Review Filem Karipap - Karipap Cinta
Posted by BG Design
Filem:
Karipap - Karipap Cinta
Pengarah:
Othman Hafsham
Genre:
Komedi Romantik
Pelakon:
Gambit Saifullah, Melia Aimellia, Shawal AF, Eman Manan, Elyas Iskandar,
P.Jagen, Shamira Azmil, Afizudin Fazil, Rosnah Johari, Patrick Teoh, Chef Wan.
P.Jagen, Shamira Azmil, Afizudin Fazil, Rosnah Johari, Patrick Teoh, Chef Wan.
Penilaian:
3 / 5
Sinopsis:
Filem ini mengisahkan Ali yang bekerja di syarikat penerbitan majalah jatuh hati pada Sarah iaitu rakan sekerja teman serumahnya. Cuba untuk memikat Sarah, niat Ali sedikit terbantut apabila rakan serumahnya memberitahu Sarah merupakan pelajar terbaik lepasan Universiti Al-Azhar dan keluarganya juga bercadang untuk menjodohkan Sarah dengan seorang ustaz yang merupakan anak kenalan keluarganya dan mereka berdua saling kenal mengenali sejak kecil lagi. Ali kemudiannya terpaksa menipu Sarah dan keluarganya dengan mengaku dirinya juga bekas graduan Al-Azhar gara - gara mahu menarik perhatian ayah Sarah demi cintanya pada Sarah. Ali juga sanggup berkorban dengan memecah masuk rumah dan pejabat bosnya sendiri dibantu oleh tiga orang rakan karibnya untuk merampas kembali dokumen yang diambil oleh bosnya dalam misi menjatuhkan maruah ayah Sarah. Namun, keadaan menjadi semakin tegang apabila tembelang Ali menipu Sarah akhirnya terbongkar. Hanya kuih karipap menjadi harapan terakhir Ali untuk kembali memenangi hati Sarah.
Ulasan Hans:
Aku bukan lah pembaca novel Karipap - Karipap Cinta yang laris di kalangan peminat novel tempatan dan aku tertarik untuk menonton filem ini pun disebabkan 2 perkara iaitu filem ini datangnya daripada Othman Hafsham dan juga atas cadangan Saudara Fadz yang menyarankan aku untuk pergi menonton. Jadi, aku mengulas berdasarkan pemerhatian peribadi dan apa yang aku rasa sepanjang aku menonton filem yang berdurasi agak lama ini iaitu sekitar 1 jam 50 minit.
4 Sekawan
Aku merasakan filem ini banyak dipenuhi oleh babak - babak yang mungkin dicedok begitu asli daripada novel tanpa diolah untuk disesuaikan di dalam penceritaan filem. Bagi aku bukannya tidak boleh diambil 100% dan diterjemahkan di dalam visual namun gara - gara babak - babak tersebut kelihatan panjang dan ada kalanya meleret membuatkan aku agak kebosanan. Pada pandangan peribadi aku, kesilapan besar filem ini adalah ia terlalu cuba untuk menjadi 100% seperti novelnya sehinggakan pihak terbabit terlupa bahawa filem dan novel ada perbezaannya.
Antara Adegan Awal Filem Ini Yang Amat Mengejutkan Aku
Apa yang aku suka tentang filem ini ialah kebijaksanaan memanfaatkan pemandangan, papan tanda atau iklan tampalan yang terdapat di Kuala Lumpur untuk diletakkan di dalam beberapa babak yang bagi aku agak menarik dan menghiburkan. Aku pun tak pasti kenapa aku sukakan perkara ini tetapi realitinya ia berjaya menarik hati aku untuk melihat setiap perkara yang ditunjukkan itu walaupun ianya ringkas dan pendek.
Eman Manan Memang Pelakon Lelaki Terbaik
Berkenaan lakonan pula, aku rasa Eman Manan berjaya menghidupkan karakter Dato' Razali Bunari dengan begitu menarik sekali. Sampai sekarang aku masih tersenyum apabila mengenangkan watak itu menyanyikan lagu Aku Tak Percaya Cinta dendangan Liyana Jasmay dengan begitu asyik sekali. Berkenaan watak Ali yang dilakonkan oleh Gambit pula bagi aku tidak lah terlalu bagus dan bukannya juga teruk. Apa yang aku boleh katakan Gambit berjaya menghidupkan 50% watak Ali itu dengan jayanya manakala 50% lagi tidak kerana bagi aku watak Ali itu yang dilakonkan Gambit terlalu moden. Namun aku lebih suka dengan watak Gambit berbanding dengan watak Sarah yang dilakonkan oleh Melia Aimellia.
Mana Kewarakan Ayah Sarah Yang Dikatakan?
Aku ingin bertanya kepada sesiapa yang membaca novel Karipap - Karipap Cinta, adakah watak Sarah di dalam filem ini sama dengan karakter di dalam novelnya? Aku sedikit hairan apabila mengenangkan seorang pelajar terbaik daripada Universiti Al-Azhar tetapi bertudung tidak cukup kain dan kegedikan pergerakan badan dan vokal yang manja yang bagi aku tidak mencerminkan langsung seorang pelajar daripada universiti terbabit. Tetapi, jika watak di dalam filem sama dengan di dalam novel maka abaikan komen ini namun jika tidak seperti yang terdapat di dalam karya asal itu maka amatlah tersilap langkahnya Hafsham apabila watak Sarah itu dijadikan sebegitu rupa. Bagi aku sendiri, aku lebih suka jika watak Sarah itu diubah menjadi seorang yang tegas tetapi lembut dan tidak terlalu menunjuk - nunjuk seperti dia terlalu terhegeh - hegehkan si Ali tersebut. Maaflah jika kritikan aku ini agak tegas tetapi secara jujurnya aku memang tak mampu menerima watak Sarah di dalam filem Karipap - Karipap Cinta ini kerana bagi aku kemanisan watak itu sudah hilang apabila bermulanya adegan Sarah berborak dengan Ali di facebook yang sememangnya telah memusnahkan 100% keindahan watak gadis bernama Sara itu. Digambarkan juga pada awal filem ini bahawa Ayah Sarah merupakan seorang yang warak namun aku tidak nampak pula dimana waraknya watak tersebut.
Watak Aisyah Yang Aneh Bagi Aku
Watak Aisyah(aku tidak tahu nama pelakonnya) pula bagi aku sangat menjengkelkan. Dari kemunculan pertamanya di dalam filem itu sehingga ke akhirnya aku langsung tidak terasa tertarik untuk mengetahui tentang siapakah Aisyah kerana aku merasakan lontaran dialog serta ekspresi wajahnya tidak kuat langsung. Aku merasakan tidak perlu diadakan dialog - dialog seperti "Aisyah Cinta Abang Ali" dan "Aisyah Nak Kahwin Dengan Abang Ali" kerana nadanya sangat mendatar. Awal - awal lagi aku sudah mampu mengagak yang watak itu mempunyai masalah jiwa dan adalah lebih bagus dan bijak jika watak itu dilakon dengan menggunakan kaedah psikologi berbanding dengan dialog - dialog sebegitu yang sangat aneh rasanya apabila dilontarkan oleh pelakon tersebut.
Senarai Pelakon Utama Filem Karipap - Karipap Cinta
Seperti Saudara Fadz sendiri, aku juga tertarik dengan beberapa adegan yang dikatakannya iaitu tentang syarikat penerbitan yang menerbitkan majalah yang bertemakan hantu dan skandal artis atau tokoh politik terkenal kerana itu adalah bahan bacaan kesukaan masyarakat tempatan serta mengkritik drama dan filem Melayu yang selalu menjadikan KEBETULAN sebagai penyelamat untuk mengukuhkan jalan cerita. Ia agak menarik dan aku suka dengan dua adegan terbabit. Apa - apapun, filem Karipap - Karipap Cinta ini boleh jadi sangat menarik jika ia tidak terlalu mencuba untuk menjadi seperti novelnya dan adalah lebih bagus jika pelakon - pelakon yang dipilih mampu menghidupkan watak itu dengan sebaik mungkin. Sayang kerana durasi filem ini sudah bagus iaitu menghampiri 2 jam namun terlalu banyak perkara yang bagi aku kurang memuaskan yang dipertontonkan kepada penonton. Terserah pada anda semua untuk menilai dan ini adalah pandangan aku selepas menontonnya. Jadi, selamat menonton filem ini dan kemudian fikirkan kembali adakah anda bersetuju dengan apa yang aku katakan atau sebaliknya!
P/S : Tertarik Hati Menonton Trailer Filem 8 Jam! Nampak Menarik Melalui Aksi - Aksi Yang Ditonjolkan! (^_^)Y
watak sarah dlm novel dan filem sgt2 lain..
ReplyDeletesyah : owh ia kah? adoi...asal lah dia lainkan...silap besar la jawabnya
ReplyDeleteaku rasa kalau ape2 cerita based on novel, maybe kita kena baca novel tu dulu kot baru tengok, kan?
ReplyDeletecik fara : tak juga....ada jer filem yang ramai tak baca novelnya tetapi masih disukai oleh si pembaca novel dan yang tidak membaca...
ReplyDeletesebenarnya memang sukar untuk angkat naskhah novel ke layar perak tanpa mengenepikan sebilangan besar daripada intipati keseluruhan ceritanya.
ReplyDeletetapi aku rasa filem KKC ni dah cukup bagus, hampir mirip dengan novelnya.
cuma bagi aku masalah filem ini adalah pemilihan pelakonnya dan waktu ia dilungsurkan ke panggung adalah tidak berketepatan.
pertama sekali gambit dipilih sebagai teraju utama. no offence to his fans, tapi aku rasa dia pada hakikatnya hanya bersandarkan muka yang tampan. itu sahaja. lakonan.... ehnn... suam-suam neslo sahaja.
cuba andaikan tempatnya diganti oleh fizo omar atau kamal adli. paling tidak budak baru dalam siri juvana yang aku sudah lupa namanya tetapi dia sangat kacak sebab dia botak. eh.
kedua, bagi aku disebabkan filem ini ditayangkan hampir serentak dengan hantu bonceng, di situ kesemua tarikan penonton untuk keluarkan duit menonton KKC terpukul dan terpanggil untuk menonton HB kerana HB menampilkan zizan dan juliana evans. dua nama besar yang cukup gah untuk tarik mata penonton.
betul tak?
shandye : ia ker sama macam novel nya? asal ramai kata watak sarah tu sangat berbeza dengan di dalam novel? itu sudah menunjukkan ada kelainan berbanding naskhah novelnya tapi kelainan tu agak membunuh la aku rasa...aku bukan peminat Gambit tapi aku memang sokong dari segi kesilapan pemilihan pelakon...pasal bersaing dengan hantu bonceng tu aku rasa bukan itu sebab filem nih gagal menarik perhatian penonton...mungkin Gambit antara punca ramai kurang berminat untuk menonton filem nih... :-)
ReplyDeleteHans, aku rasa kalau nak tengok kat pawagam tak kot (org belanja ok kot). Sebab tengok pelakon pun macam dah tau yg takbest (especially watak sarah... Tolonglah... Warak ke?)
ReplyDeleteLagi satu kan, watak Ali dalam novel sangat2 beza (physical)... Sebab aku bajet pelakon dia superb same as novel!
;) Nway, i love watak Ali dalam novel!
faz_e : hahahaha...kalau aku baca novel dia tak dapat bayang aku macam mana la perasaan aku tgok filem tu tadi
ReplyDeletexminat gambit tuuu
ReplyDeletebaru baca juga tapi pasal 8 jam tu, macam best. wajib ditonton!
ReplyDeleteerr yang perempuan pakai baju tak cukup tangan tu kan, sape? emiee tu ke? -.-'
Mungkin ia kelihatan mahu mencuba seperti novel kerana penulis skrip ini juga adalah novelis tersebut..Tu yang dia nak apa yg dia tulis terpapar dlm visual, padahal dia mesti bezakan apa yg boleh divisualkan apa yang tidak. Pernah pensyarah kami mengamuk dan membaling skrip yg kami buat dalam kelas kerana ia kedengaran seperti novel...habis kami diBASUHnya...nampaknya melalui review saudara, saya sudah nampak apa yg cuba dipaparkan dlm filem KKC ini kerana saya pernah membaca novelnya..(pendapat saja)..~peace~
ReplyDeleteoke.lepas baca previoew si Hans yang kacak ni aku akan beli novel dulu. citer tu nanti nanti la kot.
ReplyDeletex sempat nk g tonton... hurm... aku dah baca novelnya b4 film ni nk jadi filem lagik! ehe
ReplyDeletettg sara, aku rasa othman hafsham ada agenda. jangan la kalau al-azhar itu tudungnya labuh, jahat itu semestinya muka bengis. itu biasa beb. aku setuju karakter sara sebegitu...
tersiratnya, hafsham cuba untuk mengatakan bahawa x semua yang dididik dengan agama menjadi apa yang dikehendaki masyarakat.. kadangkala yang tudung labuh tu perangai teruk... tudung labuh, karakter yang cliche bukan suatu realiti... ia hanya sekadar filem...
komen aku yang tak sempat tonton. rasanya tunggu DVD lah... ehe
Cikgumanstation (latest): Review: Sang Pencerah Cerita Muhammadiah
Goofspotonfilm (latest): Movie Mistakes: THE A-TEAM
orang perlis menulis : hahaha...aku faham agenda2 macam tu tapi aku rasa baik ko tgok dlu filem nih...lepas tgok ko akan faham kut apa sebenarnya aku cuba sampai kan... :-)
ReplyDeletehaha.. nnt DVD kuar aku wat review aku k... :-).. tengah pokai ni... hahaha
ReplyDeletefatrim : bagus2..leh kita kongsi ilmu :-) ..nanti ko tgok Nasi Lemak 2.0 jangan lupa buat review
ReplyDeleteHanie : sila2 :-)
Orang Perlis : hahaha...wokay!
filem ni gagal sebab promosinya kurang, pelakon pulak yang masih baru dan tak berapa kenal, cuma ada gambit dan eman manan yg popular. gambit pulak sekarang ramai yg benci sebab perangai dia tu.. walaupun tu hal peribadi rasanya peminat akan pergi kalau dia perangai elok sikit..
ReplyDeletetak prefer sgt filem ni walaupun director Hafsham... xtau knp. prefer hantu bonceng utk rilek minda...
ReplyDeletemenyampah kat gambit :P
ReplyDeletetunggu kat youtube je la tgk
lama menyepi... ke mana tu?
ReplyDeletedh tengok, sebesar2 cinema 2 ketol je penontonnye.kekeke.
ReplyDeletebenci benci benci..! itu adalah perktaan pertama yg keluar tika saya menonton filem ini..watak yg ditonjolkan tak sama langsung dgn filem..heran sgt saya pabila nazri penulis asal novel ini mmbiarkan saya novelnya 'dicabul' sebegitu rupa..kerana duit takkan prinsip diri tergadai kot bro...huhu...plg tak suka gaya sarah bertudung..mmg betul bertudung tak semestinya baik..tapi sebgai lulusan al-azhar..takkanlah bab aurat sarah buat main2..melalui novel sarah pd awalnya tdk siapa pn dpt mengagak sarah ni lulusan al-azhar kerana pemakaian tudungnya seperti budak sekolah kebangsaan..maksud saya pkai tudung ttup aurat tapi bukan labuh..pakai tutup dada..pakai tudung bawal biasa2 aje..itulah mula2 penulis nk smpaikan..dan mak ayah dia warak..tp cerita ni mcm hampeh dia buat..sepatutnya watak hero boleh di bwa oleh zahiril adzim @ beto kushairy..ala2 sengaL tp mampu menarik hati seorg gadis yg unik..tak suka la benci la..hafsham buat gini..
ReplyDelete