Review Filem Ombak Rindu
Posted by BG Design
Filem:
Ombak Rindu
Pengarah:
Osman Ali
Genre:
Drama & Romantik
Pelakon:
Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae,
Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri & Etc.
Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri & Etc.
Penilaian:
8 / 10
Sinopsis:
Filem ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan iaitu Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbeza dan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di Kuala Lumpur untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda bernama Hariz yang merupakan anak kepada Datuk Sufiah iaitu seorang pemilik empayar perniagaan telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanannya namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.
Aaron Aziz Dan Maya Karin
Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. Namun selepas itu, Hariz yang bersifat kasar dan panas baran orangnya telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. Hariz kemudian terpaksa menikahi Mila yang merupakan kawan di zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah. Tambahan pula Mila pun amat mencintai Hariz. Semasa Hariz koma di hospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari rumah Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.
Lisa Surihani Sebagai Mila
Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalin hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah iaitu pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa Hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuknya supaya kembali kepangkuan beliau.Adakah Hariz akan berjaya? Apakah yang akan terjadi seterusnya? Saksikan filem ini di pawagam berhampiran anda.
Ulasan Hans:
Filem Ombak Rindu ini merupakan adaptasi daripada sebuah novel yang sangat popular di kalangan pembaca novel di Malaysia yang judulnya juga bertajuk Ombak Rindu. Mungkin kerana keistimewaan, kelainan atau kebijaksanaan kisah cinta yang terdapat di dalam novel tersebut membuatkan pihak produksi berani mengangkat judul ini untuk dipindahkan ke dalam bentuk filem. Aku tidak pernah membaca novel ini jadi segala ulasan, pandangan, komen atau kritikan aku berdasarkan seorang penonton yang langsung tidak tahu menahu tentang struktur kisah di dalam novel tersebut.
Pertama sekali aku amat menyukai jalan cerita filem ini kerana bagi aku ia lari daripada adegan - adegan stereotaip yang selalunya ditonjolkan di dalam filem - filem yang membawa tema yang lebih kurang sama seperti filem ini dan ia membuatkan aku sangat berpuas hati dan cukup terhibur menonton setiap adegan di dalam filem Ombak Rindu ini. Mungkin agak klise pada permulaannya jika dilihat pada kisah seorang gadis kampung yang dipaksa oleh pakciknya untuk menjadi seorang pelayan atau pelacur tanpa kerelaan diri namun apa yang menariknya disini ialah bagaimana pembinaan watak Hariz yang digambarkan sebagai seorang anak orang kenamaan yang kaki perempuan, panas baran dan angkuh berubah menjadi seorang yang baik dan mula kenal erti cinta selepas bertemu dengan watak Izzah yang berpegang teguh kepada agama. Apa yang membuatkan aku cukup suka dengan filem ini ialah apabila watak 'hitam' yang selalunya jika dilihat pada filem - filem yang lain akan sentiasa kelihatan hitam hatinya sehingga ke akhir filem dan kemungkinan akan diberi hukuman yang cukup berat pada pengakhirnya namun ia sangat berlawanan dengan karakter Hariz di dalam filem Ombak Rindu ini. Bagaimana bijaknya penulis kisah ini mengubah watak Hariz tersebut daripada 'hina' dimata penonton pada awalnya kerana setiap penonton sudah diberitahu bahawa Hariz ini sebenarnya sudah pun merosakkan ramai wanita namun bijaknya yang aku katakan itu apabila watak ini menjadi begitu 'suci' dan betapa hebatnya kuasa agama dapat memutihkan hati Hariz yang sebelum itu begitu hitam. Aku sukakan kisah ini kerana kisah gadis dirogol yang dipaparkan lain daripada yang lain dimana sememangnya tidak ada gadis pun yang mahu kejadian itu berlaku pada diri mereka namun bagaimana watak Izzah ini cuba menangani masalah tersebut di dalam filem sememangnya sebuah idea segar yang memang menarik untuk dipertontonkan.
Salah Satu Babak Yang Agak Comel Bagi Aku
Apa aku boleh katakan jalan cerita filem ini walaupun penuh dengan linangan air mata namun rasa manisnya tetap ada. Aku sukakan air mata yang dipertontonkan kepada penonton di dalam filem ini kerana bagi aku air mata mereka bukannya air mata di dalam kategori sampah yang tidak membawa erti apa - apa. Setiap air mata mereka sangat bernilai kerana ia menunjukkan emosi setiap watak yang membantu mereka menyampaikan apa yang tersirat kepada penonton dan menguatkan jalan cerita filem ini. Jadi, bagi aku memang pihak produksi bertuah kerana memilih jalan cerita Ombak Rindu untuk difilemkan. Anda sangat beruntung wahai penerbit filem Ombak Rindu!
Dari segi pelakon, aku sangat mengagumi pelakon Aaron Aziz dan Bront Palarae yang bagi aku sentiasa bijak dalam menghidupkan watak dan tidak pernah mengecewakan aku yang sentiasa menonton lakonan mereka. Aaron Aziz bagi aku sememangnya seorang pelakon yang bagus kerana di dalam satu masa anda dapat melihat karakter watak yang ditunjukkan beliau berubah daripada baran, emosi, baik serta kelakar dan jika permohonan anda untuk menjadi warganegara Malaysia diterima maka aku sudah nampak anda berpeluang besar menggenggam trofi pada FFM tahun hadapan. Bront pula sememangnya seorang yang bijak apabila mengungkap kata dan watak beliau berjaya menghiburkan penonton. Maya Karin pula bagi aku agak bagus walaupun kelihatan masih seperti gadis bandar namun kehebatannya dalam memberi emosi kesedihan yang berpanjangan di dalam filem ini wajar dipuji. Aku merasakan hampir 90% watak yang melibatkan Maya Karin memerlukan beliau memberi emosi sedih dan bukan mudah untuk sentiasa berada di dalam keadaan sebegitu. Jadi, usaha Maya Karin amat aku hargai. Lisa Surihani pula sekali lagi tampil dengan watak yang pada awalnya kelihatan sedikit antagonis namun aku menyukai watak ini. Bagi aku Lisa memberi kejutan yang agak menarik di dalam filem ini kerana dia bijak memanfaatkan watak Mila yang diberikan. Jika sebelum ini aku selalu menonton beliau di dalam watak yang lembut dan feminin namun di dalam filem ini Lisa berubah 100%. Kasar, garang, pentingkan diri dan pelbagai lagi menghiasi karakter Mila yang dibawakannya. Apa aku boleh katakan senarai pelakon utamanya berjaya menjadikan filem Ombak Rindu ini bergerak dengan lancar dan kelihatan begitu hidup. Tahniah kepada mereka berempat! Pelakon - pelakon lain juga tidak terkecuali kerana anda juga berjaya menghidupkan watak masing - masing terutamanya Zaidi Omar serta Normah Damanhuri, Julia Ziegler dan Azizah Mahzan walaupun watak yang dibawakan Azizah Mahzan agak membuatkan aku menyampah dengan pakaian dan intonasi suaranya yang mengada - ngada. Hahaha! Tetapi, yang paling membuatkan aku menyampah ialah suara wartawan hiburan yang menemuramah Mila yang bagi aku langsung tidak kelakar tetapi sangat menjengkelkan!
Filem ini juga berjaya membuatkan mata aku terpesona dengan keindahan sinematografi serta pencahayaan yang bagi aku sangat menarik dan cantik. Mungkin kerana penerbit filem ini iaitu Sharad Sharan cuba mengaplikasi sinematografi ala - ala filem Bollywood ke dalam filem ini dan ia sememangnya satu percubaan yang bagus dan berjaya. Pemilihan lokasi yang tepat seperti di sawah padi serta di Cameron Highland menjadikan suasana filem ini betul - betul mendamaikan. Cuma dari segi skor muziknya adakalanya aku tidak dapat menerimanya seratus peratus. Entah! Aku rasakan seperti sesuai untuk sesetengah adegan sahaja. Kemudian beberapa pertukaran daripada satu babak kepada satu babak yang kelihatan seperti terlalu tergesa - gesa agak mengganggu sedikit fokus aku sebenarnya cuma aku masih boleh memaafkannya.
Terdapat beberapa adegan yang menarik perhatian aku yang juga menunjukkan ini adalah filem Osman Ali seperti adegan Izzah memandikan makciknya yang sakit, adegan di sawah padi yang menunjukkan bagaimana Ismail cuba meluahkan perasaannya pada Izzah, adegan bagaimana perhubungan Hariz dan Izzah 'kantoi' sewaktu kedua - dua orang gaji Hariz iaitu Pak Dollah dan isterinya mengadakan kenduri sempena mereka mahu menunaikan haji di Mekah serta yang amat menarik dan cukup aku suka sewaktu adegan Mila dan Izzah terlihat aksi Hariz memeluk Wafiah untuk menenangkannya yang sememangnya sangat menarik perhatian aku. Aku suka dengan kebijaksanaan Osman Ali memanfaatkan kelebihan - kelebihan tersebut di dalam mencantikkan lagi perjalanan cerita filem ini. Cuma sedikit mengecewakan berkenaan babak Pak Dollah memberitahu Hariz bahawa beliau ialah anak kandungnya yang bagi aku babak itu seperti terlalu tergesa - gesa kerana sebenarnya babak itu mempunyai kekuatan yang kuat jika betul - betul pandai diolah dan dimanfaatkan sebaik mungkin. Apa - apapun, babak tersebut masih boleh diterima!
Apa yang aku boleh katakan filem ini ada kekuatan jalan ceritanya tersendiri yang unik dimana mungkin secara tersuratnya orang lain akan menilai ia hanya sebuah jalan cerita yang berakhir dengan kegembiraan namun bagi aku ia lebih daripada itu kerana aku suka bagaimana watak - watak hitam yang selalunya dipandang negatif berjaya dineutralkan menjadi suci. Pelakon - pelakon filem ini juga telah memberi lakonan yang mantap dan cukup hidup! Pencahayaan dan sinematografi yang cukup menarik dan indah! Jadi, apa lagi yang anda mahukan? Filem ini walaupun boleh dikatakan bersifat melankolik atau senang cakap dilatari babak - babak yang beremosi namun ia sememangnya menarik dan menghiburkan. Jadi, selamat menonton dan nikmatilah filem Ombak Rindu ini sebaik - baiknya. Tahniah kepada semua pelakon dan krew produksi yang terlibat di dalam menjayakan filem ini.
Senarai Pelakon Filem Ombak Rindu
P/S : Aku Pelik Asal Ramai Penonton Ketawa Di Dalam Beberapa Adegan? Aku Tak Rasa Adegan Tu Lucu Tetapi Lebih Kepada Beremosi Namun Mungkin Mereka Yang Ketawa Tiada Sensitiviti! Barangkali! (^_^)Y
P/S Lagi : Pengarah Malaysia Bila Nak Filemkan Novel Karya Hlovate Dengan Ramlee Awang Murshid Pula?
P/S Lagi : Pengarah Malaysia Bila Nak Filemkan Novel Karya Hlovate Dengan Ramlee Awang Murshid Pula?
nanti nk pi tengok la . thanks ! ^_^
ReplyDeletemenjiwai betul ulasan filem ni. buatkan diri tak sabar-sabar utk pergi menonton.
ReplyDeletewowwwwwwwwwwwwwwww!!!!!!!! nak tengokKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!
ReplyDeleteHumaira : selamat menonton :-)
ReplyDeleteNur Si Cikgu Ribena : hehe..selamat menonton juga
Syafiq Ahadin : pi lah tengokkkkkkkkkkkkkkkkk!!! hahaha!
dah book tiket untuk esok, takut kalau sold out.. eheheheh... hlovate??? best gak tapi x macam panjang je??? ahahah...
ReplyDeletepadahal semua novel lebih kurang sama tebal...
bestnya kalau d filemkan karya hlovate!!
ReplyDeleteWAH....
ReplyDeleteingtkan xnak tgk..
takut jd cm lagenda budak setan..
tp, bila dh bcer review ni...
rasa cm nak tgk sabtu ni jerk..
anyway, berapa bintang utk filem ni?
Cerita nih memang best. Mr.R dah pun menontonnya. Mr.R beri 4.5 bintang :)
ReplyDeletefilem yang perlu ditonton dan memang nak tonton pun,. memang ditunggu2 nie.. tp masa belum mengizinkan..aishh
ReplyDeletenak tengok sangat!! tapi...
ReplyDeletekat kelantan xde wayang. urmm~
ramai yg suka.
ReplyDeleteIni pula ulasan PF
http://perangfilem1.blogspot.com/2011/12/melankoliknya-ombak-rindu.html
best nya.. tak sabar nak tengok..
ReplyDeletetapi mmg kebanyakan babak2 menarik tu mmg babak dalam novel ..
ni yang rase nak terbang balik mlysia ni...
cepatlah hari sabtu fuhhh,, dah lame giler tunggu cerita ni,, bace novel dah best ape lg tgk cerita kan ;)
ReplyDelete: Review dan Movie Mistakes: OMBAK RINDU
ReplyDeleteterbaeeek... penterjemahan novella yang menarik untuk ditonton
cant wait to watch ombak rindu!!!!!!!!!
ReplyDeleteBanyak jugak yang review cita nie best.. Mmmm...
ReplyDeletewah ,8/10..
ReplyDeleteStyle...
nanti aku gi tgk..hehe
dah tengok dan saya yg dah bce novel pun merasakan yg cter ni best cuma biasa la..mesti ada kekurangan kalau nk bnding dr novel..apa-apa pun..best..=)
ReplyDeletelisa terbaik utk filem ni!
Mr. Rollo, tadi aku baca macam 9/10, tukar dah ke? Hehe..
ReplyDeleteWell.. Aku baru balik dari berOMBAK RINDU.. Terus aku bukak Rollo De Pelicula.. Hehe..
First of all, aku nak kata cerita tu cantik.. Ada scene kat kedah tu kan? Hehe.. Second of all, aku suka lakonan Aaron Aziz.. Cuma bagi aku, pendapatan aku kan, aku kurang berkenan dengan watak Izzah yang dibawa Maya Karin.. Not too bad tapi still slanga keeomputehan masih boleh didengar dalam percakapan dia.. As well as watak Mila Emelia.. I think Lisa can do better, but dalam ni okay jugalah.. Cuma kadang2 aku rasa annoyed dengan mimik muka dia, semacam ada yang tak kena dan tak sesuai.. Haha.. Maaf! Aku bukan anti Lisa.. Cuma pandangan untuk filem ni sahaja.. Jangan condemn aku.. Haha.. :p
Dan entah kenapa, aku rasa cerita ni cepat sangat berjalan, dan tak berapa sempat nak feel.. Dan teknik editing filem ni dari satu scene ke satu scene lain tu macam terlalu mengejut untuk sesetengah scene.. Dalam pandangan aku laa..
Tapi still, cerita ni boleh buat aku sebak walaupun aku dah berjuta kali baca novel dia.. Cuma aku tak nangis macam aku baca novel dia.. Hehe.. Mungkin sebab aku dah pernah baca, jadi aku kurang rasa kexcited-annya.. Hehe.. Jadi, kalau yang tak baca lagi tu, mungkin boleh feel lebih sikit kot..
Well.. Just pandangan aku je.. Boleh tahan laa.. Aku bagi 3.75 boleh tak? Hehe.. Sekian, terima kasih.. :)
Oh ye.. Towards the end cerita ni, otak aku dah terbayang mungkinkah akan dibuat sekuel untuk Ombak Rindu ke dalam filem juga? Hehe.. Tapi aku rasa Cinta Tiada Akhirnya lagi banyak konflik kot.. Haha.. Tak sempat cite nak abes, aku dah pikir sekuel.. :p
ReplyDeleteFarhana : 9/10 rasa2 macam tinggi pula jadi ubah la jadi 8/10...rasa lebih layak 8 la kut tetapi masih yang terbaik....owh,pasal Maya tu macam biasa lah...dia nampak lebih kemodenan berbanding kekampungan...apa2pun dia telah beri yg terbaik..berkenaan Lisa pula rasa - rasanya walaupun mungkin bukan terbaik tetapi ini adalah antara lakonan lisa yang paling bagus...bab filem nih berjalan cepat itu sememangnya lumrah bagi sesebuah filem yang diadaptasi daripada novel...novel mampu menceritakan dengan sangat terperinci berbanding filem yang mengejar masa...sebab tu aku tidak membaca novelnya dan terus pergi menonton..hohoho..bab novel nih sedangkan pembaca Harry Potter dan Lagenda Budak Setan pun susah nak ditemui berpuas hati dengan hasilnya dan begitu juga dengan pembaca Ombak Rindu...cuma jika terlalu diikutkan novel kemungkinan besar akan gagal seperti filem Karipap - Karipap Cinta...filem dan novel sangat berbeza jadi masing2 ada kelemahan dan kelebihan dan memberi yang terbaik pada penonton :-)
ReplyDeletemaya karin xnampak kekampungan pon..muka artis lawa kan..
ReplyDeleteaku lagi prefer lisa jadi watak izzah buat watak utama..
ending apa? uwaaa..cane nak pegi tgk wayang ni xtau..huhu
dayah : adoi..xsanggup la aku lisa pegang watak Izzah..kang kalau dia nangis suara dia tak jelas....hehehehe
ReplyDeleteUish, panjang lebar ulasan ko, aku dah terbaca sampai habis pula.:) Nampak menarik cerita ni.
ReplyDeleteHans,
ReplyDeleteda g tengok semalam. Kalau kat ada markah, saya bagi 10/10 lah kot. Sangat sedih. A'ah, ada juga adegan2 yang buat orang ketawa, terutamanya bahagian Pak Dollah cakap Sofiyah 'gila meroyan'. Maybe diaorang yg ketawa tak baca novel kot, kalau baca novel, diaorang akan faham cerita Ombak Rindu macam mana.=)
Siti Nur Nadiah : intonasi suara zaidi omar waktu tu kelakar..tu diorang ketawa kut...hoho
ReplyDeletehans!!! cita ni best... tp y ang ckp 2 betoi.. babak ke 1 babak terlalu cepat.. dlm panggung pon ad org gelak.. aku dok nangis depa gelak,.. memang xdak perasaan kot.. n suara latar kadang2 tak sesuai.. tp lakonan aaron n maya terbaik!! cuma lisa mcm over sket la.. hehe
ReplyDeleteCintatulip : aku lagi geram orang sebelah aku...dah lah tak lawa..lepas tu memanjang ketawa dengan badan bergerak2...aku rasa macam nak ambil kotak popcorn dan sumbat masuk dalam lubang hidung dia kasi mati tak bernafas...hahahaha
ReplyDeletefilem yang aku nak tengok sejak zaman tok janggut lagik..err.. (nice)
ReplyDeletepanggung aku xpa la lelaki yang gelak... ang pompuan?? memang mangkuk la pompuan 2.. xdak perasaan... yang org sbelah pompuan aku ni plak dok komen.. ayaq dlm novel ayaq oren.. tp maya bg ayaq masak.. adeh.. 2 pon nak pertikai... sakit telinga aku.. y penting.. best!!! tak bosan walaupun 2jam cita!
ReplyDeletehans... jgn sumbat popcorn... ang bg la dia mkn popcorn.. baru dia diam sebab ang romantik mcma aron.. hahahahaha
ReplyDeleteAnif : amboi...lama betul ko tunggu tu..hahaha
ReplyDeletecintatulip : nak hareyyy....sampai ayaq pun dia pertikai??? hahaha...hang patut sumbat mulut dia dengan ayaq oren..bagi dia diam...macam pompuan sebelah aku noh...direct dia dok ajuk suara Azizah Mahzan....aku rasa macam nak ambil heals dia dan patahkan gigi dia waktu tu...hahahaha
cinta tulip : untuk pengetahuan hang kan...cinta tu baru setengah jam tapi pop corn yg pompuan sebelah aku beli tu dah habis dia telan...makan kuat kut...sama macam dia bercakap dengan gelak..sama kuat...naik rimas aku...kalau segak macam lisa aku macam boleh terima lagi lah(hahahaha)...ini tahap kasut Azizah Mahzan jer(gila jahat aku)...hahahaha
ReplyDeleteceta nie sy dah bc novelnya but sy tetap nk tengok kat panggung, today!hehe tengok semua bg rank tinggi, so msti berbaloi utk kt tengok kan...terima kasih utk review yg meningkatkn kali semangat ke panggung hehe..pas tgk sy plak komen blk..:))
ReplyDeletex best
ReplyDeleteInn : selamat menonton dan lepas menonton sila beri pandangan dan komen anda kembali di entry ini yer :-)
ReplyDeleteTanpa Nama : mana2 filem pun pasti ada yg suka dan tidak..mungkin genre filem ini tidak sesuai dengan selera anda :-)
member kate sedih giler..sediakan towel bagai ._."
ReplyDeletefiey zara malaiqa : hahahaha..kalau kamu orang yang jenis senang menangis memang sesuai la kalau sediakan towel..tapi kalau hati kamu kering mungkin bawa tisu atau sapu tangan dah cukup :-)
ReplyDeletenovel hlovate?
ReplyDeleteyg ni sye sokong.. semua novel hlovate mmg best dan gempak..
boleh dikatakan semua novel dia ada pengajaran yg baik..
tabik ah kat dia..
hans menangis x tgok filem ni?
ReplyDelete---
bley lah terjah pggung lepas ni
review mcm best ^^
aku nak tengok tapi mesti akram tak layan aku sebab dia bukan jiwang. haha !
ReplyDeletekene ajak orang lain ni.
btw aku sokong kalau novel2 hlovate dijadikan muvie. wajib tengok ! novel2 dia semua best2. hehe
Lokasi cerita sangat menarik kan..
ReplyDeleteLike so much....
kalau baca novelnya.. lagi sedih.. hihii
korie : tak menangis pun....den susah nak nangis tengok filem2 nih
ReplyDeletemenarik.. tak sabar nak tengok.. novel dulu mmg lebih pada 4 5 kali baca.. dan ombak rindu adalah antara novel yg sis baca dari awal sampai akhir... yg lain2 ada gak skipnya.. hehee..
ReplyDeleteAs Salam,
ReplyDeletenovel OR mcm pernah baca tp tak pasti bila..dh lupa...hua3...
bila baca ulasan filem OR,mcm teruja plak nak tengok =)
hmm...karya hlovate & RAM...
sgt2 setuju terutama novel trilogi bagaikan puteri...huhu~jatuh cinta ngan Laksamana Sunan xD
As salam,
ReplyDeleteOmbak Rindu..novel yg sudah terlalu lama dibaca..lupa-lupa ingat sudah jalan ceritanya, tapi kini ianya bankit semula dgn filem..
Kena tgk lepas bc reviews ni..nilai 8/10..mcm menarik..
Yup setuju dgn komen diatas..Laksaman Sunan..alangkah..huhuhu..cinta..
suka ualsan nih! :)
ReplyDeleteNak cuba tenok jugak la nanti.. Kan manis Maya bertudung macam tu kan..
ReplyDelete*Apsal pipi dengan dahi Aaron nampak pelik?? Dekat poster lain aku tengok tak macam tu pulak. hehe
giler best.. sedih sgt.. esok nak tgk kali kedua hehehe
ReplyDeleteAjami Hashim : thanks bro :-)
ReplyDeleteYousof : artis memang lawa...pakai tudung bertambah2 lawa
Eva : wah..dasyat sampai 2 kali :-)
hee, tapi cite ni tak kick sangat la cam NKTM dan Legenda Budak Setan... anyway, good juga la...mewarnai filem tempatan kita... dan serius terganggu dengan pakaian seksi Julia Ziegler yang nampak buncit dan pusat sebelum Aaron kemalangan tu...haha..
ReplyDeleteJemput baca review Ombak Rindu di kakiwayang.com juge ye...
Kaki Wayang : aku rasa Ombak Rindu lebih bagus dari LBS...tapi NKTM ada kekuatan dari segi perjalanan cerita..mungkin sebab NKTM bukan adaptasi dari novel jadi kelebihan berpihak pada filem tersebut..apa2pun keseksian Julia Ziegler tak seteruk keseksian Azizah Mahzan dalam filem nih...hahaha
ReplyDeletewhoa! wajib tengok ni! ;D
ReplyDeleteBelum tengok cerita ni lagi~ tu la teringin nak tengok.. nantilah ada masa.. :)
ReplyDeletedah tengok filem ne tadi, mmg best giler. kwn sblh aku nanges makcik sebelah aku pun sedu sedan menanges. aku cuma rasa sebak sikit, boleh bertahan lagi la, mungkin sbb aku dah tahu jalan cerita ne. dulu waktu bca novel ne time sekolah menengah mmg nanges giler.
ReplyDeletextgk lagi pun dh taw ujung pangkalnya...huhu novel ombak rindu
ReplyDeleteulasan yg mantopp..
ReplyDeleteku nak tengokkkkkkkkkkk.. tapi rasanya tak mungkinnnn, bz sangat bulan ni..
ReplyDeleteku nak tengokkkkkkkkkkk.. tapi rasanya tak mungkinnnn, bz sangat bulan ni..
ReplyDeleteaku ketawa jugak la..
ReplyDeleteada babak babak yang lawak..
En.Hans~im back..uhh totally best bro...kalo skala 10, sy bg 9/10...Almost perfect film, cuma kekurangan ketara ialah pada jln ceta yg terlalu pantas, but kt tahu yg ini adalah filem so kena amik babak yg betol2 hebat, and mmg semua babak2 itu hebat, berkesan di hati huhu.Terima kasih kerana tidak sia-sia sy dduk di panggung utk 2 jam melihat filem Melayu..hebat hebat...Semua pelakon seakan-akan berada pada tahap terbaik mereka, suda tentunya aaron aziz patut dipuji kerana linangan airmata kerinduaan haris pd izzah dibawa dengan begitu baik!sedih...Dan satu ketidakpuasaan hati ialah org kt dpn, 1 baris geng llki kecoh aa, org nak feeling pun susah, mcm nak cucuk jer guna kayu hotdog td..hahaha
ReplyDeleteOHSEM !!! KARYA HEBAT.. 4.5 STARS SAYA BAGI !!
ReplyDeletewah.terasa nak tengok!
ReplyDeletesaya pun baru lepas tengok ombak rindu... terkejut tengok lisa dalam tu. terkejut mak nak
ReplyDeleteMemang best.. Aku g tgk ari jumaat lepas.. Nak nangis, tp kene cover sebab tgk ngan member.. pasni nak gi lagi.. terbaik...
ReplyDeletei going for 2nd time today....
ReplyDeleteoverall mmg terbaek for this year closing
i dont care if maya not so malay..
tp from art perspective...die WOW &
best...
support filem KITA....
i going for 2nd time today....
ReplyDeleteoverall mmg terbaek for this year closing
i dont care if maya not so malay..
tp from art perspective...die WOW &
best...
support filem KITA....
Citer yang menarik. Lakonan Aaron yang sangat menjadi terutama apabila menangis. Menitik-nitik air mata dia.
ReplyDeleteTapi ada gak la scene yang cam x logik dan terganggu feel...Baru nk feel Pak Dollah leh lak ulang ayat dan intonasi masa ayah si Hariz nk minta dia. Lagi satu scene mak si haris cabut dan switch off oks gas kat hospital...Scene lari kejar kereta hariz pun cam ala x logik. Pemandangan atau lokasi memang terbaikla...cantik sangat sampai terus ke pulau la bercuti lepas tgk citer ni.
Orang yang ketawa tu sbb mereka belum melalui lagi pengalaman hidup seperti itu. Jika penontonnya pernah mengalami konflik kehidupan, pasti akan tersentuh hatinya dan faham kenapa babak itu sedih.
ReplyDeleteMaya Karin boleh membuat saya menangis dengan hanya dia mendongak menahan air mata yang bertakung di kelopak matanya dari tumpah!