Tuesday, 8 September 2009

Review Filem : Final Destination 4

Posted by BG Design



Filem:
Final Destination 4


Pengarah:
David R.Ellis


Genre:
Seram & Thriller


Pelakon:
Nick Zano, Krista Allen, Andrew Fiscella & Etc.


Ulasan Hans:

Kepada peminat tegar film Final Destination pasti sudah mengetahui jalan ceritanya yang menjurus kepada seseorang yang mendapat bayangan masa depan mengenai ajalnya sendiri dan cuba mengelakkan kematian itu tetapi akhirnya satu demi satu akan mati seorang demi seorang melainkan jika mereka dapat menghentikan rantaian kematian itu.

Kisah ini bermula di sebuah litar perlumbaan kereta lumba dimana seorang lelaki mendapat bayangan kematian jika beliau masih berada dan menonton perlumbaan itu disitu. Jadi, akhirnya beliau dapat keluar dari tempat itu bersama rakan – rakan sebelum mereka menjadi mangsa kematian seorang demi seorang.

Tetapi, selepas itu mereka diuji mengikut urutan kematian masing - masing apabila kematian tidak jemu – jemu datang kepada mereka. Film ini sesuai kepada mereka yang berani untuk melihat cerita – cerita yang memaparkan kematian yang tragis dan menjijikkan. Dari segi teknologi grafik yang dipaparkan, ada adegan – adegan yang dipaparkan betul – betul kelihatan seperti realiti. Ada juga yang kurang menyengat sehingga membuatkan aku tergelak besar seorang diri dan tiba – tiba aku tersedar orang sekeliling memandang aku pelik kerana mereka menjerit melihat adegan itu.

P/S : Kepada sesiapa yang meminati cerita seperti ini segeralah menyerbu panggung wayang berdekatan anda

0 comments:

Review Filem : Orphan

Posted by BG Design



Filem:
Orphan


Pengarah:
Jaume Collet-Serra


Genre:
Seram, Misteri & Thriller


Pelakon:
Vera Farmiga, Peter Sarsgaard, Isabelle Fuhrman & Etc.


Ulasan Hans:

Filem ini mengisahkan mengenai seorang ibu yang keguguran bayi yang diberi nama Jessica. Jadi, beliau dan John(suami beliau) bercadang mengambil anak angkat sebagai pelengkap keluarga walaupun mereka sudah mempunyai 2 anak iaitu Daniel dan Max(kanak – kanak perempuan yang bisu tetapi sangat comel).

Jadi, mereka berkunjung ke sebuah rumah kebajikan dan tertarik dengan karakter Esther yang berumur ‘9 tahun’ yang dilihat sangat baik dan bersopan santun. Esther pun diambil sebagai anak angkat dan disinilah segala – galanya bermula kerana Esther mula menunjukkan dirinya yang sebenar secara perlahan – lahan dan sedikit demi sedikit rahsianya mula terbongkar kerana umur sebenar beliau bukanlah 9 tahun dan beliau adalah seorang wanita yang sangat kejam.

Film ini membuatkan diri penulis sangat penat dengan aksi – aksi yang menakutkan serta menyeramkan yang penuh dengan kejutan. Kepada anda yang belum menonton, penulis mengesyorkan anda agar menonton di wayang berdekatan untuk merasainya sendiri kerana menonton di wayang lebih menghiburkan dari segi sistem bunyi dan kepuasan berbanding dengan membeli vcd atau dvd original atau cetak rompak.

Penulis memberi 5 bintang kepada film ini kerana jalan cerita dan watak – watak yang dilakon oleh pelakon – pelakon dalam film ini sangat berkesan dan membuat penulis sangat teruja terutamanya watak Esther , Ibu Max dan Max. Bunyi muzik latar film ini sangat bagus sehinggakan bunyi cermin pun mampu membuatkan penulis terkejut atau cuak.

0 comments: