Filem:
The Dark Knight Rises
Pengarah:
Christopher Nolan
Genre:
Aksi, Pengembaraan & Jenayah
Pelakon:
Christian Bale, Michael Caine, Joseph Gordon-Levitt, Gary Oldman,
Tom Hardy, Anne Hathaway, Marion Cotillard & Etc.
Penilaian:
8 / 10
Sinopsis:
Filem ini mengisahkan Bruce Wayne yang kembali hidup seperti orang biasa selama lapan tahun selepas dipersalahkan atas kematian D.A Harvey Dent. Akibatnya, bandar Gotham kembali dilanda dengan pelbagai aktiviti jenayah dan untuk mengatasi masalah ini maka Akta Dent diperkenalkan untuk menangkap mereka. Namun, segalahnya berubah dengan kemunculan Selina yang mempunyai agenda tersendiri. Lebih menakutkan apabila kemunculan seorang pengganas bertopeng iaitu Bane yang membuat satu rancangan untuk memusnahkan bandar Gotham dengan meletupkannya menggunakan bom atom serta untuk menghapuskan Bruce Wayne. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Saksikan filem ini di pawagam berhampiran anda untuk mengetahui jawapannya.
Ulasan Hans:
Bagi aku ini adalah sebuah filem superhero yang menampilkan sisi yang cukup gelap, bermain dengan falsafah tersendiri dan bercerita mengenai dunia politik menggunakan kelebihan kisah yang diwujudkan pada kehidupan seorang adiwira bernama Batman. Sebuah kerajaan, struktur perundangan, pihak keselamatan dan kehidupan rakyatnya memang berkait rapat antara satu sama lain dan apabila filem ini cuba menyampaikan hal tersebut melalui watak Batman dan Bane maka ini adalah satu percubaan yang bagi aku cukup unik dan amat mengujakan aku. Aku sukakan plot ceritanya yang sukar dijangka dan memberi kesan yang cukup mendalam walaupun dalam diam. Korupsi, keadilan, revolusi, perjuangan dan segala macam perkara yang diwujudkan dalam diri penduduk bandar Gotham sebenarnya merupakan satu cerminan kepada wajah sesebuah masyarakat tentang kebenaran apa sebenarnya yang mereka impikan dalam sistem kepimpinan sesebuah negara walaupun sebenarnya mereka pun tidak pasti atau mengenali apakah sebenarnya wajah keadilan itu sendiri.
Aku Cukup Suka Suara Dan Gerak - Geri Watak Bane Nih! Terbaik!
Aku cukup sukakan watak Bane(lakonan Tom Hardy) kerana watak antagonis ini walaupun kelihatannya begitu ganas dan kering hati tetapi masih mengenali nilai kasih sayang dan tahu mencintai seseorang. Watak Selina(lakonan Anne Hathaway) pula ada unsur seksualnya tersendiri yang menjadikan dia lebih misteri dan menawan. Paling menarik sebenarnya adalah watak Alfred(lakonan Michael Caine) yang tampak lebih berguna dan agak penting pada kisah kali ini. Watak Blake atau Robin(lakonan Joseph Gordon-Levitt) walaupun sekadar pembantu namun sebenarnya telah menyerlahkan potensi yang cukup besar dalam pembinaan setiap watak di dalam filem ini. Tidak keterlaluan jika dikatakan watak Bruce Wayne atau Batman(lakonan Christian Bale) sebenarnya agak ditenggelami oleh watak lain pada permulaan kisah filem ini namun kekuatan plot cerita berjaya menyokong watak ini hingga ke akhirnya.
Anne Hathaway Memang Posing Maut Lah Dalam Filem Nih!
Namun, aku merasakan filem ini gagal dalam memberikan unsur kejutan atau emosi ketakutan kepada penonton terutama untuk babak - babak klimaks seperti keadaan huru - hara di bandar Gotham atau pun ketakutan penduduknya kepada kebarangkalian letusan bom atom yang mampu menghancurkan mereka. Ini tidak ditekankan dengan jelas dan sedikit mengecewakan aku. Pengakhiran filem ini sebenarnya memang menarik namun secara peribadi aku tidaklah menyukai keseluruhannya. Mungkin ada yang bersetuju dengan aku dan mungkin juga tidak. Terpulang!
Salah Sebuah Babak Yang Mendebarkan Di Dalam Filem Ini
Runut bunyi filem ini yang diserahkan kepada Hans Zimmer sememangnya satu hadiah yang cukup menakjubkan kerana muziknya berjaya membantu kita untuk lebih memahami dan membangkitkan semangat bukan sahaja kepada karakter pelakon di dalamnya tetapi juga untuk kita yang sedang menonton. Memang betul seperti kata beberapa pengulas dimana runut bunyi ini sebenarnya berjaya menyelinap dan membenarkan hati penonton untuk turut sama - sama bangkit memberi sokongan kepada Bruce Wayne walaupun kita tahu ini sebenarnya cumalah lakonan semata - mata dan bukannya di alam realiti.Christian Bale sebagai Bruce Wayne @ Batman
Apa - apapun, filem ini adalah salah sebuah filem adiwira yang boleh aku katakan adalah filem terhebat pada tahun ini. Dimulakan dengan situasi rampasan kapal terbang yang cukup menarik, kisah lampau antara Bane dan Miranda yang penuh kejutan serta jatuh bangunnya semangat hidup seorang adiwira bernama Batman maka ini adalah salah sebuah filem yang berbaloi untuk ditonton cuma aku lebih suka jika pengakhiran filem ini diakhiri dengan latar kesedihan berbanding kegembiraan. Sekian!
P/S : Filem Apa Pula Yang Menarik Untuk Ditonton Selepas Ini? Ada Cadangan? (^_^)Y
6 comments: