Thursday, 18 August 2011

Filem Misteri Jalan Lama

Posted by BG Design



Filem:
Misteri Jalan Lama


Pengarah:
Afdlin Shauki


Genre:
Keluarga & Drama


Pelakon:
Que Haidar, Hans Isaac, Datuk Ahmad Tarmimi Saregar, Vanidah Imran,
Sabrina Mohammed Hassan, Namron, Adam Corrie, Sobri Anuar, Afdlin Shauki,
Nasir Bilal Khan, Yalal Chin, Liyana Jasmay, Sufian Mohamed & Etc.


Tarikh Tayangan:
24 November 2011


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang dua dunia berbeza dimana dua beradik iaitu Indra dan Ilya yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian Iskandar iaitu ayah mereka. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada ah long dan ini menyebabkan hidupnya mulai tidak aman kerana kini dia diburu oleh gangster. Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh seseorang yang misteri ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama pada 25 tahun dahulu. Ilya merupakan seorang anak yang baik dan dia banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ily dan ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra lalu dia membawa diri jauh daripada keluarganya.   

Pada hari kematian Iskandar dimana buat pertama kalinya selepas 15 tahun akhirnya Indra ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya. Indra diminta membawa Ilya pulang kerana Ilya tidak tahu memandu. Ketika di lebuhraya tiba - tiba Indra dikejar oleh gangster dan ini membuatkan Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama. Ketika melalui jalan lama tersebut dan tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut. Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan. Apakah akan terjadi kepada mereka berdua? Siapakah sebenarnya makhluk tersebut? Apakah hubungan antara Ilya dandan mereka? Apakah misteri yang terdapat di jalan lama tersebut? Saksikan filem ini untuk mengetahui jawapannya


Trailer:



Pandangan Hans:

Aku sudah lama menantikan filem ini keluar di panggung wayang tempatan dan akhirnya filem ini akan mula ditayangkan pada November ini. Dari aspek kostum dan CGI aku tidak mahu menaruh harapan yang terlalu tinggi kerana Afdlin sendiri jika tidak silap aku ada menyatakan filem ini adalah filem yang kosnya rendah untuk kategori filem - filem yang menggunakan CGI namun aku tidak sabar untuk menanti perjalanan kisah filem ini kerana selalunya karya Afdlin sangat jarang mengecewakan aku. Jadi, selamat menonton kepada semua!


P/S : Selepas Ini Aku Akan Cari Info Berkenaan Filem Abuya Pula (^_^)Y

7 comments:

Sunday, 14 August 2011

3 Rancangan Menarik Yang Wajib Anda Tonton

Posted by BG Design



Rancangan:
Makan Angin Musim 2


Pengacara:
Adzriefaiz Adzlan


Genre:
Dokumentari Hiburan (Pelancongan)


Episod:
13 Episod


Siaran:
TV9


Waktu:
Setiap Jumaat - 8.30 Malam


Sinopsis:

Pada musim kali ini Faiz akan menjelajah ke kampung-kampung pedalaman yang terpilih di seluruh negara dan beliau akan menyediakan sendiri makanan eksotik di sana. Menariknya disini ialah Faiz juga perlu menyediakan sendiri bahan-bahan makanan yang akan dimasak oleh beliau seperti memasuki hutan untuk mencari bahan-bahan yang diperlukan, mengejar ayam kampung selama 2 jam dan pelbagai lagi. Apa yang membuatkan anda pasti teruja ialah nama, rupa bentuk dan cara masakan makanan itu yang kebanyakkannya kita tidak pernah dengar atau mungkin kita tahu tetapi tidak pernah melihat rupa atau bagaimana cara memasaknya. Jadi, selamat menonton rancangan menarik dan menghiburkan ini.





Rancangan:
Best In The World


Pengacara:
Razif Hashim


Genre:
Dokumentari Hiburan (Makanan)


Episod:
13 Episod


Siaran:
8TV


Waktu:
Setiap Khamis - 9.30 Malam


Sinopsis:

Malaysia merupakan sebuah negara yang cukup unik yang terdiri dari berbilang bangsa, adat dan agama dan tidak hairan mempunyai pelbagai jenis masakan yang lazat. Dari masakan Melayu sehingga ke masakan India, setiap hidangan mempunyai keunikan yang tersendiri dari segi bahan dan rempah-ratus yang digunakan. Jadi, pengacara Razif Hashim akan mengembara ke tempat - tempat makan menarik untuk merasai keenakan makanan-makanan yang wujud di Malaysia disamping berinteraksi dengan pelanggan di kedai terbabit untuk berkongsi pendapat tentang makanan yang patut dicuba oleh penonton di rumah jika mereka singgah di tempat makan tersebut. Apa yang menariknya disini ialah kedai - kedai makan yang menjadi tempat persinggahannya bukanlah restoran - restoran mewah tetapi kedai - kedai yang berada di jalanan, warung burger, lori aiskrim dan pelbagai lagi yang cukup mengasyikkan. Setiap episod akan membawa tema tersendiri dan antaranya ialah Rice Spice, Oodles of noodles, Chili fever, Food from the roots dan banyak lagi yang semestinya menarik. Memang terliur dibuatnya bila melihat bagaimana Razif menikmati setiap juadah atau menu setiap tempat yang ditujunya dengan cukup berselera dan kelihatan begitu menarik. Jadi, selamat menonton rancangan menarik ini untuk menjadi panduan kepada anda jika mahu mencuba menu di luar.





Rancangan:
Without Boundaries - Islands and Beaches


Pengacara:
Henry Golding


Genre:
Dokumentari Hiburan (Pengembaraan)


Episod:
10 Episod


Siaran:
8TV


Waktu:
Setiap Rabu - 9.30 Malam


Sinopsis:

Pengacara Henry Golding akan membawa penonton menerokai keindahan serta panorama menarik pantai-pantai dan pulau-pulau di sekitar Malaysia. Henry yang sememangnya gemar mengembara dan merupakan seorang yang peramah dan berani mencuba benda-benda baru membuatkan program ini kelihatan sangat santai dan begitu menarik. Selain destinasi-destinasi menarik seperti Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Tenggol, Pulai Lang Tengah, Pulau Tioman, Pulau Rawa, Cherating dan  Pulau Langkawi, program ini juga turut membawa Henry pulang ke tempat tinggalnya ketika zaman kanak-kanak iaitu di Dungun, Terengganu. Jadi, kepada sesiapa yang meminati pantai dan laut serta merancang mahu bercuti maka rancangan ini amat sesuai untuk tontonan. Selamat menonton rancangan yang begitu menarik dan cukup menghiburkan dengan keletah Henry Golding yang sangat selamba.


P/S : Aku Sangat Berminat Dengan Rancangan Best In The World Sebab Aku Kaki Makan! Bilalah Agaknya Aku Berpeluang Jadi Pengacara Dalam Rancangan Sebegitu! (^_^)Y

30 comments:

Saturday, 13 August 2011

Drama Bersiri Wasiat

Posted by BG Design



Tajuk:
Wasiat


Pengarah:
Faizal Ishak


Genre:
Drama


Siaran:
Astro Prima Saluran 105


Waktu:
Setiap Rabu - 10.00 Malam


Pelakon:
 Farid Kamil, Beto Khusairy, Sara Ali, Yasmin Hani,
Azhan Rani, Mak Wan, Syazwan Zulkifli, Rahim Omar & Etc.


Sinopsis:

Drama ini mengisahkan tentang pergolakan sebuah keluarga akibat perebutan harta yang ditinggalkan oleh seorang hartawan bernama Agus Raizal yang meninggal dunia gara - gara serangan jantung selepas bertengkar dengan anak tunggalnya iaitu Shark kerana anaknya itu tidak berpuas hati dan menuduh Marina iaitu isteri yang baru dikahwini Agus hanya berkahwin dengan ayahnya semata - mata kerana harta. Konflik mula berlaku apabila mereka menanti pegum untuk membacakan wasiat Agus dimana Shark merasakan beliau layak untuk mendapat semua harta bapanya memandang beliau adalah satu - satunya anak tunggal Agus. Manakala Marina pula merasakan dia lebih layak mendapat harta tersebut kerana selama ini beliau yang menjaga Agus. Pada waktu yang sama, Cik Ros yang merupakan orang gaji Agus sangat menyayangi rumah tersebut dan anak lelaki beliau iaitu Sofiyan amat disayangi oleh Agus kerana lebih bertanggungjawab dan dipercayai Agus berbanding anaknya sendiri. Cik Ros berasa sedih apabila mengetahui Marina mahu menjual rumah tersebut jika harta jatuh padanya. Namun, Tuan Agus punya rancangan sendiri sebelum kematiannya. Beliau tidak menyerahkan kesemua harta beliau kepada anaknya mahu pun Marina namun membahagikan harta - hartanya  tersebut kepada Cik Ros serta Sofiyan. Selain itu, mereka berempat juga haru tinggal bersama sebagai keluarga di rumah tersebut untuk mendapatkan baki harta yang ada dan jika mereka gagal maka harta tersebut tidak akan diberi kepada mereka. Konflik mula berlaku apabila Shaq yang begitu mencemburui Sofiyan mula bergaduh kerana kekasihnya Hanna mula jatuh cinta pada Sofiyan. Disamping itu, Marina pula mula berkomplot dengan orang luar untuk menjatuhkan Shaq dan Sofiyan dengan menggunakan taktik kotor. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Saksikan sendiri drama menarik ini untuk mengetahui kisah selanjutnya.


P/S : Aku Sarankan Kalian Menonton Drama Ini! Agak Menarik Dan Membuat Aku Teruja! (^_^)Y


3 comments:

Tuesday, 9 August 2011

Review Filem Cool Gel Attacks

Posted by BG Design



Filem:
Cool Gel Attacks


Pengarah:
Jaturong Mokjok


Genre:
Komedi


Pelakon:
 Jaturong Mokjok, Jim Chuancheun,
Nuttapong Chatpong, Patarasaya Kreusuwansiri & Etc.


Penilaian:
4 / 5


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang 2 buah keluarga berjiran yang mengusahakan perniagaan masing - masing iaitu menjual kuih pau dan juga membekalkan ais. 3 tahun yang lepas Teerachai dan Meaw yang merupakan ketua keluarga masing - masing bersahabat baik namun mereka mula berbalah gara - gara corong asap kilang kecil Teerachai yang dihalakan menuju ke rumah Meaw yang secara tidak langsung memanaskan suhu sekeliling dan mengakibatkan ais yang yang dihasilkan oleh Meaw cepat cair. Namun kedua - dua anak mereka pula sedang bercinta. Kemudian masalah mula timbul apabila kawasan rumah mereka diserang oleh sejenis makhluk asing yang jatuh dari langit dan berbentuk seperti gel berwarna jernih yang sangat comel namun sebenarnya adalah makhluk pembunuh yang kejam . Makhluk asing ini membiak dengan memasuki badan manusia melalui mulut mereka. Jadi, nampaknya selepas 3 tahun Teerachai dan Meaw bermusuhan maka mereka harus berkerjasama untuk menghapuskan makhluk asing berbentuk gel yang begitu menakutkan! Berjayakah mereka menghapuskan makhluk tersebut? Adakah mereka akan berbaik semula? Saksikan filem ini untuk mengetahui jawapannya.


Trailer:

 


Ulasan Hans:

Sekali lagi aku berpeluang menonton filem Thailand dan pada kali ini genre filem berkenaan berbentuk komedi. Seperti biasa apabila menonton filem komedi yang datangnya dari negara Thailand maka mahu tidak mahu anda pasti akan ketawa tidak henti - henti gara - gara kreativiti dan imaginasi melampau pembikin mereka dalam mencipta sebuah kisah yang walaupun tidak masuk akal tetapi amat melucukan.


 Salah Satu Babak Lucu Di Dalam Filem Ini


Walaupun dari segi kesan khas atau C.G.I filem ini yang banyak melibatkan pergerakan dan wajah makhluk asing berbentuk seperti gel atau gamat itu tidak lah menarik dan kelihatan sangat animasi namun peratusan humor di dalam setiap adegan filem ini berja menutup kelemahan tersebut dengan jayanya sekali. Paling menarik apabila petai iaitu sejenis ulam - ulaman yang digemari ramai turut diangkat menjadi antara salah satu subjek utama di dalam filem ini. Aku cukup suka dengan tahap kreativiti yang tinggi oleh pihak - pihak yang terlibat di dalam menghasilkan filem ini.


 Telur Alien Berbentuk Kuih Pau! Hahahahahaha!


Tema kejiranan, bertolak ansur dan tanggungjawab melindungi anak gadis juga merupakan antara mesej - mesej yang bagus di dalam filem ini untuk sama - sama direnungkan. Apa yang aku boleh katakan ialah filem ini bukanlah filem terbaik tetapi aku memberi 4 bintang gara - gara tahap komedinya yang memang melampau - lampau! Hahahaha! Jadi, jika anda mahu menonton filem sambil berhibur maka filem Cool Gel Attacks ini sesuai untuk tontonan anda! Selamat menonton!




P/S : Sakit Perut Sebab Ketawa Menonton Filem Nih! Hahahahaha! (^_^)Y


6 comments:

Monday, 8 August 2011

Filem Al-Hijab

Posted by BG Design



Filem:
Al-Hijab


Pengarah:
Pierre Andre


Genre:
Seram


Pelakon:
Pierre Andre, Fathia, Maimon Mutalib, Aziz M.Osman, Nor Albaniah, Khir Mohd Noor & Etc.


Tarikh Tayangan:
6 Oktober 2011


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang seorang pelakon iaitu Rafael yang langsung tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan membintangi sebuah filem seram sebagai watak utama dia ini membuatkan beliau terkejut dan sangat teruja untuk berusaha menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya sendiri lantas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu untuk merasai perasaan takut tersebut namun dia masih tidak pernah melihat kelibat makhluk itu disana. Qiss iaitu teman wanita Rafael berasa pelik dengan sikap Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhluk halus jika hijabnya dibuka. Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya dan akhirnya dia menerima satu mesej yang aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan itu maka Rafael telah disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan. Dia berasa cukup gembira bercampur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan kelebihan yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada sesuatu yang turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa maka Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya. Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka maka Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan anugerah itu? Saksikan filem ini di pawagam berdekatan anda.


Trailer:




P/S : Adakah Karya Terbaru Pierre Andre Ini Mampu Meletup Seperti Karya Beliau Sebelum Ini Iaitu Jangan Pandang Belakang? Sama - Sama Nantikan! (^_^)Y

5 comments:

Sunday, 7 August 2011

Kontroversi Iklan Ramadhan 8TV Dan TV9

Posted by BG Design

Assalammualaikum dan selamat berpuasa kepada pembaca yang sedang berpuasa dan juga salam sejahtera untuk semua pembaca blog ini. Baru - baru ini kita digemparkan dengan iklan - iklan Ramadhan daripada stesen 8TV dan TV9 yang dilanda kontroversi gara - gara mendapat kritikan hebat daripada penonton - penonton televisyen tempatan yang tidak berpuas hati dengan iklan yang ditayangkan di saluran - saluran tersebut kerana dikatakan tidak tepat atau tidak melambangkan istilah Ramadhan dan berunsurkan perkauman.




Iklan Ramadhan untuk siaran stesen 8TV dengar khabarnya sudah diharamkan dan tidak disiarkan lagi di saluran tersebut namun ia tersebar meluas di youtube. Aku yang pada mulanya menonton iklan ini di saluran 8TV beranggapan iklan ini sebenarnya ada pengisian yang bagus tetapi cara penyampaiannya langsung tidak sesuai dan sangat teruk. Apabila keempat - empat iklan ini hanya menjadikan seorang gadis cina sebagai fokus utamanya dalam kesemua situasi yang ditunjukkan maka ia kelihatan seperti menuding jari dengan meletakkan semua kesalahan ini kepada orang bukan Islam sahaja sedangkan orang Islam sendiri pun ada yang bersikap demikian dan ada yang lebih teruk lagi. Sebagai contoh dari segi menutup aurat dimana aku boleh katakan ada gadis - gadis Islam yang pakaian mereka juga jauh lebih dasyat daripada orang bukan Islam dan lelaki - lelaki Islam pula ada yang berseluar pendek menunjukkan lutut. Iklan ini mendapat bantahan keras kerana ia seolah - olah menuding jari pada satu pihak sahaja sedangkan hakikatnya tidak sebegitu. Isi dan mesej ada tetapi cara penyampaiannya tidak sesuai.




Aku tidak pasti tentang status iklan ramadhan TV9 ini sekarang sama ada senasib dengan iklan ramadhan 8TV atau sebaliknya namun iklan ini juga sangat tidak bertepatan dengan maksud Ramadhan itu sendiri. Iklan pertama tentang sahur yang menunjukkan si lelaki tidak sempat menjamah menu yang dimasaknya gara - gara berlawan bunyi kuali sewaktu memasak dengan jiran sebelah manakala iklan kedua pula melibatkan juadah yang dibeli di baazar ramadhan yang akhirnya kelihatan membazir kerana si lelaki berlumba - lumba berlawan jumlah juadah yang dibeli oleh jiran wanitanya. Apa yang mengecewakan aku tentang kedua - dua iklan ini ialah pengakhiran iklan yang menunjukkan si wanita itu yang cuba menasihati lelaki itu tetapi caranya kelihatan salah. Ia menunjukkan seolah - olah wanita itu gembira dengan apa yang menimpa jiran lelakinya itu sedangkan konsep itu sebenarnya bertentangan dengan agama Islam yang mementingkan jiran sekeliling.

Daripada kedua - dua iklan disini dapat aku simpulkan mungkin pihak yang terlibat di dalam pembikinan iklan ini lebih menumpukan atau menitik beratkan dari segi humor tetapi terlupa tentang sensitiviti masyarakat dan agama. Jadi diharapkan untuk iklan hari raya nanti dan pada masa akan datang maka pihak terlibat lebih sensitif dan peka pada pengisian iklan mereka dan secara tidak langsung masalah sebegini dapat dielakkan dari terus berulang.


P/S : Contohilah Karya Allahyarham Yasmin Ahmad Yang Disukai Semua Pihak! (^_^)Y


37 comments:

Friday, 5 August 2011

Review Filem Senario The Movie Ops Pocot

Posted by BG Design



Filem:
Senario The Movie Ops Pocot


Pengarah:
Ismail Bob Hashim


Genre:
Komedi


Pelakon:
Azlee, Mazlan, Wahid, Diana Amir, Mas Muharni, Kamal Adli, Sasqia, Mr. Os & Etc. 


Penilaian:
3 / 5


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang 3 orang lelaki yang berlainan kerjaya dan sikap. Setiap orang daripada mereka mempunyai karakter yang pasif dan sentiasa ditindas oleh orang sekeliling mereka. Azli seorang pemuda lembut yang masih bujang dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pasaraya cepat penat dan mudah tertidur dalam apa jua keadaan sekalipun. Mazlan pula merupakan seorang pemuda yang sangat penakut dan bekerja di sebuah syarikat swasta. Beliau selalu dibuli oleh rakan sekerjanya yang meletakkan ular plastik pada barang - barangnya. Wahid pula seorang yang pendiam dan takut berhadapan dengan orang dalam jumlah yang ramai dan bekerja di sebuah syarikat agensi membekalkan pekerja-pekerja asing. Sikap mereka itu membuatkan majikan mereka mengambil langkah memasukkan mereka ke kem motivasi yang dikendalikan oleh Ikatan Relawan Malaysia (RELA). Tujuan utama majikan mereka adalah untuk membantu dalam mengubah cara hidup dan keyakinan diri mereka. Ketika di kem motivasi tersebut, mereka turut berkenalan dengan Hairi, Bob, dan Maman yang suka membuli mereka. Turut sama terlibat dalam kem tersebut ialah Azie, Mala, dan Ann. Sepanjang penglibatan mereka dalam kem motivasi ini, mereka dilatih oleh seorang bekas pesara askar iaitu Pak Bad yang sememangnya terkenal dengan sikap bengis dan garangya. Berbagai kisah lucu yang terjadi sepanjang penglibatan mereka menyertai kem RELA ini. Bermula dengan latihan yang cukup lasak dan menyeksakan daripada Pak Bad serta kenakalan Bob, Maman, Ad dan Hairi sehinggalah ke bibit-bibit cinta diantara Azie, Mala dan Ann terhadap Azli, Mazlan dan juga Wahid. Adakah kem motivasi ini berjaya mengubah sikap mereka atau sebaliknya? Saksikan filem ini untuk mengetahui jawapannya.


Ulasan Hans:

Filem ini bagi aku biasa sahaja dari segi susunan jalan ceritanya yang kelihatan mudah dan sudah boleh dijangka apa yang bakal berlaku. Ini kerana filem - filem berkonsep begini sering kali dihidangkan kepada penonton dimana watak lelaki - lelaki yang lemah atau bermasalah akan dihantar ke satu kem dan kemudian mereka akan berubah menjadi lebih kuat. Lakonan pelakon - pelakon utama yang terdiri daripada 3 orang ahli Senario juga seperti kita sedia tahu sudah boleh dijangka bagaimana gaya dan karakter mereka dalam menghidupkan watak masing - masing cuma ada sedikit kelainan daripada Azlee yang melakonkan watak sebagai jejaka lembut.


 Salah Satu Babak Di Dalam Filem Ini


Filem ini kelihatan seperti salah satu promosi kepada penonton untuk lebih mengenali tentang RELA dan juga menunjukkan latihan - latihan yang perlu dijalani jika mahu menyertai RELA dan aku boleh katakan filem ini sebagai separa formal kerana apabila melibatkan agensi - agensi ini sebagai salah satu badan yang terlibat di dalam filem Senario The Movie Ops Pocot maka haruslah juga mengikut prosedur untuk menunjukkan imej RELA di dalam filem ini.


 Watak - Watak Yang Membuli Kumpulan Senario


Apa - apapun, filem ini boleh tahan lucunya dan aku ucapkan tahniah pada Ismail Bob Hashim selaku pengarah kerana berjaya menghidupkan filem Senario kali ini. Bagi aku filem ini sesuai ditonton sebagai hiburan dan agak berjaya juga menggeletek hati aku untuk ketawa menonton adegan - adegan di dalam filem ini. Cuma aku nasihatkan jangan terlalu mengharap lebih daripada komedi apabila anda menonton filem Senario. Jadi, selamat menonton!


Barisan Pelakon Filem Senario The Movie Ops Pocot


P/S : Ini Filem Terakhir Kumpulan Senario Kah? Ada Sesiapa Boleh Bagi Jawapan? (^_^)Y


10 comments:

Filem Songlap

Posted by BG Design



Filem:
Songlap


Pengarah:
Effendee & Fariza Azlina


Genre:
Aksi & Drama


Pelakon:
Shaheizy Sam, Syafie Naswip, Sara Ali, Omar Abdullah,
Rozie Rashid, Normah Damanhuri, Hasnul Rahmat, Fauzi Nawawi,
Rashidi Ishak, Lisdawati, Eizlan Yusof, Nasir Jani & Etc,


Tarikh Tayangan:
15 Disember 2011


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang dua orang adik beradik iaitu Am dan Ad yang melibatkan diri dalam satu sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar Mama. Kehidupan dua adik-beradik ini memang jauh berbeza. Am mengambil kesempatan dengan menggunakan perniagaan Mama ini sebagai jalan pintas baginya untuk mendapatkan wang bagi memenuhi kegiatan judinya manakala Ad pula mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy. Ad mula menyedari impiannya mungkin tidak akan tercapai akibat kehilangan kawan karibnya iaitu Razak akibat masalah dadah dan melihat sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia. Apabila adik Razak iaitu Hawa yang sedang hamil terjebak pula dengan sindiket tersebut maka ia membuatkan Ad tidak boleh menutup mata dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan Hawa tanpa menyedari bapa Hawa iaitu Pak Din juga sedang mencari anaknya yang telah hilang itu. Akan tetapi, niat baik Ad untuk menolong Hawa telah menggoyahkan hubungannya dengan Am lalu terjadilah sebuah pergelutan antara mereka yang akhirnya mencecah tebing maut. Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan serta dihambat oleh samseng ganas di jalan raya maka siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini? Saksikan filem ini untuk mengetahui jawapannya.


Trailer:




P/S : Filem Ini Mungkin Akan Menjadi Salah Satu Filem Yang Mampu Membuat Aku Tersenyum Puas Dengan Jalan Ceritanya! (^_^)Y


4 comments:

Wednesday, 3 August 2011

Filem Rise Of The Planet Of The Apes

Posted by BG Design



Filem:
Rise Of The Planet Of The Apes


Pengarah:
Rupert Wyatt


Genre:
Aksi, Pengembaraan & Sains Fiksyen


Pelakon:
James Franco, Freida Pinto, John Lithgow,
Andy Serkis, Tom Felton, Brian Cox, David Hewlett & Etc.


Tarikh Tayangan:
4 Ogos 2011


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang James Franco yang merupakan seorang saintis yang bekerja mencari penawar untuk penyakit Alzheimer dengan menjadikan Caesar iaitu seekor beruk sebagai bahan uji kajinya. Eksperimen tersebut menjadikan Caesar sebagai seekor beruk yang pintar dan ini menyebabkan Caesar mula memberontak dan menjadi ketua pada beruk - beruk lain menentang manusia untuk mendapatkan kebebasan. Terjadilah permulaan peperangan antara spesis manusia dan beruk. Jadi, mampukan manusia melawan kepintaran Caesar dan rakan - rakannya itu yang sangat berdendam dengan manusia?


Trailer:




P/S : Tak Sabar Nak Tengok! (^_^)Y


2 comments: