Review Filem Karak
Posted by BG Design
Filem:
Karak
Pengarah:
Yusry Abd Halim
Genre:
Ngeri
Pelakon:
Shahir AF8, Shera Aiyob, Kilafairy, Md. Eyzendy, Sidek Hussain, Sobri Anuar.
Penilaian:
3 / 5
Penilaian:
3 / 5
Sinopsis:
Filem ini mengisahkan tentang empat orang pelajar kolej yang sedang dalam perjalanan pulang ke Kuantan setelah menghabiskan masa malam mereka di Kuala Lumpur. Semasa perjalanan pulang, mereka terperangkap di dalam kesesakan jalan raya di sepanjang lebuhraya Karak. Sedang mereka menunggu kereta - kereta dihadapan bergerak kerana kesesakan yang amat teruk tiba - tiba ada seorang peminta sedekah meminta sedekah sambil menceritakan tentang kemalangan yang begitu dasyat di hadapan mereka. Oleh kerana mereka perlu pulang segera disebabkan perlu menghadiri kuliah pada keesokan paginya akhirnya mereka sepakat untuk memilih menggunakan sebatang jalan lama iaitu Karak tanpa mengetahui jalan yang mereka pilih itu akan merubah hidup mereka selama - lamanya. Mereka terserempak dengan seorang wanita bersama anaknya dan dikejar oleh sebuah kereta Volkswagen Kuning dan akhirnya mereka terbabas ke dalam hutan. Di dalam hutan mereka diganggu oleh pelbagai makhluk halus yang menyeramkan sebelum terjumpa sebuah rumah yang dihuni oleh seorang lelaki orang asli yang telah tua. Namun, kehadiran mereka disitu tidak disenangi oleh sesuatu dan kejadian aneh mula melanda. Apakah sebenarnya yang terjadi? Saksikan sendiri di pawagam berhampiran anda.
Ulasan Hans:
Senarai Pelakon Dan Orang Kuat Filem Karak
Filem ini bermula dengan adegan yang sedikit cliche tetapi dimaafkan kerana ia menunjukkan kisah - kisah yang selama ini kita pernah dengar melalui mulut ke mulut atau pun melalui bacaan iaitu tentang kisah kereta sebuah keluarga yang rosak dan si suami keluar mencari pertolongan. Apabila kereta polis datang dan mereka menyuruh si wanita keluar dari kereta dan jangan menoleh ke belakang tetapi wanita itu tetap memandang ke belakang dan kemudian terlihat si suami sedang dibunuh oleh sang hantu. Itu salah satu cerita yang selalu kita dengar tentang lebuh raya Karak selain kisah kereta Volkswagen Kuning. Jadi, walaupun kelihatan sedikit bosan bagi sesiapa yang sudah tahu tentang kisah tersebut namun adegan itu mampu membuatkan penonton terkejut kerana kehebatan kesan bunyi dan solekan wajah hantu tersebut yang kelihatan agak menarik. Lagi satu aku suka wajah bayi dalam adegan tu dengan mata dia yang bulat tu. Diakui aku sedikit terkejut pada waktu tersebut. Haha!
Babak Permulaan Filem Karak
Adegan kemudian kembali kepada kisah 4 orang sahabat iaitu Nik(lakonan Shahir AF8), Zura(lakonan Shera Aiyob), Ida(lakonan Kilafairy) dan Jack(lakonan Md. Eyzendy). Antara keempat - empat watak ini boleh aku katakan Md. Eyzendy sahaja yang mampu memainkan watak beliau dengan berkesan berbanding yang lain. Mungkin disebabkan Md. Eyzendy sudah lama bertapak di dalam dunia drama dan filem sedangkan ketiga - tiga yang lain baru sahaja melangkah ke alam filem namun mereka tidak lah kelihatan kaku cuma masih banyak yang perlu digali dan dipelajari. Namun, aku suka melihat watak Ida yang dilakonkan oleh Kilafairy. Aku tidak pasti adakah watak yang dipegangnya itu memang dicipta untuk beliau kelihatan seperti seorang wanita yang 'amat gedik' tetapi jika betul maka dia telah berjaya melakukannya dengan cukup bergaya. Cuma babak beliau berkemban untuk mandi itu sebenarnya aku rasa tidak perlu diwujudkan pun. Ini adalah pandangan peribadi aku sahaja.
Kisah 4 Sekawan
Bagi aku tahap keseraman filem ini sangat menarik pada permulaan sehingga pertengahan sebelum aku mulai bosan sedikit demi sedikit dengan babak - babak lain selepas itu yang aku sudah boleh agak apa yang bakal terjadi. Babak tandas itu memang terbukti seram cuma aku lebih suka jika seram itu datangnya lebih kepada situasi atau riak muka berbanding dengan keadaan tandas yang 'dihias' dengan cukup 'melampau' untuk menerbitkan rasa seram di kalangan penonton. Ada juga babak si hantu wanita yang sedang mengajukan soalan kepada Jack yang pada mulanya aku rasa agak lucu tetapi kemudian terasa seram pula. Aku suka babak itu walaupun bukannya 100% kerana adegan ini mampu membuat aku sedikit seram kerana ayat - ayat yang terpacul daripada mulutnya yang membuatkan aku berkhayal tentang apa akan terjadi jika aku berada di tempat Jack. Hahaha!
Aku Geli Gila Tengok Muka Jack Waktu Nih!
Filem ini juga menimbulkan beberapa persoalan atau babak yang kurang jelas sedikit pada aku seperti watak Tok Malam lakonan Sidek Hussain yang tiba - tiba berkata kepada Zura,"Kamu semua dah lama tak solat kan?" Mungkin betul tetapi apabila tiba - tiba soalan itu terpacul keluar maka aku sedikit bingung. Hati aku menjerit - jerit,"Apakah? Macam mana dia tahu?" tanda aku sangat kabur dengan persoalan itu. Persoalan tentang agama juga sebenarnya menarik bagi aku apabila kisah ini cuba menyampaikan satu mesej bahawa Adakah Kita Faham Apa Sebenarnya Yang Kita Baca Atau Adakah Ia Hanya Sekadar Untuk Hafalan? Cuma sayangnya kehebatan mesej itu dimusnahkan oleh adegan antara Zura dan Nik pada waktu pagi selepas tamat gangguan yang berlaku terhadap Zura. Jika yang sudah menonton pasti faham maksud aku ini.
Hantu Dalam Filem Nih Wajah Memang Seram Habis
Apa - apapun, filem ini lebih banyak membuat aku ketawa kerana elemen komedi yang terdapat di dalam filem ini. Ada yang betul - betul lucu dan ada juga unsur lucu tu timbul akibat percakapan seperti contoh percakapan yang cukup baku oleh si pengemis sewaktu mereka berempat terperangkap di lebuh raya yang sesak. Tetapi, aku memuji wajah hantu, kesan solekan, kesan bunyi serta kesan khas yang digunakan di dalam filem ini cuma aku sedikit terganggu dengan bunyi yang seperti CD tersangkut sewaktu kemunculan beberapa hantu di dalam filem ini. Apa - apapun, kelainan hantu - hantu dalam filem nih agak membuatkan aku teruja kerana aku dah tak perlu tengok hantu wanita yang berbaju putih dengan rambut rebonding yang panjang mengurai lagi. Aku puji hasil hantu untuk filem Karak nih.
Apa - apapun, filem ini berjaya membuatkan ramai penonton terjerit - jerit di dalam panggung cuma sayangnya tidak berjaya membuat aku turut sama menjerit tetapi unsur seram itu masih ada. Cuma filem ini berjaya membuatkan aku geli - geleman dengan solekan - solekan dasyat pada wajah pelakonnya. Apa - apapun, jalan ceritanya seharusnya digarap lebih kemas agar plot - plotnya berkembang dengan lebih rapi dan tersusun. Itu sahaja dari aku kali ini dan ini hanya pandangan peribadi aku. Masing - masing ada pandangan dan citarasa tersendiri dan pergilah menonton di pawagam berdekatan anda untuk merasai aura keseramannya.
P/S : Selepas Nih Mesti Lebuhraya Karak Sunyi. Hahahahahaha! (^_^)Y
serius aku tengok trailer Karak pon mcm seram gila jek..hantu dalam filem ni tak mcm typical horror movie kat Malaysia
ReplyDeleteHoho.. Cita hantu.. Nasib sini takder jalan nama Karak...
ReplyDeleteeh tieah pun ada hehe
ReplyDeleteaku suke citer2 seram ni.. just entertainment je la... taksub sgt susah tido kang hahaha... iman tak kuat lagi susah... " kalau kita ingat dia, dia akan ingat kita, sebab tu dia carik kita " eceh.
tgk trailer seram kot..huhu..
ReplyDeleteciter nie mcm seram jer..
maybe utk lelaki xseram sgt..
d_tieah : haih...xdapat la ko menjerit...hahaha
ReplyDeleteman yusoef : ar ar...hantu dia kali nih xsama macam hantu filem lain...betul2..hantu dia best
Amir : hahaha..kalau ada sah xlalu kan?ekeek
Shukri : nanti dia datang cari ko...ekekek
Ella : entah..laki belakang aku tu seram je memanjang...hahaha
Piah : ehh..bagi saya seram tu seram..tapi saya tak menjerit la...tapi orang belakang dengan tepi saya memanjang je menjerit..hahaha
waa xleh tngok kat panggung lagi.. dh kembali ke kota bharu.. cnie xde panggung
ReplyDeletemacam nak tgk, macam tak nak. cam tak bebaloi lak kalau gi tgk wayang tapi tutup muka kan? haha
ReplyDeleteGood job bro. Review yg padat..
ReplyDeleteshera : xdapet lah ekau menjerit...ekekeke
ReplyDeletebella : hahaha...xada maknanya tutup..hehehe
fazreen : thanks :-)
citer seram2 skang ni.. aku cam takut2 aje nak tengok.. hehehe..
ReplyDeleteerrr.... macam tak nak tengok je. hehehe....
ReplyDeleteaiyoo ! rumah saya dekat dengan karakk laa.. :)
ReplyDeletetq hans for your review..dpt dh bayangan filem ni sikit2..kalo pegi tgk kt wyg pun xguna jgk, konfem tutup mata haha tgk kt rmh je la :P
ReplyDeletebtw, lakonan si Md. Eyzendy mmg bagus2 kalo dia belakon mana2 filem or drama..
pasni xde sape berani lalu karak..hehe
ReplyDeletethanks coz follow PerangFilem hans.. disebabkan masalah teknikal, perangfilem dah berpindah ke www.perangfilem1.blogspot.com thank you hans....
ReplyDeletebtw nice review...hehehe
kenapa aku tak boleh balas komen kat blog aku? :-(
ReplyDeleteBile la nak ade cite malaysia yg menarik sket...sket2 hantu,rempit,farid kamil.muak betul..
ReplyDeleteptg td da dtg tp malas nk komen tp skrg rase nk komen laks.....
ReplyDeleteapakah adegan yg dibuat oleh zura dan nik yg merosakkan mesej tu??
(hehehe kompem hang x mo jawap n suh cheq pi tgok kt pawagam)
wah..rasa nak tengok ni.tapi kena bawak teman lah..mahu kang terlolong2 kat dalam panggung pulak..bahaha~~
ReplyDeleteteringin nk tgk. lagipun memang peminat kru so nk support hasil seni mereka. hehe anyway thanks 4 d review =)))
ReplyDeleteaku ulang alik tak pernah tengok signboard yg ada dalam poster cerita ni. Tak pernah alami pun benda ni. Ni cerita 80-an punya. sekarang tak pernah dgr lagi.
ReplyDeletepehh.. tak sabar nk tgk jugak ^^_
ReplyDeleteharap hantu2 die best. haha
Dah agak dah mesti ada babak 'seksa' (macam babak kilafairy berkemban)
ReplyDeletepapepun aku teringin nak rasa keseraman tu + nak tengok 3 orang tu punya tahap lakonan..
mak ajak tgk, tp mcm takut.. sbb xpenah tgk wayang citer hantu..hahaah..ish cmno ni..tgk gmbo die pun dah seram sejuk..hihhihi
ReplyDeletepersoalan yang kamu tnye tu, kalau orang kuat agama dia memang boleh tahu perangai kita macam mana kan, lagi pun bila nampak tok malam dalam cerita ni dia pun macam orang ada ilmu...
ReplyDeletethen yang watak jack tu,dia bukan tiba berubah dia dah ada tanda2 nak berubah sebelum tu, perasan tak dia asyik pandang kudis nik tu macam yang dia nak makan..
tapi part last 3 org mati macam membuatkan jalan cerita sebelum tu macam pelik kan..
tapi bagi sy cerita ni seram...huhu.
cik rama - rama : pasal jack tu bukan saya cakap pasal perubahan muka dia tu...itu saya pun tahu ada tanda2 dia..tapi kenapa dia yang terpilih untuk jadi macam tu berbanding yg lain...
ReplyDeleteending last dia tu ada 2 kesimpulan jer sama ada hanya 3 tu yg mati atau keempat2 sekali mati..
pasal tok malam tu betul kata awak cuma macam tak logik la tiba2 terpacul ayat macam tu tanpa plot yg menyokong...
apa2pun saya rasa filem nih seram yang tak lah terlampau seram..sebab saya selalu tengok filem seram kut..hahaha
tapi yang klako nye. drg kate elok2 jalan kat karak.nape highway ptjy leh masuk sx..?? btol ke..?
ReplyDeletemcm best je cite ni..nak tgk la..
ReplyDeletehantu yang kru buat ni memang lain dari hantu2 melayu hehe, diorang buat hantu mcm org putih buat. tahniah le buat kru
ReplyDeleteaku baru lps tgk filem ni.. dlm panggung td sunyi jer.. semuaorg diam tgk filem ni.. aku je berbunyi sbb air tumpah atas baju.. hahah..
ReplyDeletehaa..baru je tengok semalam.hahaa.. terkejut tgk muka hantu je... cerita nie best sbb ada pengajaran dia..mcm dia hendak sampaikan apa yg amalan yg kita lakukan itu kita kena fhm bukannya bertakliq buta.
ReplyDeleteawek kt sebelah tutup mata dgn kain daa.. tp aku rileks je....
haha
hahaha
ReplyDeletehakikatnya filem ni banyak temberang, tapi tak reti cover up...
temberang dalam movie its ok, tapi bila tak reti cover, ianya akan menjadi tanda tanya.
macam sign board "pekan karak" no such thing pon. karak is karak, manede tulis pekan. nak pekan, pergi pekan la.
then jalan yang bz kononnya LPT jammed. cube perati betol-betol time diorang belok tu adalah jalan ke karak dari kuantan. kalo yang jammed tu adalah nak ke bentong, ke KL.
jalan lame karak nak kuantan, manede kawasan angin lintang siap letak sign board. tu semua adalah kawasan highway, LPT ye ada.
pehtu time eksiden, kate eksiden di karak, tapi kereta polis adalah dari selangor. punyalah jauh travel, ape karak dah takde kereta polis? bentong pon takde?
brader jual burger tengah malam di pekan karak? cari tandas jauh kan main tengah malam? tak logik... unless berhenti dekat mesjid or surau ye la ade tandas. berenti tepi jalan then cari tandas tgh2 malam? gile hape? kalo aku kencing tepi kereta je, bukan ade orang lalu pon tgh2 malam...
kilafairy, samada mmg lakonan gedik or naturally gedik. tak menarik benda pon lakonan kecuali time nak mandi berkemban tu je la clear mate.
overall filem ni sgt2 samar jalan ceritanya. tall tales kisah2 hantu sepanjang highway karak patut dikupas lagi, bukan stakat hantu kereta volks je then sibuk hantu dekat umah tok malam tu.
p.s: R&R dekat LPT, area Lanchang kalo tak silap orang kate keras, tengah2 malam ade nampak lampu kedai jual something...
shukjessa : hahaha..tahu xper weih....aku tu budget dia nak cerita pasal Karak alih2 cam ko cakap la...hantu dkt hutan...ekekeke
ReplyDeleteaku rasa cam nak tekan butang like bnyk kali (kalo ada la kan) kat komen shukjessa.
ReplyDeletesetuju dgn hans. pelakon2 dia xde la kayu, tp kita tahu yg diorg berlakon... watak gedik kilafairy bagi aku sgt fake... yes, ko leh gedik... tp gedik bukan setakat sapu lip gloss 2-3 kali setiap jam... hahaha
seram ke citer ni? aku tak tau la apa cerita yg seram... jgn tegur (scene mayat bgn/ baring sebelah) bg aku mmg seram... jgn pandang belakang, sesetengah scene mampu buat bulu roma berdiri... pdhal, both cerita xde pun tunjukkan muka hantu.... khurafat pun masih seram (walaupun mcm trying too hard)... terutama unsur saspen (kamera dan bunyi)... tengok karak, aku admit sound dia mmg bagus dan menimbulkan rasa seram gak... tp kemunculan entiti hantu ala cgi tu mcm potong stim la pulak.... huhuhu
haih..tak lakulah tol karak nanti hehe
ReplyDeleteaku belum tengok lagilah filem ni...
ReplyDeleteyg scene dlm tndas tu mmg menakutkan..hahaha....kalau lalu mlm2 kt karak, mmg menakutkan..teringat kt cite ni..hihi
ReplyDelete