Review Filem Man On A Ledge
Posted by BG Design
Filem:
Man On A Ledge
Pengarah:
Asger Leth
Genre:
Aksi, Jenayah & Thriller
Pelakon:
Sam Worthington, Elizabeth Banks, Jamie Bell, Genesis Rodriquez,
Anthony Mackie, Titus Welliver, Ed Harris, Edward Burns, & Etc.
Anthony Mackie, Titus Welliver, Ed Harris, Edward Burns, & Etc.
Klasifikasi:
18 Tahun Ke Atas
Penilaian:
8 / 10
Sinopsis:
Filem ini mengisahkan seorang bekas polis bernama Nick Cassidy yang mengugut untuk membunuh diri dengan terjun dari tingkat 21 bangunan Hotel Manhattan. Gelagatnya di luar tingkap aras hotel berkenaan disedari oleh seorang wanita tua dari bawah dan jeritan wanita itu menyebabkan kawasan terbabit dikosongkan daripada sebarang gerakan lalu lintas dan pihak polis telah menutup kawasan tersebut buat seketika. Pihak polis cuba menenangkan Nick namun dia hanya mahu pihak polis membawakan seorang ahli psikologi polis bernama Lydia Mercer sahaja yang diminta untuk bercakap dengan Nick agar dia tidak membunuh diri. Lydia Mercer yang masih kepenatan terpaksa datang membantu dan mencuba dengan kaedah psikologinya agar Nick mengubah niat untuk membunuh diri namun lelaki itu tetap dengan pendiriannya. Semakin lama Lydia mula mengesyaki sesuatu yang aneh dari Nick. Lydia berasakan niat Nick yang sebenarnya bukan mahu membunuh diri tetapi dia sebenarnya seperti sedang merancang sesuatu. Adakah Nick memang betul - betul mahu membunuh diri atau apakah motif utama disebalik semua itu? Saksikan filem yang cukup menarik dan mendebarkan ini di pawagam untuk mengetahui jawapannya.
Trailer:
Ulasan Hans:
Menonton filem ini sebenarnya menyedarkan aku walaupun tema filem ini sebenarnya merupakan salah sebuah tema yang tertua di dalam sejarah perfileman dimana seorang manusia yang baik yang teraniaya dan terperangkap di atas kesalahan yang tidak pernah dilakukannya dan keaslian jalan cerita filem ini yang mungkin terdapat sedikit persamaan dengan beberapa filem sebagai contoh filem Phone Booth namun ia masih menarik untuk ditonton dan penuh dengan kejutan yang tidak disangka - sangka.
Permulaan filem ini sebenarnya berjaya mengelirukan atau mungkin menipu penonton buat seketika waktu dan apa aku boleh katakan plot cerita ini sudah disusun dengan begitu baik dan cukup kreatif. Kejutan sentiasa berlaku namun yang mengujakan ialah setiap perkara yang dipertontonkan itu sudah disediakan jawapan dan ia logik untuk diterima dan ditelan oleh setiap yang menonton.
Permulaan filem ini sebenarnya berjaya mengelirukan atau mungkin menipu penonton buat seketika waktu dan apa aku boleh katakan plot cerita ini sudah disusun dengan begitu baik dan cukup kreatif. Kejutan sentiasa berlaku namun yang mengujakan ialah setiap perkara yang dipertontonkan itu sudah disediakan jawapan dan ia logik untuk diterima dan ditelan oleh setiap yang menonton.
Lakonan Elizabeth Banks Cukup Menawan Hatiku
Antara babak di dalam filem ini yang cukup menakjubkan aku ialah babak yang melibatkan orang ramai atau warga kota New York yang berhimpun di bawah untuk melihat watak Worthington membunuh diri dengan terjun dari tingkat 21 Hotel Manhattan. Aku cukup suka dengan sindiran sinis yang diberikan pada penduduk kota ini yang aku rasakan dimana - mana kota besar juga kebanyakkan penduduknya akan melakukan tindakan yang serupa. Datang beramai - ramai tetapi kebanyakkannya menjerit dengan memaksa si 'keliru' ini dengan terjun atau merakam aksi 'lagak ngeri' tersebut dan paling dasyat dengan mementingkan diri sendiri dan mengharapkan agar si 'keliru' ditembak sahaja daripada menganggu urusan seharian mereka sememangnya merupakan satu tindakan serampang dua mata yang amat menarik untuk dihayati.
Mereka Berdua Cukup Menghiburkan
Seperti biasa jika tema filem ini pun adalah berkenaan menuntuk keadilan maka adegan tipikal yang melibatkan watak polis yang jahat dan baik memang tidak dapat dipisahkan dan teka - teki yang diberikan oleh filem ini sememangnya menarik untuk dijawab. Barisan pelakon yang dipilih untuk menerajui watak masing - masing juga sememangnya tepat dan menepati kriteria karakter masing - masing terutamanya watak utama filem ini iaitu Nick Cassidy(lakonan Sam Worthington) dan Lydia Mercer(lakonan Elizabeth Banks). Tidak dilupakan juga lakonan yang diberi oleh Jamie Bell(melakonkan watak Joey Cassidy iaitu adik kepada Nick) dan Genesis Rodriquez(melakonkan watak Angie) yang cukup cemerlang di dalam memberi lakonan yang cukup selamba serta menggelikan hati walaupun di dalam babak - babak yang mencemaskan. Watak antagonis David Englander(dilakonkan oleh Ed Harris) juga cukup menyerlah.
Salah Satu Adegan Yang Mencemaskan
Sinematografi, kesan khas, bunyi dan pergerakan kamera di dalam filem ini juga adalah sangat baik terutamanya sewaktu adegan Nick ingin terjun atau hampir terjatuh dari tingkat 21 serta babak - babak yang melibatkan Joey dan Angie yang memang cukup mendebarkan. Menonton trailer filem ini sebenarnya tidak memberikan banyak petunjuk yang menarik kerana kebanyakkan babak atau adegan yang menarik langsung tidak ditunjukkan pada trailer filem ini. Namun bagi aku adalah sangat berbaloi untuk menonton dan merasai sendiri debaran dan kejutan yang terdapat di dalam filem yang boleh aku simpulkan sebagai menarik dan memuaskan. Jadi, selamat menonton filem Man On A Ledge dan diharapkan semoga kalian semua terhibur. Jumpa lagi pada ulasan filem yang berikutnya!
P/S : Siapa Dah Tengok Filem Hantu Dalam Botol Kicap? Pandangan Atau Ulasan Anda Tentang Filem Tersebut? (^_^)Y
aku x nmpk pn ctr ni kat dlm list tmpat aku nye cinema walaupn dah ada 3 cinema kat sini.. adeh~ nak kena trn kl la kot bru dpt tgk..
ReplyDeletestoryline nmpk fresh :D
hans pnye review mcm best je,so maybe akan pergi tengok..pelakon agak tak bape nak knl,so memang nak kena try tengok ni.
ReplyDeleteSaiazuan : pergi la tgok..best :-)
ReplyDeleteEyqaLuvender : pelakon agak tak berapa nak kenal? hahaha..meh saya kenalkan. Hero filem nih iaitu Sam Worthington ialah hero filem Avatar.. :-)
AKU DA TENGOK... MMG BEST... CUMA FILEM NI X TUNJUK CAM MANE DIA DIANIAYA.. TP X RUGI BELI TIKET
ReplyDeleteokey ak dah rasa nk pegi tgk
ReplyDeleteokey ak dah rasa nk pegi tgk
ReplyDeletejat dah tgk..best!Hihi.kira hubby jat tertipu gak la.jat separuh je tertipu,cepat tersedar O.o
ReplyDeletegaya tengok mcm best citer i...tp tak sempat tengok thriller dia
ReplyDelete