agak menarik dan sesekali dihiburkan dengan sedikit humor yang berjaya menarik perhatian aku untuk kekal menonton sehingga akhir walaupun adakalanya fikiran aku sedikit terawang-awangan dek kerana beberapa babak 'kesunyian' yang wujud dalam filem ini.

Babak Permulaan Filem KIL

Filem KIL berkisar tentang cubaan Akil untuk membunuh diri bagi menghilangkan segala perasaan negatif atau sedih di dalam diri namun dia tidak mampu untuk melakukannya keseorangan. Pelbagai cara dilakukan seperti pada babak awal filem ini dimana Akil cuba membunuh diri di dalam kereta dengan menyambungkan salur asar kenderaan masuk ke dalam kereta namun akhirnya dia berputus asa dan keluar daripada kenderaan dengan keadaan yang lemah. Akil juga cuba membunuh diri dengan cuba untuk terjun dari atas bangunan yang tinggi namun kakinya kaku untuk turut sama mengikut fikirannya yang terpesong itu.

Salah Satu Babak Yang Menarik Perhatian Aku

Namun satu babak menarik dimana Akil cuba menyelamatkan seorang remaja perempuan yang memakai baju sekolah lakonan Juliana Evans yang juga cuba membunuh diri dengan terjun dari atas bangunan kerana kecewa akibat putus cinta amat menarik perhatian untuk dikupas. Akil menyelamat dan menasihatkan gadis tersebut bahawa membunuh diri untuk seorang lelaki berwajah jongos adalah sia-sia kerana si gadis masih muda, cantik dan banyak lagi jejaka di luar sana yang lebih kacak boleh dicari. Aku setuju dengan kata-kata Akil yang juga sebenarnya merupakan sindiran kepada ramai remaja di luar sana yang mengambil jalan bodoh iaitu membunuh diri kerana putus cinta. Ironinya disini ialah Akil juga cuba membunuh diri tetapi atas sebab apa? Adakah membunuh diri untuk masalah-masalah yang dialami oleh Akil ini sebenarnya tidak sia-sia seperti masalah yang dihadapi oleh gadis tadi? Itu yang membuatkan aku terasa filem ini menarik untuk dihayati.

Akil Seorang Manusia Yang Terlampau Sunyi Kehidupannya...

Akil juga sebenarnya tidak gemar bersosial jika dilihat kepada hidup dan juga pengakuannya sendiri yang tidak mempunyai kawan. Akibatnya, Akil tiada sesiapa untuk dia berkongsi segala suka,duka, masalah atau pun untuk bermanja menyebabkan kadang-kadang Akil mengalami halunisasi. Melalui beberapa babak di pejabat tempat Akil bekerja, maka kita boleh lihat Akil lebih suka memencilkan diri dan kebanyakkan rakan-rakan sekerja jarang atau kekok untuk berkomunikasi dengan Akil dan ini dibantu oleh satu babak melibatkan Akil dan bos tempat kerjanya dimana bos Akil cuba menasihati dia agar bergaul dengan rakan-rakan sekerja.

Salah Satu Adegan Di Dalam Filem KIL

Aku tidak mahu memberita apa punca sebenar Akil mahu membunuh diri di dalam ulasan ini namun satu masalah Akil yang aku lihat ialah dia tiada sesiapa di sekitarnya untuk dia berkongsi masalah dan akibat rasa bersalahnya terhadap kejadian masa lampau maka dia mengambil keputusan untuk mengupah syarikat Life Action Bureau(LAB) untuk menamatkan riwayatnya. Namun, kemunculan Zara selepas itu sememangnya merubah pemikiran Akil dan kedatangan Zara di dalam hidupnya menyebabkan Akil merasakan jiwanya tidak lagi kosong. Dia sudah ada tempat untuk dia mencurahkan segala suka duka kehidupannya. Dia boleh menonton wayang mahu pun makan malam dengan ditemani Zara. Senang cakap Akil sudah merasakan yang dia sudah ada seseorang yang mampu untuk menggantikan segala-gala yang dia pernah hilang sebelum ini. Namun, akibat tindakan bodoh Akil yang mengupah syarikat LAB untuk membunuhnya gara-gara terlalu mengikut perasaan dan sememangnya ia sudah terlambat untuk Akil berpatah balik. Itulah satu perkara yang menarik di dalam filem ini mengenai berharganya sebuah kehidupan yang dimiliki oleh semua orang namun tidak semua yang menyedari perihal tersebut.

Adakah Karakter Zara Ialah Seorang Wanita Psiko?

Ada beberapa watak serta adegan yang pasti akan berjaya mengelirukan anda sewaktu anda cuba untuk meneka apakah yang akan terjadi dan apakah kesudahan kisah filem ini. Mungkin tema filem ini yang mengupas mengenai kisah membunuh diri agak berat dan baru bagi kebanyakkan penonton tempatan namun di akhir penceritaan maka anda akan lihat apa sebenarnya mesej yang cuba disampaikan dan mungkin juga anda akan bersetuju dengan pendapat aku bahawa kehidupan serta nyawa yang diberi kepada kita ini adalah sesuatu yang perlu disyukuri serta dihargai sepanjang masa. Penyelesaian kepada setiap masalah terutama masalah yang sukar atau serius bukannya hanya dengan jalan pintas iaitu membunuh diri kerana membunuh diri langsung tidak menyelesaikan masalah sebaliknya menambah masalah kepada orang-orang yang rapat dan ada hubung kait dengan diri sesiapa yang membunuh diri tersebut.

Ella Muncul Sebagai Cameo Di Dalam Filem Kil

Sinematografi filem ini amat menarik dan jika dilihat kepada pengambaran filem ini yang hanya berlangsung selama 11 hari maka mungkin anda seperti tidak percaya melihat hasilnya boleh menjadi sebaik itu. Lakonan Redza Minhat juga semakin matang jika dilihat pada penampilan awalnya di dalam filem Pisau Cukur manakala lakonan pendatang baru Christina Suzanne yang bakatnya dicungkil melalui program Pilih Kasih juga bolehlah dianggap membanggakan. Walaupun masih ada beberapa kelemahan terutama daripada lakonan pelakon-pelakon tambahan yang sedikit lemah serta mungkin filem ini adakalanya sedikit 'draggy' namun bagi aku filem KIL masih sebuah filem yang menarik untuk anda tonton dan semoga anda gembira dengan filem ini. Cuma ia mungkin lebih baik jika versi asalnya dikekalkan. Tahniah kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan filem KIL. Disebabkan sudah sekian lama tidak mencoretkan sebarang ulasan di sini maka aku terasa sedikit kekok! Hahaha. Sekian!

P/S : Teringat Satu Babak Di Dalam Filem KIL Dimana Akil Dan Zara Sedang Menonton Filem Di Pawagam Coliseum Dan Zara Mengatakan Ramai Betul Orang Yang Menonton! Aku Memandang Sekeliling Dan Memang Jumlah Penonton Di Dalam Panggung Lebih Kurang Sama Sahaja Dengan Jumlah Penonton Di Dalam Filem. Hahaha! 
   

22 comments:

  1. Aku nak buat ulasan macam kau ni, tapi aku takut terberi banyak sangat spoiler so aku ringkas je. Tapi setuju ngan kau, sinematografi dia memang menakjubkan kalau fikir ia ambil masa 11 hari penggambaran.

    P/s: Mana la nak cari Zara ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...
      adakah aku memberi spoiler?
      rasa2nya tidak kut...hehehe

      yups..sebab aku dah tahu kata 11 hari pengambaran..so agak WOW lah juga bagi aku..hehehe

      Delete
    2. zara ada dalam kehidupan harian anda (kita semua), cuma dia tak seseksi dan secomel zara dalam citer ni..maka anda pura2 tak nampak la, masih mencari yang secomel n seseksi christine suzzane..cliche?

      Delete
    3. zara ada dalam kehidupan harian anda (kita semua), cuma dia tak seseksi dan secomel zara dalam citer ni..maka anda pura2 tak nampak la, masih mencari yang secomel n seseksi christine suzzane..cliche?

      Delete
  2. Hans!

    Aku buat review Filem Kil : Falsafah Bahasa Akil!

    Jemputlah! :)

    http://zaimterbang.blogspot.com/2013/05/review-kil-2013-falsafah-bahasa-akil.html

    ReplyDelete
  3. member pon bnyak dok sebut pasal cita KIL nih..x taw plak best..klau husna nak tgk pon mesti tertarik dgn redza minhat je..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tengok sebab jalan cerita cik Husna :-)

      bab pelakon nombor 2 :-)

      Delete
  4. wah,nampak best ni filem.. mesti tonton ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best
      silalah tonton
      sokong lah filem yang ada mesej dan tidak kosong dan tidak membawa kisah rempit serta gangster :)

      Delete
    2. Aku tak kisah dia kisah rempit atau gangster asalkan ia ada FALSAFAH bukan FALSAMPAH! Oldboy filem psyh-triller dari Korea yang super duper boom boom mantap tu - cerita gengster gak - tapi MELETOP! :)

      So ia pertarungan antara inti bukan rangka dan kulit! =)

      p/s : sekali sekala kritik hang best gak haha dok kritik orang ja haha

      Delete
    3. aku tak kisah dikritik kerana aku tahu masing-masing tidak sempurna.

      tetapi, sejauh mana sangat falsafah filem rempit dan gangster yang ada di dalam filem tempatan yang boleh dibanggakan setakat ini?

      Kamu memberi contoh filem dari negara Korea dan mungkin betul filem itu ada inti yang bagus tetapi walaupun apapun aku masih tidak berkenan dengan kisah rempit atau gangster tambahan pula jika asalnya daripada pembikin filem tempatan. Banyak buruk daripada baiknya namun itu pandangan aku.

      Masing-masing ada pendapat serta pandangan dan aku menghormati pandangan kesemua pihak

      Delete
  5. Zara namapak kemas dalam poster tapi dalam filem nampak serabut (serabai) sikit .....

    ReplyDelete
  6. sejujurnya setelah aku menonton filem ini (terpaksa habiskan menonton sebab rugi tiket) aku rasa filem ni patutnya dibuat drama je layaknya dan tidak patut diangkat menjadi sebuah filem kerana ianya amat ringkas dan plotnya pun tidakla menarik sangat....dalam scene2 tertentu agak bosan sebab macam slow gila...

    ReplyDelete
  7. I think this is the best film among Malaysian's films. drpd cerita gengster and rempit, this stuff is better.

    ReplyDelete
  8. twist citer ni mirip filem korea SHIRI!

    ReplyDelete
  9. filem malaysia ni memang takde masa depan..cerita macam hampeh je lagi2 filem keluaran david teoh yang pentingkan untung je tapi mutu filem entah apa-apa dan merepek meraban ditambah lak dengan jalan cerita takda isi....wake up la filem malaysia..tapi aku salute dekat produksi KRU yang cuba buat yang terbaik,walaupun filem diorang tak banyak dikeluarkan dan makan masa yang agak lama but dorang make sure kan filem itu bermutu dan tidak membazir duit. tak macam david teoh filem setahun 4 sampai 5 buah tapi takda mutu langsung....sorry to say la...

    ReplyDelete
  10. mr david tuh bisnes man..biasa lah..klu dlm 1 filem dpt rm1m..so 5 films..rm5m..untung besar..klu 1 film je..x mahsyuk rr...

    ReplyDelete
  11. Mcm kehidupan aku ...sunyi.. akibat kongkongan terlampau mak bapak aku... no friends no job.... die is better right? Mhd_razlan@

    ReplyDelete
  12. dah la tiru citer orang lain lepas tu langsung x bg credit kt original filmaker..biasalah Melayu maaa!!

    http://www.imdb.com/title/tt0099818/

    ReplyDelete
  13. Dahsyat komen2 dorang kat sini yer. Zumal rasa kisah hidup KIL tu ada mirip hidup Zumal dan Zumal pun pernah fikir macam dia...

    ReplyDelete
  14. busyra suka tngok hero dgn heroin dia ja. haha. cerita dia agak slow

    ReplyDelete